Monday, February 4, 2013

Tahniah Datuk Raja Ideris....



Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Datuk Raja Ideris Raja Ahmad mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Beliau yang menjadi wakil rakyat sejak lima penggal lepas, berkata keputusan itu diambil kerana percaya sudah tiba masanya untuk menampilkan pemimpin muda menjadi pemimpin dan berkhidmat kepada masyarakat.

"Saya rasa sudah cukup, saya menawarkan diri untuk tidak bertanding dan saya fikir sudah tiba masanya pemimpin muda diketengahkan sebagai pemimpin pelapis," katanya yang mula bertanding dalam PRU pada 1990.

Raja Ideris, 69, bertanding selama empat penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan bertukar ke Dun Sungai Air Tawar pada PRU 2008 serta menjadi antara calon yang menang di Selangor ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) dilanda 'tsunami' politik ketika itu.

Pada pilihan raya umum 2008 Raja Ideris menewaskan calon Pas Azrulkhakim Suradi dengan majoriti 123 undi.

Ditanya tentang calon yang bakal menggantikannya, beliau berkata perkara itu akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Raja Ideris turut melahirkan rasa yakin BN akan memenangi PRU akan datang dan memerintah Selangor berdasarkan kesungguhan dan aktiviti yang dijalankan di seluruh negeri itu selain helah pembangkang yang semakin tidak menjadi.

Raja Ideris berkata pembangkang terlalu banyak menimbulkan isu remeh temeh dan sengaja direka-reka dalam usaha mengelirukan rakyat.

"Apa yang penting pada ketika ini, Umno dan BN perlu sentiasa menjaga perpaduan sesama kita, fokus untuk berjuang dan menang, dalam tempoh 60 hingga 90 hari sebelum PRU ini kita perlu ketepikan masalah peribadi, dan kerja kuat untuk parti," katanya.
 

RBF: Tahniah diucapkan kepada Datuk Raja Ideris. Inilah semangat yang kita mahukan dan contoh yang baik untuk memudahkan kerja PM menyenaraikan calon-calon. Bukan ramai orang politik yang mampu membuat keputusan begitu. Sedangkan Nik Aziz yang banyak menghabiskan masa di hospital berbanding di pejabat pun masih lagi galak untuk bertanding. Karpal Singh yang berkerusi roda pun masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berundur. 

Sekali lagi tahniah kepada Datuk.....

8 comments:

Jokiden said...

RBF,

Di sini ada senarai tambahan yang harus mendapat ucapan tahniah kerana sedia mengundurkan diri.

http://kitopunyo.blogspot.com/2012/06/kita-sebenarnya-serupa.html

MIRA EDORA said...

INILAH YG DIKATAKAN ORG YG BERPELAJARAN DAN PROPESIONAL DGN KERJANYA. SYABAS DATUK RAJA IDERIS KERANA ANDA TLH MENGUNDURKAN DIRI UTK MEMBERI PELUANG KEPADA GENERASI MUDA UTK MENERUSKAN PERJUANGAN DGN IDEA2 YG BARU.

kelly eng said...

inilah contoh pemimpin yg terbaik dan tidak tamak dan gila kuasa seperti anwar dan nik aziz.

dolmat.. said...

taniah kepada Raja Ideris kerana beliau juga mempunyai ciri2 seperti Tun M yg mana beliau berfikiran matang dan mempunyai wawasan utk menjayakan negara kita dgn memberi peluang kepada generasi muda.

Anonymous said...

Tahniah YB. Diharap ramai lagi wakil rakyat dari BN yang telah lama berkhidmat mencontohi beliau. Nak lihat siapa lagi wakil rakyat yang telah lama berkhidmat mengikut jejak langkah beliau.

hanizam said...

Harap penggantinya seorang pemimpin yang berwibawa...selalu turun padang...

mungkin pengganti tu boleh belajar dari dari dato..

aku pasti, member aku yang kalah dulu akan bertanding kembali...

pernah keluar 1 artikel pasal calon PAS tu yang dok salahkan kerajaan segalanya...

tapi ada komen pembaca dalam artikel tu, kononnya dia sendiri pun ada masalah dari diri sendiri sampai keluarganya...lepas tu semua nak salahkan kerajaan...

itulah dia PAS...semua yang ditimpa musibah pada calon @ ahlinya serta pemimpinnya, mereka salahkan UMNO & kerajaan...

Anonymous said...

Salam,

Dato' Raja yang saya kenali adalah merupakan seorang pemimpin yang amat rapat dengan masyarakat. Sememangnya, saya agak terklian dan terkejut bila dia menyatakan tidak akan bertanding untuk penggal yang akan datang walaupun beliau adalah merupakan 'winable candidate'. Tapi atas dasar ingin menyahut kata-kata yang pernah Dr. M kata dulu, berhentilah makan masa tengah sedap .... beliau berhenti. Pernah kalah dalam pemilihan bahagian, tapi kekalahan secara gentlemen, dan selepas bertukar ketua bahagian, ramai yang kembali menyesal hanya kerana janji janji manis yang disogokkan oleh yang menang. Beliau seorang yang byk bekerja dari banyak bercakap. Tak banyak berjanji tetapi cuba menunaikan semua janji yang sedikit menjadi kenyataan. Andai kata ada amai pemimpin UMNO seperti beliau, InsyaAllah, Selangor akan terus disegani di bawah BN. Akhir sekali, tahniah dan terima kasih kepada YB Dato' atas kepimpinan Dato' dan kerelaan Dato' melepas jawatan untuk generasi muda. Harap yang pengganti beliau dapat menerima tunjuk ajar beliau serta nasihat dari orang lama yang banyak pengalaman. JASAMU DIKENANG .....

Anonymous said...

Saya mengharapkan pengumuman yang sama dibuat oleh ADUN Manong Perak Dato Ramly bin Zahari kerana beliau juga telah lama berkhidmat iaitu sudah 4 penggal dan harus memikirkan untuk pelapisnya pula. Jangan tunggu sampai ditewaskan baru hendak berhenti. Contohilah YB Dato Raja Ideris.