Sunday, April 28, 2013

Lima Tahun Bergaduh Rebut Jawatan PM, Berapa Tahun Pula Untuk Bergaduh Berebut Jawatan Kabinet ?

Selepas berjaya menafikan kedudukan 2/3 BN di Dewan Rakyat dan berjaya menang di 5 negeri dalam PRU 2008, pembangkang yang dulunya dengan idealogi dan fahaman masing-masing cuba membina ikatan mereka di bawah satu pertubuhan haram yang dinamakan pak-khatan rakyat. 

Tempoh lima tahun(2008-2013) mereka cuba yakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka semua bersatu, bersefahaman,ukuh dan jitu.  Namun itu semua pembohongan. 

Sampai ke hari ini pun mereka masih tidak mencapai persefahaman. Itulah bahana bila bernaung bawah ikatan haram. Sifat tamak dan tidak percaya mempercayai satu sama lain masih tebal dalam diri mereka.

Contoh yang pertama, pembahagian kerusi PRU....

Lima tahun mereka tidak boleh selesaikan soal pembahagian kerusi. Sampaikan selepas penamaan calon pun masalah itu tak selesai lagi. Kerana isu pembahagian kerusi tidak semena-mena salah seorang dari orang mereka menjadi mangsa. Nak tahu lanjut siapa yang menjadi mangsa sila baca di sini.

Contoh sifat tidak percaya mempercayai sesama mereka disahkan sendiri oleh Haji Hadi minggu lepas. Ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama mereka, Hadi berkata tindakan Pas menghantar borang penamaan calon di kerusi Dun Panti (Johor), kerana calon PKR tidak muncul di pusat penamaan calon. 

Kerusi berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR. Calon PKR lewat tiba di pusat penamaan calon pada hari berkenaan. Apabila calon PKR lewat, tiba-tiba calon Pas masuk menyerahkan borang pencalonan mereka. Selepas calon Pas serah borang pencalonan, calon PKR pula tiba serah borang. Sepatutnya bila calon PKR serah borang, Pas tarik balik borang mereka sebelum nama calon disahkan. Tetapi itu tidak berlaku. Itu bukti sifat tamak Pas. 

Untuk mengemukakan borang pencalonan calon Pas perlu ada watikah yang perlu ditandatangani oleh setiausaha agung atau presiden Pas.  Ketika di pusat penamaan calon, bagaimana calon Pas boleh dapat watikah serta merta, sedangkan ketika itu setiausaha agung dan presiden Pas tidak berada di sana ?

Tidak lain tidak bukan watikah berkenaan telah disediakan awal-awal oleh Pas. Kenapa Pas perlukan
Calon Pas dan calon PKR Dun Panti
sediakan watikah untuk calon mereka sedangkan itu kerusi yang diperuntukkan kepada PKR ?  Jika di kerusi dun berkenaan Pas telah siap sedia dengan calon dan watikah, tidak mustahil di semua kerusi yang ditandingi PKR di seluruh negara Pas juga telah siap sedia dengan calon dan watikah mereka.  Itulah buktinya betapa tebalnya sikap tidak percaya Pas kepada rakan sebantal mereka.

Tinggalkan soal kerusi pilihan raya. Sekarang mari kita berbicara pasal siapa pula yang hendak dilantik sebagai PM. Dari tahun 2008 - 2013 dan sekarang tinggal 7 hari lagi sebelum hari mengundi masalah siapa yang akan menjadi PM jika mereka menang, masih tak selesai-selesai lagi.

Sekejap kata semua setuju Anwar sebagai PM. Sekejap Pas kata pula PM belum diputuskan lagi. DAP pula kata hanya Anwar yang layak jadi PM. Orang Pas pula kata hanya Hadi yang akan layak jadi PM. DAP pula kata mereka bimbang jika Hadi jadi PM. Lim Guan Eng pula kata pak-khatan rakyat setuju sebulat suara Anwar PM. Hari ini pula Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas kata Pas akan putuskan calon PM selepas mereka menang PRU ini.
SHAH ALAM: PAS tetap berpendirian bahawa calon perdana menteri sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya ke-13 ini akan diputuskan selepas 5 Mei ini meskipun Mursyidul Am parti itu melancarkan surat sokongan Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf  al-Qaradawi yang mengiktiraf  Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah negara.
 
Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Nik Salleh, pelancaran surat oleh  Datuk Nik Aziz Nik Mat, Jumaat lalu sebenarnya tidak memberi gamabaran penuh mengenai siapa calon perdana menteri pilihan pembangkang.
 
"Memang kita putus di peringkat pusat isu perdana menteri ini selepas pilihan raya, itu sahaja.
 
"Dia (Datuk Nik Aziz) tak ada masalah (lancarkan surat itu) sebab bukan memberi gambaran yang penuh," katanya.
 
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini meremehkan tindakan Anwar yang sebegitu terdesak sehingga terpaksa mengheret ulama luar dalam memastikan agendanya menjadi perdana menteri berjaya.
 
Beliau menegaskan pihak luar, termasuk Qardhawi tidak patut masuk campur dalam proses pilihan raya di Malaysia.
 
"Beliau (Yusuf Qardhawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi," kata Hadi.
 
Mengulas lanjut isu itu, Nik Zawawi berkata kepimpinan PAS Pusat sebelum ini juga telah bersepakat bahawa parti yang paling banyak kerusi di Dewan rakyat akan dipilih sebagai perdana menteri.
 
"Memang hak rakyat lah (dalam memilih calon perdana menteri), kita (tetap) akan bincang selepas pilihan raya.
 
"Selepas pilihan raya kita bincang, sebelum pilihan raya tidak ada siapa yang berhak untuk menentukan calon perdana menteri," katanya lagi.
 
 
Masalah yang tak selesai-selesai selama 5 tahun. Apakah perlu kita bagi mereka 5 tahun lagi ?
Cuba anda bayangkan betapa teruknya mereka....Lima tahun masa berlalu dan kini kita sedang membilang hari untuk keluar mengundi, mereka masih bergaduh pasal siapa nak jadi PM. 
 
Jika nak putuskan seorang PM tidak boleh diselesaikan dalam masa 5 tahun, cuba anda bayangkan jika mereka menang kelak. Jawabnya 5 tahun lagi pun tak selesai berebut kerusi TPM, kerusi menteri dan kerusi timbalan menteri.  Teruk beb......teruk......manifesto entah kemana, ekonomi entah kemana, rakyat entah kemana, akhirnya negara yang dibina lebih 50 tahun ini hancur lebur. Semuanya kerana mereka bergaduh berebut jawatan. 

Oleh yang demikian jangan sesekali kita lakukan perjudian tentang masa depan negara. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran gara-gara nak cuba kerajaan baru. Kita di BN sudah buktikan. Negara ini kita ambil dari penjajah boleh dikatakan dalam keadaan kosong. Kita bangun, kita bina, kita majukan sampai ke tahap yang ada pada hari ini. Tidak dinafikan ada kesilapan-kesilapan yang dilakukan BN. Manusia mana yang tak silap ? Tetapi BN mengakui kesilapan dan belajar daripada kesilapan untuk membentulkan keadaan. 
 
Datuk Najib sebagai seorang PM sanggup merendahkan dirinya memohon maaf kepada rakyat diatas kesilapan-kesilapan yang berlaku. Apabila PM memohon maaf, puak-puak sebelah sana memperlekehkan PM. Kegagalan puak-puak mereka menunaikan manifesto PRU lepas di beberapa buah negeri yang mereka perintah, ada mereka merendahkan diri memohon maaf kepada rakyat ? Manifesto bukan janji, katanya. Akhirnya MB cabut lari tinggalkan kerusinya dan bertanding di kerusi lain.
 
Sifat semula jadi manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Itu tak betul, ini tak betul. Itu tak cukup, ini tak cukup. Cuba duduk diam-diam sekejap dan renungkan balik kehidupan kita 10 tahun lepas, 20 tahun lepas, 30 tahun lepas. Ada kalanya kita tidak sedar dengan kesenangan-kesenangan yang kita kecapi. 
 
Dulu kita nak ke pekan, tunggu bas pun dah setengah jam. Hari ini kereta 2-3 biji depan rumah. Hidupkan dan jalan. Syarikat-syarikat bas pun semua dah nak bangkrap sekarang kerana tiada penumpang dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan. 
 
Mungkin ada yang kata, saya beli kereta , beli rumah, beli itu ini semuanya guna duit saya bekerja, saya berniaga, saya buat projek, bukannya duit kerajaan bagi. Ya betul ! saya setuju.  Tetapi jika kerajaan tidak dapat sediakan persekitaran ekonomi yang baik kita boleh dapat kerja bagus ke ? Dapat perniagaan yang bagus ke ?

Mereka menuduh kerajaan yang ada pada hari ini mengamalkan rasuah yang berleluasa. Jika rasuah berleluasa di Malaysia jangan haraplah kita dapat maju seperti hari ini. Lihat contoh di Indonesia cukuplah. Bagaimana negara mereka dan bagaimana negara kita ? Apakah BN yang memerintah Indonesia hingga rasuah berleluasa berakar umbi ? 

Sekonyang-konyang BN yang mereka tuduh rasuah, tidak pernah terjadi lagi pemimpin BN keluarkan arahan kepada SPRM untuk menyiasat pemimpin BN, SPRM mesti siasat waktu pejabat dan perlu datang ke pejabat pentadbiran kerajaan. Tak boleh tangkap dan siasat di pejabat SPRM. Di Selangor mereka tak boleh disentuh. MB nya menghalang. SPRM nak siasat. SPRM mesti datang ke bangunan pejabat MB dan diwaktu pejabat sahaja. PM dari BN sentiasa terbuka 24 jam untuk SPRM menyiasat mana-mana pemimpin BN. 
 
Menjadi PM bukan satu perkara mudah seperti merebut jawatan Pengerusi PIBG. Dari menjaga keperluan rakyat, kesihatan rakyat, pembangunan negara, pembangunan ekonomi dan hinggalah hal ehwal dunia serta hubungan dengan negara-negara luar semua perlu diuruskan. Bukan sesedap naik kereta dengan diiringi polis trafik. Apakah anda fikir Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan kesusasteraan melayu yang terpaksa diambil dua kali untuk lulus, boleh menguruskan ekonomi Malaysia ? Jika alasan yang diberikan dulu dia menteri kewangan dan boleh uruskan, itu silap. Dulu Tun M ada di belakangnya. Banyak yang dia buat yang Tun batalkan. Temasuklah menaik kadar interest pinjaman waktu ekonomi tengah jatuh, menaikkan bayaran minimum kad kredit dan juga menaikkan bayaran lesen memandu daripada RM 20 kepada RM 50 di saat-saat ekonomi tengah gawat. Tun yang kemudian batalkan semua itu. 
 
Di saat ekonomi sedang gawat, kita nak orang belanja wang supaya kegiatan ekonomi jadi meriah. Kalau semua orang ambil sikap tidak belanja dan simpan wang, hancurlah ekonomi. Jika bayaran interest pinjaman pembelian kereta dan rumah dinaikan berkali-kali ganda, siapa yang nak beli kereta dan rumah ? Jawabnya penjual-penjual kereta semua bungkus. Apabila penjual kereta bungkus, jurujual mana nak dapat duit untuk sara hidup. Pekerja kilang kereta pun turut terjejas dan rantaian-rantaian seterusnya. Anwar punya bodoh pergi naikkan interest pula. Tun M marah dan batalkan semua itu. Kemudian Tun buat pakej rangsangan ekonomi. Salah satu yang saya ingat adalah potongan KWSP kita dikurangkan. Jadi kita dapatlah gaji lebih sikit setiap bulan. Dengan gaji lebih itu Tun minta rakyat pergi belanja atau membeli belah, supaya kegiatan ekonomi kembali rancak. Alhamdullillah, ekonomi kita pulih dalam masa setahun dua dan kita tidak perlu meminjam daripada IMF sepertimana yang dicadangkan Anwar.

Nak sokong Pas kerana islam ? Apa lagi yang islam ada pada Pas melainkan nama sahaja. Negara islam dah gugur, hukum hudud dah gugur, pejuang anti murtad di pecat, kalimah Allah digadai. 

Dengar sini saya nak cakap.....

Hassan Ali sebelum ini adalah pemimpin Pas (Parti ISLAM Semalaysia). Sebagai seorang daripada parti ISLAM dan arif dari sudut agama beliau diberi kepercayaan untuk menjaga hal ehwal agama islam di Selangor. Apabila ada laporan sebuah gereja di Petaling Jaya menjalankan kegiatan memurtadkan orang islam, Hassan Ali menggunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya untuk menghalang perkara tersebut. Bab orang islam nak dimurtadkan, jangan kata ada kuasa, tiada kuasa pun kita wajib halang, apatah lagi Hassan Ali yang ada kuasa. Dia perlu gunakan segala kuasa yang ada padanya untuk halang perkara tersebut. 

Apabila Hassan Ali bertindak, ianya telah menimbulkan kemarahan DAP dan PKR. Parti islam yang Hassan Ali bernaung mengarahkan beliau untuk tutup mulut. Kerana tidak mahu kehilangan sokongan pengundi bukan islam, akhirnya Hassan Ali dipecat kerana parti islam rasa Hassan Ali merugikan mereka. 

Sebab apa Parti ISLAM Semalaysia pecat Hassan Ali ?

SEBABNYA HASSAN ALI MENGHALANG ORANG-ORANG ISLAM DARIPADA DIMURTADKAN.

Masyallah.....




Sepatutnya Parti ISLAM Semalaysia memecat Hassan Ali jika beliau memurtadkan orang islam. Tapi itu tidak berlaku. Terbalik pula. Parti ISLAM Semalaysia pecat Hassan Ali kerana halang orang islam daripada dimurtadkan. Sekali lagi, Masyallah.....

Dalam dunia ini ada beribu pertubuhan islam dan parti islam, tidak pernah berlaku sesebuah organisasi yang memperjuangkan islam dalam dunia ini yang pecat ahli mereka kerana menghalang orang islam daripada murtad. Pas lah satu-satunya yang mencipta sejarah dunia. 

Jadi apa lagi yang islam ada pada Pas ?

Tak usahlah kita nak keliru dengan kegiatan-kegiatan penjualan nama islam yang mereka bawa. Itu semua untuk memancing undi sahaja. Jual nama islam bukan main lagi, tapi mulut sumpah seranah orang, fitnah dan bohong tidak henti-henti. Ada islam ajar kita begitu ?

Hari jadi Nabi tak boleh sambut, bidaah....tapi hari jadi dia boleh pula terhegeh-hegeh bawa kek pergi rumah Karpal Singh untuk sambut hari jadi. 

17 comments:

Anonymous said...

Ingin mengetahui cara DAP seleweng wang kerajaan negeri ?...... -------->>> PihanrayaPRU13

warga kota bharu said...

Tok nenek n ibu bapa kita yang telah meninggal dunia .. tak balik BAGITAHU SURUH PILEH PARTI PAS.. SAMAADA dari MIMPI n sebaliknya ..
Fikir fikr lah bangsa ku
PAS SEKADAR PARTI ( PERTUBUHAN )
........!!!

Anonymous said...

Macam la Be End Tak rebut kerusi... Ckp tak serupa bikin..

Anonymous said...

Anonymous April 28, 2013 at 9:28 PM

Buta ke kau.. ada UMNO, MCA, MIC, atau mana-mana parti dlm BN letak calon2 masing di kawasan yg sama ke? Kalu setakat merajuk tak tercalon biasalah...

Anonymous said...

BN memang sentiasa merebut kerusi daripda pembangkang..dan tak pernah pula aku dengar parti komponen BN bertanding sesama sendiri untuk rebut kerusi yg sama..Buat ANON 9.28PM..terimalah hakikat bahawa tiada kesepakatan dalam PR..walaupun namanya Pakatan. Pemimpin PR cuma berlakon dan menyembunyikan pertelagahan mereka. Allah SWT akhirnya menunjukkan sikap sebenar mereka dalam PRU13 seperti apa yg kita semua lihat sekarang ini.

Mama Carrie said...

Anon 9:28pm,

Engkau tu faham ke tidak ape yg sedg berlaku skrg? Ko bace paper ke x? Ape bengapnye jenis manusia ko ni? X ke engkau baca yg calun PKR, PAS n DAP bertanding berebut satu kerusi DUN kat beberapa tempat? Mcm main "musical chair" pulak. Kate pakatan, tapi satu kusi berebut2. Hai, bengap tahap gaban lah ko Anon 9:28pm. Kalau x faham situasi skrg, jgn nak komen. BODOH....

Anonymous said...

dh pengikut2 PAS bebal azali nk uat cane..

Anonymous said...

Anon 9.28PM , konon nak jadi prof kangkung pakatan haram (haram kat sini tak daftar dgn ROS ) .Jadi itu 1 gagasan yang rapuh dan tak berpadu . Tapi si anon cacai , cepat2 kalih ke isu BN pun rebut kerusi .kamon lah anon , 100x ko cuba spin atau tutup pun , ko lupa ke , Allah tu ade ? sikit demi sikit dia tunjukkan , kebatilan yg pemimpin pakatan haram ko tu lakukan , terbongkar . Terburai habis 1 per 1 . Nak sembunyi ape lagi ??? belajarlah terima hakikat , bahawasanya , pembangkang ini , memang tak boleh berpakat pun !

tokgaru said...

Sandiwara PRU.

Di Negara Malaysia ini Hudud memang cukup2 power. Kerana Hudud ada orang islam tuduh orang islam lain “ Tolak Islam “. Kerana Hudud ada orang islam mendabik dada dia lebih islam daripada orang islam yang lain. Tapi yang paling menakutkan. Kerana Hudud orang melayu di negara ini mendapat malapetaka (catastrophy), orang melayu menjadi minority dalam majority, orang melayu berpuak2. Hudud nampaknya memberikan lebih political mileage kepada bukan islam berbanding dengan puak islam sendiri. Aneh lagi melucukan, Hudud tak pula ada political value di lain2 negara yang ada umat islam. Joke of the century, barangkali.

Haron Taib dilaporkan berkata, penentangan 3 pemimpin tertinggi DAP terhadap hasrat Pas nak melaksanakan Hudud sekiranya PR menang pada PRU13 ini adalah untuk kepentingan political mileage DAP dalam usaha mempastikan sokongan bukan islam terhadap parti itu. Saya sangat bersetuju, Haron Taib betul sangat2.

Saya dan ramai lagi orang melayu, juga tertanya2 kenapa Pas disaat nak berdepan dengan setiap PRU (semasa PRK cerita Hudud tak berbunyi) akan bermati2an dan beria2 nak laksana Hudud jika menang. Tapi nasib tak pernah menyebelahi Pas, mereka tak pernah menang pun, mungkin Allah sendiri pun tidak menyebelahi mereka. Yang Allah beri kemenangan adalah kepada Umno dan BN yang tak pernah pun berjanji nak laksanakan Hudud jika menang. Pelik memang pelik, tapi itu kisah benar yang dipaparkan oleh Allah swt semenjak 12 kali PRU. Kita pun tak faham, apa mesej yang nak Allah sampaikan kepada kita. Tak ada siapa diantara kita yang berani membuat tafsiran diatas kejadian itu, takut kita dikatakan mendahului Allah. Kalau ada orang berani mendahului Allah dengan menjatuhkan hukum, “ kamu tolak islam “, “ kamu kafir “, “ kamu sembahyang tak dapat pahala “, “ sokong P** masuk surga “, “ sokong D** dapat pahala “, biar kan dia, tak usah ambil peduli. Kita sendiri tahu hubungan kita dengan Allah tetap begitu, selagi mana kita mengakui Dia lah satu2nya tuhan kita, Dia hanya tuhan bagi umat islam, dan Dia bukan tuhan bagi umat kristian, budhist, Hindu atau lain2 agama didunia ini. Kita yakin segala amal ibadat kita pasti diterima oleh Allah seperti mana Dia menerima amal ibadat yang dilakukan oleh orang yang menjatuhkan berbagai hukuman kepada kita.

tokgaru said...

Sandiwara PRU ... sambungan

Disini saya nak kata, kalau Pas kata DAP bantah Hudud kerana ada political mileage (DAP juga bantah Hudud masa PRU sahaja, masa PRK senyap tak bunyi sepatah pun), saya nampak Pas juga sedang mengeksploitasi Hudud atas factor political mileage untuk menarik sokongan orang melayu kepada Pas. Saya berani kata, tanpa Hudud siapa lah Pas kepada orang melayu, tanpa Hudud Pas mungkin dipandang sebelah mata sahaja oleh orang melayu. Kalau nak dihitung jasa membangunkan orang melayu, jasa membangunkan islam di negara ini, tidak ada orang melayu yang waras aqal yang tergamak menidakkan Umno. Yang aqal tidak waras, tidak termasuk dalam perkiraan saya.

Hendaknya tidak ada orang islam dan bukan islam yang tertipu dengan Sandiwara Hudud diantara Pas dan DAP. Kalau tadi saya berkata, tanpa Hudud siapa Pas kepada orang melayu. Saya ingin menambah, tanpa Hudud siapa lah DAP kepada bukan melayu dan bukan islam. Hudud telah menghidup dan menyuburkan Pas, pada masa yang sama DAP juga hidup subur dengan adanya Hudud.

Adakah anda bersetuju jika saya katakan, “ Both Pas and DAP has gain not little political mileage from Hudud “ (Kedua2 Pas dan DAP mendapat bukan sedikit political mileage daripada Hudud).

Jika anda sayang negara dan sayang perpaduan kaum yang kita kecapi sekian lama, anggap saja Sandiwara Hudud itu seolah2 chinese opera yang akan berkunjung ke tempat anda secara bermusim untuk memberi hiburan kepada penduduk setempat.

Saya simpulkan, tanpa persembahan Sandiwara Hudud mana2 PRU sekali pun di Negara Malaysia ini tidak akan menjadi Panas dan Bertenaga (Warm and Energetic). Hudud akan terus menjadi Fixed Deposit kepada Pas dan DAP selagi teraju pemerintahan Negara di pegang oleh orang melayu sendiri. Jika orang melayu telah hilang kuasa politiknya di Negara ini maka Hudud tak lagi relevan dijadikan modal untuk mendapat sokongan kepada Pas.

Megat Alam Gempita said...

mereka tetap tak akan sepakat. namun mereka tetap ingin menubuhkan Republik Pakatan Rakyat Malaysia (RPRM)dengan membuang Yang Dipertuan Agung dan merombak semula Perlembagaan Malaysia. Fuckatan fikir mereka boleh buat dan rakyat akan ikut patuh...mintak maaf yer.Malaysia akan musnah lebih teruk dari Mesir!
Mereka tetap mahu jadikan Anwar Juburi sebagai PM tetapi Lim Kit Siang sebagai Presiden pertama RPRM dan membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia melalui Deklarasi Gelang Patah jika LKS menang. Semoga Allah melindungi Malaysia, Melayu dan Muslim, insya Allah

Anonymous said...

tokgaru wrote:
"Kita sendiri tahu hubungan kita dengan Allah tetap begitu, selagi mana kita mengakui Dia lah satu2nya tuhan kita, Dia hanya tuhan bagi umat islam, dan Dia bukan tuhan bagi umat kristian, budhist, Hindu atau lain2 agama didunia ini."

Tapi dalam surah Al-Fatihah, ayat yang muncul selepas Bismillah bermaksud Segala puji bagi Allah, Tuhan SEKALIAN ALAM."

Bagaimana ini sepatutnya ditafsir? Apakah maksud SEKALIAN ALAM itu? Adakah Allah dalam konteks ayat ini merujuk kepada Tuhan hanya bagi orang Islam & bukan Tuhan bagi umat Kristian,Buddha, Hindu atau lain-lain agama?

Anonymous said...

BODOHNYA PENCACAI PR YANG KOMEN KAT SINI..KAH KAH KAH

tokgaru said...

Anon 922

Saya tidak tahu kamu agama apa ? Kalau kamu bukan islam, saya biarkan kamu dengan tafsiran kamu. Kalau kamu islam, saya ada soalan untuk kamu.

Adakah kamu berfahaman plurisme ? Semua agama sama. Memang bila kita kata semua agama sama, maka kita juga nak katakan semua agama berkongsi tuhan yang sama. Kalau kamu islam, adakah kamu bermaksud tuhan kamu Allah itu juga tuhan kepada orang kristian, orang budhist, orang hindu dan lain2 agama. Kalau kamu kata Allah itu tuhan kepada lain2 agama juga, adakah kamu nak beritahu saya islam, kristian, buddha dan hindu (agama orang malaysia) adalah sama, tiada halangan bagi kita untuk masuk dan keluar diantara 4 agama itu, hari ini dalam islam besok boleh dalam kristian, hari ini dalam islam lusa boleh dalam budhha, hari ini islam tulat boleh dalam hindu. Jika itu keadaannya kenapa harus ada Kafir mengkafir sesama melayu.

Tidak keterlaluan jika saya mentafsirkan, bila Nik Aziz dan Hadi Awang mengatakan Allah adalah God seperti yang terdapat dalam bible, mereka berdua sebenarnya nak beritahu kepada umat islam dinegara ini bahawa " Tidak Menjadi Kafir Jika Orang Melayu Masuk Kristian " dan juga " Tidak Menjadi Kafir Jika Orang Kristian Masuk Kristian ".

Berdasarkan kenyataan Nik Aziz dan Hadi Awang tadi, tidak menjadi Murtad saya jika saya berfahaman bahawa, " Islam dan Kristian, Kedua2nya Adalah Agama Allah ".

Secara peribadi saya menilai Penguasaan dan Pemahaman Bahasa Melayu dua pemimpin besar Pas ini sangat Lemah, Penguasaan dan Pemahaman Bahasa Undang2 mereka lagi teruk. Saya boleh senaraikan, tetapi terlalu banyak.

Saya harap saya menjawap persolan kamu. Saya harap penguasaan dan pemahaman bahasa melayu kamu adalah lebih baik dari dua pemimpin Pas yang saya sebut.

tokgaru said...

Pembetulan ...

" Tidak Menjadi Kafir Jika Orang Kristian Masuk Kristian " sepatutnya dibaca, " Tidak Menjadi Kafir Jika Orang Kristian Masuk Islam ".

azlan aini said...

Gerun aku dengar isu kalimah Allah.. Satu je aku nak tanya.. Betulke mereka yang mengaku bijak pandai agama dalam Pas betul betul bertaraf ulamak yang betul betul memahami keadaan dan kemaslahatan umat Islam hari ini?

DON MELAYU said...

terbaik bro..ulasan yang mantop!aku harap rakyat malaysia kan sedar akan bahana yang akan menimpa Malaysia jika PR memerintah,aku jugak setuju ngan kau yang kita bina Malaysia from nothing to something now..dulu org pndang remeh pada negara kita,sekarang kita mmpu berdiri sama tinggi dengan negara yang pernah menjajah kita satu ketika dahulu..

Sokong PAS tak bererti kita islam,sokong UMNO tak bererti kita jahil..Jangan lupa siapa yang membawa kepada perpecahan melayu kalau bukan PAS,siapa yang menyesatkan akidah org melayu kalau bukan PAS dan fatwa2 mereka,org PAS ni kdang2 ckap bab agama seolah2 mereka jer yang lebih arif sebab mereka parti PAS..