Tuesday, March 5, 2013

Untuk Tentera Ambil Alih Bukan Semudah ABC


Kerajaan sedaya upaya cuba mengelak untuk menggunakan ATM bagi berdepan dengan pemberontak Sulu kerana dengan menggunakan tentera ianya akan membuka satu episod lain dan akan menjadi perhatian dunia, seterusnya boleh mengundang penglibatan PBB dan sebagainya. 

Senang ceritanya , kalau askar masuk ianya dah jadi perang....

Manakala dibawah kawalan polis sekarang menunjukkan mereka itu penjenayah....

Kalau perang sudah tentu ianya akan mengundang satu masalah baru pula antara Malaysia dengan Filipina. 

Dalam apa keadaan sekali pun sudah tentu Filipina akan mempertahankan rakyat mereka (geng-geng Sulu) dan mereka boleh membuat tuduhan bahawa Malaysia memerangi rakyat mereka.

Seterusnya boleh mengundang campur tangan negara uncle sam kerana mereka mempunyai pengkalan tentera di Filipina.

Kemudian mereka pula masuk campur dalam perang antara Tentera Malaysia dengan Filipina dengan alasan mereka ada kepentingan tentera mereka di Filipina. 

Kita bercakap memang mudah beri sahaja kepada tentera ambil alih , tapi kita tak tahu bahawa perkara tersebut bukan semudah itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Lokman Nor Adam tengahari semalam sepatutnya sudah boleh membuka minda kita. 

Kata Lokman, dulu geng-geng askar sulu tersebut nak beli uniform pun tak mampu kerana tak berduit. Tetapi sekarang tiba-tiba sahaja mereka mampu beli senjata dan bot-bot laju. Dari mana mereka dapat duit yang begitu banyak ? 

Kenapa selama ini mereka tidak pernah nak ceroboh Malaysia, tetapi dekat-dekat nak menjelang pilihan raya tiba-tiba mereka buat hal. 

Sudah tentu ada dalang disebalik semua itu. Itulah yang sering kita katakan selama ini cubaan campur tangan asing dalam menentukan politik negara kita.  

Jadi kita dengan terperangkap dengan permainan yang mereka cipta...

Nak jadi pemimpin negara bukan semudah jadi MB Kelantan seperti Nik Aziz. Nik Aziz benda yang mudah penyanyi lelaki atau perempuan pun dia tak tahu. Nak jadi pemimpin negara banyak benda yang kena fikir dan kena tahu.  Kita sebagai rakyat kadang-kadang tak tahu dan tak nampak apa di sebalik yang berlaku. Dan bukannya semua benda kerajaan boleh berkongsi dengan rakyat secara terbuka.

Ambil contoh setiap perhimpunan haram bersih yang diadakan. Kita hanya nampak polis nak menghalang orang ramai daripada berkumpul untuk menyatakan bantahan. Tetapi kita sebagai orang awam tidak mengetahui apa disebalik perhimpunan tersebut. Sedangkan pihak berkuasa kita tahu segala-galanya apa dan siapa disebalik perhimpunan itu. Malangnya mereka tidak boleh berkongsi dengan kita secara terbuka. Jika semuanya nak dikongsikan secara terbuka itu tidak lagi dinamakan risikan.

Dalam kes di Lahad Datu sekarang kita harus memberi kepercayaan dan mempunyai keyakinan kepada pihak-pihak berkuasa negara kita untuk mengendalikannya. Mereka lebih arif dan lebih tahu segalanya. Tidak perlu lagi untuk kita nak mempertikaikan kenapa sampai tiga minggu dan kenapa tentera tidak ambil alih. Bercakap memang mudah. Lidah tidak bertulang. Cuba bagi kepada Mahfuz Omar sepucuk raifal dan pergi berdepan dengan pemberontak. Ada berani ?  

Pihak berkuasa lebih tahu segalanya dan bukan semua perkara mereka boleh kongsikan dengan kita. Berilah kepercayaan dan sokongan kepada mereka untuk selesaikan kes itu.



Update@9.30am:Artikel diatas ditulis sebelum waktu Subuh pagi ini dan ketika itu pihak tentera belum terlibat secara langsung dalam usaha membenteras penceroboh. Mengikut kenyataan rasmi PM pagi ini, jam 7 pagi tadi pihak tentera mula terlibat dan serangan besar-besaran terhadap musuh telah dilancarkan.

Kita doakan yang terbaik kepada pasukan tentera kita dan negara.

Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah campur tangan asing dalam usaha kita untuk membenteras musuh-musuh yang menyerang negara kita. Amin....

33 comments:

Anonymous said...

good article laa rbf, as usual!

Anonymous said...

ko pergi tengok kat utusan online, cari live report, lepas tu scroll yg kat tengah baru kau nampak polis pun tak nak angkut mayat tu.

Anonymous said...

100% AKU SOKONG MU RBF.

Anonymous said...

betul tu RBF.... penjenayah tu senang2 boleh report ke pejabat UNHCR utk dpt status kata pelarian...

PBB boleh masuk campur, dan mengundang yahudi amerika yg sentiasa nak cari jalan utk jahanamkan negara islam...

Anonymous said...

apa2 hal pun anwar dah gigilll tu... kuang2 seminggu dia tak meliwat dan nutuh amoi...

sbb his name has been mentioned by filipino gov. ada link sama terrorist...

kene gantung la kauu nuar oiii....

Anonymous said...

cube tgk kes ni PAs dan DAp senyap sepi...tp Pkr yg banyak bertaici....skrg sape yg kena....doa2 mereka utk buktikan kebenaran telah nampak...tp mereka mengendahkannya....

Anonymous said...

Untuk Admin RBF

Benar ATM dah masuk tapi masih bawah command polis. Tentera MEMBERI BANTUAN/Kerjasama bukan KETUA OPERASI.

Maka apa yang ADMIN tulis sebleum subuh tu masih kekal.

Ini mashih operasi keselamatan belum lagi operasi ketenteraan.

RBF Online said...

Kepada anon 9.38

Terima kasih atas info yang diberikan...

Anonymous said...

Kerajaan Filipina sendiri tidak mengiktiraf mereka sebagai tentera Filipina malah mereka adalah kumpulan yang boleh dianggap sebagai pengganas. Kerajaan Filipina sendiri pernah 'berperang dengan mereka'. Jadi kedatangan mereka ke Sabah amnya dan Lahad Datu amnya adalah kedatangan 'perompak' yang perlu ditannagai sebagai perompak. Jika mereka mengganas maka mereka patut dihapuskan dengan cara kekerasan. Dan tugas itu sememangnya tugas polis. Angkatan tentera Malaysia hanya akan bertindak mengikut keperluan. Mereka telah diberi peluang dan ruang yang terlalu banyak untuk memilih antara 'aman' atau sebaliknya. Nampaknya mereka berdegil dan sombong. Justeru sudah sampai masanya mereka 'dihapuskan' supaya menjadi pengajaran untuk masa depan. Selepas mereka dihapuskan, pihak berwajib mesti mencari dalang yang terlibat sehingga kelubang cacing dan menghukum mereka dengan seberat2 hukuman. Sebagai rakyat Malaysia saya menyokong apa juga tindakan sama ada dipihak polis atau tentera Malaysia demi keamanan, kedaulatan Malaysia.Wallhaualam.

mtk

PAPA GOMO said...

Bijak pun saudara rbf ni. Tapi ramai yang tak faham coz depa baru menang main game counter strike dah nak gebang pasal perang.

Anonymous said...

Aku sedih sangat bila 8 orang polis kita tak pasal pasal jadi korban di Lahad Datu. Aku sikit pun tak rasa apa apa kalau yang jadi shooting target penceroboh adalah Ketua Polis Negara dan Hishamudin. Kalau KPN dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang gugur baru lah mereka dikatakan gugur sebagai Wira Negara. Sebab mereka berdua berhempas pulas meletakkan polis dalam bahaya untuk berdepan dengan penceroboh yang terbukti lebih taktikal daripada polis kita.

Kenapa Hishamudin tak minta bantuan Menteri Pertahanan Zaid Hamidi awal awal lagi sebelum ada polis yang menjadi korban. Nampaknya bagi Hishamudin 2 polis terkorban tak cukup lagi, bila dah jadi 8 baru nak minta bantuan Zaid Hamidi. Kenapa Hishamudin tak tunggu sampai 50 polis terkorban baru boleh benarkan tentera masuk campur ?????

Sebab itu aku cakap 2 korban paling awal ditangan penceroboh sepatutnya adalah Hishamudin dan KPN, baru lah Najib nak beri arahan kerja kepada Zahid Hamidi.

Penceroboh baru 150 orang pun dah tak mampu nak diuruskan, aku tak boleh bayangkan kalau berlaku pencerobohan oleh tentera asing dari negara jiran yang sistem persenjataannya canggih dengan tentera yang terlatih. Nauzubillah hi minzaliq.

Najib lemah. Hishamudin lembek. KPN lembut. Rengkasnya NHK 3L.

Anonymous said...

1. spt zaman kominis dulu...walaupun tentera di frontline tp ia tetap operasi polis...knpa skrang lain plak..?

2. negara2 lain senang je tentera ambik alih..

3. Tentera Filipina tak kan masuk campur...dia lepas tangan kat kita..so tentera Filipina atau tentera USA tak perlu diambil kira..ia hanya alasan pemimpin yg bagi aku takde idea langsung mcm mana nak handle isu2 mcm ni...

Anonymous said...

Thanxbro RBF...barula mudah paham pasai apa tentera xcampurtangan awal2 kes pencerobohan lanun Sulu neh...

Tapi mmg betoila...mmg dah ada gesaan pihak Sulu nak campurtangan asing utk atasi kemelut ini...manyak CIBAI ...
http://www.ibnuhasyim.com/2013/02/sulu-minta-as-campurtangan-sengketa-dg.html

Anonymous said...

Untuk Admin RBF dan juga untuk kita semua.

Jika kita baca kenyataan rasmi PM beliau gunakan perkataan "PENCEROBOH" yang datang dari kata asal "ceroboh" bukannya "TENTERA SULU" atau lain-lain perkataan yang menunjukkan ke arah ketenteraan seperti "PENDUDUKAN" (Occupancy), "PenJajahan" , Penaklukan etc.

Beliau juga mengunakan perkataan "Polis" beberapa kali dan juga mengunaakan perkataan "pasukan keselamatan". Bagi kita orang awam perkataan-perkataan sebegini mungkin tidak ada makna dan tidak ada beza tetapi di dalam pentadbiran dan perundangan hatta diplomasi antara pihak-pihak terlibat ada banyak beza.

Contohnya perkataan "pasukan keselamatan - bahasa Inggeris ialah Security Forces". Dari satu perkataan itu sudah cukup kita tahu ianya bukan operasi ketenteraan.

Bandingkan jika PM guna perkataan "pasukan tentera" atau "ATM" - sudah membawa nakna lain.

Maka yang yang PM ucapkan itu adalah selari dengan apa ADMIN RBF tulis sebelum subuh tadi.

(lagi pun jika benar-benar tentera menghadapi penaklukan di Sabah yang bagi Kenyataan Rasmi ialah Yang Di Pertuan Agung/Ketua Turus Tentera.

Bila PM bagi ucapan sebegini kita tahu operasi Sulu ianya masih bawah KDN bukan tentera.)

Kita berdoalah pihak KDN/polis masih lagi in-command. Kalau tentera yang command maknanya sudah teruklah tu. Kalau tentera in-command maka terbuka pintu sedikit lah untuk pihak-pihak yang teringin ke Putra Jaya tu. Nauzubillah.

Anonymous said...

siape pecaya cakap lokman tu bodoh sangatlah. dia dah gunakan org sulu untuk capai cita2 politik dia, lepas tu dia nak mengelak. sebelum ni mngaku penasihat konon. kahak...tuuuiiii....

To Live Again said...

kpd anon March 5, 2013 at 10:16 AM

ko ni tak fhm lagi ker apa yg RBF sebut berjela-jela kat ats? Tak dgr ker penjelasan dari Panglima ATM sendiri yg menyatakan tentang protokol Geneva yg perlu dihadapi oleh pihak ATM dn kerajaan.Ckp mmg senang "DATANG &TEMABK".Cuci tangan lepas 2 balik rumah dn tido.

Tapi tidak semudah 2 brader.Kita kena sedar kita ni negara kecik.Sebuah negara Islam pulak 2.Kuasa2 besar mcm US dn Israel tnggu masa jer nk campurtangan dlm hal ehwal negara Islam spt Malaysia.

Ko tak penah dgr ker antara alasan2 Israel untuk menghalalkan setiap perbuatan diarog.Diaorg akan ckp yg ada tentera diaorg seorang mati kena tembak.Oleh itu diaorg BERHAK utk balas balik KEKEJAMAN org Palestine.

US plak akan masuk campur kerana bagi mereka Palestine telah cuba MELANCARKAN PERANG pd Israel.

Dn pd ranagkap terakhir ko yg nmpk sgt2 bimbang dgn JIRAN KITA yg kononnya lengkap bersenjata canggih hasil dana Yhudi yg meraka telan selama ini.Tak pyh bimbang la.Proses ketenteraan jauh berbeza dgn kepolisan.Ko ni duduk bwh tempurung agaknya.Ko tak pernah dgr askar US yg diakatakan sgt hebat dn berbadan sasa 2 pon pernah kalah kpd negara2 yg sgt miskin dn dhaif spt Somalia,Vietnam & Iraq!..

Anonymous said...

bodoh... polis pon tak buleh nk menyerang.. cuma mempertahankan diri bile diserang hingga ade yg gugur.. la nie nk suruh askar pulak masuk tp tak boleh serang.. akhirnye imej rakyat dan negara juga mkin tercemar sekiranye tentera yg berbatalion2 tu turut gugur , tak boleh menyerang dan hanya memperthnkan diri bile diserang...
pengganas makin ganas dgn keadaan tu.. mereka buleh bergerak mencari tebusan diseluruh sabah asal jgn bertembung dan menyerang p[olis dan tentera.. lebih menguntungkan mereka perisik2 mereka ade dlm masyarakat di luar yg memaklumkan pergerakan anggota keselamatan..

Talhah said...

Err To live again

Saya Anon 10:16 am 5 march.

Rasanya saudara maksudnya ANon 10:05 am.


Sebab apa yang saya tulis pada 10:16 am err saya berlainan dan menyokong penuh RBF.

-Talhah-

Nama online saya takut untuk rujukan selepas ini takut sama-sama terkeliru.

Anonymous said...

SAYA SOKONG RBF 100 %...
Lagi...
BUKAN se MUDAH baca ABC untuk "Mengurus Manusia"...

Anonymous said...

Hamba teringat dekat Dr Mahathir. Kalau lah Dr M masih lagi PM, mungkin tak ada seorang pun anggota polis yang jadi korban di Lahad Datu. Tapi apa nak buat, Dr M sendiri pun kena tipu dengan Nik Aziz. Nik Aziz janji dia akan letak jawatan sebagai MB Kelantan jika Dr M letak jawatan sebagai PM. Tapi bila Dr M letak jawatan, Nik Aziz sampai hari ni masih lagi jadi MB Kelantan.

Nampak sangat hanya Janji Orang Umno saja yang boleh dipercayai, sedangkan Janji Orang Pas masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Kes di Lahad Datu. Najib bagi otority kepada tentera hanya selepas Dr M buka mulut. Sedangkan sebelum ini dia meletakkan harapan kepada sepupu dia Hishamudin si Lembek tu. Najib Lemah. Hishamudin Lembek.

Anonymous said...

Kepada perwira yang menggempur Pengganas Kiram durjana....Ingat teman seperjuangan kamu yang telah terkorban....! SHOOT TO KILL...Balas dengan Hapuskan riwayat Pengganas Kiram tersebut....Ingat bagaimana teman-teman kamu gugur dan diseksa walaupun sudah tidak bermaya...SHOOT TO KILL NO SURRENDER...Gerak...Gerak...Gerak...SHOOT TO KILL, jangan ingat bila pengganas cuma guna parang kamu relaks....TEMBAK DULU...SHOOT TO KILL Perwira ku...Hapuskan semua Pengganas Kiram dan bersihkan Bumi Sabah daripada Pengganas Kiram yang Kejam.... Oleh Ex-Vat69.

Anonymous said...

Ini semua mat liwat pengkhianat punya keje. Dari dulu dia ni memang nak menghuru-harakan negara kita.

Anonymous said...

amboi..cakap... terasa nak kena tendang dari negara ni ker? tak paham ker, kalau kita ni berperang... dunia pandang kita tak selamat..bila dunia tengok negara x selamat, nak ker jadi macam thailand... bila dah susah macam thailand... baru la nak sedaq diri kot?

tak paham2 ke? yang pembangkang dok pi berkomplot dgn pemberontak tu, kenapa tak buka mata? lembik2.. tau nak cakap jer. aku yang tak reti dunia politik ni pun tahu & paham knapa pilih utk berunding dlu..

Kau kalau lulusan Universiti pun x paham... susah la... jangan kena kat batang hidung kau ..sudah.. buat2 nye fmly kau di timpa bencana, nak tgk sapa tolong kau nanti...

lantang betul...

statement ni buat mereka yang nak pelekeh kerajaan..

Anonymous said...

kan di pihak sane nk minta bantuan luar utk PRU xdpt...mcm2 rintangan n halangan...probably ni salah satu cara n tujuan mereka berbuat demikian...saper tau??yerla pk logik dh nk PRU ade kes ni...ermmmm...

Anonymous said...

Polis Malaysia Lembek dan Tak Ada Semangat Juang. Bukti seperti yang keluar dalam BH hari ini.

Kisah pengalaman 40 polis kena kepung sampai 6 orang daripada mereka terkoran. Anggota polis yang ditemubual oleh wartawan mengatakan "semasa kami dikepong kami hanya ingat mati saja". Jawapan ini sepatutnya keluar daripada mulut mangsa tanah runtuh atau mangsa boat karam atau mangsa heli terhempas. Ada maruah kah bila polis cakap macam tu ?????

Sepatutnya sebagai seorang pejuang mereka jawab "semasa kami dikepong kami hanya ingat sama ada kami membunuh atau kami dibunuh". Baru lah kita yang dengar naik semangat.

Nak buat macam mana. Kalau menteri polis lembek maka KPN juga lembek hasilnya kebanyakan anggota polis pun lembek lembek belaka.

Anonymous said...

x pe.. bersedia untuk diuji Allah nanti... semoga tabah menghadapi.. tak duduk tempat diorg.. boleh la cakap, ayat sendiri..kan? ayat nak bagi semngat la, kata org lembik la...

insyaAllah, terjadi sesuatu yang nak kena ngadap polis utk minta bantuan apa2... ingat balik, ayat ni.. "polis lembik.." pastu pikir, cmner nak tolong aku? lepas tu senyum kat diri sndiri..

orang tamak selalu rugi
orang sombong selalu melopong
orang dengki, confirm kena maki

<3 serikandi melayu

Anonymous said...

Saya tak masuk belah mana mana. Saya atas pagar. Saya boleh pangkah umno dan boleh pangkah pas. Tengok keadaan la. Tapi saya pilih yang banyak bawa kebaikan daripada yang bawa kemusnahan.

Saya letih tengok orang melayu jadi alat politik orang lain. Mereka gunakan sentimen melayu, mereka tiupkan sentimen islam, semuanya dengan niat untuk pecah belahkan orang melayu. Jika kita termakan madu beracun mereka memang tak salah jika ada yang gelar kita serupa ayam dan lembu. Bila orang panggil kita ayam dan lembu, jangan cepat melenting, sebaliknya buat tindakan untuk buktikan kita bukan ayam dan bukan lembu secara diam diam. Tak payah lah nak berdemo, berarak, bakar itu bakar ini, pijak itu pijak ini, ludah itu ludah ini, kencing itu kencing ini, terjerit terpekik macam dirasuk polong .. orang tak heran pun sebab seurat bulu hidung mereka pun tak gugur ke bumi.

Belajar dari cara orang cina. Mereka tak demo sana demo sini bila mereka memprotes, tapi mereka bertindak dalam diam. PRU12 2008 sebagai bukti mereka bertindak bijak secara senyap. Tahu tahu Penang, Perak dan Selangor dalam gengaman mereka. Hari ini mereka dapat layanan istimewa daripada Najib untuk mendapatkan balik Penang, Perak dan Selangor. Entah lah, saya kurang yakin mereka sanggup melepaskan Penang, Perak dan Selangor kerana their jurney to the peak sudah halfway already.

Adakah kita orang melayu serupa ayam dan lembu seperti kata Nik Aziz. Nik Aziz kata gelaran itu kepada orang yang terima BR1M, tapi saya nak luaskan meliputi semua melayu yang masih tak sedar sedar hayat kuasa politk kita pada PRU13 nanti serupa telor dihujung tanduk. Tersilap langkah kita jatuh dan pecah berderai. Ingat, telor kalau dah pecah, sampai kiamat tak akan menjadi telor semula.

SangKancil

Anonymous said...

Isu Pencerobohan Lahad Datu.

Kita pelek dengan kerjasama polis dan tentera. Kita nampak macam ada political mileage diantara kedua dua menteri yang terlibat. Menteri polis seolah olah nak tunjuk dia lebih hebat dan lebih handal daripada Menteri tentera. Mungkin Menteri polis ni nampak ini peluang untuk dia bina jambatan bagi memenangi pilihanraya sebagai Ahli Parlimen dan selepas itu untuk mendapat advantage bagi menduduki kerusi MT Umno selepas PRU13.

Kita nak remind Hishamudin, silap silap nak jadi Ahli Parlimen pun belum tentu lagi, kalau Umno dah terduduk awak jadi ahli MT Umno pun dah tak bermakna lagi dah.

Berubah lah Hishamudin ooiii. Awak nampak tersangat lembek macam bapok tua saja. Berpakatlah elok elok dengan Zahid Hamidi untuk berdepan dengan pencerobohan Lahad Datu.

Hishamudin. Sebagai orang yang dah berumur, saya nak minta awak jagalah maruah malaysia dan jagalah maruah pasukan keselamatan negara kita. Saya tak boleh terima hakikat 8 orang polis kita boleh tumpas kepada penceroboh yang awak kata dah tua tua belaka, yang hanya memiliki senjata api yang out of date, yang langsung tak memiliki senjata berat dan tak memiliki kepakaran berperang dengan pasukan polis.

Hishamudin. Awak membohongi rakyat. Saya setuju bila Guan Eng minta awak jelaskan kenyataan awak berkenaan penceroboh bila parlimen bersidang untuk kali terakhir tak berapa hari lagi.

Anonymous said...


10.05 tu tertelan kapur barus ke?
ke dia sangka kapur barus tu biji nangka?

Anonymous said...

anon 9:32,ko ni ketinggalan keretapi kot.Nama Anwar tk di sebut oleh media Filipina tp nama Najib di sebut oleh Nur Misuari.Dn yg membantu penceroboh2 ni di Sabah ada lh org2 Sulu yg telah mendapat kerakyatan Malaysia.Sape punya kerja pulak tu.Nama Madey di sebut dlm RCI di Sabah bro.

Anonymous said...

http://badutrakyat.blogspot.com/2013/03/insiden-lahad-datu-anwar-ibrahim-kantoi.html

bangsat PR tak reti baca ke dalam ni?

Anonymous said...

Ko ckp pasal RCI pong pang..tapi semua isi dlm RCI tu ko tak nak amik tahu pun..yg ko nmpk salah tun mahathir..kalau ckp guna bontot jgn fikir pun guna bontot..

Anonymous said...

kenyataan bodoh dari lokman adam.. pinoy sendiri dah cakap diorang tak support pengganas ni.. keje nak spin je.. mula2 cakap geneva convention.. geneva convention tu treaty untuk prisoner of war.. pastu geneva protocol plak.. geneva protocol tu treaty untu biology and chemical weapon.. pasni kaitkan pbb plak..unhcr la.. diorang dah masuk langgar kedaulatan malaysia..mengaku je la krisis ni tak ditangani dgn baik dan letak jawatan..yang percaya cakap umno ni lagi la bodoh..main iyakan aje..org tu cakap geneva convention yekan jela..article mana geneva convention takde plak cakap..siap cakap mnlf takde duit.. ko tau tak first agreemnt between pinoy dan mnlf untuk wilayah autonomi armm tu sape yg lobi..gadhaffi yg lobi.. si misuari tu puas berjalan di timur tengah kumpul dana untuk mnlf.. bingai cakap mnlf takde duit..