Sunday, February 17, 2013

Majlis Syura Ulama Pas Mahu Ubah Perlembagaan Negara

JERTEH: Majlis Syura Ulama PAS mahu Perlembagaan Malaysia diubah supaya berpaksi kepada Islam sepenuhnya jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, kata setiausaha badan tertinggi parti itu, Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh.

“Jadi sekarang ini, kita nak balik (kepada agama) supaya negara kita beramal dengan Islam secara keseluruhan, dan amalan Islam ini sama sekali tidak bercanggah dengan orang bukan Islam," kata beliau kepada Antarapos.

"(Perlembagaan) .. sebut Islam sebagai agama rasmi, bukan Islam (sebagai) perlembagaan negara. Dia ada beza. Kalau diletakkan Islam dalam perlembagaan negara, maka Islam akan diamalkan secara total.

"Tapi kalau sekadar Islam sebagai agama rasmi, kita lihat sebagaimana hari ini... sembahyang, puasa pun tak ada undang-undang," dakwa beliau.

"Jadi ini (perlembagaan dan undang-undang) adalah satu perkara yang perlu kena buat perubahan,” kata beliau.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menafikan parti itu berhasrat untuk meminda perlembagaan, tetapi hanya mahu memperkasakan Islam di negara ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru daripada Nik Mohd membayangkan perselisihan yang semakin ketara di antara Majlis Syura dan Hadi susulan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Nik Mohd mendakwa banyak daripada gejala sosial dan kemungkaran di negara ini berpunca daripada Perlembagaan Persekutuan yang tidak memberikan keutamaan kepada Islam.

"Apa yang berlaku dalam negara kita ini, (ialah) sekadar sembahyang itu pun tak ada undang-undang, ada masjid (tapi) semua itu kulit sahaja,” kata beliau.

"Macam mana dengan undang-undang negara? Macam mana dengan undang-undang rasuah? Undang-undang penyalahgunaan macam-macam, tidak ada di mahkamah syariah,” ujar beliau.

Nik Mohd yang juga Ketua Penerangan Ulama PAS Terengganu, mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menjurus kepada pelaksanaan Islam itu sendiri di dalam perlembagaan negara.

"Tidak ada undang-undang Islam yang menyentuh dasar ekonomi Islam, yang menyentuh dasar pendidikan Islam, keselamatan dalam negara, hubungan diplomatik, cara perdagangan banyak lagi dalam Islam yang ada," kata beliau.

Menurut beliau, dengan meletakkan Islam sebagai asas Perlembagaan Negara, Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai berusaha mencapai keselarian dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP sebelum ini menolak sebarang perubahan kepada kepada Perlembagaan susulan desakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Kedua-dua parti itu juga dilihat enggan mendokong pendirian Majlis Syura yang melarang penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.

Sebaliknya dua parti itu mendokong pendirian umum Hadi bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu asalkan tidak menghina Islam.

Setakat ini Hadi belum membawa ketetapan Majlis Syura itu untuk dipertimbangkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat. 

Sumber: Antara Pos 

Kita tunggu dan lihat berapa lama Majlis Syura Pas boleh bertahan dengan kenyataan diatas....

Esok lusa Karpal Singh, Guan Eng dan Kit Siang batuk ja, habis bertaburanlah jawabnya....

51 comments:

Anonymous said...

Modal politik semata2...

Borak jer lebey org2 politik ni...



Anonymous said...

Majlis sorak PAS neh sembang jer pang pong tapi hampeh...DAPig n PKR malah Hadi n N ajis pon xikot apa2 keputusan majlis Sorak....

Penerangan peguam Naser Disa, salah seorang Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara pasal perlembagaan negara dan tuntutan kalimah Allah lbh berupaya mmberi pencerahan pada majlis sorak PAS...

http://www.anwaraidc.com/?p=31121

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hqCgBXYLdKo

Anonymous said...

Salam 1 Malaysia.Dorang nih tak reti baca Perlembagaan ke atau tak paham.Beza tu antara Islam agama persekutuan dengan Islam agama rasmi.mana ada sebut Islam agama rasmi dalam perlembagaan.Biarlah labu..

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

Sekarang kita suruh semua PAS letak ke semua calon di 222 kawasan parlimen dan angkat sumpah baiah. Jika menang 2/3 dan masuk putrajaya, laksanakan hukum hudud Islam sebenar bukan hudud parti. Bersikap adil kepada orang Islam sama. Jika gagal laksana dalam tempoh 5 tahun maka, bubar terus parti PAS serta bercerai-berai isteri2 calon termasuk yang kahwin lebih dari seorang... Apa mcm ada bran ka??? Jgn berkokok saja, ekor bergelumang dgn taik...

Anonymous said...

...nak cakap hal agama Islam berdegar2 tapi Perlembagaan Malaysia pun dia tak faham...Fasal 3(1) tidak mengatakan Islam agama rasmi Persekutuan...ia mengatakan Islam adalah agama Persekutuan...maknanya negara Malaysia ini ada agama iaitu Islam...bila negara ini beragama Islam maka dia wajib mengamalkan Islam dalam setiap perkara yg berkaitan dgn negara termasuk hukum Islam...

YB Raz said...

dah dekat PRU biasalah keluar balik skrip skrip lama..semuanya nak cuci balik taik palat yang dah dibuat hj hadi...

kalau puak pas kata BR1M tu gula gula nak pancing rakyat, cerita cerita dari majhlis syura pulak adalah ganja nak terus khayalkan pengikut mereka daripada realiti sebenar kehidupan..

Majlis Syura --> INI SEMUA POYO

mohon saudara RBF link kan blog pahang-ku bersama blog saudara yang hensem ni.

http://pahang-ku.blogspot.com

Anonymous said...

majlis syuro ni ibarat meeting kat kedai kopi.sembang bagai nak rak tp ibarat angin lalu.politik kosong.sape pun x ambil peduli...

Anonymous said...

Dalam wawancara dengan hj Hadi.., Hj Hadi kata.., PAS selesa bersama dengan rakan2 dalam PR selagi mereka telah menerima perlembagaan negara di mana Ugama Islam dijadikan ugama rasmi, serta hak2 keistimewaan orang melayu..

Hj Hadi tak sebut pun nak tukar perlembagaan? Berani ker dia sebut nak tukar?

Ciitt..!!

Anonymous said...

tanding pun x sampai separuh krusi plimen,pun x pernah mng lebih 30 kerusi nak ubah apa?ubah lim kit siang jd abdul halim abdullah?

Anonymous said...

pigidah...
Islam tu Islam ni...
saja nak peralatkan guna nama Islam

padahal kes kohilal,memali,kambing jamnapari husam dll senyap jer

macam haramjadah ingat orang lain jahil sama macam anjing Pas ni

Anonymous said...

Dengan ubah ke perlembagaan Islam, pendapatan saya meningkat berlipat kali ganda, saya setuju 1000%.

Tapi saya tak percaya akn menguntungkan orang Islam atau Melayu. Lihat saja Kelantan, apa yang telah mereka lakukan. Di Kedah, hanya 5 tahun, mereka telah tebah hingga botak hutan Pedu.

Lagi pun tiada negara Islam di dunia ini yang lebih maju, dari bukan Islam. Kalau Allah redha, sudah tentu kita tak perlu import barang keperluan harian, dari negara bukan Islam. Makanan pun mereka masih beli dari negara bukan Islam.

Arab Saudi, sebuah Negara yang kaya pun tak mampu menolong dan menyokong Palestine dan Iran. Mungkin mereka kaya kerana minyak. Kalau umat Islam boikot Umrah & Haji, setahun-dua mereka mungkin tidak akan tenteram.

RD

Anonymous said...

Alahai.. banyak gebanglah pulak...
baikindiri sendiri dulu baru boleh ceta bab perlembagaan ke Islam ke...
bosanlah dengan org2 seperti ni.....

Tukang Karut said...

Nak Islamkan Perlembagaan? Samalah dgn keislaman parti PAS, pada nama saja, pemimpin dan penyokong semua buta Islam ...

Tak habis-habis nak membodohkan penyokong2 PAS yg dah lama jadi bodoh akibat Amanat Hj Hadi Besi tu.

Islamkan dulu pemimpin2 bodoh tongong PAS yg ramai tu. Usah sibuk2 nak Islamkan nama pertubuhan, parti atau sebagainya. Ramai pemimpin PAS buat kerja bodoh tongong, bahlol sampai keakhir hayat.

Ingat PAS tu Islam ke hanya ada perkataan Islam? Bodoh ...

Anonymous said...

Hek eleh....merapu je banyak....tok sah cakaplah ustaz...perabih boreh saja....solat, puasa tu semua kan perlembagaan Allah....kalau perlembagaan Allah pun depa buat dekkk...apatah lagi perlembagaan negara..! Hampeh..eh..hamPAS...cakap boleh la...

Anonymous said...

sembang kencang..
kalimah Allah, lari ikut pintu belakang..
hudud takde dlm buku jingga..
hal ehwal potong rambut pun gagal..
perlembagaan Islam konon..tu yg terang2 bertahaluf siyasi dgn parti2 yang terang2 tolak perlembagaan Islam apehal?
malu la pas wei..

Anonymous said...

Soalan cerpu emas.

Siapa Majlis Syura Ulamak nak menentukan bentuk Perlembagaan Negara ? Apa kuasa Majlis Syura Ulamak nak mengajar PR tentang bentuk pentadbiran negara ? Siapa lebih besar kuasanya diantara Presiden Pas dengan Pengerusi Majlis Syura Ulamak Pas ? Dalam Majlis Presiden PR suara atau keputusan siapa yang diterima pakai .. adakah keputusan Presiden Pas atau keputusan Pengerusi Majlis Syura Ulamak Pas ?

Jika anda mampu menjawab soalan ini, maka anda akan kata Karpal Singh is right dalam isu kalimah Allah. Dan kalian (melayu yang membantah penggunaan kalimah Allah dalam bible) akan berhenti menyalak macam anjing gila.

Anjing gila itu "biasa", tapi jika kalian jadi anjing gila itu "luar biasa".

Anonymous said...

Media melapurkan selepas Majlis Syura Pas membuat ketetapan bahawa 'Kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Melayu,Ahli2 Majlis Syura dilapurkan keluar ikut pintu belakang' kerana dipercayai tidak mahu mengulas mengenai isu tersebut.

Hari ini pula mereka bercakap mengenai mengubah Perlembagaan Persekutuan jika Pakatan Haram berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU13 kelak. Kalau satu isu yang membabitkan aqidah Islam Majlis Syura masih belum/tidak berjaya meyakinkan ahli2 akar umbi Pas sendiri, bagaimana mereka boleh bercakap mengenai meminda Perlembagaan Persekutuan. Itu belum lagi bantahan dari DAP dan PKR. DAP semakin biaDAP, PKR pula semakin jelas penentangan mereka, ahli2 akar umbi Pas pula tanpa segan2 lagi sudah memberi isyarat melalui siri2 demonstrasi bagi meluahkan rasa kecewa mereka. Tetapi lucu pemimpin2 tertinggi Pas masih berkhayal? Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Ubah buku jingga pun tak mampu... ada hati nak ubah perlembagaan negara!!

Anonymous said...

Kepada Kalian Yang Menyalak Tak Henti2 Siang dan Malam.

Kononnya kalian membantah kalimah Allah digunakan dalam bible. Niat kalian memang bagus, tapi sasarannya tak kena. Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Anwar ... bukan sasaran yang boleh mengubah keadaan.

Kalian sepatutnya mendesak Hadi Awang selaku Presiden Pas menarik balik atau membatalkan kenyataan yang dia buat dalam Mesyuarat Bersama Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Jan 2013. Faham kah kalian kenyataan Hadi itu mewakili Pas, dan itu lah yang dipegang oleh Karpal Singh bahawa Pas bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut kristian, manakala kenyataan dan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas tidak ada nilai dan no legal binding untuk mengatakan Pas telah menarik balik persetujuan. Dari segi perundangan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas tidak memberi apa-apa kesan kepada keputusan yang telah dicapai diantara Karpal-Anwar-Hadi pada 8 Jan 2013.

Minta maaf. Saya katakan tindakan kalian (ahli Pas dan NGO melayu) membuat bantahan dan demonstrasi tak ubah seperti Anjing Menyalak Bukit. Kalau saya boleh berkata begitu, saya percaya Karpal, Lim Guan Eng, Anwar dan ramai diluar sana yang celik undang2 pun berkata yang serupa, "like a mad dog barking at the mountain".

Salak lah kepada Hadi supaya dia tarik balik atau batalkan persetujuan yang dia buat pada 8 Jan 2013. Percayalah jika Hadi membuat kenyatan, "saya selaku Presiden Pas yang mewakili suara seluruh ahli Pas dengan ini menarik balik dan membatalkan persetujuan Pas berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Jan 2013".

Nescaya selepas ini Karpal, Lim Guan Eng dan Anwar akan seperti cacing kepanasan.

Anonymous said...

ABDAP,apa kh kamu akn mengundi PAS jika PAS bertanding di semua kerusi?Jika kamu selama hr ni pun tk pernah menyokong PAS,apa yg boleh di harap kn dr kamu?Pemimpin2 dn pencacai2 UMNO br iya2 meminta PAS kluar dr PR krn mrk tahu PAS akn kalah klau mereka bergerak sendirian.UMNO sndiri tidak berani menyertai PRU sbg UMNO.Dr 1957 hingga lh ke hari ini.Cuba ko cabar UMNO utk bertanding atas tiket UMNO dlm PRU13.Tobat,mereka tk kn laku kn!Klau UMNO sndri tk berani nk melaku kn ny knp ber iya2 nk cabar PAS?

Anonymous said...

Nak tukar perlembagaan konon, tukar dulu buku jinggay. Yg ana nampak sejak berkawan dengan setan dan kapir harbi perjuangan pas yg tukar kepada negara kabajikan.

Anonymous said...

Majlis syura PAS ni semua nak kene lempang dengan Karpal Singh ke?. Isu Islam, hudud, melayu, keluar pakatan DAP/PKR hanya semata-mata untuk PAS nak kencing pengundi2 lagi lah ni kat PRU13. Dah lama dah tahu. Dah naik muak...

Anonymous said...

Majlis syura pas ni dimata pakatan macam sembang lebai2 pas kat warung kopi aje. Bising tapi kosong.

Anonymous said...

Dah balik ke negara islam pulak.....pelembagaan patut tukar negara kebajikan jika PAS memerintah. Oh lupa, islam, oh lupa, kebajikan, oh lupa boleh guna kalimah Allah, eh lupa tak boleh guna......mcm ni nak memerintah negara, hancur lebuh Malaysia

Anonymous said...

Isu kalimah Allah. Tuan Ibrahim dan Haron Din berkeras. Buang masa saja. Siapa nak dengar cakap mereka ? Siapa mereka kepada Karpal dan Anwar ? Anwar tak pakai cakap Tuan Ibrahim dan Haron Din, Karpal juga serupa.

Ya kalau Hadi yang bercakap, itu memang laku kepada Anwar dan Karpal. Kerana Hadi adalah suara Pas. Sedangkan Hadi masih kekal bersetuju kalimah Allah untuk kristian. Hadi hanya menyokong keputusan Majlis Syura Ulamak, tapi Hadi tidak pernah menarik balik atau membatalkan persetujuan bersama yang dicapai dalam Mesyuarat PR pada 8 Jan 2013. Sama juga dengan Nik Aziz, Nasrudin Hassan dan Mat Sabu ... mereka tidak pernah menarik balik kenyataan menyokong kristian dalam isu kalimah Allah.

Perlu orang melayu sedar bahawa, jika pada PRU 13 nanti, Hadi menang, Nik Aziz menang, Nasrudin Hassan menang dan Mat Sabu menang ... itu membawa maksud kemenangan kepada perjuangan kristian untuk mendapatkan hak menggunakan kalimah Allah dalam bible.

Fikirlah, adakah anda sebagai orang islam nak sokong perjuangan agama kristian atau nak pertahankan islam.

Kenapa Hadi sampai hari ini tak buat kenyataan menarik balik persetujuan pada 8 Jan 2013 ? Kenapa Hadi hanya berani buat kenyataan bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak ?

Anonymous said...

Doa kemenangan buat Tuan Guru Hadi Awang, Tokguru Nik Aziz, Ustaz Nashrudin Hassan Tantawi dan Ustaz Mat Sabu.

" May Jesus Bless You and Pas In This Coming Election PRU13 "

ninja said...

anon 6:39
Hang tak reti ke bahasa sindiran..?
UMNO sedar memang tak leh berdikari sebab itu UMNO bergabung dengan parti2 komponan lain... yang tak reti bahasa, sombong, bongkak, dan ego ni PAS .. hingga mengkafirkan sesama umat kerana mahu undi melayu .. bila dah tahu langit ni tnggi barulah terhegeh hegeh nak berkongsi sehingga yang dulunya haram sekarang jadi halal.. dulu kata orang kafir sbb kerjasama dgn bukan islam, sekarang tahi dah terpalit kat muka sendiri..
Macam ni punya manusia mahu percaya ke?
Sebenarnya PAS hanya pergunakan Islam sebagai produk untuk melariskan partinya sahaja dan untuk dapat kuasa .. hanya dengan cara itu sahja PAS boleh kelentong rakyat ...

joe labi said...

majelis syura boleh ka lawan ckp godfather NIKA AJISI AL-KHOMEINI?

Anonymous said...

MAJLIS SYURA KER MAJLIS BUBUR ASYURA..CAKAP2 KEDAI KOPI BOLEH LER ULARMAK OIII. SEKALI KENE LEMBANG DENGAN KAPAL KECUT TELUR..ISU KALIMAH ALLAH APA SUDAH JADI???

ANON 2:28 DAH DOA MINTAK JESUS BLESS U ALL FOREVER ULARMAK.

Anonymous said...

Sedarkah kita orang2 Pas.

Isu kalimah Allah ini tidak akan mencalarkan imej islam yang ada pada Pas jika tidak kerana tindakan Presiden Pas memberikan persetujuan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Majlis Syura Ulamak.

Walau pun Hadi Awang menyetakan persetujuan kepada keputusan Majlis Syura Ulamak melarang kalimah Allah dalam bible. Tetapi selagi dia tak buat kenyataan terbuka membatalkan persetujuan Pas pada 8 Jan 2013, maka PR tetap menerima pakai bahawa Pas bersetuju kalimah Allah dalam bible bahasa melayu.

Kecelaruan dalam Pas yang berlaku mutakhir ini adalah berpunca daripada Hadi Awang. He is the culprit and he is the bandit.

Ini pendapat peribadi saya sebagai seorang pemimpin kecil dalam Pas. Hadi Awang sudah tak layak memimpin gerakan islam yang dibawa oleh Pas. Hadi Awang sudah tak layak memimpin Pas. Hadi Awang juga sudah tak layak digelar ulamak. Gelaran Ulamak hanya sesuai untuk orang yang sanggup mempertahankan kesucian Allah. Gelaran Ulamak hanya sesuai untuk orang yang mahu mengakui bahawa Allah adalah tuhan bagi orang islam dan bukan tuhan kepada orang dari agama lain.

Saya secara fizikal masih bersama dengan Pas kerana faktor masyarakat setempat, tetapi dari segi hati dan undi .... minta maaf lah selagi Hadi Awang masih memimpin Pas.

Pas Pendang



Anonymous said...

Yes gua setuju lu Pas Pendang. Itu saja cara nak ajar Hadi Awang. Gua minta semua orang Pas yang bantah kalimah Allah dalam bible, kita ajar Hadi Awang cukup2. Bagi dia kalah KO dalam DUN dan Parlimen pada PRU13 nanti. Nik Aziz pun sama sebab itu orang tua sudah nyanyuk dan selalu sakit, PRU13 ni kita bagi dia cuti panjang sebagai MB atau wakil rakyat. PRU15 nanti kita bagi lah peluang Nik Aziz jadi MB Kelantan semula. Setuju dengan idea gua ???


Anonymous said...

PAS DAH KENE BADI AKIBAT SOMBONG BONGKAK DAN TAKBUR. CAKAP MAIN SESEDAP RASA. KALAM DAN KALIMAH ALLAH DAH DIBUAT BAHAN MAINAN OLEH KAPIR HARBI KRONI DALAM PARTI.

JUAK2 PAS KAT TAMAN2 DAN KAMPUNG2 YANG MEGAH BERJUBAH DAN BERKUPIAH PUN DAH MENYOROK TAK TAHU MANA NAK LETAK MUKA.

SALAH SIAPA?? BAK KATA ORG TUA TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA DAN PERBUATAN..MERANALAH BADAN.

Anonymous said...

org yg follow depa bukan tau smua itu. follow buta2 aje. dok sembang kuat nak mengubah aku risau depa yg d ubah....hik hik hik

Anonymous said...

nak harap kami undi tak la kot. tp cuba ng bg idea supaya lu org nmpk beriya berjuang demi agama. sbb korang selalu kata korang islam dr org islam umno. so biaq buat sungguh2. atau paling tdk pakat dgn pr supaya bg kerusi lebih utk pas biar pas dominan br leh ubah sana sini beb. ini kerusi lebih adalah pkr dan dap apa cite ubah ubah. di ubah ada lah....

Anonymous said...

PAS dah takde calon untuk ditanding. Kerusi meja semua dah lari..tu dia. Mampuihh Tok Guru dan Hardy Boyz memikio smpi pecah pale.

Anonymous said...

Nik Aziz kata orang2 yang terima duit BR1M sama macam "haiwan". Maknanya orang Pas yang dah telan duit BR1M tu pun "haiwan" juga lah.

Orang Pas memang "haiwan" bila sanggup sokong DAP yang tak habis2 hina islam dan Allah. Orang2 Pas memang "haiwan" bila sanggup terima Anwar yang rendah moral jadi PM.

Kalau bukan "haiwan" mesti ada aqal untuk berfikir kan ????

Anonymous said...

Senang nye la manusia ni bercakap. Sedangkan nak pinda akta or by-law pun makan masa bertahun-tahun, ni kan pulak nak pinda perlembagaan. Hmmm manusia-manusia.....pandai berkata-kata tapi kebanyakkannya tidak tahu apa yang diperkatakannya.

Anonymous said...

Menang sorak kampung tergadai tangan bau tungkee.

Kelantan dah bertahun-tahun tak maju. Rakyat bertabur merata tempat cari rezeki sebab disana tiada peluang kerja, air paip warna karat ada hati nak tukar perlembagaan.

Ularmak - ular dalam semak.

Anonymous said...

Anonymous said...

...nak cakap hal agama Islam berdegar2 tapi Perlembagaan Malaysia pun dia tak faham...Fasal 3(1) tidak mengatakan Islam agama rasmi Persekutuan...ia mengatakan Islam adalah agama Persekutuan...maknanya negara Malaysia ini ada agama iaitu Islam...bila negara ini beragama Islam maka dia wajib mengamalkan Islam dalam setiap perkara yg berkaitan dgn negara termasuk hukum Islam...

February 17, 2013 at 12:42 PM

========================================================

Ko mimpi apa ni?

Article 3 (1) memang disebut Islam agama rasmi persekutuan, TAPI mana ada disebut ia adalah undang2 utama & tertinggi.... atau boleh laksana semua hukum hakam Islam yg nmenyeluruh..... ko cuba rujuk Article 4 pulak.... yg mana kuasa undang2 tertinggi negara dan ko rujuk pula Article 121(1A)--- betapa rendahnya martabat Undang2 Syariah berbanding Undang2 Sivil!

Ko semak Akta 355- Akta mahkamah Syariah- ciput saja---Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengenakan hukuman yang berikut:
(a) Kes Jenayah
i penjara tidak melebihi tiga tahun
ii denda tidak melebihi RM5 000
iii merotan tidak melebihi enam sebatan
iv kombinasi mana-mana hukuman di atas

(b)Manakala Kes Sivil di Mahkamah Sivi
pertikaian melebihi RM50 000


sebab tu kuasa hakim dan undang2 syariah hanya setaraf majistret/ mahkamah majistret saja!

dah tu Akta 559- Akta Undang2 Syariah Wilayah Persekutuan banyak bercangggah dengan hukum2 syariah yg sebenar, umno buat kerja bidaah...pinda hukum hakam Allah!

begitu juga segala Enakmen Undang2 Islam setiap negeri boleh dibatalkan oleh oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Article 75:
Perkara 75. Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.

Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.

UMNO yg cuai dan lalai!

Anonymous said...

Anonymous said...

...nak cakap hal agama Islam berdegar2 tapi Perlembagaan Malaysia pun dia tak faham...Fasal 3(1) tidak mengatakan Islam agama rasmi Persekutuan...ia mengatakan Islam adalah agama Persekutuan...maknanya negara Malaysia ini ada agama iaitu Islam...bila negara ini beragama Islam maka dia wajib mengamalkan Islam dalam setiap perkara yg berkaitan dgn negara termasuk hukum Islam...

February 17, 2013 at 12:42 PM

========================================================

Ko mimpi apa ni?

Article 3 (1) memang disebut Islam agama rasmi persekutuan, TAPI mana ada disebut ia adalah undang2 utama & tertinggi.... atau boleh laksana semua hukum hakam Islam yg nmenyeluruh..... ko cuba rujuk Article 4 pulak.... yg mana kuasa undang2 tertinggi negara dan ko rujuk pula Article 121(1A)--- betapa rendahnya martabat Undang2 Syariah berbanding Undang2 Sivil!

Ko semak Akta 355- Akta mahkamah Syariah- ciput saja---Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengenakan hukuman yang berikut:
(a) Kes Jenayah
i penjara tidak melebihi tiga tahun
ii denda tidak melebihi RM5 000
iii merotan tidak melebihi enam sebatan
iv kombinasi mana-mana hukuman di atas

(b)Manakala Kes Sivil di Mahkamah Sivi
pertikaian melebihi RM50 000


sebab tu kuasa hakim dan undang2 syariah hanya setaraf majistret/ mahkamah majistret saja!

dah tu Akta 559- Akta Undang2 Syariah Wilayah Persekutuan banyak bercangggah dengan hukum2 syariah yg sebenar, umno buat kerja bidaah...pinda hukum hakam Allah!

begitu juga segala Enakmen Undang2 Islam setiap negeri boleh dibatalkan oleh oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Article 75:
Perkara 75. Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.

Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.

UMNO yg cuai dan lalai!

Anonymous said...

oii rbf update le!!

Anonymous said...

RBF

Ko ni dah semput kah. Dah naik basi topik ni. Ko tak ada topik baru yang menyengat kah.

Anonymous said...

...Setiausaha Majlis Asyura PAS ni tidak pernah buka buku Perlembagaan Persekutuan ke ???? Perkara 3(1) itu mengatakan Islam adalah agama Persekutuan...bukan Islam agama rasmi...maknanya tidak sama. Tidak perlu pinda nak sebut Islam adalah perlembagaan negara sebab perlembagaan sekarang pun sudah iktiraf bahawa negara Malaysia ini berugama Islam. Maka menjadi tanggungjawab pemerintah untuk mempastikan Malaysia ini ditadbir urus mengikut kehendak Islam sepenuhnya.

Lebai Malang

Anonymous said...

Article 3 (1) memang disebut Islam agama rasmi persekutuan, TAPI mana ada disebut ia adalah undang2 utama & tertinggi.... atau boleh laksana semua hukum hakam Islam yg nmenyeluruh..... ko cuba rujuk Article 4 pulak.... yg mana kuasa undang2 tertinggi negara dan ko rujuk pula Article 121(1A)--- betapa rendahnya martabat Undang2 Syariah berbanding Undang2 Sivil!
.........................................................................................................

Fahamkah tuan maksud sebenar undang-undang jenayah islam? Bukan hanya hudud, tetapi ada ta'zir, diat dan qisas juga. Menuduh UMNO meminda hukum Allah adalah tuduhan yg sgt liar, krn hakikatnya ta'zir, diat dan qisas itu telah dilaksanakan. Walaupun ia tidak sempurna, tetapi ia tetap ada. Persoalan ttg hudud sy kira hanya akan menambah malu pemimpin PAS sendiri krn Presidennya sendiri pernah menyatakan hudud itu 0.001% shj dlm kenegaraan islam.

Apa pula peranan PAS dlm isu ini? Cukupkah hanya dgn bercakap? Dimana gerak kerja PAS dlm membentuk sistem perundangan islam yg lebih sempurna? Sudah berapa byk seminar yg dianjurkan kpd agensi yg akan melaksanakan undang-undang ini? Sudah berapa ramai peguam yg dilatih utk mengendalikan kes melibatkan kes hudud? Sudah dijalankankah kajian utk mengenalpasti jabatan-jabatan yg mungkin terlibat dlm melaksanakan undang-undang ini? Berapa byk kertas kerja yg dibuat utk mendapatkan kerjasama dgn jabatan-jabatan yg dikenalpasti terlibat ini? Sudah dijalankankah kajian tentang soalan-soalan yg mungkin ditanya atau FAQ?

Benar PAS tidak boleh melaksanakan undang-undang islam tanpa kuasa memerintah, tetapi PAS tidak memerlukan kuasa memerintah utk melaksanakan gerak kerja awal ini. Sebaiknya PAS membantu kerajaan dlm merangka, melaksana, memantau dan menambahbaik sistem yg ada i Malaysia ini berbanding merebut kuasa yg ada pd kerajaan.

Jadilah ulama' yg sentiasa berada dibelakang umara'. Inilah sistem kenegaraan islam yg sebenar.

Anonymous said...

Manifestasi Ulamak Pas Nik Aziz dan Hadi Awang Dalam Membenarkan Kalimah Allah Dalam Bible adalah, Mereka Hadi dan Nik Aziz mahu ....

1. Mengistiharkan bahawa Allah adalah tuhan yang disembah oleh penganut islam dan kristian.

2. Mengistiharkan bahawa agama islam dan kristian adalah sama.

3. Mengistiharkan bahawa kalau islam adalah agama Allah, maka kristian juga agama Allah.

4. Mengistiharkan bahawa penganut islam dan kristian adalah bersaudara seolah2 satu bapak lain2 emak (tuhan sama cuma nabi saja tak sama, nabi muhamad rasul islam, manakala nabi isa (jesus) rasul kristian).

5. Mengistiharkan bahawa sesuatu yang haram kepada penganut kristian maka ianya juga haram kepada penganut kristian.

6. Mengistiharkan bahawa sesuatu yang halal kepada penganut kristian maka ianya juga halal kepada penganut islam.

7. Mengistiharkan bahawa pernikahan diantara pasangan islam dan kristian adalah sah walaupun masing2 kekal dalam agama masing2.

8. Mengistiharkan bahawa pernikahan pasangan islam dan kristian sah dibuat didalam msjid dan sah juga jika dibuat dalam gereja.

9. Mengistiharkan bahawa pernikahan pasangan islam dan kristian sah dinikahkan oleh imam bertauliah dan sah juga jika dinikahkan oleh paderi.

10. Mengiktirafkan bahawa kitab Al Quran dan Bible kedua2nya adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan hidup manusia.

Ini yang menyebabkan kita beranggapan bahawa Hadi Awang dan Nik Aziz ini bukan lagi Ulamak Islam yang tulen tetapi mereka sebenar 2 dalam 1, iaitu Ulamak Islam dari segi penampilan dan Mubaligh Kristian dari segi perbuatan.

Saya tidak menyerang lain2 ulamak dalam Pas kerana mereka kebanyakannya membisu dalam isu kalimah Allah ini, boleh jadi mereka bersetuju dan boleh jadi mereka tak bersetuju ... mereka tak berani bersuara. Tetapi Hadi Awang dan Nik Aziz terangan2 bermatian2 mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian.

Jika ada ahli Pas yang tidak bersetuju dengan saya, sila kemukakan hujah.

Hj Ariffin, Kedah

Anonymous said...

rbf dah xde idea nk fitnah la...dia pi tolong papagomo jaga anak yg papagomo rampas dr bekas isterinya..papagomo bg upah rm10 jaga anak dia...kah kah kah..entah2 rbf pun sama kes ngan papagomo kot....kah kah kah..

Anonymous said...

"Tapi kalau sekadar Islam sebagai agama rasmi, kita lihat sebagaimana hari ini... sembahyang, puasa pun tak ada undang-undang," dakwa beliau.

------- Lihat petikan di atas ------------------------------------

Sembahyang dan puasa pun kena ada undang2?

Apakah undang2 itu?

Adakah siapa yang tak solat atau tak puasa akan dihukum penjara atau digantung sampai mati?

Undang2 seperti itukah yang nak digubal oleh PAS?

Agama Islam tidak boleh dipaksa kepada sesiapapun kerana paksaan adalah perbuatan yang keji dan dikutuk oleh Allah s.w.t. Islam tidak menganjurkan paksaan dalam keadaan apa sekalipun untuk menyebarkan ajarannya kerana tindakan sedemikian hanya akan menghancurkan tujuan dan falsafah hidup Islam itu sendiri.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

"Tiada paksaan di dalam Islam........................."(Al-Baqarah 2:256)


Walaupun orang Islam tidak dibenarkan memaksa, tetapi adalah menjadi kewajipan ke atas setiap mereka untuk menyeru dan mengajak manusia kepada Islam, agama yang membawa kesejahteraan kepada manusia.


Kalau merujuk kepada sejarah, ketika Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Islam di kalangan bukan Islam, Baginda tidak pernah menggunakan pendekatan yang kasar atau dalam bentuk memaksa. Dakwah yang disampaikan adalah secara lembut dan penuh hikmah. Baginda menyeru manusia menyembah Allah s.w.t. dengan penuh kasih sayang dan mudah difahami.

Pendek kata, tidak pernah sama sekali Baginda menggunakan perkataan yang kasar dalam berdakwah. Tanggungjawab menyebarkan Islam mesti disampaikan walau di mana Baginda berada. Ia terpulang pada orang ramai untuk menerima atau menolaknya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

"Katakanlah (wahai Muhammad): kebenaran itu datang daripada Tuhan kamu, maka sesiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir..."(Al-Khafi 18: 29)


Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud,

"Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada menolaknya dan sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)."(Al-Ghasyiyah 88: 21-22)

Dalam masa sama,PAS hanya tahu nak laksanakan hudud tapi hududnya bukan hudud original daripada al-Quran, sebaliknya hudud yang telah ditokok tambah oleh manusia biasa. Al-Quran yang tentunya lengkap telah diketepikan.

Hudud yang ingin dilaksanakan berasal dari mana? Adakah daripada Syiah Iran? Atau mungkinkah daripada Taliban? Atau memang direka sendiri oleh PAS?

Sebelum itu, para penyokong tegar PAS & PAS sendiri harus faham konsep wasatiyyah terlebih dahulu. Atau mungkin PAS dan anda sebagai penyokong tegar ingin Islam dicop pengganas, pemaksa, dsb.? Adakah dengan itu akan meramaikan Umat Islam di dunia?

MENURUT Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab, wasat, membawa tiga makna, iaitu "menjadi sederhana (tak melampau atau berlebihan), berada di tengah2, dan jadi yang terbaik."

Maka, apabila Allah s.w.t menghuraikan "Umat Islam" sebagai satu negara yang "Wasat", Allah maksudkan kita adalah sederhana, kita ialah Umat yang berada di tengah2, dan kita ialah negara terbaik. "Atawasoot" dalam Islam bermakna umat Islam (Muslim) wajar cuba yang terbaik untuk jadi sederhana dalam semua hal, dan wajar jauhi semua amalan ekstrem (melampau/berlebih-lebihan) dan jauhi pernyataan2 ekstrem.


Sekian, renunglah dalam2 sebelum anda hancurkan Islam & Umat Islam itu sendiri!

Daripada:
Pemerhati yang Memerhati Golongan Penghancur Kesucian & Kemurnian Agama Islam.

Anonymous said...

Aku bukan Pak Belalang tapi aku ni Cucu Belalang yang celik IT. Ramalan aku adalah pasti. Aku yakin. Selepas selesai LIMA di Langkawi rakyat akan diberi peluang untuk menunjukkan sokongan sama ada Mahu BN Yang Banyak Berjasa ATAU Mahu PR Yang Caca Merba.

Cucu Belalang.

Anonymous said...

kalau ubah perlembagaan,
adakah masjid akan penuh waktu sembahyang subuh

tapi tengok tandas di masjid-masjid, tak bersih pun

Anonymous said...

cakap macam kepala bu***.dri islam ke negara berkebajikan..bila dah xde sokongan balek semula kenegara islam..tokok tambah je ayat2 keramat...budak tdika ..bolih la ko tipu...kami anak2 muda yg bakal mengundi ni...maaf la...

Anonymous said...

cakap presiden nak ubah semula perlembangaan dari kebajikan ke negara islam umpama senapang patah yg disandang tok hadi,,sekali petek...sekali meletup...tupai tetap melompat macam tu dan meyeringaikan gigi taringnya tu...wakakakakak.sebetulnya PENIPU semua tu...