Sunday, March 3, 2013

Analisis Pencerobohan Lahad Datu


1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army) datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2.

Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3, 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

Baca analisa penuh di sini

5 comments:

Anonymous said...

Ni semua adalah doa pas yg mahu kan org umno hancur atau k.o.. Cuba tanya pada mereka,mati mereka bawa ke syurga atau x.. Dan sekiranya pakatan yg memerintah,adakah polis2 ni x akan buat perkara2 cmtu utk mempertahankan negara... Ni semua salah pas...

Anonymous said...

salah pas?cuba baca kronologi kejadian...selama berada di Malaysia apa yang kerajaan buat?beri peluang kepada mereka untuk terus tinggal tanpa sebarang pengawasan ketat dari pihak berkuasa?

Anonymous said...

Read tausug-global.blogspot,yg pi jumpa one of many sultan sulu ialah jefrey kitingan

Anonymous said...

apahal la pulak sampai melalut2 ni.. hal ni xde kna mgena dgn politik la.. hal ni dah brlarutan lma.. kta parents aku.. sjak aku blum lahir lg.. pncanya yg mnceroboh skrg ni x leh trima knyataan yg diorg x d iktiraf sbgai sultan.. dn mreka ni adalah msyarakat yg d buang oleh bgsa mrka sndri.. kesian.. dah nyanyuk agaknya..

Anonymous said...

Penceroboh ni hanyalah lanun yg tamak, dipergunakan oleh pembangkang Filipina dan pihak berkepentingan di Malaysia. Siapakah Kiram tu? Dia bukanlah sultan sulu yg diiktraf dan hidup daif di manila. Kos dialisisnya pun dibiayai oleh badan kebajikan Filipina. Tentu ada yg sponsor penceroboh ni melanun di Sabah.

Duit pampasan RM5300 tu pun dibayar kerajaan Malaysia kpd Kiram yg lain. Banyak manalah sangat RM 5300 setahun tu, kalau di Malaysia yg berpendapatan sebanyak itu dianggap hidup dibawah paras kemiskinan. Jadi dia nak minta habuan pampasan yg lebih lagi. Putrajaya pun bayar pampasan kpd Selangor RM 20 juta setahun. Penang bayar kpd Kedah RM 10 ribu setahun setahun. tak kan dia dapat RM 5300 shj.

Katakan lah dia berjaya ambil Sabah, mungkin dia akan buat bidaan berbilion2 pula nak jual Sabah!

Malangnya dia hanyalah kambing hitam yg dipergunakan orang lain dan pengikutnya yg menjadi penceroboh tu mati katak shj. Orang tamak selalunya rugi.....