Thursday, January 31, 2013

Adilkah Jika Orang Yang Tinggal Di London Nak Mengundi Pilih Wakil Rakyat Di Sabak Bernam ?

SPR telah mengumumkan peraturan untuk pengundi luar negara bahawa mereka mesti pernah berada dalam negara selama 30 hari dalam tempoh 5 tahun.

Perkara itu telah menimbulkan bantahan daripada puak-puak khawarij yang sedang memburu kuasa.

Sebenarnya tindakan SPR membuka peluang kepada mereka yang tinggal di luar negara untuk mengundi akan mendatangkan satu lagi polemik baru dan menjadikan keadaan semakin caca marba.

Sepatutnya orang yang tinggal di luar negara tidak perlu diberi peluang untuk mengundi dari negara yang mereka tinggal.

Jika mereka nak mengundi balik ke Malaysia dan pangkah puas-puas.

Ini kerana kita perlu ingat sistem pilihan raya kita berbeza dengan sistem pilihan raya Amerika atau negara-negara lain.

Kita di sini memilih wakil rakyat untuk diangkat sebagai ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen.

Orang Amerika mereka nak pilih presiden.

Kita di Malaysia pilih wakil rakyat untuk menolong kita mengatasi pelbagai masalah setempat yang kita hadapi, daripada longkang tersumbat, jalan berlubang hinggalah ke peringkat nak kahwinkan anak.

Engkau tinggal di luar negara kau mana tahu semua itu ! Tiba-tiba kau nak mengundi di tempat kita. Mana boleh beb.....

Kau tinggal luar negara kau tak tahu susah senang kami. Kau tak kenal pun individu yang bertanding. Tiba-tiba kau nak mengundi. Mana boleh beb.....

Kalau rasa gatal sangat nak mengundi balik dan tinggal di Malaysia. Kalau kau dah pilih tinggal di luar negara, duduk sana diam-diam. Jangan nak gatal nak campur urusan orang setempat nak memilih wakil rakyat untuk berkhidmat kepada mereka.

Adilkah untuk orang yang tinggal di Sydney berbelas atau berpuluh tahun nak mengundi dari luar negara untuk pilih ahli dewan undangan negeri Tanjung Sepat ?

Adilkah orang yang tinggal di London berbelas atau berpuluh tahun nak mengundi dari luar negara untuk pilih ahli parlimen Sabak Bernam ?

Kalau SPR nak bagi juga orang yang tinggal di luar negara mengundi bagi hanya kepada pelajar-pelajar, kakitangan kerajaan dan mereka-mereka yang dihantar oleh syarikat-syarikat Malaysia untuk bekerja di luar negara.

Sebabnya mereka-mereka itu berada di luar negara kerana urusan. Bukannya memilih untuk tinggal di luar negara.

Kepada yang memilih untuk tinggal di luar negara sampai belasan dan puluhan tahun, ucapkan hi...hi...bye...bye....kepada mereka.

Nak mengundi balik Malaysia....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP Cuba Jadikan Intitusi Raja Sebagai Keldai Mereka Untuk Pancing Undi Melayu


Semakin dekat pilihan raya Dap semakin terdesak untuk memburu undi melayu sehingga terpaksa memujuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz untuk menyertai parti itu.

Dap tahu bahawa raja-raja Melayu merupakan payung kepada kedaulatan bangsa ini dan mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas kehidupan orang Melayu samada dalam ruang lingkup sosial, budaya mahupun politik.

Orang Melayu dan raja-raja Melayu sememangnya tidak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu.

Jika berlaku tembok pemisahan maka runtuhlah institusi itu dan malaplah masa depan bangsa Melayu.

Oleh itu 'menjaring' seorang anak raja yang muda dan idealis seperti Tunku Zain Al-'Abidin untuk menggangotai sebuah parti rasis dan perkauman seperti Dap boleh dianggap tangkapan besar atau 'slam dunk' dalam bahasa permainan bola jaring.

Inilah sebenarnya strategi Dap untuk menyucikan parti itu daripada stigma anti-Melayu dan anti-Islam yang telah melekat kepada tubuh badannya sejak ditubuhkan.

Apatah lagi jika ia berjaya memikat hati seorang anak raja untuk berdiri di atas landasan perjuangan 'Malaysian Malaysia'nya maka Dap akan mendapat pengabsahan paling besar untuk menyakinkan orang Melayu menyertai parti itu.

Dap cuba strategi yang sama terhadap Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, seorang kerabat diraja Kedah dan bekas Pengerusi Transparency International Malaysia namun gagal.

Sejurus menerima keahlian Tunku Aziz, beliau terus dilantik sebagai Naib Pengerusi Dap bagi mewakili kaum Melayu dalam parti itu dan kemudiannya digula-gulakan lagi dengan lantikan sebagai Ahli Dewan Negara.

Sebagai seorang yang bijaksana Tunku Aziz bukanlah seorang anak Melayu berdarah raja yang mudah diperbodohkan seperti mana yang diperlakukan oleh penasihat-penasihat Inggeris kepada raja-raja Melayu zaman sebelum merdeka.

Sebelum terjerat lebih jauh dalam perangkap Dap, Tunku Aziz telah pun dapat menghidu penipuan dan kepalsuan parti rasis itu apabila bercakap mengenai soal orang Melayu dan Islam.

Bagi beliau, orang Melayu dalam Dap hanyalah tunggangan Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng serta Karpal Singh.

Dap tidak pernah memperjuangkan nasib Melayu dan tidak akan berbuat demikian untuk selama ia wujud sebagai sebuah parti politik.

Wadah perjuangannya hanya untuk kepentingan kaum Cina semata-mata dengan tidak mempedulikan hakikat bahawa bumi yang mereka pijak adalah tanah air orang Melayu.

Walaupun Tunku Aziz meninggalkan Dap, namun Guan Eng menggunakan kaedah rasuah politik untuk mengekalkannya dalam parti itu dengan menawarkan Pengerusi Institut Pulau Pinang dengan gaji lima angka.

Semuanya ditolak mentah-mentah oleh beliau kerana selama ini Dap yang kononnys diyakini sebagai parti berbilang bangsa sebenarnya hanyalah topeng untuk menutup satu perjuangan yang ekstrem kepada perkauman Cina.

Penolakan orang Melayu terhadap perjuangannya tidak mematah semangat pemimpin Dap, dan ia sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik minat orang Melayu.

Dap sanggup memanipulasi keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat untuk meletakkan seorang 'Melayu celup' menjadi wakil tunggal Melayu walaupun sebelumnya semua calon Melayu kalah teruk.

Kini pandangan mereka beralih untuk memecah belahkan institusi yang memayungi orang Melayu apabila usaha mereka untuk meretakkan bangsa Melayu sudah gagal.

Dap berharap jika seorang anak raja boleh diyakinkan untuk bertanding pada PRU13 nanti atas tiket parti itu, sudah tentu ramai orang Melayu akan terpengaruh.

Mungkin Dap berfikir strategi mereka untuk menjadikan institusi raja-raja Melayu seperti keldai mereka seperti mana yang dilakukan kepada Pas, mereka amat silap besar.

Jika orang Melayu mampu menyedarkan raja-raja Melayu supaya tidak menurunkan tandatangan mereka bagi perjanjian untuk mewujud serta mengabsahkan Malayan Union pada 1948, sudah tentu untuk menentang perancangan licik Dap tidak menjadi masalah besar.

Jangan terjebak dengan permainan silap mata politik Dap yang secara luaran amat menarik hati dengan segala idealisme yang mengasyikkan jiwa dan kalbu sehingga akhirnya tersedar bahawa diri telah tertipu.


Artikel kiriman Beruang Biru

Wednesday, January 30, 2013

Johor Berpotensi Beri Kejutan Kepada BN Dalam PRU 13


Saya tidak tahu bagaimana pendapat anda tentang nasib BN dalam PRU akan datang. Namun bagi saya, saya yakin BN akan kembali menerajui pemerintahan negara.

Bagi negeri-negeri pula, saya tak bimbang dengan Selangor, tak risau dengan Kedah dan ada harapan untuk Kelantan. 

Yang pertama paling saya bimbang dan takut sangat-sangat adalah Johor, dan yang keduanya Negeri Sembilan.....

Mungkin ada orang akan kata Johor tak akan kalah kerana Johor dengan Umno dan BN sudah sebati.....

Ingat Johor ingat BN....

Ingat BN ingat Johor.....

Tapi itu semua nostalgia silam.....

Zaman sudah berubah sekarang ini.....

Siapa sangka Selangor yang satu masa dulu calon pembangkang jika bertanding deposit pun hilang.....

Sekarang apa dah jadi ? 

Akhir-akhir ini banyak sangat orang bercakap tentang kepimpinan negeri Johor, terutamanya masyarakat melayu di Johor Bharu dan bandar-bandar sekitarnya.....

Saya turun sendiri, saya lihat sendiri dan saya dengar sendiri.....Bukannya disampaikan oleh pihak-pihak ketiga kepada saya. Sebelum ini tidak bercadang untuk menulisnya. Tetapi memandangkan sejak akhir-akhir ini terlalu banyak sangat isu Johor yang dibicarakan maka saya juga terpanggil untuk menulis apa yang saya tahu.

Situasinya boleh dikatakan hampir sama dengan mood yang melanda Selangor sebelum PRU 2008. 

Sayangnya kerana banyak perkara saya tidak boleh berkongsi dengan anda secara terbuka di sini.....

Pilhan raya kecil Tenang dua tahun lepas bukan lagi boleh dijadikan ukuran atau panduan untuk menghadapi PRU 13 bagi negeri Johor. Ingat kembali apa yang terjadi dalam PRK Ijok 2007. BN menang dan berjaya tambah majoriti. Belum sampai setahun akhirnya satu negeri hanyut....

Perlu diingat orang-orang cina dimana-mana tempat tidak akan memberi sokongan padu kepada BN dalam pilihan raya akan datang. Hanya orang-orang melayu sahaja yang boleh menjamin kemenangan BN. 

Tetapi kalau orang-orang melayu di sekitar Johor Bharu dan parlimen-parlimen sekitarnya yang menguasai kawasan itu mula merajuk dengan BN, apakah itu boleh menjamin kemenangan kepada BN ?

Isu tanah dan isu penguasaan seorang tauke dalam perniagaan di sana terus menjadi bualan mereka. 

Kebelakangan ini pula kecoh berhubung penjualan saham KFC kepada pihak bukan bumiputra seperti yang ditulis di sini, dan sini.

Sehingga ke hari ni rasanya belum ada penjelasan lagi daripada kepimpinan negeri untuk menjawab isu ini. 

Kepimpinan negeri juga perlu ringan mulut untuk menjawab isu-isu yang timbul. Jika malas nak buka mulut sekali pun buatlah kenyataan akhbar dan hantar kepada semua media-media termasuklah media-media online.

Semua ini jika tidak ditangani dengan segera, maka jawabnya Johor mampu berubah......

Tuesday, January 29, 2013

Nasha Ikut Najib Dihina,Dicaci dan Dipecat-Nik Aziz Sambut Hari Jadi Bersama Karpal Dipuja dan Dijulang


Semasa isu Amanat Hadi hangat dibincangkan, Datuk Seri Hadi Awang (DSHA) membuat kenyataan meminta hak membela diri di media utama selama sejam. Kenyataan DSHA disokong oleh Datuk Nik Aziz (DNA) yang memetik sumber syara' dengan kenyataan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri dan memperjelaskan diri sebelum boleh dihukum.

Saya tidak menafikan Islam mewajibkan kita memberi peluang membela diri kepada mana-mana pihak dalam apa-apa perkara yang membabitkan dirinya, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan. Malahan ini adalah nilai universal & hak asasi & fundamental kemanusiaan yang diterima oleh semua masyarakata bertamadun!

Sebab itu saya mempersoalkan tindakan PAS memecat Ust Nasharudin Mat Isa daripada kedudukannya sebagai Ahli Majlis Syura', badan tertinggi didalam PAS.

Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik.

Tindakan memecat Ust Nasha dibuat tanpa beliau diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri!

Ini disahkan sendiri oleh Ust Nasha yang menyatakan beliau hanya tahu pemecatan beliau melalui media!

Ini bukan kali pertama PAS bertindak sedemikian. Dalam kes pemecatan tokoh pimpinan PAS Datuk Dr Hasan Ali, belaiu juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri.

Saya melihat isu pemecatan Ust Nasha ini sekadar membuktikan betapa tidak Islamiknya PAS dalam amalan dan tindak-tanduknya.

Apa yang lebih malang, ia memberi gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri kerana sudah tentu non-Muslim akan melihat tindakan PAS seolah-olah dibenarkan agama Islam kerana mereka melabelkan diri mereka sebagai parti Islam!

Apakah ini akan mendekatkan lagi non-Muslim kepada Islam, apabila mereka melihat seseorang boleh dipecat dan dibuang tanpa notis & peluang bela diri?

Berbeza sekali dengan UMNO yang walaupun tidak menjubahkan diri dengan label Islam, tetapi mengambil tindakan lebih Islamik.

Contohnya semasa Anwar Ibrahim hendak dikenakan tindakan disiplin atas masalah liwat & moral yang rendah, UMNO memberi peluang kepada beliau membela diri didalam mesyuarat Majlis Tertinggi.

Tun Mahathir memberi peluang seluas-luasnya kepada Anwar untuk memberi penjelasan & meyakinkan Majlis Tertinggi UMNO mengenai kedudukannya. Selepas mendengar penjelasan Anwar, dan mengambil pendapat semua ahli MT yang hadir, UMNO membuat keputusan memecat Anwar atas masalah moral beliau.
Samada keputusan itu betul atau tidak bukan persoalannya. Isunya ialah Anwar diberi notis & peluang membela diri.

Tetapi Datuk Dr Hasan Ali & Ust Nasha bukan sahaja tidak diberi notis, malah peluang membela diri dan membuat penjelasan juga tidak diberi.

Malah sehingga hari ini, Datuk Dr Hasan Ali tidak tahu apa kesalahan beliau sehingga dipecat! 

Zulkifli Nordin

............................................................................................................................

Terima kasih YB Zul diatas hujah yang mantap.....

Pas kata Nasha kena pecat 13 Januari lagi kerana tak hadir mesyuarat. Tapi yang peliknya pengumuman Nasha dipecat dibuat dua hari lepas iaitu selepas keluarnya gambar Nasha bersama PM di Palestin.....

Dah lebih dua minggu dipecat baru diumum....logik ?


Nasha bersama PM untuk membincangkan pasal umat islam di Palestin kena caci, kena hina, kena maki dan sampai kena pecat. Nik Aziz pergi potong kek sambut hari jadi yang bukan ikut amalan islam di rumah Karpal Singh dijulang..... 

Nasha orang memperjuangkan dan hendak memartabatkan islam disampahkan....

Karpal Singh orang yang menentang islam, orang yang suruh langkah mayatnya dulu jika hendak menubuhkan negara islam diraikan sampai sanggup pergi buat majlis hari jadi di rumahnya.....

Itulah dia Pas hasil keberkatan berkawan dengan syaitan....

Kononnya dia lah ulama pewaris Nabi.....

Ada Nabi pernah buat potong kek sambut hari jadi ?

Nak Jaga Akaun FB Pun Tak Pandai Bagaimana Nak Jaga Negara ?


Semasa kita nak mengakhiri tahun 2012 kita dihiburkan dengan lawak DAP tersalah kira undi untuk pemilihan partinya......

Masuk pula tahun 2013, belum habis sebulan kita dihiburkan dengan lawak PKR yang mendakwa akaun FB Rafizi telah digodam oleh cyber tropper pro BN.....

Bagaimana nak perintah negara nak kira duit berbilion-bilion kalau kira undi yang beribu itu pun boleh salah ?

Bagaimana nak perintah negara nak jaga duit, aset dan keselamatan negara kalau akaun FB pun tak boleh dijaga sampai boleh kena godam ? 

Jadi lepas ni kalau DAP bercakap banyak lagi menghentam kerajaan, jawapan kita mudah ja....pi rah mabuk.....kira undi pun tak betul lagi mahu bercakap banyak.....pergi belajar membilang dulu.....

Begitu juga dengan PKR......pi rah sengkek.....nak jaga akaun FB pun tak boleh lagi nak temberang.....


Monday, January 28, 2013

Ulama Pas Ketayap Atas Kepala Pun Menipu Juga


Tuduhan Umno dan BN zalim, kejam, tindas rakyat , salah guna kuasa untuk kroni, guna kuasa untuk kepentingan keluarga dan bla...bla...bla...bla...tuduhan-tuduhan lain yang sewaktunya sudah menjadi seperti zikir atau ratib di mulut pemimpin dan orang-orang Pas. 

Allah Maha Kaya....

Allah Maha Besar....

Allah Maha Adil.....

Allah Maha Saksama.....

Tiba-tiba minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan sebuah kereta Porshce Cayman milik seorang individu yang berada dalam kepimpinan tertinggi Pas yang bertaraf ulama. Iaitu Adun Pas Sanglang yang juga pesuruhjaya Pas Perlis. 

Setelah pendedahan berlaku ulama Pas berkenaan bangkit menjawab perkara berkenaan. 


Katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian Online
Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin menjelaskan sebuah kereta mewah Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya adalah milik anaknya yang memiliki perniagaan sendiri.

“Saya sudah jelaskan kereta itu milik anak saya yang dibeli semasa di England tahun lalu, dengan harga kira-kira RM100,000.

“Dia menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada saya secara sah sebagai wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, anaknya yang bergelar ahli perniagaan mengusahakan perniagaan air sarang burung walet sejak lima tahun lalu, menggunakan kereta itu.


Setelah membaca penjelasannya itu beberapa perkara yang kita boleh rumuskan....

Pertamanya beliau telah menyalah gunakan kuasanya atau kepentingan atau kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kegunaan ahli keluarganya. 

Permit import (AP) dan pengecualian cukai import yang diberikan oleh Kerajaan Pusat BN yang selama ini mereka tuduh zalim dan menindas rakyat hanya diberikan kepadanya selaku wakil rakyat. Bukan kepada anaknya. 

Dalam hal ini dia telah melakukan penipuan atau menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan anaknya. Ulama pun menipu juga ke ?

Permit import dia punya, beli atas nama dia, sedangkan itu kereta anaknya. Itu dah menipu namanya. Kamu telah menipu pegawai-pegawai kastam dan agensi-agensi lain semasa proses membawa masuk kereta ke Malaysia. Ketayap tak lekang atas kepala tetapi menipu. Ustaz tak takut dosa ke ?

Dengan hanya ada AP dan pengecualian cukai import untuk sebiji kereta pun seorang pemimpin Pas yang bertaraf ulama sudah menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan ahli keluarga mereka, bayangkan jika mereka berkuasa memerintah negara ? Jawabnya habislah disapu untuk kepentingan keluarga dan kroni-kroninya.... Lagi nak bercakap pasal Umno korup dan kroni ? 

Yang kedua, anaknya menjalankan perniagaan dan mampu pergi ke England untuk membeli sebuah kereta Porshce Cayman. Maknanya anak dia seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Jadi dimanakah apa yang kamu katakan selama ini kerajaan BN menindas dan menzalimi rakyat jika seorang anak wakil rakyat Pas boleh menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia ? 


Pssttttt.....berkat berkawan dengan syaitan......

Sunday, January 27, 2013

Gaza: Harakah Bogelkan Presiden Pas


Selama ini jika ada isu Palestin, Gaza dan Hamas Pas lah yang akan berlagak sebagai hero dan mengutuk Umno dengan pelbagai kutukan.

Merekalah hero...

Merekalah jaguh....

Merekalah pejuang rakyat Palestin sejati.....

Orang lain semua tak boleh pakai.....hanya mereka sahaja yang boleh pakai....

Tup...tup...hujan tidak ribut pun tidak tiba-tiba sahaja hujung minggu lepas kita terima berita Datuk Najib akan ke Gaza pada hari Selasa....

Terlopong puak-puak Pas melihat Najib berada di Gaza.....

Tiba-tiba hari ini tanpa disangka dan tanpa di duga lidah rasmi kawan syaitan keluarkan berita yang 'membogelkan' Haji Hadi.

Berikut adalah berita dari harakah
GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak.

Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya.

“Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini.

“Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa,” ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid  Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin.

Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza.

Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin.

Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin.

Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin.

“Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam.

“Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah,” ujarnya.

Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza.

Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi.

Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.

Bercakap, berkokok, bertempik pasal Palestin sekian lama rupa-rupanya dia tidak pernah sampai ke Gaza untuk berjumpa PM Palestin dari Hamas.....kah....kah....kah....kah....

Bukan main lagi dakwa Pas telah sekian lama jalin hubungan dengan Hamas, tapi presiden Pas tak pernah pergi jumpa pemimpin Hamas. Kah....kah....kah...kah.....

Malu lah weh....pemimpin Hamas terpaksa kirim salam dan undang secara terbuka untuk Presiden Pas datang ke Gaza.....kah....kah....kah...kah....

Malu lah dengan Umno weh........pemimpin Umno yang dituduh kapir, sesat, sekular dan sebagainya lebih awal pergi jumpa Ismail Haniyeh berbanding dengan Presiden Pas yang mendakwa telah lama jalin hubungan dengan Hamas.

Terima kasih harakah kerana melaporkan berita yang 'membogelkan' pemimpin Pas. Kini dan dah nampak semua parut, panau , kurap dan kudis yang ada di badan mereka. Bercakap ja lebih...bercakap ja besar....tapi hampeh.....

Sampai terpaksa kirim weh untuk Presiden Pas sampai ke Gaza.....kah...kah...kah....kah....kah....

Friday, January 18, 2013

RCI: Tiba-Tiba Azmin Ali Panas Punggung...


Sekarang sedang berlangsung siasatan Suruhanjaya Di Raja bagi isu pendatang asing di Sabah. Seperti yang kita semua sedia maklum, beberapa hari kebelakangan ini keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi banyak yang terkena kepada pihak kerajaan BN.

Apa lagi ???

Bersorak-sarailah juak-juak pembangkang menghentam BN dan Umno....

Tup....tup....tiba-tiba sahaja semalam si lelaki jamban PKR, Azmin Ali bersuara menyatakan ada percubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dalam penyiasatan yang sedang berlangsung.
Timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan.


"Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.

Pelik kan ???

Tiba-tiba Azmin mula terasa panas bontot.....

Kenapa hah ?

Hanya dia dan Anwar yang tahu kenapa mereka gelabah.....

Sebelum nama Anwar Ibrahim dan namanya keluar adalah lebih baik dia beritahu awal-awal bahawa nama Anwar akan dikaitkan. Bila keluar nama mereka nanti, maka cepat-cepatlah dijawab itu semua fitnah....fitnah....fitnah....

Min....kalau tak makan cili jangan bimbang  pedasnya tidak akan terasa.....

Anda juga boleh membacanya di sini

Thursday, January 17, 2013

Kejutan Malam Jumaat: Isteri PM Bersumpah Beliau Tak Pernah Beli Cincin 24 juta

Saya baru menerima berita dari seorang rakan pemberita yang sekarang berada di majlis makan malam balu-balu Angkatan Tentera bersama isteri PM di Mindef,  yang memaklumkan bahawa isteri PM membuat kejutan malam ini apabila bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak pernah membeli cincin RM 24 juta seperti yang dituduh. 

Kita tunggu perkembangan selanjutnya selepas ini....

Dan kita masih menunggu sumpah siapa ?

Sumpah siapa ?

Sumpah siapa ?

Password: Mokhtar.....

Cayalah Tun....

Anugerah tuhan yang original untuk Malaysia
Lihat di Buletin Utama sebentar tadi apabila Tun Dr M ditanya wartawan tentang pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah semasa era pemerintahannya...

Tun jawab semuanya diberi mengikut peraturan dan undang-undang yang ada....

Ada lagi wartawan yang tak puas hati dan cuba nak gasak Tun....

Sepatah sahaja Tun jawab.....

Zaman Tunku dulu sejuta warga asing diberi taraf kewarganegaraan di Semenanjung, kenapa itu boleh ? 

Perghhhh....satu jawapan yang selamba daripada Tun tetapi dia punya pedih sampai mencucuk hingga ke tulang sum-sum.....

Cayalah Tun....

Ada berani Lim Kit Siang jawab apa yang Tun kata ?

Ada berani Ambiga jawab apa yang Tun kata ? 

Look ! Look ! Look ! Lihat Dua Video Ini Siapa Yang Lebih Celako...celako...celako...


Puak-puak PKR dan sekutu-kutunya nak suruh Sharifah Zohra minta maaf ya ?

Sharifah kurang ajar ya ?

Sharifah biadab ya ?

Nah....lihat kedua-kedua video di bawah ini dan anda nilailah sendiri siapa yang lebih kurang ajar dan lebih biadap ?

Video 1

Lihat bagaimana pemimpin PKR menengking pegawai JPN di Putrajaya.....



Video 2

Lihat bagaimana Sharifah Zohra berdepan dengan aktivis parti pembangkang yang berselindung atas nama mahasiswa.


Siapa lebih biadap ?

Siapa lebih kurang ajar ?

Siapa lebih celako....celako....celako.... ?

Wednesday, January 16, 2013

Listen ! Listen ! Listen ! Tahniah Sharifah ! Aku Bangga Dengan Keberanian Mu....


Kecoh diperkatakan tentang Sharifah Zohrah berlawan dengan seorang pelajar yang juga aktivis parti sosialis dan ahli seketeriat JERIT, K Bawani. 

Yang paling tak boleh tahan ada juga di kalangan orang-orang Umno yang mengutuk Sharifah Zohrah. Apa ke bodohnya yang kau orang nak pergi kutuk Sharifah ? Mudahnya kau orang termakan propaganda pembangkang.

Pembangkang dah rasa terkedu dengan kejadian itu dan mereka dah merasa malu. Lalu mereka pusing cerita seolah-olah Sharifah jahat. 

Mereka terkedu sebab selama ini cara-cara begitu didominasi oleh mereka dan mereka tak sangka ada orang pro BN yang begitu berani berdepan dengan aktivis pembangkang sehingga tunduk dan lari. 

Selama ini PKR teruja dengan keberanian Lathefah Koya....

Selama ini mereka teruja dengan Adam Adli yang berani pergi ke pejabat Umno dan turunkan gambar PM. 

Selama ini mereka teruja dengan tindakan Nizar melaung-laung dalam Parlimen. 

Dan macam-macam benda gila yang sering mereka buat....

Apa yang dibuat oleh Sharifah sebenarnya jauh lebih baik dari apa yang dilakukan oleh puak-puak mereka selama ini. 

Sharifah berani turun berdepan dan dengan beberapa kali sebut perkataan listen tanpa perlu menjerit atau meraung hingga seorang aktivis pembangkang boleh tunduk kepadanya, itulah yang membuatkan pembangkang terkedu dan malu. 

Kemudian mereka pusing cerita Sharifah kurang ajar dan untuk sedapkan cerita mereka kata menghalang mahasiswa bersuara. Berlindung di sebalik nama mahasiswa pula......macamlah orang tak kenal siapa itu K.Bawani. 

Mana lebih baik antara tindakan Sharifah dengan tindakan Nurul Izzah dalam gereja beberapa bulan lepas ?

Tindakan Sharifah itu betul.....makin diberi peluang si Bawani itu makin syok berceramah . Jadi cara Sharifah potong itu adalah tepat.....

Tidak ada masalah.....

Cara itu selalu dipraktikkan oleh Anwar apabila berdepan pihak media....

Sharifah tidak penampar atau bagi penyepak pada Bawani....

Sharifah tidak menggomol atau menarik rambut Bhawani....

Sharifah berhentikan dia sebab dia sudah meleret-leret apabila diberi peluang bertanya soalan atau kemukakan pendapat. 

Itu perkara biasa dalam mana-mana forum untuk moderator atau panelis menghentikan soalan daripada floor jika dah meleret-leret atau keluar dari topik atau jika terlalu panjang sangat. 

Cuma yang luar biasa apabila Sharifah berani turun berdepan dengan Bawani. Itu pun mungkin kerana Sharifah telah tahu siapa Bawani yang sebenarnya dan kerana Bawani telah memutar belit apa yang dikatakan oleh Sharifah sebelum itu. 

Akhir sekali apa yang saya nak katakan, saya bangga dengan keberanian Sharifah. 

Tahniah Sharifah ! 

Anda memang hebat...

Jangan sesekali anda berundur atau memohon maaf kepada Bawani seperti yang didesak sesetengah pihak. Anda berada di landasan yang betul. Teruskan perjuangan....


Pstttt....kepada mana-mana kenalan saya yang kenal Sharifah harap dapat maklumkan. Saya nak jumpa dia untuk wawancara....

MOF Sahkan Parti Ajaran Setan Guna Dokumen Palsu

Minggu lepas saya telah menulis tentang sifat kesetanan parti ajaran setan menggunakan dokumen palsu untuk memfitnah. 

Lihat di sini

Semalam Kementerian Kewangan tampil mengesahkan memang dokumen itu adalah dokumen palsu dan telah ada laporan polis yang dibuat terhadap perkara itu pada tahun 2012.


Tuesday, January 15, 2013

Anwar Kecewa Perhimpunan Pembangkang Jadi Kemenangan Najib

Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.

Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.

Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.

Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.

Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.
 
Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.

Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.

Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.

Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.

Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung.

Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?

Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau 'motley crue'.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.

Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.

Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini.

Anggaran pihak polis hanya sekitar 40,000 orang yang hadir hanyalah empat peratus dan ini merupakan satu kegagalan besar pihak penganjur.

Di mana 300,000 penyokong yang hendak dikerah oleh Pakatan Rakyat Selangor?

Akhirnya yang datang adalah muka sama yang juga turut menyertai perhimpunan dan demonstrasi jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, Perhimpunan Anti -Isa, dan Perhimpunan Air Selangor sebelum ini.

Kehadiran penyokong Cina juga amat hambar sekali dikatakan sekitar 8 peratus atau 3,000 sahaja manakala penyokong India kira-kira 2 peratus sahaja.

Ini jelas membuktikan orang Melayu telah dipergunakan oleh Dap untuk menjayakan agenda politik mereka.

Yang tidak faham politik adalah penyokong pembangkang dari kalangan orang Melayu dalam Pas dan PKR yang gagal mengerti bahawa mereka hanyalah keldai tunggangan Dap yang bersikap talam dua muka dan berpura-pura.

Mungkin ini menjadi penyebab mengapa Anwar hanya berucap setakat 20 minit sahaja kerana penyokong sudah meluat dan mula keluar stadium ketika beliau mula berceramah.

Himpunan Shamsidar juga tidak menjadi kerana penyokong Pas dan Dap tidak mahu terbabit menyokong isu peribadi dan moral buruk Anwar.

Hakikatnya 'kebangkitan' yang diharapkan menjelma menjadi kekecewaan yang amat menghampakan.


Beruang Biru

Video: Unit Amal Pas Balun Duit Derma Ke ?


Video pendek dibawah ada ceritanya...




Jika ditanya kepada saya, mana yang lebih saya percaya antara unit amal Pas dengan orang yang sedang bercakap di atas pentas itu ?

Saya memilih untuk lebih mempercayai unit amal Pas.....

Anda bagaimana ???

Monday, January 14, 2013

Bla...bla...bla...bla...bla...bla...akhirnya Umno Yang Kena

Masih segar dalam ingatan kita bagaimana berdirinya Presiden PAS, Hadi Awang sebaris dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang untuk menghalalkan perkataan ALLAH digunakan oleh agama lain sebagaimana yang dituntut oleh Lim Guan Eng. 

Masih segar dalam ingatan kita bagaimana pada hari yang sama iaitu 8 Januari 2013 Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Presiden PAS. 


Umat islam satu Malaysia marah....

Mufti-mufti marah.....

Tok-tok guru marah....

Alim ulama marah.....

Para ilmuan marah.....

Para cendekiawan marah.....

Semuanya marah dan membantah tindakan Pas yang menghalalkan perkara tersebut.....

Pas resah....

Pas kelam kabut.....

Akhirnya diadakan mesyuarat majlis syura ulama bagi membincangkan perkara tersebut.....

Keputusan mesyuarat majlis syura ulama PAS akhirnya sama seperti apa yang dikatakan oleh para-para Mufti, alim ulama, tok-tok guru, para ilmuan dan cendiakawan sebelum ini yang mengatakan perkataan ALLAH hanya boleh digunakan oleh orang islam sahaja.

Semua ahli mesyuarat PAS lari keluar ikut pintu belakang.....

Lari dari wartawan.....lari dari media.....

Tup....tup.....tiba-tiba hari ini Presiden PAS yang telah tertelan kahak hijau kerana sebelum ini membuat keputusan tanpa merujuk kepada majlis syura ulama mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan Umno. 


Sendiri yang setuju....

Sendiri yang tarik balik.....

Sendiri yang buat masalah.....

Tiba-tiba muncung senapang ditala kepada Umno.....

Itulah PAS yang mendapat berkat dan syafaat hasil dari berkawan dengan syaitan....

Penceramah Pas Buat Repot Polis Ke Atas Bekas Kekasih


Seorang penceramah Pas membuat laporan polis di semalam gara-gara tindakan bekas kekasihnya mengatakan dia tidak membayar hutang. 

Yang melucukan dia bukannya membuat laporan polis untuk menafikan dia berhutang tetapi buat laporan mengesahkan dia berhutang dan belum habis membayarnya. 

Siapa orangnya itu ?

Sedikit tips untuk anda: Orangnya memang kira sesuai dengan dua individu yang berada di sebelahnya dalam gambar diatas. 

Nak tahu siapa orangnya lihatlah di sini

Siapa Kata PKR Tak Main Duit ? Nah ! Ini Buktinya...


Selama ini bukan main lagi dia melalak Umno main duit, Umno bayar duit, Umno bagi duit ?

Sekarang ni nak tanya sikit, siapa Nik Nazmi tu ?

Dia tu pemimpin Umno atau wakil rakyat Umno ?

Lawak Mahu Malaysia Merdeka Sekali Lagi


Kini nyata bahawa matlamat Himpunan Pembangkang atau KL 112 Sabtu lalu ialah untuk memadam sejarah. Pakatan Rakyat mengisytiharkan bahawa perhimpunan itu ialah permulaan perjuangan menganugerahkan Malaysia erti kemerdekaan sebenarnya.

Kemuncak KL112 ditandai oleh teriakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin hampir 100,000 orang penyokong di Stadium Merdeka melaungkan sorakan Merdeka.

Impiannya untuk disenarai dalam dokumen sejarah sebagai orang yang memimpin alaf “kemerdekaan baru dan sebenar” Malaysia bermula kira-kira jam 4.45 petang Sabtu, 12 Januari 2013.

Untuk itu, beliau berjanji akan menjemput rakyat sekali lagi berhimpun di Stadium bersejarah itu untuk meraikan kejayaan Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional yang didakwanya telah menggerhanakan pengertian kemerdekaan sebenarnya.

Beliau berpidato bahawa di stadium itulah Malaysia dikalungkan semangat kemerdekaan daripada penjajah. Bagaimanapun sejak 56 tahun negara ini, dakwanya, dijajah oleh Umno dan Barisan Nasional.

Anwar “merosakkan kemerdekaan Malaysia”

Namun dalam usaha beliau cuba memesongkan sejarah, Anwar juga mahu memadamkan rekod bahawa dalam tempoh itu, beliau menghabiskan 17 tahun daripada usianya untuk turut “merosakkan kemerdekaan Malaysia” ketika memimpin Umno dahulu. Satu ketika beliau pernah menjadi perdana menteri Malaysia untuk tiga bulan!

Malah di sebalik peristiwa bersejarah Sabtu lalu, Anwar dan rakan politiknya yang baru seperti Lim Guan Eng dan Haji Abdul Hadi Awang cuba menyembunyikan satu hakikat bahawa setelah 58 bulan menggelarkan gerakan politik mereka Pakatan Rakyat, mereka sebenarnya belum sepakat.

Jika yakin bahawa mereka di jalan yang benar mengapakah mereka tidak yakin penyokong 1 juta orang yang dihebohkan akan dapat dikumpulkan menyertai upacara memadam sejarah itu?

Apakah lantaran rasa sentimental terhadap peristiwa perisytiharan yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj maka mereka bertegas mahu peristiwa diulangi di Stadium Merdeka?

Kenapa Anwar dan rakan-rakan tolak tawaran polis?

Anwar dan kawan-kawannya tahu stadium itu boleh memuatkan tidak lebih 40,000 orang di tempat duduk sedia ada. Jika dicampur dengan penyokong yang berdiri di padang, paling ramai jumlahnya boleh mencapai 80,000 sahaja.

Sebenarnya hakikat ini memang sudah diduga oleh Anwar dan rakan-rakannya. Sebab itu tawaran polis supaya perhimpunan diadakan di tempat lebih besar seperti Stadium Nasional Bukit Jalil ditolak.

Sememangnya dalam kolam yang kecil, ikan kecilpun nampak besar tetapi di kolam besar, ikan besarpun kelihatan kecil. Demikian kecilnya jiwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mendakwa mahu memerdekakan Malaysia sekali lagi.

Ini mengesahkan bahawa setelah mengadakan tiga siri perhimpunan Bersih dan menganjurkan pelbagai siri Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara sambil menghamburkan pelbagai cacian dan fitnah terhadap kerajaan, Anwar dan sekutunya masih tidak yakin ia telah dapat meyakinkan rakyat bahawa Malaysia perlu memperjuangkan kemerdekaan baru daripada Barisan Nasional.

Sebenarnya merekalah yang menjajah jiwa mereka daripada hakikat bahawa Malaysia telah benar-benar merdeka. Mereka enggan menerima hakikat bahawasebab Malaysia merdekalah kan mereka ada tempat sebagai pembangkang.

Soal mahu pilihanraya bebas dan adil adalah alasan. Yang penting mereka mahu cuba membebaskan jiwa mereka sendiri yang dijajah rasa cemburu dan mahu berkuasa di Negara ini.

Perhimpunan tidak capai sasaran

Anwar dan sekutunya sepatutnya berasa aib bahawa trumpet publisitinya untuk menghimpunkan satu juta rakyat kelmarin tidak menjadi realiti. Penganjur sepatutnya menerima hakikat bahawa pendakwa Ustaz Azhar Idrus lebih dipercayai dan berwibawa daripada Anwar Ibrahim, Lim guan Eng dan Haji Hadi.

Pada malam menyambut tahun baru lalu, kerajaan negeri Selangor mendakwa mengumpulkan lebih 140,000 umat Islam untuk meraikan tahun 2013. Anwar dan rakan-rakan politiknya harus belajar daripada Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya, Faekah Husin mengatur upacara menghimpunkan umat.

Pelajaran pertama ialah, Anwar dan rakan-rakan mesti pandai pilih tema perhimpunan. Kerajaan Selangor memilih tema agama. Rakyat datang berduyun-duyun sebab konsert agama lebih dekat pada kebenaran.

Tema kemerdekaan tidak menguja mereka. Malah dipandang sinis. Ini kerana rakyat sudah dididik sejak di bangku sekolah lagi bahawa Malaysia sudah merdeka sejak 31 Ogos 1957 lagi. Salah seorang guru yang meyakinkan mereka tentang hakikat ini ialah Anwar Ibrahim sendiri yang pernah menjadi Menteri Pendidikan.

Belajarlah daripada mereka yang lebih tahu walaupun ia mungkin hanya satu kempen publisiti yang kurang konsisten dan kadangkala gagap faktanya. Yang penting mesej yang hendak dikemukakan sampai seperti projek RM 60 bilion hendak membersih dan memperindah Sungai Kelang; tidak kira ia hanya ilusi.

Strateginya, umum sahaja biar rakyat kaget dan terkesima. Selepas itu, umum lagi projek yang lebih besar. Semuanya dilakukan atas dasar kebajikan. Jika bersilang pandangan dengan rakyat, gertak mereka dengan tindakan undang-undang agar mereka kecut perut.

Sumber: Antara Pos

Sunday, January 13, 2013

Saturday, January 12, 2013

Perhimpunan Mengabsahkan Program Transformasi PM


Perhimpunan pembangkang di Stadium Merdeka Kuala Lumpur hari ini menyerlahkan kematangan demokrasi Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Pakatan Rakyat mengumpulkan 100,000 penyokong mereka dari seluruh pelosok negara untuk berhimpun di stadium bersejarah itu. Pemimpin mereka diberi lesen bebas untuk menghentam Barisan Nasional (BN) khususnya Najib, kadang kala dengan kata-kata kesat dan tuduhan melulu. 
 
Hakikatnya adalah Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ruang secukupnya kepada pembangkang untuk mengadakan tunjuk perasaan terbesar mereka, menjelang pilihanraya umum ke 13. 
 
Segalanya berjalan aman, tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku walaupun beberapa syarat yang dikenakan polis dicabul seperti peserta perhimpunan membawa kanak-kanak, ini adalah petanda baik untuk sistem demokrasi negara. 

Tentunya telinga pemimpin BN “merah” dan berdesing, mendengar kecaman-kecaman daripada Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim sendiri. 

Namun ketidakselesaan ini adalah harga yang terpaksa dibayar demi memperkasakan sistem demokrasi negara. 
 
Dalam membidas dan “mengganyang” Najib serta seluruh jentera kerajaan, pemimpin-pemimpin pembangkang  tidak bersyukur kerana berpeluang berhimpun secara aman dan diberi kerjasama polis yang sebaik mungkin.
 
Sebaliknya sewa tinggi Stadium Merdeka digunakan sebagai modal untuk menghentam kerajaan! 
 
Hadi, Guan Eng dan Anwar harus akur bahawa serangan mereka terhadap BN di stadium paling bersejarah dengan sendirinya membuktikan demokrasi tidaklah terkubur seperti yang didakwa berulang kali oleh mereka. 
 
Suara rakyat, walaupun daripada pembangkang tidak “dibenamkan”  malah disuburkan menerusi pelbagai kelonggaran undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 sejak 2009.
 
Memang diakui, masih ada ruang untuk diperbaiki, namun yang penting ialah proses menyuburkan demokrasi  sudah bertapak dan adalah sebuah proses berterusan. Ini maknanya satu transformasi politik Negara.    
 
Justeru sebelum pembangkang mendabik dada dengan untung politik yang dikecapi mereka menerusi perhimpunan hari ini, Guan Eng, Hadi dan Anwar harus fikir sejenak aspek lain. 
 
Mereka harus merenung  pencapaian-pencapaian BN di bawah pimpinan Najib yang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan beberapa undang-undang lain yang dilihat menghimpit kebebasan individu. 
 
Kehadiran penyokong pembangkang dalam jumlah puluhan ribu di Stadium Merdeka untuk melontar kritikan-kritikan terhadap Najib dengan sendirinya adalah satu sanjungan terhadap kepimpinan Najib dan transformasi yang  dibawa oleh beliau. 

Sumber : Antara Pos
 

Kezuhudan MB Kelantan


Berapa harga nombor pendaftaran ni ?

Lagi Gambar Sekitar




Runtuh Stadium Merdeka Oooooooo


Kapasiti Stadium Merdeka 30 ribu

Atas padang pandai-pandailah anda semua agak berapa ramai boleh muat ?

Kalau ikut laporan malaysiakini maka runtuhlah Stadium Merdeka hari ini.....

Bala Timpa Perhimpunan Shamsidar


Dalam kepanasan di dalam stadium wakil orang Asli dari Semenanjung Tijah Yak Chopil telah tersilap hentam. Beliau membangkitkan tanah orang asli yang dirampas di Lojing Kelantan. Kelantan diperintah oleh PAS,ada haprak pakatan yang kecut telur dan gelabah apabila Tijak Yak berkata hak orang asli dinafikan serta banyak tanah orang asli telah dirampas oleh kerajaan(Kelantan).Katanya lagi hari ini juga patut diingat dalam sejarah bahawa orang asli harus dilayan sama adil. 

Barisan pemimpin yang berada diatas pentas kesemuanya kelihatan resah apabila seluruh haprak pakatan didalam stadium mendengar sendiri bagaimana kerajaan Khawarij PAS Kelantan menzalimi orang asli. 

Himpunan Shamsidar kali ini kelihatan hambar,budak disebelah Pisau kata tak best dan tak mencabar sebab tak boleh nak bertempur dengan polis.

Dari : pisau.net

Gambar Sekitar Perhimpunan

Pas berhimpun bersama dengan anjing...kah...kah...kah...kah...kah...



Ini Yang Terselindung Di Sebalik Nama Himpunan Rakyat






Terang-Terang Mereka Langgar Perjanjian Dengan Polis

Ini dah terang-terang melanggar syarat yang ditetapkan oleh polis dan akta perhimpunan aman. Kanak-kanak tidak boleh dibawa dalam perhimpunan.....








Komunis Kembali