Friday, February 8, 2013

Wang RM 1.2 Juta Sebagai Bukti Untuk Menangkis Fitnah Pas

Di negeri Kelantan hari ini salah satu kerusi parlimen yang berpotensi tinggi untuk dimenangi BN adalah Tanah Merah. Dan setakat hari ini khabar-khabar yang kedengaran mengatakan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah , Datuk Ikmal Hisham yang akan mewakili BN dalam pilihan raya akan datang. 

Apa-apa pun itu hanya khabar-khabar yang kedengaran. Bukannya muktamad dan bukannya sah. Semuanya terletak di tangan Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib. 

Cuma apa yang boleh saya katakan bahawa Ikmal Hisham adalah antara winnable candidate bagi BN. Beliau seorang yang bekerja bersungguh-sungguh dan sanggup perhabiskan duit sendiri untuk rakyat.

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sejak pilihan raya tahun 1999 hingga 2008 kerusi berkenaan bersilih ganti dimenangi oleh PKR dan BN. 

1999 - PKR menang majoriti 4658 undi

2004 - BN menang majoriti 2527 undi

2008 - PKR menang majoriti 1584 undi

2013 - Insyallah BN akan menang pula....

Berbalik kepada kisah Ikmal Hisham, sebelum menjadi pemimpin Umno bahagian semua orang tahu beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau menceburi bidang automotif dan saya difahamkan beliau mempunyai banyak pusat jualan kereta pelbagai jenama. Beliau tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. 

Seperti yang saya sering saya katakan sebelum ini Pas adalah Parti Ajaran Syaitan atau boleh juga di panggil Parti Anak Syaitan. 

Mereka tak buat kerja. Hanya tahu ceramah.  Kalau rakyat pergi jumpa mereka minta bantuan atau pertolongan, mereka kata mereka susah, tiada duit dan sebagainya. Lalu meminta rakyat berjumpa dengan pemimpin-pemimpin BN. Tetapi bila pemimpin-pemimpin BN buat kerja mereka pula yang jadi tukang khianat dan buat fitnah itu ini. Buruk-burukkan orang yang buat kerja untuk tolong rakyat. 


Dalam kes di Tanah Merah, Pas tahu apa kerja yang Ikmal lakukan selaku penyelia parlimen berkenaan. Pas tahu Ikmal berpotensi untuk menang jika dicalonkan tidak kira samada di Dun atau parlimen. Lalu dia carilah jalan bagaimana untuk mencalarkan imej Ikmal. 

Dua hari lepas penyambung lidah rasmi syaitan, haramkah daily dan kemudiannya diikuti oleh blog-blog penyokong mereka melaporkan berita tentang Ikmal menunjukkan wang tunai RM 1.2 depan penduduk Ladang Kerilla di Tanah Merah. 

Macam-macam tuduhan yang mereka buat kononnya Ikmal cuba merasuh penduduk dan sebagainya. 

Di sini biar saya jelaskan kepada anda perkara sebenar dan kenapa itu terjadi....

Ladang Kerilla adalah salah satu ladang yang berada dalam Parlimen Tanah Merah. Ladang tersebut milik KL Kepong. Dalam ladang itu ada 200 keluarga yang menetap di situ. Keluarga melayu 110 dan keluarga india ada 90.

Pekerja-pekerja ladang yang bersara pada usia 55 tahun menghadapi masalah tempat tinggal. Apabila pencen mereka perlu keluar dari rumah yang disediakan pihak ladang. Mereka minta dengan pengurusan ladang untuk terus kekal di rumah berkenaan. Namun pihak ladang tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana pekerja baru pula yang hendak mendiami rumah itu. 

Memandangkan tiada kesudahannya Ikmal mengambil keputusan untuk berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam bagi mengatasi masalah tersebut. 

Hasil perbincangan demi perbincangan antara Ikmal , Menteri Sumber Manusia dan pihak pengurusan ladang, maka satu keputusan dicapai dan pihak ladang bersedia untuk memberi satu sudut di kawasan ladang berkenaan untuk membina rumah bagi pekerja yang pencen. 

Penduduk ladang menerima keputusan tersebut dengan gembira. Berita tersebut sampai kepada pihak-pihak yang berkawan dengan syaitan. Di Kelantan mereka berkuasa dan mereka gunakan kuasa mereka itu untuk membawa masuk kakitangan pejabat tanah masuk ke ladang berkenaan untuk kerja-kerja mengukur tanah. 

Sudut mana tanah yang nak diberikan oleh pihak ladang mereka pun tak tahu lagi. Tetapi Pas bawa masuk orang pejabat tanah untuk mengukur entah di mana-mana dengan tujuan hendak menggempak penduduk ladang. Nak tunjuk mereka berkuasa.....kemudian siap ugut-ugut pula jika nak tanah kena undi Pas. 

Kemudian mereka sebar pula cerita bahawa Ikmal tidak mampu untuk membeli tanah tersebut dan sebagainya. Tindakan Pas merencatkan kerja-kerja yang Ikmal dan Menteri Sumber Manusia lakukan sebelum itu. 

Timbul pula masalah penduduk ladang tidak percaya Ikmal mampu membeli tanah itu daripada pihak ladang. Cerita tersebar merata. Sekali dua mungkin kita pun boleh sabar. Tapi kalau dah hari-hari menjaja cerita itu kita pun hilang sabar. 


Untuk membukti dan meyakinkan penduduk bahawa BN bersungguh-sungguh hendak menolong menyelesaikan masalah penduduk ladang berkenaan, Ikmal membawa wang tunai RM 1.2 juta untuk ditunjukkan kepada penduduk ladang berkenaan bahawa beliau selaku pemimpin BN setempat komited untuk menolong mereka. RM 1.2 juta adalah deposit kepada pihak pengurusan ladang. 

Penduduk ladang bersorak gembira dengan jaminan Ikmal kerana bukti depan mata mereka. Melihat penduduk gembira, puak-puak Pas pusing cerita pula bahawa penduduk ladang kena tipu dengan Ikmal. Mereka kata duit yang Ikmal tunjuk malam itu adalah duit palsu. Ada pula yang kata itu hanya batu bata.

Tidak cukup dengan itu mereka pusing cerita lagi kata Ikmal cuba merasuah rakyat. Sedangkan duit yang ditunjukkan Ikmal sekeping pun tak diberi penduduk.Itu untuk membayar deposit kepada pihak ladang bagi membeli tanah berkenaan. 


Soal bagaimana Ikmal ada wang sebanyak itu tidak perlu diperdebatkan.Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya maka sudah tentu beliau ada duit. Khalid Ibrahim pun dah kaya sebelum jadi MB. Dia mampu ada rumah mewah di kawasan elit, mampu beli bas mewah dan lori untuk PKR. Kenapa itu kamu semua tidak pertikaikan ? Tapi hutang Bank Islam beratus juta tak mahu bayar.

Orang Umno tunjuk duit untuk tolong rakyat salah....orang Anwar Ibrahim tunjuk dan acu pistol kepada orang awam boleh pulak ya ? Kalau orang Umno rasuah, kalau orang Pas sedekah jariah ya ? 

23 comments:

Anonymous said...

ini masalah kita oraang umno.lambat jawab isu.benda ni dah berhari2 orang mereka main di fb,blog.hari ni baru nak jelas.sepatutnya terus jawab.jangan tunggu lama2.bila dibiarkan lama menyebabkan orang umno sendiri termakan dakyah mereka.apa pun saya ucapkan terima kasih kepada rbf kerana tolong jelaskan perkara ini.sekurang2nya sekarang saya dah ada jawapan untuk menjawab.

Anonymous said...

yupppp betul!

kadang-kadang kita terkial-kial cari jawapan.

BOB MALAYA said...

pelbagai tohmahan yang dibuat oleh PAS terhadap ikmal hisyam termasuk merasuah penduduk tetapi dakwaan tersebut fitnah semata-mata...disebabkan kredibiti ikmal hisyam yang semakin meningkat,dekat dihati rakyat dan merupakan calon pilihan untuk bertanding dalam pilihan raya .penganut-penganut PAS mula gentar dan bimbang dengan ikmal hisyam..pelbagai usaha dilakukkan ikmal hisyam termasuk membahagikan tiket bola percuma dan pelbagai untuk merealisasi harapan rakyat..

Anonymous said...

Orang PAS janji air lior, Syabas Ikhmal,tunjuk bukti untuk tepati janji.

Anonymous said...

kalau aku pun marah.kita dah susah payah buat kerja hampir berjaya mereka datang silang.kemudian tabur fitnah pula.tak bengang ?

Anonymous said...

dah xder kerja kot PAS nie asyik nak buat fitnah jer..nama jer PARTI islam tapi hakikat songsang..kenapa puak-puak PAS pemikiran sempit dan bodoh??bukalah minda dengan luas yang mana baik dan yang mana buruk??

MAT JEMAL said...

kosng.kosong.kosong itutlah ungkapan terbaik untuk PAS sesat..hanya pandai berjanji pada rakyat sehingga membuat rakyat ternanti-nanti bagai pungguk rindukan bulan yang tidak kesampaian..bila BN menepati janji puak-puak PAS mula tidak senang duduk dangan mula fitnah seperti terjadi pada ikhmal..tetapi ikhmal sememangnya seorang pemimpin berjiwac rakyat

Anonymous said...

ikhmal hisyam??memang tak leh di nak tikai lagi banyok doh kebaikan dio buat ko rakyat tanah merah..semua rakyat dan ore muda tanah merah suko dio sokmo turun padang nok tau masaloh rakyat dan bantu rakyat wak susoh..ore gnie wak kito nok buat jadi pemimpin..buke supo pah kecek sedap tapi so hanbuk xdop..

SALLEH TANAH MERAH said...

segala persoalan sudah terjawab..terima kasih rbf..sy orang tanah merah mula-mula keliru. disebabkan perjelasan ini sy yakin dengan ikhmal hisyam..sememang calon terbaik untuk orang tanah merah

bro yul said...

itulah parti anak syaitan belum tahu hujung pangkal terus fitnah orng mcm2...klu dah x mampu nk bela rakyat x perlu nak fitnah ikmal hisyam ikmal hisyam nie nak membantu rakyat bukan nyer nak menidas rakyat seperti pas...sungguh memalukan politik yg d mainkan oleh parti anak syaitan nie ye....

Anonymous said...

PR Selangor dedahkan Umno Kota Raja guna PBT beli tanah harga murah dgn hanya membayar premium tanah serendah RM1,000, walaupun tanah di kawasan tersebut dianggarkan bernilai RM700,000 seekar.

buat apartment mewah.padahal tanah sepatutnya dibuat padang rekreasi.

itulah UMNO semasa perintah selangor.walaupun semua urusan dibuat secara legal,tp fikir dan renungkan.mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menggunakan aset negeri.

Sapu Tanah 1Malaysia =SATIM
Satu lagi projek BN untuk rakyat Selangor.

Anonymous said...

Beli tanah kene guna PBT ke??? Ape keje Pejabat Tanah pulak, dok goyang kaki ke?? Ape la BODOH orang yang percaya khabar angin dari fuckatan tu eh......

Anonymous said...

anon 5.53pm:

bukan soal PBT,pejabat Tanah..
masa UMNO perintah selangor dulu,semua benda jadi BolehLand.

sbb tu bila kena tembak isu beli tanah murah nih,puak2 UMNO selangor senyap menikus..

sampaikan org MCA yang jawab,beli tanah murah sudah menjadi amalan BN untuk buat PROJEK RAKYAT..kihkihkih.

pusat komersial,apartment,kondo mewah--- projek rakyat kelas mana?
masyukkkkkkkkk......

Anonymous said...

bukan soal PBT,pejabat Tanah..
masa UMNO perintah selangor dulu,semua benda jadi BolehLand...
....................................................................................................................................

Artikel tentang masalah dekat Tanah Merah knp dispin sampai cerita dkt Selangor? Tetapi oleh sbb sudah diutarakan, ingin juga bertanya berapa byk rumah murah yg sudah kerajaan PR bina di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan? Boleh beri pencerahan?

Anonymous said...

anon 12.54am..

projek rumah terbengkalai bawah BN mcm mana?

sblom 2008,isu rumah rakyat xde timbul pun.siapa pun x amik kisah.

stakat buat flet 3 bilik,setel.lepas siap,mcm2 masalah.retak sana sini,bocor sana sini.

lepas PR ambil alih selangor,baru nk muncul isu rumah rakyat.mcm2 skim..termasuk PRIMA.Lebih setahun,bank2 pun x berani nk joint venture dgn idea PRIMA.beli rumah pinjaman 100%????generasi malaysia,generasi berhutang.segala2nya hutang.segala2nya bunga.yg kaya makin kaya...itulah kisah selepas lebih 50 tahun merdeka...

Anonymous said...

Itulah akibatnya jika berkawan dengan syaitan. Kerja syaitan ialah menghasut supaya supaya manusia menjadi sesat. Dalam konteks Pas, ternyata syaitan berjaya menyesatkan mereka. Sementelah lagi Mursyidul Amnya sendiri berjaya disesatkan oleh syaitan. Pas hari ini boleh diibaratkan syaitan yang bertopengkan manusia. Walau pun memakai serba dan jubah sifat2 syaitan sudah sebati dengan diri mereka.

Ahli2 akar umbi Pas WAJIB menolak pemimpin2 mereka jika tidak mahu terus disesatkan. Lihat kkembali sikap pemimpin3 anda dalam isu kalimah Allah dan Amanat Hadi Awang yang sesat lagi menyesatkan. Dua isu tersebut sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan ahli akar umbi Pas betapa BACULNYA pemimpin2 tertinggi mereka yang meletakan DAP dan PKR diatas segala2nya sehingga sanggup menjadi kufur. Wallahualam.

Anonymous said...

anon 10:27 AM

habistu, takkan nak bagi rumah percuma pada semua orang?? apa yang ko nak perjuangkan sebenarnya?? lima tahun pakatan haram memerintah selangor, aku tak nampak sebrg program pun untuk bantu rakyat..melainkan air percuma yang setakat nak basuh berak pun tak cukup..sekurang-kurangnya BN memperkenalkan program pemilikan rumah untuk golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah..kalau rasa tak mampu nak beli rumah, jgn buat loan..persoalannya mudah..kalau tak mampu nak berhutang, jangan ambil hutang..tetapi kerajaan membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rumah pada kadar harga yang munasabah..rasanya itu lebih mulia dari berjanji itu ini, tapi akhirnya manifesto pulak boleh dikatakan bukan janji.....

Anonymous said...

kah kah kah... manifesto bukan janji sebab kantoi tajvdapat tunaikan manifesto pilihanraya..dulu kemain lagi janji itu ini..klu nak tertipu sekali lagi..maka undilah Penipu Rakyat..kah kah kah

ninja said...

pencacai PKR cuma nnampak buruk Bn, busuk PKR yang berlambak lambak tak nak pula cerita .. busuk punya orang ..spin jangan x spin...

Anonymous said...

Itu lah kerja PAS kat kelantan. bila mereka tahu ada kebaikan yang akan dilakukan oleh umno mereka akan buat sesuatu seolah-olah merekalah yang mengusahakan projek tersebut. Ikmal hisham ini memang orang yang polupar tetapi yang tidak tahannya UMNO Tanah Merah ni selakunya bergolak sesama sendiri. PAS bukannya kuat di Tanah Merah tetapi UMNO yang berpecah.Untuk mencapai kemenangan UMNO Tanah Merah perlu bersatu...pilih parti bukannya pilih calon.

Anonymous said...

Itu lah kerja PAS kat kelantan. bila mereka tahu ada kebaikan yang akan dilakukan oleh umno mereka akan buat sesuatu seolah-olah merekalah yang mengusahakan projek tersebut. Ikmal hisham ini memang orang yang polupar tetapi yang tidak tahannya UMNO Tanah Merah ni selakunya bergolak sesama sendiri. PAS bukannya kuat di Tanah Merah tetapi UMNO yang berpecah.Untuk mencapai kemenangan UMNO Tanah Merah perlu bersatu...pilih parti bukannya pilih calon.

Anonymous said...

kite nk jawab bukan main tulis jer.. kne ada fakta yg btol dan tepat.. sudah tentu it's take some time.. yg puak haramkah ni tahu wt cerita jer psl tu leh tulis cite mcm tu jer..

Anonymous said...

Oghe kelate ayuh bangkit. Sudah lama diperbodoh bodohkan penyamar agama.