Thursday, April 4, 2013

Dakwat Kekal: Semua Pihak Harus Bersedia

Malaysia bukanlah negara yang sempurna, tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa tidak ada apa yang terlalu signifikan yang perlu diperjuangkan di negara ini melainkan perjuangan untuk memperkasakan jati diri rakyatnya. Secara dasarnya, negara ini sudah cukup lengkap bagi membolehkan ia berfungsi dengan aman, stabil, makmur dan sejahtera. Apa yang perlu hanyalah penambahbaikan sahaja dan bukannya perubahan drastik.


Kedudukan negara yang 'lengkap' inilah yang menyukarkan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan iaitu dari segi mencari isu yang cukup penting untuk dijuarai.
Justeru, mahu tidak mahu mereka terpaksa memfitnah, mencipta isu atau menimbulkan isu daripada sesuatu yang bukan isu, untuk diperjuangkan. Oleh kerana isu yang ditimbulkan bukanlah isu yang 'genuine', maka ia selalunya membawa akibat yang buruk atau merugikan sahaja. Contohnya, isu ISA dan isu dakwat kekal dalam pilihanraya.
Sedangkan, kedua-dua isu ini bukanlah satu isu, buktinya ia tidak pernah menjadi masalah kepada negara dan rakyat selama ini. Malah negara terus tumbuh dan berkembang maju dengan amalan demokrasi yang cemerlang, serta sentiasa aman dan stabil sama ada dengan kewujudan ISA mahupun tanpa penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya.
Oleh itu, sejak dari awal lagi kita meragui desakan pembangkang yang ingin sangat menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya. Sedangkan sistem itu adalah 'primitif', terdedah kepada berbagai cara manipulasi dan tidak effisien. Hairan sekali kita apabila pembangkang bermati-matian memperjuangkannya sambil menolak sistem biometrik yang lebih canggih dan 'reliable'.
Malang sekali apabila desakan pembangkang ini telah tidak dikekang dengan hujah yang tegas. Bagaikan tidak mampu menahan asakan maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut.
Kini, apabila pilihanraya menjelang tiba, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor pembangkang berkaitan dakwat kekal. Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sedari mula lagi dan boleh dielakkan. Semalam, bekas orang kuat Anwar, iaitu Dato' Zulkefli Nordin telah menyebarkan maklumat tentang bagaimana dakwat kekal akan dimanipulasi pembangkang ketika pengundian berjalan.
Menurut beliau, antara cara manipulasinya adalah dengan terlebih dahulu mewarnakan tangan pengundi yang terpilih sebelum ke pusat pengundian. Apabila disekat, pengundi tersebut akan memberitahu bahawa 'ada pihak UMNO yang memaksa mereka mewarnakan tangan jari terlebih dahulu sebelum tiba, bagi menghalang mereka mengundi'. Dari situ, 'orang-orang mereka' yang telah bersedia di situ akan mencetuskan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus.
Sekiranya, pengundi tersebut tidak disekat dan pihak pemantau mengesahkan yang dakwat tersebut bukan dakwat yang digunakan oleh SPR, dan nama mereka masih belum dipotong, maka 'orang-orang mereka' yang telah bersedia di situ, tetap akan memulakan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus juga.
Objektifnya satu sahaja iaitu menuduh SPR tidak telus serta menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya tidak ditolak.
Apa yang PR terlepas pandang ialah, tidak logik jika menuduh SPR atau UMNO/BN/Kerajaan yang memanipulasi dakwat kekal kerana terbukti sejak dari mula lagi SPR, UMNO, BN atau Kerajaan begitu keberatan untuk menggunakan sistem itu. Tentulah lebih logik jika pihak yang mendesak penggunaan sistem itu, iaitu PR sendiri, yang sebenarnya mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya.
Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh seperti penyokong PR yang sanggup menelan apa saja yang disumbat ke minda mereka. Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Buktinya, Malaysia kekal aman di bawah pemerintahan BN selama lebih separuh abad.
Lagipun, bukan sekali PR berbuat silap sebegini. Sebelum insiden Lahad Datu, PR juga yang begitu sibuk sekali membangkitkan soal 'Sabah nak hilang'. Begitu juga sebelum demo BERSIH bertukar ganas, PR juga yang sibuk membangkitkan soal keganasan polis. Taktik yang sama digunakan dalam isu dakwat kekal ini, iaitu menuduh ia bakal dimanipulasi BN, di mana PR sendiri yang akan memanipulasinya.
Untuk pengetahuan PR, taktik itu sudah tidak laku kerana rakyat sudah kenal siapa mereka.
Sebuah perjuangan tanpa asas, tanpa isu yang 'solid', 'valid' atau 'genuine' memanglah sukar untuk diteruskan. Fitnah dan penipuan perlu sering diperbaharui di mana akhirnya pasti memakan diri.
Walaupun taktik ini telah terbongkar, jangan kita sekali-kali menyangka yang PR tidak akan meneruskannya. Percayalah yang mereka tetap akan mencubanya kerana mereka tahu ada di kalangan penyokong mereka dan rakyat Malaysia yang tidak mendapat maklumat mengenainya serta bakal percaya kepada apa saja pembohongan mereka.
Kesimpulannya, PR benar-benar bergantung kepada undi dari golongan yang buta tuli dan yang tidak mendapat maklumat untuk menang dalam PRU kali ini. Justeru, andainya BN dapat memastikan semua rakyat mendapat maklumat yang tepat, maka yang tinggal menyokong PR tentulah di kalangan buta tuli sahaja.
Apapun, semua pihak harus berjaga-jaga bagi memastikan taktik kotor PR tidak menjadi pada hari pengundian nanti. Kamera, CCTV, pemerhati dan pemantau wajar diletakkan sebanyak mungkin bagi memastikan PRU-13 berjalan lancar, bersih dan adil sepertimana biasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.















18 comments:

Anonymous said...

ada jg yg kata solat tak sah selama mana calitan dakwat itu masih di jari... masih ada yang keliru..

Jokiden NS said...

Kompem Pengerusi SPR ni tidak boleh lagi mengundi. Dakwat di jari dia tu akan kekal sehingga hari pembuangan undi kelak.. hahaha..

Anonymous said...

berapa punya bodoh la teknik dakwat kekal ni.

anwar ejen israel said...

Sape yg beria ia nak benda ni pada mulanya??
Pee r.

Sape yg tak nak plak benda ni??
Pee r

Tidakkah bangang pee r ni??

Anonymous said...

Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya
http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya
http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

Anonymous said...

Itulah kerana terlalu berpolitiking sangat sampai terbawa2 budaya dari negara asal pejuangnya maka inilah jadinya.....nasib baik SPR tak wajibkan pengundi kena makan sireh dulu baru boleh mengundi.....

Anonymous said...

tahun 2008,penggunaan dakwat kekal dibatalkan last minit walaupun semuanya telah disedikan...

ada penjelasan?siapa yg tanggung kerugian?duit kerajaan jugak..

kali ini,kita akan benar2 pastikan yg mengundi adalah rakyat yg benar2 layak..bukan nya rakyat 'mee segera' yg tidak tahu apa2 pasal politik negara ini.

projek IC adalah punca kepada segala masalah yg ditanggung rakyat sabah...

Anonymous said...

jangan calit kat tempat lain lak ..lagi haru hahaha..

Anonymous said...

Dulu kemain lg puak2 pr bodo nak dakwat kekal..kononnya nak elak pengundi hantu la..mengundi dua kali la..tak nak elektronik la..

Bila SPR layan..eh? Tak puas hati jugak? Idea sendiri pun dorang tolak. Camtu nak dipilih jadi kerajaan? Celaka punya pr!

RashidAli said...

satu peringatan...dakwat kekal hanya dicalit di tempat mengundi. jangan benarkan anda, ibu dan bapa anda serta sahabat handai menerima calitan di rumah atau dalam kereta atau mana2 tempat selain tempat mengundi. jika sekiranya perkara ini dilakukan...hilang satu undi, anda sudah dikira mengundi!!!

Anonymous said...

yg aku heran kerajaan main ikut je apa permintaan PR.

apasal ikut?

majoriti yg sokong ni pandang sepi je macam sampah takde nilai.bila time PRU pandai plak kata jangan sabotaj

kalau dulu tun mahathir ikut je kata pembangkang,nescaya jambatan pulau pinang tak dibina,PLUS tak dibina,klcc,klia dan banyak lagi takkan dibina..

Anonymous said...

klu x di ikut apa lagi demontrasi la.. itu yg tak tahan tu. Masa tun M, melayu masih bersatu, bila time pak lah melayu dah byk berpecah. Susah nak implement apa2, semua kena bantah

Anonymous said...

selepas hari mengundi KDN kena pastikan pintu keluar sempadan diawasi, ada tak pemeggang paspot negara jiran jarinya dicalit dakwat kekal,sebelum ianya dijadikan isu.

Anonymous said...

KDN lembab.skit skit amaran.

time zaman tun mahathir,jelas salah undang-undang terus kena jer...

takde pun amaran 10 kali.yang bagi effect,kerajaan keseluruhan dan rakyat.yg dia sedap gelak sana sini goyang kaki sambil cium keris.tu pun melutut minta maaf lagi.sama jugak dgn pak lah

Anonymous said...

Masa tu BN ada majoriti 2/3 la.. masa skrg ni tak ada 2/3.. itu yg mcm terpaksa ikut tu.. yg susah rakyat juga.. so kali ni bagi majoriti lebih 2/3 kat BN la ye

Anonymous said...

sebab orang BN jugak la BN kalah 2/3.konon konon saya pantang dicabar,ketelusan dan keterbukaan,padahal bagi menantu.

bebaskan sibangsat tu siap tolong bagi pasport lagi.

sekarang,mana mamat tu?
harap je kat kepala batas tapi membisu je dengan LGE.yg penyokong dia dulu pun tau plak diam.dulu bukan main lagi kata memacam kat tun M.

lainkali buat la lagi tau sebab nak kenyang perut sendiri.biar negara lingkup

first time voting said...

Minta maaf, nak tanya sikit... nih dakwat kekal nih nak dicalit kat mana? KIta sendiri calitke selepas mengundi or how?Tak faham le...

p/s calit tuh mesti standardize tak..misalnya kat ibu jari or sort off....mushkil nih..