Monday, February 4, 2013

Kalimah Allah:Jangan Kita Jadi Bodoh Seperti Pas

Selepas pilihan raya umum 2008 hinggalah 8 Januari 2012 Pas konsisten bersama PKR dan DAP membenarkan agama kristian menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka versi Bahasa Melayu. 

Walaupun pelbagai pandangan, nasihat, teguran dan bantahan dinyatakan Pas tetap konsisten membenarkan kalimah suci umat islam itu digunakan oleh kristian. Sebaliknya Pas menuduh orang-orang yang menegur dan membantah tindakan mereka sebagai tidak tahu hukum dan tidak cerdik agama.

Isu kalimah Allah yang telah reda sebelum ini kembali hangat menjelang krismas 2012. Dibangkitkan semula oleh tokong Pulau Pinang. Tujuannya untuk mengalihkan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Kelantan. 

Akhirnya tokong Pulau Pinang berjaya. Kehangatan media dan orang ramai memperkatakan tentang isu tanah DAP di Kelantan beralih kepada isu kalimah Allah. 


Api kemarahan orang melayu kembali meningkat. Kemarahan semakin meningkat apabila Haji Hadi bersama Anwar dan Kit Siang dalam satu kenyataan pada 8 Januari terus bersetuju untuk membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan islam.

Melihat kemarahan orang-orang melayu semakin meningkat Pas mula takut. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat Majlis Syura pada 13 Januari bagi membincangkan isu kalimah Allah.

Selepas mesyuarat, pimpinan Majlis Syura Pas lari keluar melalui pintu belakang kerana tidak mahu berdepan dengan media yang menunggu di pintu depan. 

Hanya sehelai kertas yang sampai kepada pihak media yang menyatakan Pas membuat u turn dengan tidak membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah. 

Kenapa kristian beriya-iya hendak menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa melayu ???

Setiap tujuan mesti ada niat, dan setiap niat mesti ada tujuan....

Orang masuk tandas pun ada niat samada hendak buang air kecil atau air besar. Tidak ada orang yang buat sesuatu dengan tidak berniat.

Apa yang sedang mereka lakukan adalah rancangan jangka masa panjang. Apabila rancangan jangka panjang maka sudah tentulah kesannya juga lambat lagi. 

Kita yang ada pada hari ini mungkin tidak akan atau mudah tersesat dengan dakyah-dakyah atau kekeliruan yang mereka timbulkan. Kita tidak menongkat langit. Satu hari kita pasti akan pergi jua. Tetapi sebelum kita pergi kita kena siapkan tugas agar generasi kita akan datang tidak tersesat atau terkeliru dengan apa yang pihak kristian sedang lakukan sekarang.

Hari ini kita mengajar anak-anak kita bahawa Allah mewajibkan kita sembahyang lima kali sehari. Jangan sampai satu hari nanti cicit kita mengajar anaknya sembahyang seminggu sekali pada hari Ahad.

Sebab itu saya kata apa yang sedang mereka rancang adalah satu rancangan jangka masa panjang.....

Sekarang saya nak ajak rakan-rakan semua berfikir cara mudah.....

Kristian nak guna perkataan Allah dalam bible Bahasa Melayu....

Perkataan ALLAH itu Bahasa Arab....

Perkataan ALLAH jika diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris akan jadi GOD.....

Perkataan ALLAH jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu akan jadi TUHAN.....

Perkataan GOD jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu juga akan jadi TUHAN.....

Mereka nak guna dalam bible Bahasa Melayu tetapi perkataan TUHAN nak guna Bahasa Arab iaitu ALLAH. 

Kenapa mereka tak nak guna perkataan Tuhan ? 

Di situ pun kita sudah boleh nampak apa niat mereka yang sebenarnya ?

Kenapa lagi kita perlu tentang mereka guna kalimah Allah ?

Rujuk kepada Surah Al Ikhlas (QulhuAllahuAhad)

Surah ini tak panjang....empat baris sahaja....mungkin Allah jadikan surah ini pendek supaya setiap umat islam mampu meningatinya dan ingat apa Allah pesan....

Kita sentiasa ingat dalam kepala kita bahawa Allah itu satu, Allah tidak beranak, tidak diperanakkan dan tiada sesiapa yang menyerupai Allah. 

Itu pegangan setiap orang islam daripada dia dilahirkan sehinggalah bangkit di hari akhirat kelak....

Manakala kristian pula tuhan mereka ada anak dan ada bapa....
Mana boleh mereka nak ganti perkataan Tuhan atau god dengan Allah dan mereka jadikan Allah itu beranak dan berbapa....

Sedangkan Allah hanya satu, tidak ada anak dan tidak ada bapa.....

Sebab itu kita konsisten menentang kristian daripada menggunakan perkataan Allah.....

Sebab itu para-para ulama dan mufti berkata sesiapa yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kristian termasuk dalam golongan syirik. Malah ulama Pas , Haron Din sendiri pun kata begitu. Sini....

Syirik adalah dosa yang paling besar.....

Sekali kau syirik , maka habislah segala amalan yang kau lakukan sebelum itu.....

Hari ini orang-orang Pas kata mereka pun dah tidak benarkan kristian menggunakan kalimah Allah. 

Ya betul ! 

Tapi kau masih lagi bersekongkol dengan pihak yang membenarkannya....

Apa bezanya ?

Oleh yang demikian wahai umat-umat islam sekalian, janganlah kita menjadi bodoh seperti Pas atau diperbodohkan Pas. Kita harus tentang dan lawan habis-habisan perkara ini. Kita harus pertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam bible Bahasa Melayu. 

Ini bukan soal politik, ini bukan soal nak dapat undi, ini bukan soal siapa nak jadi hero. Ini tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan Allah yang satu, Allah yang Esa ,Allah yang tidak beranak dan Allah yang tidak diperanakkan dan juga demi untuk memastikan akidah generasi akan datang tidak terpesong.

23 comments:

Anonymous said...

Salam tuan, Penjelasan yang mudah dan baik untuk difahami. metafo dan analog yang mudah. terima kasih atas penjelasan tuan. moga siapa yang bersetuju bersetujulah atas ilmu dan bukannya bersetuju atas dasar taksub yang berlebihan.

Anonymous said...

Nama Allah xbole dipermainkan masuk tandas bagai..apatah lg dipijak2 diduduk2...nak hapuskan perlu dibakar..kesuciannnya perlu dijaga sbb itu xbole digunakan sewenangnya.even mat salleh pun translate guna God bes ko guna la Tuhan jerr.Allah hanya exclusive utk org Islam.

Anonymous said...

bagi PAS, DAP hidang gulai kari babi, mereka cedok kuah sahaja, daging babi mereka tak ambik.

Anonymous said...

Penjelasan cukup mudah, ALLAH adalah nama tuhan yg disembah oleh umat Islam. Dan tidak ada tuhan selain ALLAH. Bukan terjemahan atau perkataan seerti.
Apa yg berlaku sekrg ini hanyalah sandiwara politik yg busuk yg akan menggunakan apa jua cara demi mendapat undi walaupun akan mengadai kesucian agama Islam.

Anonymous said...

Oleh kerana PAS parti PALING BODOH la dia tu hanya layak jadi anjing suruhan dalam gabungan haram Fuckatan Rakyat. Kalau PALING PANDAI, sudah tentu DAPig dan PGayR tak pijak-pijak kepala pemimpin hamPAs macam sekarang ni.

Tapi penganut agama hamPAS mana boleh terima kenyataan mengenai parti mereka yang PALING BODOH dalam gabungan haram FUCKATAN RAKYAT. Bagi mereka, semua pemimpin hamPAS pandai-pandai belaka walaupun takde kelayakan ugama dan akademik boleh jadi Timb. Presideng macam mangkuk yang duduk tepi kiri sekali dalam gambar tu.....

Shafi Hassan said...

Salam, saya selalu menjengok ke blog ini dan selalunya saya tiada masallah atas pendapat penulis. Tetapi hari ini saya tergerak untuk memberi sedikit pandangan. Sebenarnya ALLAH adalah nama khas dan bukan bahasa Arab yang boleh diterjemah. dalam kata lain bolehkah kita terjemahkan nama kita kedalam bahasa Engeris.Seperti kad pengenalan kita, kita boleh terjemahkan semua yang tertulis atas IC kedalam apa2 bahasa tetapi tidak pada nama khas yang tertera pada IC tersebut. Begitu juga Alquran sekiranya diterjemahkan perkataan Allah tidak boleh diterjemahkan. Masallah dengan Kristian mereka terjemahkan nama khas daripada Illohim (kitab Injil yang diturunkan dalam bahasa Aramic kuno)kepada perkataan 'TUHAN' mengikut bahasa tempatan dimana tempat Injil atau bible itu diterjemahkan. Tujuannya hanya satu seperti yang diterangkan oleh saudara RFB. kalau salah sila abaikan.

Anonymous said...

pas kan ideologi sesat, monyet aje yang jadi pengikutnya

DON MELAYU said...

kau ni pun satu hal la bro...kalau PAS tu pandai takde lah dia jadi kuda tunggangan DAP..sebab apa mansia tnggang kuda??sebab mudah nak diarahkan dan utk kegunaan pergi ke mana2 zaman dulu,ibaratnya mcm tu lah tp skrg dh ad keta dan fgsinya tetap sama iaitu DIPANDU oleh org lain..sama jgk dengan PAS,ianya hnyalah satu PARTI yg ditunggang oleh DAP utk ke putrajaya sebab tanpa PAS xde lah undi org melayu...

PAS ni sbnrnya parti yang hanya BERLAGAK pandai shj tapi bodoh bkn kepalang,kalau brckap bab agama seolah2 takde org lain yg paling layak,hnya mereka saja yg layak bab agama,hanya mereka saja yg tahu bab agama sebab tu lebai2 dia kantoi khalwat ngan BINI org,songlap duit tabung MEMALI itu semua HALAL bagi PAS...

Bab kalimah ALLAH ni plak,dah kecoh baru lah majlis syura kalut nak buat meeting bagai,sebelum ni knp tak buat??ok,keptusan majlis syura dah keluar tp sampai bila ianya boleh bertahan??Sejak keptusan majlis syura keluar karpal singh mendesak agar kptusan diubah demi nak MEMENUHI kehendak PR...?????fuck off you karpal...!!!dan sampai sekrang pun takde satu pun pemimpin PAS yg tampil memepertahankan keptusan yg dibuat oleh majlis syura parti itu...mgkin jugak mereka takut nasib mereka akan menjadi seperti Hassan Ali dan Ust Nasha yg dipecat akibat bertentangan pndapat dengan Karpal Singh,bkn dgn PAS...

ALLAH bukan hanya satu perkataan yg digunakan oleh islam tapi melambangkan agama dan tuhan kita sbgai islam..kalau nama ALLAH pn PAS tak mampu nak prjuangkan dan jaga mcm mana PAS nak mmprjuangkan agama dan hukum ALLAH???fikir2 kan...

satuduatigaempatlima enamtujuhlapan said...

Sebenarnya kalau nak teliti lagilah perkataan GOD pun tak boleh terjemah kepada TUHAN sebab GOD= TUHAN LELAKI. Bandingkan dengan GODDESS = TUHAN PEREMPUAN.

Walauapapun menurut teologi Kristian (Katholik - yang lain-lain seperti Protestant saya kurang pasti)2 aspek Tuhan secara sendiri God of Father (father-lelaki) God of Son (Son= lelaki) menunjukkan sifat maskulin yakni gender lelaki. kecuali Ruhul Kudus yang tidak berjantina.

Bezakan dengan Islam yang mengunakan Kalimah ALLAH (Alif LAM LAM HA+ TA MArbutah) penambahan TA Marbutah menunjukan fungsi nama tersebut tidak bergender.

Contohnya seseorang yang bernama Sulaiman - nama ini bergender maskulin. Rokiah - nama ini bergender wanita dan contoh ketiga
TALHAH/TOLHAH (To Lam Ha + Ha Ta Marbutah) nama ini tidak bergender - Lelaki dan wanita boleh menggunakannya.

Maka perkataan GOD tidak boleh secara lansung di terjemahkan kepada ALLAH sebab perkataan GOD itu sendiri bergender maskulin manakala kalimah ALLAH tidak bergender. Perkataan GOD juga dalam bahsa Melayu sepatutnya TUHAN LELAKI bukannya TUHAN sahaja.

Wallahualam.

bro yul said...

apa nk jd la dengan pas nie makin lama aku tengok makin jauh sesat nyer...apa yg dap ckp smua nyer betul aku tengok pas nie x ubah seperti lembu yg d cucuk hidung nyer sanggup halal kan yg haram demi matlamat ingin ke putrajaya tp x sedar parti nyer sedang d anjingkan oleh dap racist...

abe ja said...

seperti biasa..penjelasan yang mudah difahami, bersandarkan fakta, serta logik akal.tanpa perlu mencarut atau berbahasa kesat.

saya setuju bahawa ini adalah rancangan jangka masa panjang.bukan untuk kita,tetapi untuk anak2 generasi akan datang.anak2 yang terdedah dengan media sosial.anak2 yang terdedah dengan youtube.betapa mudahnya untuk memesongkan anak2 dengan kartun2 (kebanyakannya dalam bahsa indoensia) yang menyerupai muslim tetapi rupanya menyebarkan dakwah kristian.

jika kita lihat portal2 pro pembangkang,terdapat segelintir yang berfikiran kurang berakal dengan hujah2 seperti:

" orang yang lemah iman aje takut boleh terpesong gini"

"orang yg bongok aje boleh keliru Allah umat islam dengan kristian"

Jadi saya hairan.bagaimana boleh segelintir golongan di Malaysia percaya bahawa Pakatan Rakyat boleh membawa Malaysia ke arah keharmonian sesama kaum/agama?belum berkuasa mereka sudah cacamarba..saling tikam menikam,semua perbezaan pendapat boleh "agree to disagree".

sekali lagi pas membuktikan betapa mereka hanyalah anjing (maaf bahasa kesat) kurap yang dibelenggu tengkuk oleh tuan besar dap.hanya makan apabila diberikan,nak buang air pun kena di bawa berjalan2.

majlis syura..what a joke.bila ada perbezaan antara majlis syura dan presiden,cakap siapa yang kita kena akui?presiden?atau syura?ataupun "agree to disagree"?

Anonymous said...

pas telah berjaya ditarbiyah oleh dap..sebab pas itu bodoh. itu je.

Xpas said...

tajuk kat atas tu,patutnya bukan bodoh tp kufur !!!

Anonymous said...

Mmg betol....DAP xkan bkrjasama juga bersekutu dgn PAS kalo penganot dan pemimpin PAS pandai....

MMg PAS dianggotai oleh BAGHAL2 dan BAHALOL2 yg prasan mrk pandai, Islamik dan maksum....semangat Assobiyah yg tinggi oleh penganot PAS itu lah yg amat di sukai oleh DAP krn memudahkn kerja jahat DAP...

gosok sj pemimpin BAGHAL PAS dgn wang hengget dan jwtn , maka semuanya akan sgp di beri/digadai dan di jual spt kalimah Allah...Krn pemimpin BAGHAL dah mnyokong , maka penganot BAHALOL akan mmBABI BUTE mnyokong...

Anonymous said...

"itu dia punye pasal.." sng jer jawab... Dh tu,xyah la nk joint pakatan klu mcm xde kene mgena jer..kata sepakat tpi sorg ckp lain yg sorg lg ckp lain..
Tpi klu psl umno mcm tau jer sume,xnk lak ckp 'tu dia punye pasal' lak.. Ntah ape2 nik ajis ni...bler dh tua,konon2 mcm btul sume..bler la nk mati..haha

Anonymous said...

parti paling bodoh bengap bebal bingai badigol ialah=PAS

Anonymous said...

sejak bila Pas pandai?

Anonymous said...

Saya kurang setuju dengan tajuk "Kalimah Allah: Jangan Kita Jadi Bodoh Seperti Pas" Tajuk tersebut lebih sesuai denagn "Kalimah Allah: Jangan Kita Jadi Bodoh Seperti PEMIMPIN2 Pas". Kenapa saya katakan begitu? Kerana jika kita lihat senario kebelakangan ini, ramai ahli2 akar umbi Pas yang cerdik apabila mereka mula sedar bahawa pemimpin2 Pas hari ini amat lemah semangat mereka lebih2 lagi pemimpin2 Pas ini terlalu tunduk dengan tuntutan dan desakan biaDAP dari DAP. Kecerdikan dan keberanian ahli2 PAS kebelakangan ini semakin ketara dengan mengadakan siri2 demonstrasi dan aksi memijak bendera DAP.

'Lawatan' Nik Aziz kerumah Karpal Singh dan meraikan hari jadi disana hanyalah sandiwara politik untuk mengabui mata ahli2 Pas. Kenyataan Hadi Awang yang mmengatakan Karpal Singh 'lembut' hati selepas pertemuan dengan Nik Aziz hanya sekadar untuk menyembunyikan hakikat sebenar. Ini terbukti apabila Karpal sendiri menyangganh kenyataan Hadi Awang bahawa DAP telah menerima penjelasan Nik Aziz. Karpal jelas menyatakan tiada perbincangan mengenai isu kalimah Allah didalam pertemua 20 mint antara nik Aziz dan beliau. Saya lebih cenderung untuk mempercayai Karpal Singh dari Hadi Awang. Semua orang tahu Karpal sentiasa konsistan dengan keputusan dan tindakan nya. Manakla Hadi Awang pula bersikap kluk klek.

Pemimpin2 tertinggi Pas hari ini amat lemah dan bacul dan kering idea sehingga sanggup pula menggadai aqidah untuk kepentingan diri mereka sendiri. Buktinya Nik Aziz sendiri yang sering menjadikan hospital sebagai rumah 'keduanya' masih lagi bernafsu untuk terus menjadi MB selepas PRU13 kelak. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Saja nak tanya, kut2 ada yang tau.

Guan Eng dengan Hadi Awang, sapa yang nampak lebih cerdik ? Karpal Singh dengan Nik Aziz, sapa yang nampak lebih bijak ? Mat Sabu dengan Lim Kit Siang, sapa yang nampak lebih pandai ?

Anonymous said...

Ternyata apa yg rakyat marhain harapkan pada parti yg brlandaskan pada nama ISLAM sememangnya tak boleh diharapkan lagi.Oleh itu kite perlu bersatu menentang pengkhianat BANGSA&AGAMA kita ini.PAS dulu tidak mcm PAS sekarng,Dulu hati jiwa dn hidup berjuang demi agama yg suci,skrng tidak lg,hati mereka KOTOR penuh hasad dengki demi mengejar cita2 PANGKAT,NAMA,DN HARTA.agama,negara sanggup digadainya.Insyaallah setiap yg baik dn yg buruk itu pasti akn ada pembalasannya.Kerna hanya tuhan yg esa tahu HIKMAHNYA.

Anonymous said...

KEBODOHAN MAT SABU N HADI AWANG MAKIN TERSERLAH........
I NEVER SEE THEM AS SMART FELLOWS, BUT STUPID DOGS YESSSSS.

Anonymous said...

Anon 1107

Napa hang tanya soalan bodoh. Walau aku tak suka puak DAP tapi bila compare ngan pemimpin Pas no where man. Kata orang kedah, depa duk asyik kena luku dengan pemimpin DAP saja. Mujuq la depa tu semua pakai serban kalau tidak gerenti dah benjol kepala Hadi Awang kena luku dengan Guan Eng, benjol kepala Nik Aziz kena luku dengan Karpal Singh.

Aku jangka dalam musim pilihanraya nanti Hadi Awang dengan Nik Aziz akan buat U turn sekali lagi, bukan setakat depa 2 orang tu saja, mungkin semua ahli Majlis Syura Ulamak depa akan buat U turn juga. Alaaaa apa ada dengan kalimah Allah, kalau tak dapat sokongan dari orang DAP.

Aku sikit pun tak percaya dengan puak Pas ni. Depa boleh buat U turn at any time termasuk lah Haron Din sekali.

Anonymous said...

Xda pulak pengikut pas post komen noh.. Depa tgk tajuk pon dah surrender la.. Hahahaha tahniah RBF. Terbaik..