Monday, January 28, 2013

Ulama Pas Ketayap Atas Kepala Pun Menipu Juga


Tuduhan Umno dan BN zalim, kejam, tindas rakyat , salah guna kuasa untuk kroni, guna kuasa untuk kepentingan keluarga dan bla...bla...bla...bla...tuduhan-tuduhan lain yang sewaktunya sudah menjadi seperti zikir atau ratib di mulut pemimpin dan orang-orang Pas. 

Allah Maha Kaya....

Allah Maha Besar....

Allah Maha Adil.....

Allah Maha Saksama.....

Tiba-tiba minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan sebuah kereta Porshce Cayman milik seorang individu yang berada dalam kepimpinan tertinggi Pas yang bertaraf ulama. Iaitu Adun Pas Sanglang yang juga pesuruhjaya Pas Perlis. 

Setelah pendedahan berlaku ulama Pas berkenaan bangkit menjawab perkara berkenaan. 


Katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian Online
Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin menjelaskan sebuah kereta mewah Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya adalah milik anaknya yang memiliki perniagaan sendiri.

“Saya sudah jelaskan kereta itu milik anak saya yang dibeli semasa di England tahun lalu, dengan harga kira-kira RM100,000.

“Dia menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada saya secara sah sebagai wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, anaknya yang bergelar ahli perniagaan mengusahakan perniagaan air sarang burung walet sejak lima tahun lalu, menggunakan kereta itu.


Setelah membaca penjelasannya itu beberapa perkara yang kita boleh rumuskan....

Pertamanya beliau telah menyalah gunakan kuasanya atau kepentingan atau kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kegunaan ahli keluarganya. 

Permit import (AP) dan pengecualian cukai import yang diberikan oleh Kerajaan Pusat BN yang selama ini mereka tuduh zalim dan menindas rakyat hanya diberikan kepadanya selaku wakil rakyat. Bukan kepada anaknya. 

Dalam hal ini dia telah melakukan penipuan atau menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan anaknya. Ulama pun menipu juga ke ?

Permit import dia punya, beli atas nama dia, sedangkan itu kereta anaknya. Itu dah menipu namanya. Kamu telah menipu pegawai-pegawai kastam dan agensi-agensi lain semasa proses membawa masuk kereta ke Malaysia. Ketayap tak lekang atas kepala tetapi menipu. Ustaz tak takut dosa ke ?

Dengan hanya ada AP dan pengecualian cukai import untuk sebiji kereta pun seorang pemimpin Pas yang bertaraf ulama sudah menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan ahli keluarga mereka, bayangkan jika mereka berkuasa memerintah negara ? Jawabnya habislah disapu untuk kepentingan keluarga dan kroni-kroninya.... Lagi nak bercakap pasal Umno korup dan kroni ? 

Yang kedua, anaknya menjalankan perniagaan dan mampu pergi ke England untuk membeli sebuah kereta Porshce Cayman. Maknanya anak dia seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Jadi dimanakah apa yang kamu katakan selama ini kerajaan BN menindas dan menzalimi rakyat jika seorang anak wakil rakyat Pas boleh menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia ? 


Pssttttt.....berkat berkawan dengan syaitan......

16 comments:

Anonymous said...

Dulu nak jual Putrajaya kerana Ugama Islam, sekarang dok jual ugama Islam kerana Putrajaya.

Lebai oh lebai

Anonymous said...

Apa, tidakkah haji hadi nak lantik menantu dia bertanding DUN di perak sampai ahli pas kat situ nak boikot taknak pergi mengundi?

Bara Barau said...

PAS adalah parti yg JUMUD jika tidak bersama dgn PR...

Anonymous said...

Mereka pemimpin pas gila kuasa,pangkat dan wang ringgtit..tu blm perintah negara lagi..kalau perintah byk diberikan kepada ahli keluarga mereka sndiri jer...Pok nik ngan anak menantunya(kroni)

Anonymous said...

Apa saja yg dituduh tak betul dalam UMNO sebenarnya hanya untuk mengabui mata rakyat akan apa sebenarnya yg dilakukan oleh PAS. PAS akan kata UMNO mencuri, hakikatnya mereka sebenarnya juga pencuri. Tuduh UMNO rasuah, PAS lagi banyak rasuahnya. Mengata UMNO amal kroni dan nepotisme, dia punya kroni dia sendiri dah tak ingat.
Ibarat ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Anonymous said...

wpun ade AP tapi masih nak menipu harga import utk cayman porcshe 2007. sekurang2 nya RM300K ... sapa kata org yang kuat beribadat (yer ker???) tidak menipu??? aku rasa diorg la paling byk menipu sebab PAS adalah parti BUDU (BUrit & DUit) hahahaha....

Anonymous said...

Masa saya kecil dulu masih ingat pas kata parti BN berkawan dgn kapir laa ni depa peluk dakap lagi dgn kapiq DAP tukaq jadi negara kebajikan jadi dulu punya perjuangan dah x da dah kat kepala org2 pas ni sama saja.. Dunia juga..

DON MELAYU said...

RBF!!apa kau ckp ni??kau tak tahu ke yang ahli PAS itu semua tidak pernah melakukan dosa,mereka semaunya tak salah..yg salah UMNO,UMNO yg mmprkenalkan sistem AP,salah UMNO la,UMNO yg salah sebab bagi kemewahan yg mcm2 kpd rakyat malaysia ni...apa la kau RBF,baik kau skong apa aku cakap ni,nnti tak dapat masuk SORGA RBF,bkn SYURGA tapi SORGA..ingat RBF...

Anonymous said...

Pelik tul. Bila kes mcm ni, saya tak nampak pun dari blog anak sungai derhaka, kerengge, biaqpila, kelab greenboc memberi komen. Intstead sibuk dengan isu yg ntah apa apa.
Dah naik jelak dah saya tengok kepura-puraan orang pas ni. Selama ni memang saya mengundi bulan di paya rumput melaka. Lepas ni insyaallah tiada lagi hati ini untukmu bulan. Cintaku telah beralih arah ke UMNO.

Anonymous said...

Salam..hanya AZAB Allah yang belum turun kepada Parti dan Pengikut PAS ini..yang lain semua dah jelas ... Bertaubat lah sebelum turunnya azab tersebut..

Anonymous said...

Kelantan dibawah pemerintahan PAS adalah gambaran jelas apa yang akan terjadi jika mereka memerintah Malaysia. Lebih dari 22 tahun memerintah Kelantan PAS gagal dalam banyak perkara. Kezaliman keatas rakyat dengan merampas tanah2 yang mereka usahakan berpuluh tahun, kegagalan mengadakan bekalan aiar bersih, kegagalan menyediakan infrastuktur untuk menafaat rakyat dan banyak lagi.

Di Kedah, belum pun tamat satu penggal, khazanah hutan dirompak semahunya. Begitu juga di Selangor damana harta rakyat disonglap, janji tidak ditunai, penyalahguaan kuasa, kemuflisan moral dan banyak lagi. Manakala di Pulau Pinang pula orang Melayu di halau secara halus dan dinafikan hak mereka untuk mmencari makan dan banyak lagi.

Pembangkang akan membawa kemusnahan yang sukar untuk dipulihkan jika mereka berjaya memerintah Malaysia. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

dengar2 'bekas' yang dibawah sekali dok di Kaabah tu dah jadi 'sasau'..

mohamad adel said...

so, conclusionnya ialah...PAS and UMNOOO sama je...sama sama kaki kelentong.....

Anonymous said...

Yang penting kita kena akui bahawa pemimpin2 Pas samada ustad kah tokguru kah, mereka tu sema manusia macam kita juga. Allah jadikan mereka manusia yang ada nafsu macam kita juga.

Apa nak heran kalau mereka pakai kereta mewah atau mereka pasang bini 3-4 orang atau simpan pompuan atau langgan pelacur atau songlap duit rakyat atau selalu cakap menipu ... itu kan sifat semulajadi manusia, kalau tak ada sifat2 tu jangan gelar mereka manusia lah ... dalam banyak2 kejadian Allah hanya binatang saja yang jujur dan lurus ... lembu, kambing, ayam, itik, rimau, gajah dan lain2 spesis binatang mana reti menipu macam manusia.

Fikir 2 kali, nampaknya binatang lebih baik dan bagus daripada manusia, rasanya kalau nak dikira siapa masuk syurga dulu, mungkin lembu yang dijadikan binatang korban tu masuk syurga lebih dulu daripada manusia.

So jangan lah nak heran kalau ada pemimpin dan ulamak Pas ada yang buat perkara mungkar ... itu maknanya mereka adalah manusia yang normal dan waras ... itu maknanya mereka bukan binatang.

Hj Mansuh

Anonymous said...

Agenda kristian bukan lah nak mengkristiankan orang melayu. Mereka cuma nak menggugat pegangan orang melayu terhadap islam. Tak masuk kristian pun tak apa, asal mahu meragui isi kandungan kitab suci quran pun dah cukup.

Macam mana tak ragu. Baca quran jumpa kalimah Allah. Baca bible juga jumpa kalimah Allah. Pandang mesjid ada kalimah Allah. Pandang gereja juga ada kalimah Allah. Itu pun sudah cukup. Kalau saya yang tua bangka ni pun boleh confused, apa lagi lah dengan cucu saya yang baru nak belajar mengenal tuhan dan islam.

Kita hairan. Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hassan adalah ulamak, tapi ulamak sebelah mana sebenarnya mereka ???????

Kita hairan. Masih ada orang melayu Pas yang menyokong ulamak bertiga ini, kitab mana sebenarnya menjadi pegangan mereka, ada kah quran, adakah bible ATAU kedua2nya sekali ??????

Kita bingung jadinya. Allah yang mana satu yang disembah oleh Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hassan ? Allah yang mana satu yang pulak menjadi tuhan kepada para pengikut ulamak bertiga ini. Adakah Allah yang Maha Esa yang terdapat dalam quran yang disembah oleh seluruh umat islam di dunia ATAU Allah yang terdapat dalam bible ?????

Hj Mansuh

ninja said...

Anak Sungai Derhaka?.. aku dengar dia kena tangkap sontot bini orang dalam kereta.. betul ke tuan RBF?...

Sejarah tercipta lagi ..

Sama rata sama rasa , bini aku bini aku, bini kau bini aku ... Pas Pis Pus ........