Tuesday, February 5, 2013

Ahli Dewan Ulama Pas Wajibkan Undi DAP

Selama ini kita sering dengar pemimpin-pemimpin Pas berfatwa mengharamkan undi BN dan mewajibkan undi Pas.

Saya sendiri pun tak sedar selama ini bahawa ahli dewan ulama Pas pernah mengeluarkan fatwa bahawa ahli Pas wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka. 

Cerita ini saya bukan kutip tepi jalan, dalam longkang atau di kaki lima pejabat Pas. Sebaliknya saya petik apa yang dilaporkan oleh harakah...



Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.

Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.

Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.

"Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya. 
Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.

Bukan digalakkan, diminta atau disarankan, tetapi WAJIB mengundi DAP.....

Makin hari sesat makin teruk nampaknya....

Ya Allah Ya Tuhanku selamatkanlah Malaysia daripada Pas....

10 comments:

Anonymous said...

Memang Bodoh Lagi Banggang PAS ni, DESPARADO SANGAT PAS NI...
KENAPA PERLU JADI WAJIB? SEDANGKAN DApigs ni Terang2 anti islam anti melayu... kenapa kena wajib undi?
Bedosa ke kalau tak undi DAP ni...?

Anonymous said...

Kalau dah kata wajib, undi DAP boleh masuk syurga. Kalu tak undi, masuk neraka. Begitulah fatwa tuan guru PAS. Cantik.....

Anonymous said...

Isu Kalimah Allah.

Saya berpendapat Guan Eng dan DAP yang menang. Pas tidak kalah tapi Pas bakal menerima tempias akibat ketelanjuran 3 jokers utama dalam Pas (Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasarudin Hasan).

Guan Eng setakat mencampakkan umpan tapi dia tidak pernah memaksa Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasarudin Hasan untuk menelan umpan berkail itu. Tetapi 3 jokers ini gelojoh dan lahap terus menelan umpan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Majlis Syura Ulamak Pas. Sekarang mereka sedang cuba dan menggelupur menghempas mulut untuk mengeluarkan mata kail yang tersangkut pada insang.

Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh adalah kafir akan tetapi mereka telah membuktikan kepada orang islam bahawa mereka adalah 10 kali lebih cerdik daripada Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hasan yang bertaraf ulamak. Walau pun saya seorang muslim, saya terima kebenaran dan hakikat kelebihan mereka bertiga dibandingkan dengan 3 ulamak Pas yang saya sebut tadi.

Nasihat saya kepada mereka2 yang membantah penggunaan kalimah Allah, jangan anda membiarkan diri menjadi anjing menyalak bukit (Guan Eng dan Karpal Singh) kerana bukit tak melakukan apa2 kesalahan kepada anda dan agama anda. Yang bersalah, yang sadist dan yang brutal terhadap tuhan anda dan agama anda adalah Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hassan. Jika mereka bertiga ini meminta nasihat daripada Majlis Syura Ulamak Pas sebelum menyatakan sokongan kepada tuntutan Guan Eng, keadaan tak lah menjadi seperti sekarang.

Jika anda (ahli Pas) rasa anda bukan seperti anjing, maka mulai saat ini berhentilah mengecam dan mendesak Guan Eng dan Karpal Singh memohon maaf kepada umat islam ... mereka tak bersalah, mereka sekadar nak test market.

Jika anda (ahli Pas) sayangkan tuhan Allah anda, anda sepatutnya mengecam dan mendesak Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hassan tinggalkan Pas kerana mereka telah membawa masalah yang sangat besar kepada Pas bila mereka menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible ... mereka sadist dan brutal terhadap tuhan anda.

Guan Eng dan Karpal Singh tidak celako kerana mereka orang kafir, tapi yang celako maha besar adalah Hadi Awang, Nik Aziz dan Nasrudin Hassan kerana mereka orang islam. Celako celako celako celako celako ....

Anamuslim

Anonymous said...

Tang mana zalimnya BN pun aku tak tau... dah 50 tahun hidup kat malaysia ...aku tak pernah rasa di zalimi .... atau memang orang PAS orang yang pemalas semua nak di sua di muka baru kata negara kebajikan ... berusaha la ooi ....jangan jadi pemalas......

jonnyszetalk said...

Salam 1 Malaysia.
لا حول و لا قوة إلا بالله العلي العظيم
Wajib, iaitu : Suatu hukum suruhan yang apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan mendapat dosa. Seperti sembahyang fardu, puasa ramadan, mengeluarkan zakat, haji dan lainnya. Wajib ini menunjukkan perintah yang tetap.
Mudah betul ustaz-ustaz PAS ni bagi hukum.Orang UMNO yang dalam kawasan DAP bertanding pakat berdosa semua sebab tentu depa tak undi DAP.Kita berdoalah semoga diberi hidayah.

Anonymous said...

Kawan.

Jangan marah saya mahu kata melayu sangat bodoh. Sebab apa saya kata melayu bodoh ?

Ada masuk kepala kah bila kata undi parti ini masuk syurga, undi parti itu masuk neraka. Semua pun bohong saja.

Kami orang cina mahu undi DAP atau MCA atau Gerakan, tak ada siapa pernah cakap lu undi DAP lu masuk syurga lu undi MCA masuk neraka. Itu syurga apa ada kena dengan undi punya hal. Lu buat baik tuhan janji syurga bila sudah mati. Lu buat jahat lu undi lah apa parti pun atau lu mengaku la apa agama sekali pun, tuhan mesti kasi masuk neraka sama lu. Kami juga percaya ada syurga dan ada neraka seperti agama lu orang juga.

Mahu undi punya jam kami tengok siapa yan boleh bagi kami senang cari makan, bukan serupa melayu mahu pilih siapa kuat islam siapa kuat kebangsaan. Apa lu orang ingat kuat islam saja tapi tak pandai perintah negara boleh maju kah ? Apa lu orang ingat kuat semangat melayu saja tapi tak pandai perintah negara boleh maju kah ?



Anonymous said...

" Ustaz dan Mufti sokong Umno, artis sokong PAS…mengapa selalu jadi macam ini, itu saya tidak faham, kata Hadi dalam ucaptama Konvensyen Antarabangsa Pendidikan (KAP) 2013 di Universiti Selangor (Unisel) cawangan Shah Alam, 4 Februari ".

Tak apa kita bagi dia faham. Ustaz dan Mufti adalah golongan orang yang faham islam dan celik islam serta tidak jahil islam. Ertinya para Ustaz dan Mufti tahu membezakan diantara kaca dengan permata. Sudah tentulah mereka akan tolak kaca dan pilih permata. Sedangkan artis pulak orang yang baru nak kenal dan nak dekat dengan islam, maka bagi mereka tak ada lah bezanya diantara kaca dengan permata, kaca pun mereka sangkakan permata.

OK Hadi Awang, itu lah sebabnya kenapa para Ustaz dan Mufti mejauhkan diri dari Pas. Dulu2 mungkin banyak permata dalam Pas, tapi hari ini saya yang jahil islam ni pun dah tak nampak lagi dah permata dalam Pas melainkan kaca belaka.

Jadi jangan duk hairan lah, cermin diri sendiri supaya tak pelik dengan orang lain.

Anonymous said...

Ahli-ahli PAS wajib menentang dan berpaling daripada SAMDUL AM Nik Aziz dan semua puak 'PARASIT & ANWARINAS'.

Anonymous said...

to Kawan..
gua caya sama lu..
tadi kawan cina gua pun ada tanya ..
Islam PAS lain
Islam UMNO lain..
Wa mau kasi tau aa.. Itu Islam ala satu aja.. itu PAS bukan Islam..
Itu Nabi Muhammad pun tak la cakap negara Islam untuk Madinah ma..
Itu PAS cuma mau undi ma..
ini Malaysia BN sudah perintah lebih 50 Tahuin ma.. wa pun senang cali makan ma..
tok nenek kita dulu sudah baik kau Tim ma..
wa jaga lu, lu hormat gua ..
Lu orang China tak tau pasal Islam yang betul ma.. itu pasai lu orang jangan percaya sama itu PAS ..
Itu manyak,busuk punya parti ma ...

Anonymous said...

Lim Guan Eng setakat mencadangkan agar kerajaan membenarkan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu. Dia sikit pun tak ugut kerajaan. Dia faham undang2 sebab itu dia nak minta kebenaran kerajaan dulu sebelum guna kalimah Allah dalam bible. Kerajaan pun tak jawab permintaan dia.

Yang peliknya tak pasal2 Hadi Awang dengan Nik Aziz pulak yang nak jadi juara. Pada hal Lim Guan Eng selepas buat cadangan itu terus senyap macam tu saja.

Kalau paderi besuara bagi pihak agama kristian, itu kita faham. Tapi bila ulamak bersuara bagi pihak agama kristian, ini yang kita pening lagi pelik.

Hadi Awang dan Nik Aziz ni "ulamak" sebelah mana sebanarnya ???