Monday, March 4, 2013

Hospital Tawau Kini Dikawal Ketat

Jam 11 malam dilaporkan lima anggota polis yang terkorban di Kampung Simunul tiba di hospital ini selepas berjaya dibawa keluar dari tempat kejadian.

Hospital Tawau kini dikawal ketat oleh polis bersenjata.

Polis di Seluruh Tawau juga dilaporkan diarahkan bersedia kemungkinan berlaku serangan.




Sumber maklumat dari wakil Utusan Malaysia di Tawau sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online .

5 comments:

Durio Ziberthinus said...

Kerajaan perlu siasat siapa dalang disebalik pencerobohan tersebut.Kenapa sekarang? Adakah kerana Sabah adalah kubu kuat BN maka ada yg cuba utk mensabotaj kerajaan dengan mengkhianati negara dan anggota keselamatan. Kenapa ada yg kata sandiwara sedangkan ia melibatkan kehilangan nyawa anggota keselamatan.Benarkah maklumat dari agnesi berita Reuters dan perisikan Filipina tentang penglibatan anjing pembangkang dlm pencerobohan ini? Mereka penceroboh halal dibunuh setelah lama diberi peluang. Tahniah kepd penduduk yg membunuh pengganas tersebut. Kerajaan dari sekarang perlu meningkatkan kawalan sempadan ketahap tertinggi supaya kes begini tidak berulang. Takziah buat anggota yg terkorban. Jasamu dikenang selamanya.

Anonymous said...

Sudah Sampai Masanyer Kerajaan perlu tubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung dengan isu ini..dedahkan dalang disebalik pencerobohan dan jatuhkan Hukuman yang sewajarnya

Anonymous said...

Sudah Sampai Masanyer Kerajaan perlu tubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung dengan isu ini..dedahkan dalang disebalik pencerobohan dan jatuhkan Hukuman yang sewajarnya

Anonymous said...

Polis kita dah 8 orang terkorban, ada gambarnya. Mana gambar 16 orang penceroboh yang terkorban ditangan polis ?. Yang ada hanya 1 gambar penceroboh yang dibunuh oleh orang2 kampong.

Laporan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, saaaangaaaat meragukan. Jangan tipu rakyat la.

Anonymous said...

Polis Malaysia Lembek dan Tak Ada Semangat Juang. Bukti seperti yang keluar dalam BH hari ini.

Kisah pengalaman 40 polis kena kepung sampai 6 orang daripada mereka terkoran. Anggota polis yang ditemubual oleh wartawan mengatakan "semasa kami dikepong kami hanya ingat mati saja". Jawapan ini sepatutnya keluar daripada mulut mangsa tanah runtuh atau mangsa boat karam atau mangsa heli terhempas. Ada maruah kah bila polis cakap macam tu ?????

Sepatutnya sebagai seorang pejuang mereka jawab "semasa kami dikepong kami hanya ingat sama ada kami membunuh atau kami dibunuh". Baru lah kita yang dengar naik semangat.

Nak buat macam mana. Kalau menteri polis lembek maka KPN juga lembek hasilnya kebanyakan anggota polis pun lembek lembek belaka.