Saturday, March 9, 2013

Kegagalan Umno Penuhi Permintaan Punca Azlan Mohd Lazim Sujud Kepada Anwar


Sepertimana yang dijanjikan malam tadi bahawa pagi ini saya akan berkongsi dengan anda apa kisah sebenar yang saya tahu tentang tindakan bapa Saiful yang membuat u turn disaat-saat Anwar dan geng-geng PKR menafikan penglibatan mereka berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu....

Kalau ikutkan perancangan PKR yang sebenarnya bapa Saiful akan dijelmakan selepas pembubaran parlimen kelak.  Tetapi oleh kerana nak tutup isu Lahad Datu maka ianya dipercepatkan.

Sekarang mari saya ceritakan kisah sebenar....

Dalam kalangan rakan-rakan blogger kami Papa Gomo adalah yang paling rapat dengan Saiful. Mereka sering berhubung dan berjumpa.

Beberapa bulan lepas kami telah mendengar cerita bahawa orang-orang Anwar Ibrahim sedang memburu Saiful dan ahli keluarganya untuk tampil membuat pengakuan bahawa kejadian liwat yang berlaku ke atas Saiful adalah konspirasi yang dirancang oleh Datuk Seri Najib.

Kemudian cerita tersebut lenyap begitu sahaja....

Kemudian, kira-kira 3-4 minggu yang lepas. Maaf saya tak ingat tarikh yang tepat tetapi jika tidak silap saya ianya dalam minggu pertama bulan  Febuari 2013, Parpukari dan saya menerima perkhabaran dari Papa Gomo yang menyatakan bapa Saiful telah bergaduh dengan Saiful dan telah keluar dari rumah. Puncanya kerana bapa Saiful hendak menerima tawaran dari pihak Anwar dan marah kerana Saiful tidak mahu mengikutnya. 

Bapa Saiful bertindak begitu kerana tidak ada orang-orang Umno atau orang-orang Najib yang menolongnya atau menjaganya. Tiada orang tolong atau tiada orang jaga itu adalah ayat berlapik. Ayat yang tak berlapiknya adalah kerana orang Umno gagal memenuhi permintaan-permintaannya....

Saya serta Parpukari bertekak dengan Gomo. Saya tidak setuju kerana orang-orang Umno dipersalahkan. Ini kerana masalah yang berlaku adalah masalah antara Saiful serta keluarganya dengan Anwar Ibrahim. Kenapa pula orang Umno yang kena tanggung ? Kenapa pula orang Umno yang nak kena jaga dia ? Bagi saya cara bapa Saiful salah kerana apabila dia mewajibkan orang-orang Umno untuk menjaganya bermakna Umno yang terlibat dalam kes liwat berkenaan. 

Sampai satu tahap saya katakan kepada Gomo, apakah Umno yang suruh Saiful pergi tonggeng kepada Anwar ? Gomo terus naik angin satu badan marahkan saya kerana bercakap begitu.

Saya beritahu Gomo bahawa saya nak tulis perkara berkenaan keesokkan harinya kerana nak beritahu awal-awal kepada masyarakat apa yang akan berlaku nanti. Gomo tak benarkan saya tulis kerana katanya minta saya jaga hati dan perasaan Saiful. Katanya beri peluang kepada Saiful untuk pujuk bapanya dan pulihkan balik hubungan mereka. Sekali lagi kami bertekak.....

Jika diikutkan cerita Saiful semalam, saya rasa hubungan dia dengan bapanya mungkin telah pulih selepas kejadian itu kerana dia menceritakan dia pergi bercuti bersama bapanya dan telah kembali berhubung. 

Bermula malam itu saya mula hilang respek pada bapa Saiful apabila mendengar cerita yang dia marahkan orang Umno tidak menjaganya hingga sanggup nak pergi kepada PKR semata-mata pihak sebelah sana menerima permintaannya....

Terpacul dari mulut saya kata-kata, ada juga bapa yang hendak jual punggung anak....

Dipendekkan cerita, perbincangan kisah itu pada malam tersebut antara saya, Parpukari, Papa Gomo dan seorang lagi rakan agak tegang.

Kemudian cuti Tahun Baru Cina, selepas itu saya pula bekerja luar kawasan dan tak pedulikan kisah politik serta tidak kemaskini blog dalam tempoh yang agak lama. 

Saya kembali semula hujung minggu lepas dan awal minggu ini mula ambil tahu semula kisah politik, dan isu yang sedang hangat adalah isu Lahad Datu.

Semalam (Jumaat) ketika sedang memandu ke KL tiba-tiba saya menerima SMS dari Gomo yang memaklumkan tentang tindakan bapa Saiful. Saya menjawab kepadanya kalau kau benarkan aku tulis 3-4 minggu lepas kan senang cerita....Selepas itu dia jawablah dengan hujah dia yang bertalu-talu.  

Apa yang saya nak beritahu kepada anda adalah apa yang dilakukan oleh bapa Saiful semalam memang telah dirancang sekian lama dan matlamatnya adalah RM....RM....RM....RM.....

Selepas lima tahun baru kau sedar ? Jangan kelentonglah Azlan.....

Apakah kau ingat wang yang kau dapat itu dapat menongkat langit ? 


Lima tahun dulu dialah yang berada di sebelah Saiful sewaktu Saiful bersumpah laknat dalam Masjid. Selepas Saiful bersumpah dia lah yang pertama memeluk Saiful. Hari ini dia kata itu semua bohong....

Selepas mahkamah membebaskan Anwar awal tahun 2012, ketika itu banyak pihak yang tidak berpuashati mendesak Peguam Negara agar memfailkan rayuan termasuklah bapa Saiful sendiri. Malah dia sendiri turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang ketika itu menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.

Berikut adalah apa yang dikatakannya pada masa itu....


PETALING JAYA: Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya.

Azlan Mohd Lazim, 58, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya.

"Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.

"Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya," katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini.
Dalam pada itu Azlan turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.

Jelas beliau, tindakan berkenaan dilihat sebagai langkah bagi menidakkan hak seorang warganegara untuk mendapatkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

"Majlis Peguam seharusnya bersikap natural dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

"Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam kes ini yang mengikut rekod telah mengemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang.

"Mengapa 'double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP atau ahli politik, maka hak beliau dinafikan begitu sahaja," katanya.

Sementara itu Azlan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan membuat saman sivil sekiranya Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan.

Ditanya mengenai keadaan Mohd Saiful ketika ini, Azlan berkata anak lelakinya itu tabah dan menerima keputusan mahkamah dengan tenang.

"Saiful tenang sahaja, beliau kini sedang bekerja di suatu tempat di Kuala Lumpur. Kehidupannya mesti diteruskan.

"Kami sekeluarga profesional dalam perkara ini, hakim telah menjalankan tugasnya dengan membuat keputusan berkenaan," katanya.
M Star Online

 Itu kata-katanya dulu....semalam apa yang dia kata pula....
"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."

Malaysiakini
Tak payah banyak En Azlan oiiiii, itu pun sudah cukup untuk menunjukkan kamu sememangnya manusia yang tidak boleh dipakai dan sanggup aibkan anak sendiri kerana kerakusan kamu. Ingat mati wehhhhhh......kamu dah senja.....anak kamu masih muda.....dia mungkin akan hidup lama lagi.....tak kasihankah kamu pada dia ? 

Apa jenis punya bapa macam ni ?

Cuba kita imbas balik kisah bapa si Saiful ni......

Saya difahamkan dia bercerai dengan mak Saiful dan Saiful dijaga oleh ibunya. Kemudian selepas ibunya meninggal dia tidak jaga atau pedulikan Saiful. Tiba-tiba selepas dia mendengar Saiful bekerja dengan Anwar Ibrahim selepas PRU 2008 dan ketika itu mereka dah menang banyak negeri serta ura-ura Anwar akan menjadi PM pada 16 September 200,tiba-tiba dia rapat kembali dengan Saiful. Di situ pun sudah boleh nampak dia seorang yang oppurtunist..... 

Kemudian apabila Saiful diliwat tiba-tiba dia menjadi seorang bapa yang prihatin. Kemudian semalam dia kata dia sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya. 

Kasih seorang ayah apa ke bendanya kalau dulu tak jaga anak pun ?

Kasih seorang ayah atau nak ambil kesempatan diatas kejadian yang menimpa anak untuk mengepow orang-orang Umno ?  Bila gagal lari sebelah sana.....

Suka tak suka bapa Saiful telah mencipta satu sejarah baru apabila sanggup malukan anak sendiri kerana kerakusan nafsunya. Jawablah pakcik oiiii di kubur nanti.....

Yang paling saya tak boleh tahan adalah apabila dia duduk sebelah anak dia masa anak dia bersumpah laknat.Habis bersumpah dia peluk anak dia.....Hari ini dia kata apa yang anak dia buat itu tak betul....

Kalau masa itu dia dilarang jumpa anak dia sebelum bersumpah, tak boleh bersama di mahkamah, dirumah dan sebagainya , logiklah juga kalau dia nak kata segalanya dikawal oleh orang lain dan dia tak berupaya menghalang. Ini tidak, dia bebas bersama anak dia 24 jam sehari , selepas 5 tahun dia kata itu semua perancangan. Nak tipu pun biarlah logik pakcik oiiii.....ingat kubur pakcik...

Dalam soal ini Anwar tidak boleh dipersalahkan kerana dia sebagai seorang ahli politik bijak mengambil kesempatan. Yang salah adalah dia sendiri. Tidak berprinsip, tidak berpendirian dan tidak bermaruah. Azlan yang mengambil kesempatan menjelang PRU untuk menekan orang-orang Umno agar memenuhi kehendak-kehendak dia. 

Puak-puak PKR semalam raya sakan dengan tindakan bapa Saiful. Apakah dia ingat orang lain beraya bersamanya ?

Terus terang saya katakan bahawa saya sikit pun tak goyang atau berdebar apabila menerima berita tindakan bapa Saiful semalam. Sebab saya tetap percaya kepada sumpah yang Saiful lafazkan dulu. Dan saya yakin kebenaran akan tetap menjelma.

Cerita liwat dan cerita sumpah Saiful sebenarnya masyarakat dah tak ingat pun. Sebab benda dah lama. Tetapi tindakan bapa Saiful semalam akan membuatkan masyarakat kembali mengingatinya, dan rata-rata orang melayu akan tetap percaya kepada sumpah laknat yang dilafazkan walaupun Pas kata sumpah tiada dalam islam. 

Sekarang demi ntuk mempertahankan kemaluan Anwar Pas sanggup kata dalam islam tiada sumpah. Tapi mereka lupa apa yang mereka kata dulu.....

Jadi terima kasihlah kepada Johari Abdul kerana menguruskan bapa Saiful semalam dan jangan salahkan orang lain kerana cerita liwat hidup kembali. 

Kalau benar dan kalau tak bersalah kenapa terlalu takut hingga buat sidang media semalam secara tertutup di sebuah kondominium dan hanya wartawan-wartawan mereka sahaja dibenarkan masuk ? Apasal ? supaya boleh kawal soalan-soalan yang ditanya dan tidak terperangkap ke ? Takut wartawan tanya pasal sumpah Saiful ke ? 

Kalau pakcik berani dan tidak bersalah buatlah satu sidang media terbuka dan panggil semua wartawan tanpa memilih bulu.

Saya tetap yakin dan percaya apa yang berlaku semalam adalah proses PKR menggali lubang kubur bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk DAP dan Pas....

Kepada Saiful Bukhari, saya minta maaf banyak-banyak jika anda terasa hati dengan tulisan ini. Saya faham buruk macamana sekali pun dia tetap bapa anda. Marah macamana sekali pun sikit sebanyak anda tetap akan terasa hati bila membaca tulisan ini. Ya lah....bapa tetap bapa....tapi bapa boleh khianat anak. Patutnya kamu yang patut jadi bapa dan bapa kamu yang patut jadi anak....Maafkan saya Saiful....

Kepada masyarakat pula ambillah iktibar diatas apa yang berlaku. Kerana duit apa sahaja boleh berlaku. Marilah kita termasuk saya sendiri sama-sama bermohon kepada Allah agar dijauhkan perkara begini terjadi kepada keluarga kita , rakan-rakan kita, jiran sekeliling kita dan juga berulang kembali kepada muslimin dan muslimat yang lain.

Jangan lupa juga kita sama-sama berdoa agar bapa Saiful tidak terus dikuasai iblis dan kembali ke pangkal jalan.

86 comments:

Anonymous said...

Tq Bro RBF....

Beginila selalu artikel bro...kupasan yg berfakta dan ada kronologinya...insaf sy mmbacanya hny krn RM seorg bapa sgp menggadaikan maruah anak...

Tapi mmg 'byk'bapak mcm tuh kat donia neh bl dah brcerai ,,bila anak dah berjaya baru nak rapat balik dgn anak walhal masa anak tu kecil , si ibula yg bersengkang mata mncari rezeki mmbesarkan anak..

Kpd Saiful semoga anda tabah...mmg sejahat manapon dia mmg ttp darah daging kamu,,istiqomah dgn perjuangan anda, biar masa yg menentukan ...semuanya dgn izin Allah S.W.T..

Salfian Nawawi said...

Terbaek Bro, malang betul Saiful tu dapat ayah macam Azlan tu, saat-saat dia paling memerlukan sokongan, saat tu jugaklah si Azlan tu khianati dier! Apa-apa pun, Allah Maha Kaya, pasti ada ikhtibar disebalik kejadian ini. Ada baiknya si "pengkhianat" tu menunjukkan belang sebenarnya sebelum perbicaraan itu berlangsung kerana sekiranya tidak, mungkin dia akan memjadi "mata & telinga" untuk pihak Anwar & menyalur maklumat-maklumat penting, lagi parah! Salam, all the best to you.

Anonymous said...

Dulu bila Si Azlan ni berada bersama saiful bersumpah, Cikgu Bard dah cerita macam-macam mengenai Azlan. Sanggup jual isteri la dan ntah apa lagi. La ni tak payah susah bro. Copy paste balik apa yang mereka-merek-mereka-mereka dah tulis. Kerja mudah aje puak-puak ni dah kantoi sakan.

Anonymous said...

Anwar klu bleh nk citer dia tiap2 ari kuar kt tv atau kt paper..crite buruk ke baik ke xkisah..janji crite psl dia mesti ada..mcm artis la,klu x nnti x popular plak...

Anonymous said...

johari abdul yg sama2 tergelak besar semasa tgk video xxx dgn eskay dan mengiakan itu perbuatan boss dia? johari abdul yg tu ke? kalau yg tu pun sama org tak de prinsip...

Anonymous said...

Orang boleh berubah kerana tiga Ta,

Harta,
Takhta,
Wanita,

nak tutup isu lahad datu, rela bayar.

Anonymous said...

Ayah rogol anak,
ayah jual anak gadis,
ada juga ayah jual anak teruna..

isu sabah parahkan bang non, dia rela bayar pula nk larikan cerita, jawab isu lahad datu lah bang non dulu.

hanizam said...

Allah makbulkan doa orang teraniaya..berani keran benar...jadi ape pun, tetapkan pendirianmu...

yang benar tetap benar...

nikmat dunia hanyalah sementara...kalau bapaknya dapat habuan, berapa lama dia boleh seronok???

sepanjang masa dia akan dihantui dengan rasa bersalah...

Anonymous said...

Permainan menjerut leher sendiri. Keinsafan & sidang media dikelilingi oleh orang-orang "U Ulang, I Saman U". Mesti ada yang tak kena.

Makin percaya pula liwat tersebut benar-benar terjadi.

Medan Info Kita said...

terbaik bro...! MANTOPP

u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....
u saman i ulang....

Anonymous said...

Sesungguhnya bagi setiap anak Adam (yakni manusia)
ada sentuhan (bisikan) syaitan dan sentuhan (bisikan) malaikat.
Ada pun sentuhan syaitan, ia mengajak kepada keburukan dan mendustakan kebenaran.
Manakala sentuhan malaikat, ia mengajak kepada kebaikan dan menegakkan kebenaran.

Maka sesiapa yang merasai sentuhan (bisikan) kebaikan,
ketahuilah bahawa ia adalah dari Allah (melalui perantaraan malaikat)
dan hendaklah dia memuji Allah (dengan menyebut Alhamdulillah).
Sebaliknya sesiapa yang merasai sentuhan (bisikan) sebaliknya
hendaklah dia meminta perlindungan Allah daripada syaitan
(dengan menyebut A’uzubillahi minash syaitan nirrajim

Anonymous said...

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! dan hendaklah (tiap-tiap) orang yang memerhatikan apa yang diusahakan esok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan…”( Al-Hasyr:18)

Orang Mukmin adalah orang yang takut kepada Allah SWT dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits telah berkata: “Tanda-tanda takut kepada Allah itu dalam 7 perkara…” iaitu: 1 drpnya;

1. Pada Lisannya...
Dia menghindar daripada berdusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan bercakap banyak…

Anonymous said...

betul tu rbf aku sokong hang!

Anonymous said...

terlalu hina pakcik azlan ni.....demi wang sanggup mejatuhkan maruah diri....sekarang mcm mana pakcik nak di pandang oleh masyarakat sekeliling??? terutamanya masyarakat Melayu di sekitar rumah pak cik???

Pakdee said...

haha...kesian org2 UBN ni...

Pakdee said...

hujah bunyi tak ubah mcm si Raja Kiram tu...byk fantasi dari realiti...dtg dari sepulau ke?

Anonymous said...

skrip yg da direka dgn sebaik mungkin...RM RM RM

Anonymous said...

TQ RBF. Saya tetap percaya pada sumpah yang dibuat Saiful. Semoga dia tetap teguh dan tabah menghadapi dugaan ini. Saya pasti bapa Saiful tidak akan berani melakukan sumpah seperti anaknya. Dia akan beri seribu satu alasan sama seperti Anwar. Hidup dia akan dihantui perasaan bersalah dah tidak akan pernah bahagia selepas apa yang dia lakukan terhadap anak sendiri.

Anonymous said...

Ini Azlan telah mengkhianati Saiful kali seterusnya:

1. Pertama - Meninggalkan, membuang Saiful dan ibunya.
2. Kedua - Membiarkan anak kecil itu membesar sendirian dan ibunya tanpa sebarang perlindungan, nafkah dan didikan dari seorang bapa.

3. Ketiga - Menganggap kes anaknya sebagai bahan tawaran dagangan.

4. Kini - Menjual hargadiri, maruah anaknya kembali setelah dewasa, dan masih menganggap sebagai satu tukaran dagangan.

4 kali Azlan mengkhianati anaknya..Saiful, bersabarlah. Dia tetap bapa kamu, tidak akan putus pertalian itu.

Jayne Saidin said...

Bagi yang berfikir..tentu akan mula dan tambah berfikir gara2 pendedahan terbaru ini. Tp rasanya tindakan ini backfire lah! Anwar tak patut ada dalam PC tu..buat independent PC..baru tak seberapa ketara RM RM RM memainkan peranan BESAR! hahahahaha.

Anonymous said...

RBF, brapa kali you nak disekolahkan balik?

Anonymous said...

Bro.. Gua cadangkan kalo ada apa2 yang dijangkakan akan berlaku, better lu rakam dulu secara rahsia dan mempnyai bukti tarikh time korg recordkan. Benda ni pntg. Bole menjadikan bukti masa akan dtg. Bila dorg bt statment saja, korg tnjukkan bukti korg. mahu pecah lubang dorg. Bukan pada kes ni saja. Kes2 lain juga.. Gua akan support lu rbf.. Gua xnak si peliwat jd pm gua... Gua doakan saiful moga berjaya kes ni...

Anonymous said...

Pada pandangan saya. Anuwar dah buat silap besar yang dia tak sedar sebenarnya. Apakah tuan-tuan terfikir bahawa apabila peristiwa ini berlaku dengan sendirinya segala tuduhan konspirasi oleh Anuwar telah berpatah balik kepadanya. Sebenarnya dialah yang banyak berkonspirasi. Kali dia lupa. Tindakan ini akan back-fire kepadanya. Takkanlah bapak si Shaiful ni akan buat macam tu kalau tak ada apa. Tindakan UMNO tidak melibatkan diri amat tepat. Jika tidak masalah ini akan kembali kepada UMNO kerana manusia sebegini memang tidak boleh dipercayai. Dengan peristiwa yang tidak siapa sangka ini, orang yang berakal sudah boleh melihat siapa sebenarnya bapa kospirasi sebenarnya. Allah Maha Besar.

Anonymous said...

abang RBF jangan lupa, chegu bard dan pengikut2 dia dah kutuk habis2an encik azlan tu..jadi timbulkan sahaja segala sumpah seranah puak2 pakatan tu..toksah peningkan kepala..
mari kita tengok berapa ramai pencacai pr yang sanggup jilat kahak lendir diorang balik..hehehe

GADIS AYU said...

DAN JANGAN LUPA YA..

KES INILAH YANG TELAH MENCIPTA REKOD MALAYSIA SEBAGAI KES TUNDA PALING BANYAK..

KES INI JUGAK YANG PALING LAWAK DI MANA PAKAR YANG DIPANGGIL SAKSI TAPI BUKAN DALAM BIDANG KEPAKARAN DIA.

KES INI JUGAK PALING BANYAK TUNJUKKAN KETAKUTAN SI TERTUDUH..TAK NAK MUBAHALAH, TAK NAK DNA, TAK NAK JADI SAKSI YANG DISOALBALAS, TAK NAK POLIGRAF DSB..

HEHEHE

Anak Lenggong said...

Begini lah terjadi pabila manusia menjadikan wang ringgit sebagai pedoman hidup...kenapa libatkan UMNO didalam soal ni..sekiranya ini hanyalah sati konspirasi UMNO..kenapa:-

1. Sesudah 5 tahun baru nak gostan.
2. Kenapa dulu relakan diri duduk bersama anak untuk membuat sumpah laknat mengesahkan anak diliwat.
3. Kenapa pula dilibatkan dengan UMNO..adakah UMNO yang menyuruh anuar meliwat anaknya.

Wahai saudara Azlan..insaflah laa..hidup ko pun dah tak lama didunia ni..kenapa perlu terus dimalukan anak kandong sendiri..insaflah duit tu tak kemana perginya sebab bukan nya diboleh dibawa kekubur..sekarang ni maruah ko jatuh terlalu hina lebih hina daripada babi dihutan.

Anonymous said...

nak tak nak, sebagai umat Islam, saya tetap berpegang pada sumpah mubahalah yang telah dibuat oleh saudara saiful bukhari. selebihnya saya serahkan kepada kehendak Allah swt. saya yakin Allah Yang Maha Agung akan tunjukkan kepada kita siapa yang benar dan siapa yang bersalah.

Anonymous said...


Dalam seminggu dua ni semak2 lah tempat Azlzn tu berhutang. Dah dilangsaikan ke?

pinjaman perumahan,
ansuran kereta,
bayaran itu, bayaran ini dll.

semak juga akaun bank nya. Takkan dia nak simpan diut banyak2 kat rumah je.

mana mau lari??


Anonymous said...

Bayar anak tak bayar bapa patutlah orang marah.....

jiwa muda bangsa 94 said...

RBF terbaek..ini dunia..RM tuannya..bagi insan buta hati...Kata Tun M amat benar...Biarkan mereka berkata,jangan dihalang,kelak pasti kebenaran juga muncul...Allah maha adil,Allah tunjuk sapa benar san siapa salah,tapi biasalah yang benar itu memang amat pahit untuk diterima..penyokong2 anwar pasti akan sentiasa spin dan spin..aku tetap skong RBF dan Saiful...SUmpah laknat bukan mainan,buruk padahnya jika tipu,ISLAm AGAMAKU ,MELAYU BANGSAKU,UMNO JIWAKU,DULU KINI DAN SELAMANYA

Anonymous said...

Ada sekor dua jer penyembah dewa liwat dalam komen ni....

Anonymous said...

Apa ada hal, setakat 1juta je pun die bayar kat bapak saiful tu. duk saman tv3 n utusan setiap 1 100juta. ada lagi balance 199juta tu. walaupun saman sebab artikal yang dikeluarkan oleh media asing? aduyai... media asing tu abg non xmo saman sekali ke? kikiki.

apa2 pun, buat saiful, banyakkan bersabar. pasti kebenaran akan muncul jua akhirnya. banyakkan berdoa. in shaa ALLAH.

Anonymous said...

BAPA JENIS APA NI SANGGUP JUAL MARUAH ANAK SENDIRI, ANAK HARAM JADAH LAKNATULLAH

Anonymous said...

anwar terzasul penzina. http://www.youtube.com/watch?v=3QX9iOeYi_g

Anonymous said...

Mmg dah dijangkakan Azlan ni dah terima RM...tp org skrg bukan bodoh dah boleh bezakan yg mana betul yg mana bohong....sumpah saiful dah mula tunjukkan kesan satu persatu..Allah perkenankan doa org teraniaya mcm saiful...ada hikmah kenapa saiful kalah d mahkamah...rupanya Allah ada perancangannya sendiri..kita doakan semoga Allah pelihara Saiful

ore kb.kel said...

Luth .. luth .. luth ..

Anonymous said...

WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI..........
Sebagai seorang ISLAM, lafaz sumpah laknat bukan perkara main-main.
Kepada Saiful.. berSABARlah...
ALLAH SWT, tahu segala2nya....
dengan iziNYA.. kau masih kukuh berdiri duduk..
x didunia.. diakhirat akn pasti ada habuan buat manusia-manusia pembohong ini...

DON MELAYU said...

terbaik bro,walaupun panjang tapi penuh dengan fakta dan buatkan aku ingat kembali isu2 ni dan berkata"logik jugak"dalam hati aku..

kesimpulannya ialah kita tahu yg kes liwat ni menjadi isu yg sgt bsar pada tahun 2008,dan ianya sudahpun dilupakan...dan pada aku kes bapa si saiful ni tak mampu utk menutup bangkai anwar berhubung dengan isu di lahad datu sebab ianya mmbabitkan nyawa org...!!nice try anwar and azlan...tapi blum ckup utk jtuhkan BN...

Anonymous said...

Johari yg tiap2 minggu pergi gereja...kuil...temple guru nanak tu....bukan sya ckp...dia yg sebut dlm parlimen!

Anonymous said...

sedih dgn keadaan ni..doakanlah terbaik untuk saiful..be strong saiful..

Anonymous said...

sedih dgn keadaan ni..doakanlah terbaik untuk saiful..be strong saiful..

Melayu Moden said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Bro Saiful, aku percaya ko, aku blakang ko, backup ko n support ko..Aku doakan, insyaAllah Ta'ala, Allah dedahkan kebenaran yang sebenar benarnya kepada seluruh umat manusia, Malaysia khususnya, insyaAllah, ya Aminn..

Anonymous said...

Anwar ada duit ke nk baya kt bapak saiful tu?

warisantamar @ KualaLumpur said...

rbf,
u ulang i saman, u ulang i saman, u ulang lagiiii...i liwat u!!!!

hahahaha....terbaekkk bro!

pundek punyer anuwar...peliwat!

Anonymous said...

8.31
Hishh, hang ni ketinggalan sangat la.

Anonymous said...

8.31
Hishh, hang ni ketinggalan sangat la.

Anonymous said...

gilerrrr bebb ....

10 juta dah blehh buat bapak sepulll sewelll...

kalo lu kene opper 10 jota.... ayoooo...

gigillll bebbb... silap2 bapak sepolll dah tonggeng dpn nuarr...

wekekekekkee....

Anonymous said...

tqvm atas pencerahan bro

Anonymous said...

jika kita pernah dijanjikan untuk membeli ahli parlimen pada 16 september 2008, apakah dia tidak boleh membeli seorang lelaki bernama Azlan? u ulang i saman u...ahak....

Anonymous said...

Tabahkan hati Adik Saiful...Pak CIK Azlan, kenapa di siksa anak sendiri.. masa kecik dah lah abaikan dia.. bila dah besar pura-pura buat baik, lepas itu khianati pula anak sendiri. Bapa jenis ape ini...

Anonymous said...

Pencerahan yang logik dan diterima akal. .sokong pada penulis berkenaan pendedahan ini. .


ex-PKR

Anonymous said...

Tq bro di atas fakta yg dikemukakan..

raja kamarhisham said...

peminat blog ni sumer tak baca berita dari filipina berkenaan isu lahad datu. punya la bnyk akhbar yg menyiarkan penafian demi penafian anwar sbg dalang. yg dok ada ialah hal janji najib nk bg tanah felda kat org sulu. peh tu, kalau korg rasa azlan ni dikuarkan sbg nak menutup penglibatan anwar dgn lahad datu, sy plak nak katakan yg lahad datu tu sengaja dibuat sbb nak tenggelamkan pengakuan PI Bala. sebab sblm pencerobohan lahad datu, sy tidak terpikir lgsg bagaimana BN nak counter dakwaan Bala. rupa2nya bagus gak think tank Najib ni.

Anonymous said...

"Dh main ngan anak aku,sila bayar ok..igt free jer,mane bleh"

Anonymous said...

Mhkamah pun da buat kputusan....bapak saiful pun da pecah lubang...rbf masih lg x dpt trima knyataan....kalau dah taksubbbb bgini laaaa.kesiannnn.cuba lg erkkk....kes anwar dgn lembu pulak ke.

Anonymous said...

Raja Kamarhisham, suruh lah Anuwar tu pegi saman Reuters and Inquirer dulu, dua paper tu yg siarkan berita dalang2 ni dulu. Takyah saman banyak2 lah, USD 20.00 pun takpe asalkan nama dia bersih.

Anonymous said...

anon 12.59am, hujah ko tak cukup kuat le pasal mahkamah-mahkamah ni, aku lagi suka hujah Ustad Badrul Amin aka badrul bur8 yg ckp dewa liwat ko tu Imam Mahadi. Ko perlu pegi belajar dgn badrul bur8 macamana nak yakinkan orang..hehe.

Anonymous said...

Selepas Saiful buat sumpah laknat:

1) Allah jemput dia tunaikan haji dalam tahun 2010.

******* ini Saiful kena laknat atau dapat RAHMAT ALLAH?

2) Saiful berjaya lulus ijazah sarjana muda dengan kepujian cemerlang dari UUM (dari IPTA bukan ipts so tak boleh 'beli ijazah' )

******* ini Saiful kena laknat atau dapat RAHMAT ALLAH?

tepuk dada tanya IMAN...!

Anonymous said...

korang jgn cepat sangat percaya n terpedaya dengan artikel yg tidak berasas nie..selidik dulu...bru buat kenyataan..

Anonymous said...

1) anuwar x berani bersumpah untuk kebenaran, kesimpulannya DIA SALAH dan menyembunyikan kebenaran.

2) saiful bersumpah demi kebenarannya
,kesimpulannya insyaAllah saiful di pihak yg BENAR.

3) anuwar sanggup mempermainkan nama Allah, kesimpulannya ANUWAR MENJADI KUFUR hingga ke LIANG LAHAD KECUALI DIA BERTAUBAT DI ATAS SEGALA DOSA2 DIA DAN MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH.

Anonymous said...

Salam Bro, mohon share link ..

Anonymous said...

i luv u saiful..... makcik sayang kamu..... tabah nakkkk moga Allah bersama orang yang benar

Anonymous said...

BETUL KE ADA BERITA TERBARU PASAL SORANG PENOLONG SULIT NUAR TELAH BUAT REPORT POLIS TERHADAP WAN AZIZAH?

WOW..THIS FAMILY AND HIS PARTY IS REALLY SICK..

Jebon said...

Jebon

Satu lagi peluru hidup dari kem Anwar....hehehe...x lama lagi peluru ni yg menghancurkan PKR

Anonymous said...

Kalo bkas isteri dia pun sgup diceraikn, gantung xbtali...apetah lg anak dia..maaf la saiful... Anda bernasib malang dpat bapa kandung mcm ni...tahniah kerana Allah dh plih anda duji hebat d dunia utk bsama arwah ibumu d syurga nti...mdah2an...amin.

Anonymous said...

My fav song - copy paste from anon in Hse PK:

AnonymousMarch 10, 2013 at 4:48 PM
Mai kita nyanyi...ikut rentak lagu Apa nak jadi...SM Salim....

Apa nak jadi!...Apa nak jadi!...sudah kurancang semua tak jadi!....
Mula-mula aku keanal saiful!!!...wah!wah !..aku bagi sebaldi!!!....

Kemudian aku jumpa missuari!!!...alahai...kesian..askarnya habis mati!!!...

Apa nak jadi!..apa nak jadi !...Semua temberang aku tak menjadi....alahai!!..pengikut aku ...semuanya dah gila babi.....
Apa nak jadi! apa nak Jadi!!!!!

Anonymous said...

cuba perhatikan muka nuar dari dekat....rupa dia macam iblis.

Anonymous said...

memang pelik bin ajaib..

setelah hampir lima tahun berlalu yg kononnya selama ini akan mempertahankan maruah anak dan keluarga dia tapi tetiba salahkan anak dia balik.. nak gak tahu petunjuk mana dia dapat yg anak dia berbohong dan nuar tu betul..

dulu beri sokongan kepada anak dia utk bersumpah sekarang nak tengok dia pulak bersumpah yg dia ni betul dan anak dia ni yg salah salah..

donia, donia, donia.... kerana duit, maruah anak sendiri pun sanggup jual...

Anonymous said...

Mantap.
mmg fair comment.

Anonymous said...

mantap.... Al-Jub sebenarnya telah kena checkmate!!

Jgn hingatlah dgn U-Turn bapa Saiful nih Al_jub n the gangs bole tawan Putrajaya.... no hope

azyra said...

Gampang punya bapak...

Utk Saiful, tabah dan sabar lah menghadapi semua dugaan ini. Ramai yang menyokong anda.

Insya Allah kebenaran akan datang juga.

kakbedah said...

Kerna duit bpk dia jual maruah anak dia...mmg sial punya bpk lah dia ni takkan lah tak blh pk perasaan anak tu..duit telah mengaburi mata hati dan pikran dia...

Anonymous said...

Bro.. berapa lama karang cerita ni? kurang ummpphh la bro. buatla citer papagomo liwat bapak Saiful ke. baru dada ummppp.

sebelum tu bro. terlupa nak pesan nabi kita pesan dulu jangan suka buat fitnah brooo...kat dunia maybe lepas.. kata 'sana' nanti confirm kena broo..

Anonymous said...

hmmm menarik gak drama hujung miggu yang ko karang nie... hahahaha ...
orang pun caya haha

zul kulim

NAK JUGA TAU ... said...

Kpd Anon. March 11, 2013 at 12:54 PM;

Sepatutnya terlebih dahulu kau beri ingatan kpd pemimpin2 ahli2 penyokong2 dan pencacai2 Melayu PKR dan PAS pesan Nabi kita tu sebelum kau ingatkan RBF.

Kesian aku nanti mereka tak dapat cium pun bau syurga yg Nik Aziz dan PAS janjikan utk mereka krn sokong dan pangkah parti PAS dan PR.

-------------------

Apa yg terdedah atau implikasi dari pengakuan bapak Saiful ni?

1. Secara tak langsung Anwar telah mendedahkan secara halus apa yg peguam utama pembelaan kes Liwat II Karpal Singh katakan semasa penggulungan kes bahawa kejadian liwat tu "suka sama suka" adalah TIDAK BENAR.

2. Dan adakah ini merupakan satu 'konspirasi besar' Karpal Singh dan DAP amnya utk menjatuhkan Anwar dgn hujah liwat berlaku "suka sama suka"?

Nampaknya nak tutup satu lubang, satu lubang lain pulak terbukak ...

Anonymous said...

RM..RM...RM...RM...Ha..ha..ROSMAH MANSUR...ROSMAH MANSUR..ROSMAH MANSUR...ROSMAH MANSUR...

mk said...

Najib pun dah bersumpah, Dato Trio pun dah bersumpah, Saiful pun dah bersumpah tinggal lagi Anwar dengan Azlan bila lagi nak bersumpah - ada berani ka ?

Anonymous said...

Tak payah suruh Anwar bersumpah, kerana dia memang SESUMPAH.

Bersumpah pada dia SAMA macam dia mengaku menutoh chinadoll.

Katarina Jobston said...

Siapa yg kena ehem? Azlan ke Saiful?

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM!!!!!

Maaf bercakap, this is politic. boleh spin at any time dan orang akan percaya dan mungkin akan lebih tidak percaya. dari pemerhatian saya dah ada banyak case yang mcm ni contoh:

1- ketika Ezam bersama Anwar, kita tak percaya apa yag dia cakap, kenapa sekarang kita perlu percaya apa yang dia cakap??
2- ketika Chua Jui Ming dgn BN org PKR tak percaya ckp beliau, now kenapa org PKR perlu percaya ckp CJM.
3- RPK ketika menulis tentang kes Najib - Altantunya, org BN tak percaya, sekarang bila RPK dah SPIN kenapa kita perlu percaya apa yg beliau tulis.

Byk lagi kes kes yg mcm ni. Pendapat peribadi saya, org2 mcm ni dah takde credibility. Sama seperti ahli2 parlimen or ADUN yang melompat parti. Tak kira dari BN ke PR or dari PR ke BN. Semuanya tak boleh dipercayai dan tak ada pendirian.

Jadi dalam kes bapa Saiful, biar Allah saja yg menghukum beliau.

Wallahualam.

Anonymous said...

Pengkhianat negara dii hukom gantong...

Anonymous said...

Aku cabar mana2 orang yang terer sangat kat sini pergi jumpa Najib kat rumah dia sama macam Saiful buat 4 hari sebelum buat fitnah kepada Anwar. Rakyat biasa boleh pergi rumah orang besar camtu? Bodoh sangat kalau percaya.

Anonymous said...

saiful jumpa Najib 4 hari sebelum fitnah?? Fitnah ape pulak bai?? Fitnah kononnya Saiful diliwat Al-Juburi kali pertama lepas jumpa Najib?? Pi baca rekod percakapan saksi kat mahkamah dulu sebelum nak tulis komen BODOH ko tu....

Anonymous said...

Peluru betoi tak da ka..berani2 la main peluru betul macham pdrm dan atm disabah..

Aku tak sabar nak tengok Nuar treason kena gantong sampai mati....

Syukor alhamdulillah jika ini berlaku

Anonymous said...

satu ja cara nak wat puak2 PAS dgn PKR ni caya ttg video sex anwar. .... kasi ganding ja anwar jd hero, ,, kak rosmah jd heroinnnnn. .............:-P:-P:-P:-P:-P:-P:-P:-P