Tuesday, September 3, 2013

Minyak Punya Pasal Seolah-Olah Malaysia Dilanda Gempa Bumi Yang Besar


Sebaik sahaja kerajaan membuat pengumaman pengurangan subsidi minyak 20 sen semalam, zassssssssssss......keadaan di FB, twitter, bbm, whatsup, sms, telefon, kedai kopi, pejabat dan sebagainya semuanya kelam kabut semacam seolah-olah satu gempa bumi yang kuat telah melanda Malaysia yang mengorbankan ribuan orang. 

Keadaan yang sama berlaku kepada saya dan keluarga saya sendiri. Isteri dan beberapa ahli keluarga menelefon untuk memberitahu dan mengadu minyak naik. Adik beradik berlawan hujah dalam whatsup. Seorang adik mempertikaikan, seorang adik mempertahankan. Akhir sekali adik yang mempertikai menjadi lauk kepada adik yang mempertahankan. Lunyai kena balun. Padan muka.... 

Saya yakin ramai diantara kita yang mengalami perkara yang sama atau hampir sama sepertimana yang saya hadapi semalam. 

Namun begitu disebalik episod kekalutan kenaikan harga minyak semalam dua perkara yang saya tak boleh lupakan. 

Pertama kejadian di sebuah restoran di tengah-tengah pusat bandar KL malam tadi. Ketika kami sedang minum, datang seorang rakan blogger merungut tentang kenaikkan harga minyak. Cara dia merungut seolah-olah dia guna minyak 100 liter sehari. Sedangkan dia kereta pun tiada. Bukan setakat tiada kereta, lesen kereta pun tiada....buta-buta ja dia jadi lauk malam tadi dan dia hanya mampu tersengih-sengih. 

Kedua, sebaik sahaja pengumuman kenaikan harga minyak semalam semua stesen-stesen minyak menjadi seperti gula dihurungi semut. Di jalan mana yang ada pam minyak maka jalan di situ akan jadi sesak. Semua berebut nak isi minyak sebelum harga naik jam 12.01 tengah malam tadi. 

Lihat satu stesen minyak kereta beratur panjang ok lagi, lihat dua stesen minyak ok lagi, lihat tiga  stesen minyak pun sama juga, terus saya terlintas rupanya masih ramai rakyat Malaysia yang tak  berapa cerdik. 

Kereta-kereta yang beratur panjang-panjang itu bukan semuanya minyak berada di paras E atau dah nyala lampu merah. Ada yang minyaknya masih ada tiga suku tangki, separuh atau suku tangki. Apa  ke halnya nak beratur panjang-panjang buang masa dengan maghrib entah ke mana. 

Rata-rata tangki minyak sesebuah kenderaan 1.5 ke atas boleh diisi 50 liter minyak. Yang beratur panjang-panjang semalam bukan semuanya isi minyak 50 liter. Ada yang isi 20 liter, 30 liter dan mungkin 40 liter. 

Jika isi 20 liter beza harga lama dengan harga baru RM 4.00. Jika 30 liter bezanya RM 6.00, jika sisi 40 liter bezanya RM 8.00. 

Berbaloi ke buang masa di pam minyak hanya untuk penjimatan banyak itu dan sekali sahaja ? Lainlah kalau diisi semalam dan boleh tahan sehingga setahun. 

Silap-silap minyak yang dipakai untuk beratur dah habis RM 2.00 - 3.00. Itu belum dikira lagi yang bawa kereta daripada rumah ke pam minyak. Berapa RM pula minyak yang digunakan untuk sampai ke pam minyak ? 

Berkenaan dengan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi RM 0.20 bagi setiap liter minyak. Bukan main lagi puak-puak sebelah sana membelasah Kerajaan BN di sebalik tindakan tersebut. 

Inilah buktinya BN memerintah mengikut realiti dan bukannya menjual fantasi seperti mana pak-khatan rakyat. PM tahu ini bukan satu tindakan yang popular dan mengundang kecaman terhadap kerajaan pimpinannya, tetapi beliau tidak ada pilihan lain. Jika beliau nak popular lebih baik beliau turunkan lagi harga minyak dan biar kedudukan kewangan negara menjadi teruk. Yang teruk negara, yang terima kesan negara tetapi PM popular. Akhir sekali negara bangkrap seperti Greece. 

Di zaman kita sekolah dulu cikgu yang tegas, yang garang dan yang serius kita tak suka. Cikgu yang sempoi, yang boleh bergurau, yang boleh melawak, yang tak buat kerja rumah pun tak di denda, itulah cikgu yang kita suka dan popular di kalangan murid-murid. Bila kita dah habis sekolah baru kita terfikir bahawasanya cikgu yang tegas itu yang membawa kita kepada kejayaan. 


Tidak ada mana-mana bahagian dalam akujanji (manifesto) BN semasa PRU 13 yang mengatakan harga minyak tidak akan dinaikkan. BN tidak berjanji benda yang mereka tidak boleh tunaikan. BN berjanji benda yang mereka mampu tunaikan sahaja. Bukan seperti sebelah sana yang berjanji bulan bintang dan menjual fantasi. Bila tak boleh tunai janji bagi jawapan bodoh MANIFESTO BUKAN JANJI. 

Contoh mudah, dalam PRU 13 PKR, PAS dan DAP berjanji akan memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan agama termasuklah menghapuskan DEB. Itulah yang cina tunggu-tunggu selama ini. Manakala Datuk Najib yang mengetuai BN tidak mampu untuk memberi tawaran sebagaimana yang mereka tawarkan. Itu pasal cina tolak BN habis-habisan. Jika Datuk Najib nak popular dan nak menang besar, lebih baik beliau bagi sepertimana yang pihak sebelah sana tawarkan atau lebih daripada itu. Datuk Najib tahu bila beliau tak bagi beliau akan berdepan dengan masalah besar. Tetapi itulah risiko yang terpaksa beliau tanggung. Sebagai seorang PM dan sebagai seorang presiden parti melayu terbesar, beliau tahu di mana hadnya untuk diberi. Jika beliau nak jahanamkan negara dan jahanamkan melayu lebih baik beliau beri kerana beliau akan popular dan akan menang besar. 

Cina tengok pemimpin Pas pun mereka nak muntah hijau. Tetapi mereka sanggup beri undi kepada Pas kerana apa ? Tidak lain tidak bukan kerana Pas boleh bagi apa yang mereka nak selama ini. Susun 100 orang cina kemudian letak Nik Aziz dan Datuk Najib depan mereka. Jauh di lubuk hati cina-cina yang 100 orang itu akan memilih Najib sebagai pilihan hati mereka. Namun begitu mereka tidak dapat pangkah Najib kerana Najib tidak boleh bagi apa yang mereka nak selama ini. Jadi mereka terpaksalah pangkah Nik Aziz kerana Nik Aziz boleh bagi apa yang mereka nak selama ini. 

Selebihnya berhubung kenaikan harga minyak sila klik link di bawah




40 comments:

Anonymous said...

setuju dgn bro RBF walau terasa perit naik 20 sen tapi fikir2 balik kadang2 20sen tu di sepak2 je bila jumpa kat mana2

Anonymous said...

20 sen SELITER la bro..ada ke orang isi minyak kereta SELITER saja?

tunggu je keburukan kenaikan ini...domino effect beb..tak belajar2 lagi dari sejarah sebelum ini ke?

Anonymous said...

Pakat2 ubah kete kepada GAS(NGV/CNG) bayar mahal mula selesa kemudian hari, 0.68 sen je seliter (10.00 boleh 150KM) purata 7 sen sekilometer.

sekarang Mercedes baru pun pakai GAS

Anonymous said...

Salam Tuan RBF,

Orang Malaysia ni especially Melayu, kebanyakannya tak pandai urus duit. Spesis macam ni, kalau bagi gaji sebulan RM10K pun masih merungut duit tak cukup.

Ada seorang member aku hanya pakai motor takde kereta tapi dalam masa 10 tahun boleh bagi settle pinjaman rumah teres setingkat 4 bilik tidur. Beliau bayar triple setiap bulan sebab tiada hutang kereta. Sekarang baru beliau pakai kereta itu pun yang bayar sebulan RM500-600 sebulan. Gaji RM2500 je member aku ni.

Tapi aku pakai kereta Honda civic beli 4 tahun lepas masih tiada rumah. Gaji aku lebih sikit dari member aku tadi tapi sebab aku nak berlagak pakai kereta canggih, terpaksa buat loan 50% daripada income bulanan. Sekarang baru aku sedar tabiat banyak manusia ialah lagi banyak gaji dia dapat lagi banyak hutang dia akan buat.

Nak hidup senang kita perlu faham dua perkara asas kewangan iaitu ASET dan LIABILITI.

ASET mendatangkan pulangan wang berterusan (streaming cashflow) seperti : -

-Hartanah (untung dari sewaan atau jual semula sebab nilai hartanah cepat naik)
-Perlaburan Saham (ASB, AHB dan sebagainya - dapat dividen setiap tahun)
- Memiliki Perniagaan (Dapat keuntungan lebih banyak berbanding makan gaji)

LIABILITI pula tidak mendatangkan keuntungan wang, membebankan kewangan dan nilainya tidak meningkat selepas dibeli. Contoh :-

- Kereta, smartphone, tablet, Set TV, perabot, dsbg.

Bukan maksudnya tak boleh beli langsung LIABILITI tapi pastikan ASET dua atau tiga kali lebih besar berbanding LIABILITI yang kita ada.

Orang Melayu ramai miskin sebab LIABILITI lebih besar berbanding ASET yang mereka miliki. Cina kaya sebab ASET mereka lebih besar berbanding LIABILITI yang mereka miliki.

Fikir-fikirkanlah.....

Anonymous said...

Cakap senang la rbf..
Lepas tu anon 3.44pm tolong jaga sikit apa yg anda cakap..kalau aku gaji rn10k aku tak melalak.

Kalau cakap melayu tak reti manage duit...abis tu yg usahawan melayu ni kira boros la?
Domino effect akan dtg rbf...

Cinabeng tengah senyum ni..

Satu lagi artikel kau rbf..this time aku tak agree..aku x kisah pasal naik rm0.20 tapi aku kisah kesan kenaikkan..

Aku percaya kau pun akan terasa..masa tu kau nak bel lagi ke najib buat..

Before that kalau ada sesapa nak hentam aku..cuba kau tanya diri kau orang adakah extra minyak dlm rm100-rm200 tidak membebankan..lepas tu domino effect yg lan..selama ni beli barang dapur rm1000. Bila cinabeng naik barang cuba tgk..berapa percent naik..drp rm1000 sebulan la ni jadi rm1300-rm500..jadi kalau combine extra kena topup sebulan rm300-rm600..

Jadi rbf..patutnya kau kena tulis satu artikel tentang domino effect. .bukan main sokong je apa najib buat..bukan kata org yg beratur panjang mlm tadi tu tak cerdik..

Buat terang terang bagi najib dengar...sekurang kurangnya dengar orang yg mengundi bn dlm pru 13 yg lepas...

Anonymous said...

Kalau kurang kan subsidi taada domino effect. Orang kaya, singapore , siam dan indon je untung sampai subsidi satu liter sampai 80 sen dan seringgit.

malayoo mudah lupa said...

Kete alu dh abis utang sejak 4tahun lal kalo nk ikut kan nafsu dn lagak senandung memang nk tukar kete baru tapi bila fikir2 balek baek tkyah dn terus je pakai kete burok ni sbb aku suka membaca dan mengkaji psl putaran hidup sememang nya mana dunia kita tinggal pun kos hidut akan terus meningkat tkda negara yg akul dgr kos hidup makin menurun terutama negara maju...apa pun aku setuju dgn pendapat Bro kia tadi duit kita ,kita yg manage, contoh nya kalo ada astro kecik kan package, yg ada lak aku salu nampak suka cary 2-3 hanfon kt tangan, apa guna byk2 bkn kita blh bercakap guna 3 hanfon dlm satu masa...Kerajaan naek kan sedikit harga minyak tu tentu ada sebab nya...jgn la suma nk subsidi smpai negara bankrap mcm greece masa tu koranf jugak melalak tepi jalan salah kan kerajaan

Think tank said...

Pada pendapat saya, semua bentuk subsidi perlu ditarik balik oleh kerajaan, bukan hanya sekadar bahanapi, contohnya subsidi minyak masak, gas, tepung, gula dan sebagainya. Subsidi baja utk petani juga wajar dihentikan kerana membebankan kewangan kerajaan. Selain itu subsidi utk institusi pengajian tinggi spt UiTM juga patut ditamatkan dan pemberian biasiswa juga mesti dihentikan serta-merta utk memulihkan kewangan kerajaan. Pemberian biasiswa ini sewajarnya digantikan dgn pinjaman PTPTN kerana ia mempunyai nilai tambah kepada kerajaan. Kerajaan juga perlu menarik balik pengecualian cukai jalan keatas motosikal dan mengenakan cukai khas terhadap basikal.

Anonymous said...

Yang bising tu orang yg hisap rokok harga RM 10 sekotak...minum kat oldtown..mkan kat secret recipe..pakai kereta Hilux...masa ngundi usung bendera PR ke hulu ke hilir dgn lagak nya !!...mereka ini orang bisnes yg PURA2 tak tahu kenapa berlaku naik turun harga minyak !

Anonymous said...

Woi anon 3:55,

Bukan aku nak cakap berlagak, tapi aku mengaku kesilapan sendiri berbelanja tak ukur baju sendiri. Manusia banyak berhutang sebab jadi hamba sistem kapitalis yang membuatkan kita beli apa yang kita tidak perlukan.

Contoh macam kes aku, pakai kereta import tapi belum tentu aku mampu sebab di Malaysia senang buat bank loan. Point aku ialah kalau kita boleh beli kereta mahal, handphone mahal, perabot mahal dsbg. belum tentu kita mampu bayar sebenarnya.

Di Malaysia ni ramai kelihatan kaya tapi berhutang je. Macam aku...hehehehehe

Sarip Dol Baik said...

Aku tgk kat Malaysia ni byk manusia suka menyembah kereta. Sanggup keluar byk wang semata-mata nak beli kereta canggih supaya kelihatan bagus.

Aku pakai proton saga enjin 1.3, jimat minyak, byr bulanan pun rendah. Duit lebih gaji aku belanja makan kat luar, beli pakaian jenama, buat hutang kad kredit beli kamera canon DSLR, henfon, TV LED, dan setahun sekali aku pegi melancong luar negara.

Sekarang aku kerja part-time sebagai jurufoto di hari minggu. Biar kereta murah tapi mewah dalam kehidupan. Apa guna beli kereta import mahal-mahal tapi duit belanja tiap-tiap bulan selalu x cukup. Sekarang harga petrol naik, padan muka ko semua wahai penyembah kereta.

Anonymous said...

Salam,

Memang tindakan kurang popular apa yang najib announce semalam, tapi mengenangkan orang atas mentekedarah seperti PEMANDU, yang bertanggungjawab buat transformasi, seperti membunuh career najib tu sendiri. Tengok sendiri sapa sebenarnya staff2 PEMANDU, siap ada kaki mabuk lagi, melayu plak tu. Ada penyokong bersih, ada young senior consultant siap ada chauffeur fetch anak2, bawak jalan2. Ini yang rakyat tak suka, yang bertanggungjawab tentu arah malaysia bersuka ria boros, yg rakyat marhaen ni dapat susah, bila minyak naik, confirm barang lain naik.
Tolonglah get rid of PEMANDU dan punahsihat yg selfish tu.

Anonymous said...

Artikel yang baik dari Bro RBF...logik dan berfakta.... good job !

Anonymous said...

belajar dulu ekonomi dunia dan bandingkan harga minyak di malaysia dengan negara Asean lain.. google oil price dunia.. salah satunya krisis di mesir yg menyumbang kenaikan hg..

sekurang2nya subsidi masih ada tidak ditarik.. di England dan Jepun org yg ada kenderaan akan mencari stesen minyak yg menawarkan hg minyak yg terendah kerana tiada subsidi di negara tersebut..

kesimpulannya belajar mcmana nak uruskan ekonomi, harga minyak dunia akan tetap naik pada masa akan dtg selagi harga minyak dikawal oleh puak USA dan sekutunya.. Kalau USA serang Syria lagi parah..

Anonymous said...

Untuk elakkan harga barang melambung kerana risau ada pihak yang mengambil kesempatan dari isu ini, aku sarankan kerajaan segerakan perlaksanaan GST dan kuatkuasakan dengan agresif Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

Tak perlu ikut sangat cakap pembangang, mereka hanya tau nak popular je. Dulu masa mereka dapat Kedah, defisit semasa kerajaan tinggalan BN adalah hampir RM1 billion, dapat dek Azizan kudong lepas habis kaut kayu balak kat di Padang Terap dan Baling tak juga kerajaan PAS dapat kurangkan desifit kerajaan negeri malah bertambah sekali ganda menjadi RM2 billion.

Jadi nak kata bila PR memerintah semua isu ni takkan terjadi, aku boleh kata FUCK U pada pencacai PR. Lagi teruk kalau korang memerintah...!!!!!!!!

Anonymous said...

Naik 20sen pun nak kecoh!

Kalau dah sengkek sangat jangan pakai kereta!

Kereta nak beli tapi minyak nak free!

Dasar pencacai pakatan haramjadah!

Anonymous said...

aik..setahun sekali tukar handphone tak pulak bising..

Anonymous said...

Minyak naik bising ke??? Konek kau naik mencanak tak bising pulakkk!!!!

Anonymous said...

JANJI DI TEPATI..............JANJI DI CAPATI.............JANJI DI TAHI..........

Anonymous said...

Janji perlu ditepati. Subsidi pukal adalah kurang adil dan perlu dirasionalisasikan secara berperinkat-peringkat. SIAPA yang paling banyak dapat subsidi Minyak?.

Anonymous said...

orang yang dapat banyak untung dari subsidi bukannya orang miskin.. puak yang kaya-kaya keta lima enam buah dengan l0ri lagi, mengaut banyak keuntungan dari subsidi.. kerajaan bagi subsidi makin kayalah diorang. Sedang kita orang biasa keta sebuah keta cc kecil banyak mana je minyaknya.... fikir-fikir lah wahai rakyat malaysia yang seharusnya sudah matang dalam menilai bagaimana kerajaan nak urus ekonomi...

Anonymous said...

kalau ikutkan logik artikel ini saya cadang minyak naik 20 sen lagi minggu depan. ada masa kita sokong ada masa kita bangkang

SentiasaPanas said...

Sebenarnya apa yang dirisaukan bukanlah kenaikan RM0.20 tapi kesan sampingan yang bakal berlaku. Kenaikan harga barang yang pasti menyusul. Bagi orang-orang kampung, RM1 pun sangat bernilai. Bukan semua orang hidup senang dan bergaji besar..

Anonymous said...

Sesen pun bernilai tak kiralah org kampung atau org bandar.. ukur kemampuan dan berhemah berbelanjawan kewangan semasa..

JAS SALLEH said...

Di mana sebenarnya RASIONAL kepada RASIONALISASI SUBSIDI bahan bakar ?

Malaysia menjual minyak mentah. Sebarang kenaikan harga dipasaran dunia, menguntungkan Malaysia.

Subsidi ialah satu bentuk pengagihan kekayaan negara secara menyeluruh. Ianya bukan sia-sia.

Ianya ada kesan Domino.
Semakin murah harga petrol, semakin tinggi mobilisasi rakyat.
Semakin tinggi mobilisasi rakyat,
Semakin rancak kegiatan ekonomi diperingkat mikro.
Semakin rancak kegiatan ekonomi diperingkat mikro,
Semakin tinggi pulangan ekonomi diperingkat Makro.

Semakin murah harga disel dan petrol, semakin rancak rakyat Malaysia berbelanja.

Dan itu menyumbangkan kepada faktor yg mempengaruhi kadar Inflasi dan KDNKK Negara.

Anonymous said...

Subsidi2 pun banyak yang saja diputar belit - tipu belaka!
Wang untung Petronas RM60-RM90 billion setiap tahun tu tak tahu kemana pergi nyer, siapa yang asyik kebas?...Alih2 naik harga minyak la pulak...
Bonus sebulan gaji tahun 2013 pun tak dapat lagi -alasannya, duit habis beri bantuan BR1M bagai la, buat PRU13 la...bla bla bla...Tipu!

Anonymous said...

Pengakuan Ikhlas

Dulu2 aku juga seperti mereka. Dengar saja minyak nak naik harga maka aku sanggup berbaris berejam2 di stesen minyak untuk isi minyak sebelum harga naik pada jam 1201am.

Tetapi sekarang aku tak seperti dulu lagi dah. Satu hari, kawan baik aku pernah terserempak aku berbaris nak isi minyak sebelum harga naik. Besoknya semasa terjumpa dia dekat pasar, maka dia pun tanya aku " malam tadi ko isi full tank lah yerk sebab minyak masih pada harga lama lagi ". Dia tanya lagi " biasa2 sebelum harga naik kalau ko isi full tank berapa RM ". Aku pun jawab " kalau full tank lebih kurang 50 liter, dalam RM100.00 ". Dia tanya lagi " ko berbaris tunggu giliran berapa lama ". Aku jawab " dekat2 satu jam juga, kiranya jarum minyak dah berada diatas "E" lah baru sampai giliran aku ". Dia tanya lagi " untung banyak kah isi sebelum harga naik dengan selepas harga naik ". Aku jawab " entah, aku pun tak pernah kira, saja suka2 sebab macam pesta pula beratur nak si minyak ".

Selepas dia belah tinggalkan aku, aku keluarkan handfon dan buat kira2. Baru lah aku sedar patut lah aku tengok tak ada ramai cina dengan india yang berbaris nak isi minyak sebelum jam 1201am kerana harga minyak nak naik pada keesokannya. 99% yang berpusu ke stesen minyak nak isi minyak sebelum harga naik adalah muka melayu. Cina dan india ada lah satu dua orang saja, itu pun kerana minyak kereta mereka dah terpaksa diisi.

Ini adalah pengiraan aku (my calculation). Minyak naik 20 sen seliter. Sebelum harga naik RM1.90 x 50 liter = RM95.00 full tank. Selepas harga naik RM2.10 x 50 liter = 105.00 full tank. Jimat RM10.00. Semasa aku mula berbaris jarum minyak berada pada tanda "suku tanki". Suku tanki = RM105.00 bahagi 4 = RM26.25. Waktu sampai giliran isi minyak jarum minyak berada pada tanda "E".

Betul2 untung kah ? Perbedaan harga baru dengan harga lama hanya RM10.00 .. Untung. Minyak yang dibakar selama berbaris menunggu giliran bernilai RM26.25 .. Untung ???

Kepada orang melayu yang terpelajar dan yang tak terpelajar. Cukup cukup lah .. jangan biarkan kamu di pandang sinis dan ditertawakan oleh cina2 dan india2 yang cekap metamatik.

Aku dulu pun sama bodoh macam korang juga. Tapi sekarang tidak lagi dah selepas aku buat pengiraan seperti yang aku bentangkan.

Aku sekarang, Minyak naik aku tak serbu stesen minyak, Minyak turun pun aku tak serbu stesen minyak, Aku hanya serbu stesen minyak bila minyak kete aku dah dekat nak sampai "E".

Orang Minyak

Anonymous said...

" Susun 100 orang cina kemudian letak Nik Aziz dan Datuk Najib depan mereka. Jauh di lubuk hati cina-cina yang 100 orang itu akan memilih Najib sebagai pilihan hati mereka "

Ini adalah satu ayat yang betul2 kao yang aku petik daripada Blog RBF Online. Ku tujukan Khas madah itu kepada Orang2 Pas untuk mewaraskan aqal kamu semua.

Wasalam Mamat Pas

Anonymous said...



Cerita BR1M vs Duit Raya

Dalam sebuah kampong ada seorang bapa namanya Pak Najib. Ada pun Pak Najib ini mempunyai seorang anak bungsu bernama Mamat yang masih sekolah rendah tetapi suka ponteng puasa dan tak mahu dengar cakap.

Maka berbincanglah Pak Najib dengan isterinya macam mana mereka nak ubah perangai si Mamat menjelang bulan ramadan yang akan datang iaitu kira 3 bulan lagi. Isteri Pak Najib mencadangkan " apa kata tahun ini kita tambah duit raya kepada Mamat daripada RM50 kepada RM100 ". Maka berkatalah Pak Najib kepada isterinya " idea awak memang bagus, tapi dari mana saya nak korek lagi RM50 itu ". Sambil tersenyum isteri Pak Najib pun berkata " napa lah lembabnya kepala hotak abang. sekarang kita duk bagi dia wang saku ke sekolah RM5 tiap hari. apa kata lepas ni kita bagi RM4 sahaja, kita kemut RM1 tiap hari untuk mendapatkan RM50 yang kita janji nak tambah duit raya kepada Mamat ". Dengan wajah berseri2 Pak Najib pun berkata " bijak, bijak betul isteri abang nih. tapi karang Mamat tanya napa di potong wang saku dia, apa aku nak jawab ". Kata isterinya " ahhhh pandai2 abang lah mencari alasan ".

Maka sewaktu dalam kereta masa ambil Mamat balik dari sekolah Pak Najib pun buat muka serabut untuk menarik perhatian Mamat. Maka bertanya lah Mamat kepada Pak Najib " napa ayah nampak macam susah hati jer ". Maka jawab Pak Najib " macam mana tak susah hati, road tax dan insuran kete nak tamat tempoh lagi 3 bulan, pastu kita nak sambut raya pun masa tu juga lah ". Bertanya lah Mamat kepada Pak Najib " habis ayah nak buat camna ". Pak Najib menjawab " kalau adik kesian kat ayah, ayah nak kurangkan wang saku belanja sekolah adik daripada RM5 kepada RM4 ". Terdiam dan mendung wajah si Mamat. Pak Najib menyambung " ayah janji kalau adik puasa penuh ramadan ini, ayah akan tambah duit raya adik daripada RM50 seperti sebelum2 kepada RM100 pada tahun ini ". Serta merta wajah si Mamat kembali ceria dan senyum seraya berkata " RM4 pun ok lah, adik janji akan puasa penuh, dan ayah mesti janji bagi adik duit raya RM100 ".

Memang Pak Najib bijak. Dalam 3 bulan ada 13 minggu, dalam satu minggu wang saku si Mamat dipotong sebanyak RM5, dalam tempoh 3 bulan wang saku si Mamat dipotong sebanyak RM65. Haaa senang2 saja Pak Najib dapat wang untuk nak tambah duit raya si Mamat supaya menjadi RM100 pada tahun ini.

Bijak memang terbukti bijak Pak Najib nih. Lepas raya dan sampai bila habis belajar sekolah rendah pun maka wang saku si Mamat akan kekal pada RM4 tiap hari. Pandai tak Pak Najib ?

Kasihan si Mamat, dia hepi giller dapat tambahan duit raya RM50 setiap tahun menjadikan RM100 setiap kali raya. Sedangkan Pak Najib dah save 48 minggu X RM5 = RM240. Nasib ko lah Mamat.

Kerajaan kata " Harga minyak naik untuk mengurangkan subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ". Kerajaan janji kepada rakyat " Tahun ini amaun BR1M akan ditambah ". Rakyat hepi habis. Tapi kerajaan tak janji " Harga minyak akan turun selepas kerajaan tidak lagi dibebankan dengan subsidi ".

Anonymous said...

To:ANON 12:06
Lu kata "Subsidi banyak yag putar belit". Apa yang putar belit, setahu aku yang buat kerja putarbelit ni sorang aje dalam dunia ni, tak lain dan tak bukan PELIWAT NEGARA, Nuar Berahim. Sah kau ni dah dah biol sb terkena penyakit pembangkang, main bantai tak tentu hala. Kalau dah tak ada ilmu dalam diri tu tak payah lah nak bagi pendapat, pegi banyakkan buat research dan tambah kan pengetahuan bukan jadi bodoh cakap tanpa fakta.
"Wang untung Petronas Rm 60 ke Rm 90 billion sapa yang kebas..? Kau ni bodoh jenis apa ek, nampak sangat tak membaca, kalau membaca pun kau buat tak paham sebab hati ko dah hitam kena santau pembangkang..Semua untung petronas kau nak belasah buat subsidi minyak ke bangang, abis petronas tak ada over head ke, staff petronas tu makan dedak ke hari2, dia orang tak boleh naik gaji dan dapat bonus ke tiap2 tahun, petronas tak nak buat investment baru ke, gaji kakitangan awam tu nak bayar macamana, nak cover semua perbelanjaan pembangunan. Iu sebab lah aku kata kau ni bebal..kalau dah otak tu jenis pembangkang, pembangang semua soalan dan jawapan kau semua jenis bodoh. Lagi mau tanya bonus 2013 tak dapat lagi, sah kau ni kerja dgn kerajaan, duit dari kerajaan kau belasah tapi jadi penjilat tegar jubo nuar berahim. Brim yang kerajaan bagi pulak yang salah...bodoh punya orang..pegi berambus lah dok kat negara lain..

Anonymous said...

Buat anon pemakan dedak September 4, 2013 at 12:06 PM. Bonus dari kerajaan pusat tahun ni pun belum diumumkan, macam mana ko kata tak dapat lagi? Dan bila pulak kerajaan kata semua tu tak dapat sebab nak beri BR1M dan pasal PRU13? Cuba kasi link sikit ada menteri yang keluar kenyataan begitu...

Nak tengok juga ko punye cakap keluar dari otak ke atau hanya pendapat dari kepala tempurung...!!!!

Anonymous said...

Jangan lupa, kita sepatutnya berterima kasih dengan rakyat malaysia yang suka kencing kat tiang bendera ni juga....

"Rancangan Malaysia Ke-9 harus memulakan usaha menghapuskan secara berperingkat-peringkat mentaliti subsidi dan gantikannya dengan sistem meritokrasi yang bersama dengan factor keperluan sosial, mencipta “towering Malaysians” dalam semua bidang usaha manusia supaya lebih ramai Vijay Singh yang berjaya sebagai pemain gof terbaik di dunia dapat dihasilkan di Malaysia"
-lim kit siang

http://www.limkitsiang.com/archive/2005/mar05/lks3393.htm

Anonymous said...

tak boleh dinafikan ramai org melayu dah termakan dongeng anwar. keras mcm mana pun prinsip tapi bila sampai bab harga minyak dia mesti termakan fantasi anwar punyalah. bila ada sekelumit golongan yang masih utuh menyokong kerajaan dlm isu minyak, akan dicop sokong membabi buta. aku tak tahu ilmu apa si anwar tu pakai sampai boleh kontrol kepala hotak org2 malaysia ni sampai mcm tu sekali.

Anonymous said...

faktor utama yang jadikan ramai org gelabah bewak lps harga minyak naik adalah faktor tak percaya kepada kerajaan. najib zalim, najib penipu, najib nak bunuh rakyat, najib itu, najib ini. sungguh sengal & bebal. hanya dengan 20 sen pemikiran boleh terganggu sampai mcm tu sekali.

rekod kerajaan malaysia tak penah menzalimi rakyat. apa yg penah terjadi adalah keputusan silap yang dibuat oleh kerajaan seperti zaman paklah. itu yang kita patut komplen. tapi dizaman najib tiada sebarang kesilapan yang telah dibuat. malah terang2 najib cuba untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. cuma kita kena faham kaedah bantuan yang dibuat ada cara tertentu. kalau tak boleh faham sekalipun cukup la dgn bagi kepercayaan kepada kerajaan untuk jalankan apa yang dirancang.

Anonymous said...

Antara sebab blog RBF ini saya lawati hari2 adalah kerana , saya suka dengan cara penulisan RBF .RBF bercakap dengan merujuk REALITI .Realiti keaadan kehidupan kita rakyat malaysia .realiti kehidupan kita sebagai pekerja di negara ini. saya petik sedikit (mohon izin tuan RBF) kenyataan anda yg saya rasa , memang tepat dengan konteks realiti itu .


"Inilah buktinya BN memerintah mengikut realiti dan bukannya menjual fantasi seperti mana pak-khatan rakyat. PM tahu ini bukan satu tindakan yang popular dan mengundang kecaman terhadap kerajaan pimpinannya, tetapi beliau tidak ada pilihan lain. Jika beliau nak popular lebih baik beliau turunkan lagi harga minyak dan biar kedudukan kewangan negara menjadi teruk. Yang teruk negara, yang terima kesan negara tetapi PM popular. Akhir sekali negara bangkrap seperti Greece. " (jauh di lubuk hati saya , saya amat bersetuju dan sokong kenyataan saudara ini .)

(Ag bawak lori)

Anonymous said...

Cinabeng yang meraih keuntungan yang banyak daripada subsidi pukal ini. Perkara ini kena benteras.

Anonymous said...

aku rela perit byr minyak dari beri undi kepada DAP, peliwat dan penjual kalimah ALLAH!!

Anonymous said...

MEMANG INI YANG DITUNGGU OLIH CINABABI. MEMANG CINA BABI SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN.

JIKA SEBUAH LORI ISI PENUH TANGKI.. DENGAN KENAIKAN 20 SEN.. KATAKAN PERTAMBAHAN SEBANYAK RM 30-RM40. TAK KAN SEBUAH LORI TU BAWAK 10-20 EKOR AYAM JER..

MEMANG CINABABI JENIS PENGHISAP DARAH. DIBULAN RAMADAN MINYAK TAK NAIK. HARGA AYAM NAIK MENCANAK.

NAMPAK SANGAT INI SEMUA PERBUATAN CINABABI.

DARI ITU KITA TERUSKAN BOIKOT CINABABI. ABC DAN BCL SELAMANYA..

Anonymous said...

Setiap taun naik la minyak..ramai yg suka minyak naik ni...tp dekat2 nk pru bg mcm2 tau...phm2 je la..

amirul said...

saya sukaaa..layari www.ejual.net..memang terbaekkk!!!