Thursday, February 7, 2013

Mana Duit RM 60K itu ?

Tahun 2002 Pas tutup Tabung Memali dengan wang yang masih berbaki RM 60k.

Tetapi mengikut Cikgu Non sehingga ke hari ini wang tersebut tidak diserah kepada balu dan anak yatim.

Cikgu Non tanya mana pergi duit RM 60 ribu itu ???
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 comments:

Anonymous said...

60k diambik untuk bina hiway dari Kampung Memali ke sorga pork nick di Kelantan...

Anonymous said...

60k kos untuk beli kek hehehehe

Anonymous said...

60k dah habis tempah batu nisan Mat Sabu

Anonymous said...

60k untuk buat poster Nik Aziz dijalanraya di KElANTAN

Anonymous said...

jika benar dah dibedal oleh sesiapa pun, maka ingatlah beratnya dosa makan harta anak yatim...

Anonymous said...

pemimpin hamPAS mana la tau siapa anak yatim... yang diaorang tau Rais Yatim je... tu sebab bedal je duit budak-budak tu tanpa belas kesian. Yang paling menghairankan, pucuk pimpinan hamPAS seperti merelakan je perbuatan pemakan harta anak yatim tu...

Anonymous said...

60k buat repair jamban untuk semua rumah pemimpin pakatan menandakan konsep kebajikan PAS. Nuar dapat peruntukkan lebih sikit sebab bakal PM.

Anonymous said...

Isu Kalimah Allah kata Nik Aziz adalah isu lama. Jika isu besar seperti mempersenda kalimah Allah pun Nik Aziz boleh kata 'isu lama', inikan pula isu tabing Memali. Untuk melepaskan leher mereka, pemimpin2 tertinggi Pas sentiasa berdolak dengan memberi alasan2 bodoh yang akhirnya memalukan diri mereka sendiri. Dalam isu amanat Hadi Awang pula,Hadi Awang melabel 'pejuang Pas' sebagai PELAMAPU. Hadi Awang tentunya tidak sedar bahawa 'pelampau' yang dilahirkan oleh Pas adalah hasil tarbiyah pemimpin2 tertinggi Pas sendiri. Malah Hadi Awang adalah pemegang saham paling banyak dalam konteks melahirkan pelampau2 Pas.

Ahli2 Pas diperingkat akar umbi mahu tidak mahu WAJIB menilai dan bertanya kepada diri sendiri: Berbaloikah sokongan dan pengorbanan mereka selama ini? Islamkah Pas? Lihat kehidupan pemimpin2 tertinggi anda dan bandingkan dengan diri anda sendiri. Nilai lah ucapan dan percakapan mereka dan lihat juga apa yang mereka buat. Jangan nilai mereka dari serban dan jubah mereka semata2. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

meriahnya isu Memali..
tiap kali nak PRU,sure naik balik isu sama.

dulu polis kata,tiada isu seleweng.kali ni,bukak balik isu.

dulu kosmo(geng utusan) kata,penduduk memali amalkan ajaran sesat.skarang,utusan pulak nak tunjuk hero bela memali.

dulu Tun M dan Musa Hatim kata,mereka x terlibat dgn isu Memali.tapi kerajaan Pusat bayar pampasan..pampasan sebab apa?

alang2 nk bukak isu tabung,baik bukak keseluruhan kisah Memali.macam mana mangsa2 kena tembak,kena baling bos asap.mcm mana satu batalion menyerang sebuah kampung kecil dan lain lain.

baru la generasi2 baru paham kisah sebenar memali.sebab apa terjadi?kenapa terjadi?

tabung memali diambil berat.

PKFZ,lembu NFC dan macam2 ketirisan beratus2 juta RM geng BN buat x kisah pun....
ratus juta tu duit siapa??rakyat jugakkk.alahai....

Anonymous said...

Kenapa setelah berpuluh-puluh tahun berlalu, kes saman balu mangsa belum pernah dibicarakan secara penuh di mahkamah. Banyak kes mahkamah tak sampai setahun dah selesai. Kes peristiwa Bukit Sauk 10 tahun lepas selesai dalam sebulan saja. Kenapa kes Memali acapkali ditangguh. Dilambat-lambatkan. Bukan setakat saksi-saksi utama dah tiada, hakim dan lawyer asal pun dah lama jadi arwah. Sebab tu la akhirnya balu-balu peristiwa Memali bersetuju selesaikan kes ni di luar mahkamah dengan kerajaan Malaysia membayar pampasan RM20,000.00 seorang kepada waris 14 orang yang dibunuh itu. Walaupun selesai di dunia, di akhirat tetap dituntut.

Anonymous said...

Aku ingatkan PAS ini adalh parti perjuangkan Islam.. Rupe2nya kaki songlap duit juga...Harapkan Ulamak, ularmak kencingkan pengikutnya..Pengikut PAs hanya layak untuk dijual sahaja...Ularmak bertopengkan Agama ini amat bahaya pada umat Islam di Malaysia. ini...

Anonymous said...

cikgu Non tu ahli UMNO ke wahai anoNGOK 10:18am??? Kalau benar pemimpin PAS makan harta anak yatim, ko tetap relakan??? Kesian ade penganut hamPAS macam ko... otak dah mereng sebab bulan mengambang....

Anonymous said...

Malam tadi, bertempat di KL International Hotel, C.N Al-Afghani penulis buku MAT SABU: AIR MATA DI BUMI MEMALI sekali lagi membuat sidang media, menerangkan rasional di sebalik laporan polis yang dibuatnya di IPD Dang Wangi pada sebelah siangnya. C.N Al-Afghani yang lebih dikenali sebagai Cikgu Non menimbulkan persoalan, mengapa PAS sehingga sekarang, masih enggan berterus-terang tentang Tabung Derma Memali yang jumlah duitnya puluhan juta ringgit tetapi pembahagiannya tidak pernah sampai ke tangan golongan yang telah mereka jadikan umpan untuk mengutip derma dari seluruh rakyat Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Dan setiap kali persoalan Tabung Derma Memali ditimbulkan, pasti ada seseorang yang sangat resah dan kelam-kabut.

Orang itu adalah SENATOR YUSUF HUSSIN, Ahli Dewan Negara yang berasal daripada seorang PEON SEKOLAH, tetapi berlagak seolah-olah dia bekas pengetua yang telah dibersarakan awal serta diberikan imbuhan besar bagi membolehkannya membeli sebidang tanah yang berharga mahal (pada waktu itu).

Yusuf Hussin adalah orang yang bertanggungjawab memberikan pelbagai maklumat palsu dan menakut-nakutkan pihak berkuasa dengan maklumatnya sehingga akhirnya tercetuslah tragedi Memali pada 19 November 1985. Dia bagaimanapun, berjaya melakonkan watak yang paling hebat, sehingga kemudiannya diangkat sebagai HERO dan kemudian diberikan pelbagai kepercayaan serta tanggungjawab termasuklah sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Kedah.

Mengapa Yusuf Hussin amat gentar apabila skandal dan penyelewengan Tabung Derma Memali didedahkan?

Sebabnya, dia adalah orang yang paling tahu, ke mana wang-wang berkenaan telah disonglap, mengapa balu-balu, anak-anak yatim dan ahli keluarga tragedi Memali tidak menerima wang yang didermakan oleh orang ramai, serta beberapa perkara yang berkaitan, termasuklah mengusulkan agar sesiapa sahaja dari kalangan PAS mempertikaikan tentang Tabung Derma Memali dipecat dari parti.

Cikgu Non adalah salah seorang daripada mangsa Yusuf Hussin. Lain-lain nama yang turut menerima natijah akibat keceluparan mulut mereka mempersoalkan tentang Tabung Derma Memali yang telah mengkayakan SENATOR YUSUF HUSIN termasuklah, Haji Najib Fahmi, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Taib Hj. Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Salahuddin Mansor, veteran PAS yang pernah ditahan di bawah ISA.

Kejahatan Yusuf Husin bukanlah perkara baru. Di mana-mana sahaja tempat yang diduduki oleh Yusuf Husin, pelbagai masalah akan berlaku. Tak kiralah sama ada di Madrasah Islahiah Diniah yang telah dibangunkan oleh Ibrahim Libya, PAS Kawasan Baling, mahupun krisis yang berlaku dalam PAS Kedah semenjak tahun 2000 lagi. Semuanya ada tangan-tangan ghaib Yusuf Husin, seorang bekas peon atau budak pejabat sekolah yang bergaji cuma RM150 sebulan.

bersambung...

Anonymous said...

Yusuf Husin jugalah yang telah menutup Bengkel Jahitan untuk balu-balu Memali. Dia jugalah yang telah mematikan usahaniaga kilang pembuatan sos cili, sos tomato dan kicap serta bihun dan mee basah untuk membantu keluarga mangsa tragedi. Dia jugalah yang cuba memastikan Madrasah Islahiah Diniah tidak berfungsi seperti yang sepatutnya sehinggakan madrasah tersebut hidup segan mati tak mahu. Malah dia juga orangnya yang menyebat duit pampasan daripada Kerajaan Malaysia untuk balu-balu Memali.

27 Julai 2000 merupakan kemuncak kejahatan Yusuf Husin terserlah apabila dia tidak sahaja menipu dan memperdayakan seluruh kepimpinan PAS Pusat, bahkan menipu pihak berkuasa dan rakyat Malaysia kononnya akaun Tabung Derma Memali telah diaudit dan diperiksa, sekaligus mendapati tiada sebarang masalah di dalamnya. Walhal Tabung Derma Memali tidak mempunyai sebarang akaun rasmi dan persoalan utama, mengapa wang dari tabung tersebut tidak diserahkan atau diagih-agihkan kepada tiga golongan yang dijadikan modal untuk mengutip derma, masih tidak dapat dijawab.

Perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian Tabung Derma Memali, berlanjutan pada 29 Ogos 2000 di Madrasah Islahiah Diniah dengan dipengerusikan oleh Presiden PAS pada waktu itu, Fadhil Nor. Berasakan pertualangannya terbongkar, Yusuf Husin menghantar orang untuk membuat kacau dalam majlis berkenaan. Perasaan tidak puas hati di kalangan balu-balu, telah digunakannya untuk mencetuskan kekecohan.

Dan hasilnya, dia telah dilindungi oleh Fadhil Nor. Yang dipersalahkan adalah balu-balu Memali. Sehinggakan Mat Sabu datang berceramah dan mengingatkan balu-balu itu agar tidak jadi seperti kaum Nabi Nuh dan Nabi Lut yang telah dilaknati Tuhan.

Nah, sekarang, cerita Tabung Memali kedengaran lagi dari mulut orang yang sama. Sekali lagi Cikgu Non membuat laporan polis dan meminta agar polis melakukan siasatan secara lebih terperinci berhubung penyelewengan dan skandal kewangan PAS. Apakah kali ini Yusuf Husin akan keluar dari persembunyiannya atau sekali lagi, dia akan melarikan diri seperti tikus takut hujan?

Yang pastinya, PAS akan mencari-cari jalan untuk menyalahkan UMNO dan Yusuf Husin akan mengepalai gerakan menyalahkan UMNO kerana pendedahan tersebut.

Maka tugas kami pula adalah mendedahkan siapakah Yusuf Hussin dan mengapa dia cukup takut apabila Cikgu Non membuka mulut tentang tabung berkenaan. Dan Yusuf Hussin bukannya bersendirian dalam kes penyelewengan ini. Ramai pemimpin PAS lain yang turut terlibat dan sangat takut sekiranya penyelewengan mereka berjaya dibongkar oleh pihak berkuasa.

Anonymous said...

sebab tu munafik makin menjadi dlam PAS... apa yng dibuat sumer subahat halalkan...