Sunday, February 17, 2013

Majlis Syura Ulama Pas Mahu Ubah Perlembagaan Negara

JERTEH: Majlis Syura Ulama PAS mahu Perlembagaan Malaysia diubah supaya berpaksi kepada Islam sepenuhnya jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, kata setiausaha badan tertinggi parti itu, Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh.

“Jadi sekarang ini, kita nak balik (kepada agama) supaya negara kita beramal dengan Islam secara keseluruhan, dan amalan Islam ini sama sekali tidak bercanggah dengan orang bukan Islam," kata beliau kepada Antarapos.

"(Perlembagaan) .. sebut Islam sebagai agama rasmi, bukan Islam (sebagai) perlembagaan negara. Dia ada beza. Kalau diletakkan Islam dalam perlembagaan negara, maka Islam akan diamalkan secara total.

"Tapi kalau sekadar Islam sebagai agama rasmi, kita lihat sebagaimana hari ini... sembahyang, puasa pun tak ada undang-undang," dakwa beliau.

"Jadi ini (perlembagaan dan undang-undang) adalah satu perkara yang perlu kena buat perubahan,” kata beliau.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menafikan parti itu berhasrat untuk meminda perlembagaan, tetapi hanya mahu memperkasakan Islam di negara ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru daripada Nik Mohd membayangkan perselisihan yang semakin ketara di antara Majlis Syura dan Hadi susulan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Nik Mohd mendakwa banyak daripada gejala sosial dan kemungkaran di negara ini berpunca daripada Perlembagaan Persekutuan yang tidak memberikan keutamaan kepada Islam.

"Apa yang berlaku dalam negara kita ini, (ialah) sekadar sembahyang itu pun tak ada undang-undang, ada masjid (tapi) semua itu kulit sahaja,” kata beliau.

"Macam mana dengan undang-undang negara? Macam mana dengan undang-undang rasuah? Undang-undang penyalahgunaan macam-macam, tidak ada di mahkamah syariah,” ujar beliau.

Nik Mohd yang juga Ketua Penerangan Ulama PAS Terengganu, mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menjurus kepada pelaksanaan Islam itu sendiri di dalam perlembagaan negara.

"Tidak ada undang-undang Islam yang menyentuh dasar ekonomi Islam, yang menyentuh dasar pendidikan Islam, keselamatan dalam negara, hubungan diplomatik, cara perdagangan banyak lagi dalam Islam yang ada," kata beliau.

Menurut beliau, dengan meletakkan Islam sebagai asas Perlembagaan Negara, Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai berusaha mencapai keselarian dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP sebelum ini menolak sebarang perubahan kepada kepada Perlembagaan susulan desakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Kedua-dua parti itu juga dilihat enggan mendokong pendirian Majlis Syura yang melarang penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.

Sebaliknya dua parti itu mendokong pendirian umum Hadi bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu asalkan tidak menghina Islam.

Setakat ini Hadi belum membawa ketetapan Majlis Syura itu untuk dipertimbangkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat. 

Sumber: Antara Pos 

Kita tunggu dan lihat berapa lama Majlis Syura Pas boleh bertahan dengan kenyataan diatas....

Esok lusa Karpal Singh, Guan Eng dan Kit Siang batuk ja, habis bertaburanlah jawabnya....

Thursday, February 14, 2013

Deepak: Mastermind Tetap Anwar

Sekali lagi khidmat penjual karpet, Deepak Jaikishan yang sedang tertekan dengan masalah tuntutan hutang beratus juta ringgit dari institusi kewangan dimanfaatkan oleh jentera propaganda PR untuk memanaskan kembali ceritera mengenai Altantuya.

Kian dekat musim pilihan raya, ada sahaja propaganda murahan dan fitnah adu domba akan bergentanyangan kerana sudah menjadi tabie pemimpin dan penyokong PR untuk mencari keuntungan politik melalui kaedah sedemikian rupa.

Kali ini, PR melalui Deepak melontarkan satu lagi propaganda versi baru kononnya Razak Baginda mengalami masalah mati pucuk, dengan demikian mustahil untuk teman wanitanya yang merupakan model dari Mongolia, Altantuya mengandung.

Seperti mana umum ketahui, PR seboleh mungkin cuba mengaitkan kematian Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Kononnya PM mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung kemudian terbabit mengarahkan pembunuhan model Mongolia itu untuk menyembunyikan kes tersebut.

Maksud tersirat melalui dakwaan terbaru Deepak itu jelas menghala ke arah membantu jentera propaganda PR yang masih cuba membina persepsi bahawa anak yang berada dalam kandungan Altantuya semasa wanita itu dibunuh ada kaitan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Orang lain yang sedap-sedap, tak pasal-pasal PM pula yang kena getah nangkanya. Walhal hakikatnya PM langsung tidak mengenali siapa Altantunya, malah Dato' Seri Najib sendiri sudah beberapa kali mengangkat sumpah di dalam masjid dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya.



Dalam Islam sumpah sedemikian sah di sisi syarak dan sekiranya sumpah itu adalah palsu tentunya dalam jangka waktu seawal 40 hari atau dua bulan ataupun selewat-lewatnya satu tahun laknat daripada Allah s.w.t pastinya telah menimpa PM.

Dalam versi yang lain pula, isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur difitnah kononnya telah terlibat secara langsung melepaskan tembakan ke arah perut Altantuya sementara satu versi lagi mendakwa Datin Seri Rosmah turut berada lokasi pembunuhan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam untuk menyaksikan sendiri Altantuya diletupkan dengan bom C4.

Sedangkan ketika kejadian berlaku, Datin Seri Rosmah berda di majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Kuala Lumpur, sama sekali bertentangan dengan fitnah yang disebarkan oleh PR dan jentera propaganda mereka.

Hakikatnya, pembunuh sebenar sudah pun dikenal pasti dan kedua-dua suspek pula disahkan telah bertindak di luar batasan apabila berlaku salah faham dengan arahan Razak Baginda. Tiada kaitan dengan PM malah tiada kaitan langsung dengan Datin Seri Rosmah.

Sebaliknya bekas pemimpin PKR yang juga adalah bekas peguam Anwar Ibrahim yakni Zulkifli Noordin pernah mendedahkan yang Ketua Umum PKR itu pernah meminta tertuduh iaitu Sirul dan Azilah membuat pengakuan palsu bahawa Dato' Seri Najib yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan Altantuya.



Jelas sekali kemunculan terbaru Deepak dengan versi terkini berkaitan isu Altantuya sebenarnya hanyalah garapan semula kisah sensasi itu untuk dimanipulasikan sempena PRU 13 yan kian hampir.

Bezanya cubaan terbaru ini hanya menyebabkan khalayak umum semakin sangsi dengan kredibiliti Deepak yang sebelum nya sudah tercalar berikutan terdedah konspirasinya dengan beberapa pemimpin PKR untuk memfitnah PM.

Lebih menambah kesangsian umum apabila Deepak dengan agak yakin bercerita mengenai kegagalan fungsi yang kononnya dialami Razak Baginda. Fakta klinikal menunjukkan jarang benar seseorang lelaki sanggup berkongsi rahsia kegagalan fungsi kemaluannya dengan orang lain.

Biasanya hanya isteri, rakan seksualnya (gay? pelacur? kekasih gelap?) dan yang pastinya doktor pakar sahaja yang mengetahui sama ada seseorang lelaki itu mati pucuk atau sebaliknya.

Deepak bukannya isteri Razak Baginda, bukan juga teman wanita Razak malah bukan juga doktor pakar kepada Razak Baginda. Atau sebenarnya, Deepak adalah rakan seksual gay kepada Razak Baginda ? disebabkan itu Deepak dapat mengetahui sama ada kemaluan Razak Baginda mati pucuk atau tidak.

Atau sebenarnya Deepak yang menghadapi masalah mati pucuk memandangkan statusnya yang terus membujang hingga kini ? sedangkan Razak Baginda dan isterinya sudah sah memiliki seorang anak hasil dari perkahwinan mereka.

Persoalan ini menanti jawapan dari Deepak dan kita harap jentera propaganda PR tidak sampai kepeningan untuk mencari alasan lain atau mencipta versi terbaru pula kelak.

Apapun, dalam bak mencipta kisah fiksyen, fitnah adu domba dan cerita sensasi tak menjejak bumi nyata memang diakui kelebihan PR, tapi kot iya pun fikirlah logiknya juga, memanjang saja versi bercanggah satu sama lain.


Artikel sumbangan Beruang Biru


Apa-apa hal sekali pun dalam kes Deepak ini mastermind utamanya adalah Anwar Ibrahim. Lihat kembali video rakaman curi Papa Gomo dua bulan lepas....

Monday, February 11, 2013

Tentang Umno Dapat Pahala

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 10, 2013

DAP Bertanggungjawab ke Atas Peningkatan Kadar Jenayah?


Menyorot sejarah kemasukan kaum Cina ketika era perlombongan bijih timah di Perak, turut membawa kita kepada sejarah kongsi gelap atau jenayah tersusun.  Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka).  

Antara objektif kongsi-kongsi gelap ini adalah menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran.  Keadaan menjadi begitu buruk kerana pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan kakitangan kehakiman juga tidak mencukupi bagi menyelesaikan kes-kes jenayah.  Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina. 

Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.

Selepas tahun 1867, beberapa langkah telah diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap ini antaranya: 

a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867

Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.

b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869

Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.

c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877


Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.

d. Kelulusan Undang-undang


Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan

e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889

Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain. 

Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini. 

Di bawah ordinan darurat 5/69 sebelum ini, pesalah jenayah dan kongsi gelap boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun Atau Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun. 

Mereka yang tertangkap pula akan berakhir di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Muar dan Machang. 

Memahami sejarah pesalah tertangkap di bawah Akta yang disebut di atas, maka kita merasa cukup musykil akan kesungguhan Pembangkang yang memperjuangkan agar Akta-akta ini dihapuskan. 

Malah, pembangkang juga seolah-olah ‘meraikan’ pembebasan tahanan Simpang Renggam setelah Akta tersebut dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang Baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Seramai 2,664 pesalah dibawah akta itu telah mula dibebaskan secara berperingkat sejak tahun 2010 yang kebanyakannya ialah kaum Cina dan India.  Pembebasan ini diterima oleh rakyat dengan rasa gelisah dan bimbang.   

Ternyata kebimbangan orang ramai adalah berasas sekali gus, menunjukkan yang kemusykilan terhadap motif pembangkang juga tepat apabila hanya sebulan kemudian, kita mula membaca berita bagaimana seorang bekas tahanan Simpang Renggam dibunuh, bermotifkan dendam jenayah lama. 

Tiga bulan kemudian dilaporkann lima bekas tahanan melakukan tiga lagi kes samun. 

Di masa yang sama, kes-kes samun, ragut, rompak, bunuh yang berkaitan Along juga terus meningkat sejajar dengan peningkatan rumah urut dan pusat-pusat maksiat di sekitar Selangor dan Pulau Pinang.  Kesemua jenayah ini adalah berkaitan dan berangkai antara satu sama lain serta bergerak secara tersusun yang menjadikan ia sukar untuk dibuktikan atau dibendung. 

Sememangnya kaum Cina sendiri tidak dapat menafikan bahawa kongsi gelap sudah menjadi ‘budaya’ masyarakat mereka.  Kerana itu, kita melihat akhir-akhir ini sudah ada protes secara terang-terangan dari kaum itu yang menuduh DAP sebagai dalang kongsi gelap, pelacuran, along dan sebagainya. 

Jelas bahawa sudah semakin ramai kaum Cina sendiri yang mula gusar sekiranya DAP berjaya mengambil alih negara melalui Pakatan Rakyat, dan menyebabkan samseng dan kongsi gelap semakin bermaharajalela.  Kegusaran mereka difahamkan ada kena mengena dengan 5 kes pembunuhan yang berlaku dalam jangka masa hanya dua hari sahaja sejak 6 Februari lalu. 

Hakikatnya, hubungan DAP dengan kongsi gelap sudah menjadi rahsia umum, di mana semua orang mengesyakinya tetapi tidak dapat mengesahkannya.  Namun, malangnya, terdapat juga di kalangan kita yang memandang remeh hubungan ini atau yang dengan sengaja memejamkan mata kerana pentingkan diri atau mungkin juga kerana bebal atau jahil. 

Hari ini, PR / DAP telah ‘berjaya membebaskan’ tahanan Simpang Renggam, dan kadar jenayah pun meningkat serta-merta.  Bayangkan, entah siapa lagi yang akan mereka bebaskan jika mereka ditakdirkan berkuasa, dan kadar jenayah juga pastinya akan meningkat berkali ganda. 


Artikel sumbangan Beruang Biru

Saturday, February 9, 2013

Video:Sekali Ceramah Derma Ratus Ribu Tapi Keluarga Memali Dapat RM 20 Sahaja


Kita dah baca buku beliau....

Kita dah baca banyak kenyataan-kenyataan beliau....

Sekarang mari kita dengar dari mulutnya sendiri apa yang berlaku.....

Apakah Itu Akan Berlaku ???


Tahun 2013 sudah pasti akan berlangsungnya PRU 13. Berbeza dengan tahun lepas, ramalan demi ramalan dibuat untuk membaca apa yang ada dalam kotak pemikiran YAB Datuk Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Ada tekaan mengatakan Jun, ada yang meneka selepas Syawal, ada juga yang meneka Najib akan biarkan sehingga penggal terakhir tamat….

Yang pastinya tahun ini PRU 13 akan berlaku, maka berakhirlah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional [BN] yang mendapat mandat pada tanggal 8 Mac 2008. Pada saat dan ketika itu, BN hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala Pakatan Pembangkang membuat kejutan dengan membariskan seramai 82 Ahli Parlimen untuk masuk ke Dewan Rakyat.

BN bukan sahaja hilang kuasa majoriti 2/3 malah turut kehilangan kuasa memerintah lima [5] negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan masih gagal mendapatkan kerajaan negeri Kelantan….

Selanjutnya baca kupasan blogger MIK di sini

Friday, February 8, 2013

Wang RM 1.2 Juta Sebagai Bukti Untuk Menangkis Fitnah Pas

Di negeri Kelantan hari ini salah satu kerusi parlimen yang berpotensi tinggi untuk dimenangi BN adalah Tanah Merah. Dan setakat hari ini khabar-khabar yang kedengaran mengatakan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah , Datuk Ikmal Hisham yang akan mewakili BN dalam pilihan raya akan datang. 

Apa-apa pun itu hanya khabar-khabar yang kedengaran. Bukannya muktamad dan bukannya sah. Semuanya terletak di tangan Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib. 

Cuma apa yang boleh saya katakan bahawa Ikmal Hisham adalah antara winnable candidate bagi BN. Beliau seorang yang bekerja bersungguh-sungguh dan sanggup perhabiskan duit sendiri untuk rakyat.

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sejak pilihan raya tahun 1999 hingga 2008 kerusi berkenaan bersilih ganti dimenangi oleh PKR dan BN. 

1999 - PKR menang majoriti 4658 undi

2004 - BN menang majoriti 2527 undi

2008 - PKR menang majoriti 1584 undi

2013 - Insyallah BN akan menang pula....

Berbalik kepada kisah Ikmal Hisham, sebelum menjadi pemimpin Umno bahagian semua orang tahu beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau menceburi bidang automotif dan saya difahamkan beliau mempunyai banyak pusat jualan kereta pelbagai jenama. Beliau tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. 

Seperti yang saya sering saya katakan sebelum ini Pas adalah Parti Ajaran Syaitan atau boleh juga di panggil Parti Anak Syaitan. 

Mereka tak buat kerja. Hanya tahu ceramah.  Kalau rakyat pergi jumpa mereka minta bantuan atau pertolongan, mereka kata mereka susah, tiada duit dan sebagainya. Lalu meminta rakyat berjumpa dengan pemimpin-pemimpin BN. Tetapi bila pemimpin-pemimpin BN buat kerja mereka pula yang jadi tukang khianat dan buat fitnah itu ini. Buruk-burukkan orang yang buat kerja untuk tolong rakyat. 


Dalam kes di Tanah Merah, Pas tahu apa kerja yang Ikmal lakukan selaku penyelia parlimen berkenaan. Pas tahu Ikmal berpotensi untuk menang jika dicalonkan tidak kira samada di Dun atau parlimen. Lalu dia carilah jalan bagaimana untuk mencalarkan imej Ikmal. 

Dua hari lepas penyambung lidah rasmi syaitan, haramkah daily dan kemudiannya diikuti oleh blog-blog penyokong mereka melaporkan berita tentang Ikmal menunjukkan wang tunai RM 1.2 depan penduduk Ladang Kerilla di Tanah Merah. 

Macam-macam tuduhan yang mereka buat kononnya Ikmal cuba merasuh penduduk dan sebagainya. 

Di sini biar saya jelaskan kepada anda perkara sebenar dan kenapa itu terjadi....

Ladang Kerilla adalah salah satu ladang yang berada dalam Parlimen Tanah Merah. Ladang tersebut milik KL Kepong. Dalam ladang itu ada 200 keluarga yang menetap di situ. Keluarga melayu 110 dan keluarga india ada 90.

Pekerja-pekerja ladang yang bersara pada usia 55 tahun menghadapi masalah tempat tinggal. Apabila pencen mereka perlu keluar dari rumah yang disediakan pihak ladang. Mereka minta dengan pengurusan ladang untuk terus kekal di rumah berkenaan. Namun pihak ladang tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana pekerja baru pula yang hendak mendiami rumah itu. 

Memandangkan tiada kesudahannya Ikmal mengambil keputusan untuk berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam bagi mengatasi masalah tersebut. 

Hasil perbincangan demi perbincangan antara Ikmal , Menteri Sumber Manusia dan pihak pengurusan ladang, maka satu keputusan dicapai dan pihak ladang bersedia untuk memberi satu sudut di kawasan ladang berkenaan untuk membina rumah bagi pekerja yang pencen. 

Penduduk ladang menerima keputusan tersebut dengan gembira. Berita tersebut sampai kepada pihak-pihak yang berkawan dengan syaitan. Di Kelantan mereka berkuasa dan mereka gunakan kuasa mereka itu untuk membawa masuk kakitangan pejabat tanah masuk ke ladang berkenaan untuk kerja-kerja mengukur tanah. 

Sudut mana tanah yang nak diberikan oleh pihak ladang mereka pun tak tahu lagi. Tetapi Pas bawa masuk orang pejabat tanah untuk mengukur entah di mana-mana dengan tujuan hendak menggempak penduduk ladang. Nak tunjuk mereka berkuasa.....kemudian siap ugut-ugut pula jika nak tanah kena undi Pas. 

Kemudian mereka sebar pula cerita bahawa Ikmal tidak mampu untuk membeli tanah tersebut dan sebagainya. Tindakan Pas merencatkan kerja-kerja yang Ikmal dan Menteri Sumber Manusia lakukan sebelum itu. 

Timbul pula masalah penduduk ladang tidak percaya Ikmal mampu membeli tanah itu daripada pihak ladang. Cerita tersebar merata. Sekali dua mungkin kita pun boleh sabar. Tapi kalau dah hari-hari menjaja cerita itu kita pun hilang sabar. 


Untuk membukti dan meyakinkan penduduk bahawa BN bersungguh-sungguh hendak menolong menyelesaikan masalah penduduk ladang berkenaan, Ikmal membawa wang tunai RM 1.2 juta untuk ditunjukkan kepada penduduk ladang berkenaan bahawa beliau selaku pemimpin BN setempat komited untuk menolong mereka. RM 1.2 juta adalah deposit kepada pihak pengurusan ladang. 

Penduduk ladang bersorak gembira dengan jaminan Ikmal kerana bukti depan mata mereka. Melihat penduduk gembira, puak-puak Pas pusing cerita pula bahawa penduduk ladang kena tipu dengan Ikmal. Mereka kata duit yang Ikmal tunjuk malam itu adalah duit palsu. Ada pula yang kata itu hanya batu bata.

Tidak cukup dengan itu mereka pusing cerita lagi kata Ikmal cuba merasuah rakyat. Sedangkan duit yang ditunjukkan Ikmal sekeping pun tak diberi penduduk.Itu untuk membayar deposit kepada pihak ladang bagi membeli tanah berkenaan. 


Soal bagaimana Ikmal ada wang sebanyak itu tidak perlu diperdebatkan.Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya maka sudah tentu beliau ada duit. Khalid Ibrahim pun dah kaya sebelum jadi MB. Dia mampu ada rumah mewah di kawasan elit, mampu beli bas mewah dan lori untuk PKR. Kenapa itu kamu semua tidak pertikaikan ? Tapi hutang Bank Islam beratus juta tak mahu bayar.

Orang Umno tunjuk duit untuk tolong rakyat salah....orang Anwar Ibrahim tunjuk dan acu pistol kepada orang awam boleh pulak ya ? Kalau orang Umno rasuah, kalau orang Pas sedekah jariah ya ? 

Thursday, February 7, 2013

Mana Duit RM 60K itu ?

Tahun 2002 Pas tutup Tabung Memali dengan wang yang masih berbaki RM 60k.

Tetapi mengikut Cikgu Non sehingga ke hari ini wang tersebut tidak diserah kepada balu dan anak yatim.

Cikgu Non tanya mana pergi duit RM 60 ribu itu ???
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Rembat RM 21K daripada balu-balu

Seramai 14 orang balu Memali menerima RM 20 ribu seorang pampasan dari kerajaan pusat.

Bayaran dibayar terus kepada setiap balu.

Apabila Pas menyedari perkara tersebut, Pas pergi cari seorang demi seorang balu dan paksa mereka beri RM 1500 setiap orang atas alasan untuk kos perbicaraan.

Balu tak puas hati kerana sebelum itu Pas dah kutip puluhan ribu derma dari orang ramai untuk kos perbicaraan.

Tapi kerana itu arahan parti mereka kena akur.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tabung Memali: Sidang Media Cikgu Non Sekarang

Cikgu Non bersama peguam sedang mengadakan sidang media sekarang berhubung penyelewengan Tabung Memali.

Nampaknya Pas bakal terkencing lagi.

Haji Hadi nak minta berapa jam pula dalam TV untuk menjawab ?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Video: Amanat Haji Hadi dan Syahid Memali





Dulu Pas banyak sangat pasang periuk api nak jerat musuh...

Hari ini Pas sendiri yang pijak satu persatu periuk api yang mereka pasang dulu...

Video: Kafirkan Bapa Sendiri Gara-Gara Taksub Dengan Pas



Siapa yang nak tanggung semua itu ?

Berapa ramai lagi yang mengkafirkan orang islam lain selama ini yang telah meninggal dunia dan tak sempat minta maaf ?

Semuanya kerana sebuah parti dajal yang bernama PAS....

Wednesday, February 6, 2013

Exco Pas Kedah Sahkan Tarian Separuh Bogel Ikut Peraturan


Sebelum ini berkali-kali saya pernah tulis di blog ini tentang hukum-hukum dan peraturan Pas yang sentiasa berubah-ubah mengikut negeri dan mengikut tahun.

Dulu haram menjalinkan hubungan dengan parti bukan islam, sekarang pula dah halal....

Dulu kata suara wanita aurat hinggakan qari wanita Kelantan tidak dibenarkan menyertai Tilawah Al Quran, sekarang artis wanita Pas halalkan untuk diangkat menyanyi atas pentas Pas.

Dulu haram pangkah calon bukan islam, sekarang mereka pula letak orang bukan islam bertanding atas tiket Pas.

Dan banyak lagi yang dulunya haram , kininya halal.....

Masih segar dalam ingatan kita sebulan dua yang lepas tentang isu salon milik bukan islam disaman kerana menggunting rambut lelaki bukan islam di Kelantan.

Masih segar juga dalam ingatan kita kisah pasangan bukan islam ditangkap ketika berdua-duaan dalam kereta. Juga di Kelantan...
Kerajaan Pas Kelantan tetap mempertahankan tindakan mereka mengambil tindakan terhadap orang bukan islam walaupun dibantah Karpal Singh.

Kerajaan PAS Kelantan tetap bertegas melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam meskipun mendapat tentangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri sedia menerima risiko untuk disaman oleh bukan Islam kerana setiap dasar yang dibuat kerajaan negeri selari dengan peruntukan Perlembagaan.

Takiyuddin bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan negeri melaksanakan dasar itu sebagai langkah menjaga maruah wanita, sama ada Islam atau bukan Islam daripada mengalami gangguan seksual dan terjebak dalam kancah pelacuran.

"Kedai gunting rambut seringkali dilaporkan hanya menjadi topeng perniagaan sahaja di hadapan, tapi di belakang (ia) jalankan perniagaan yang bercanggah dengan undang-undang dan moral.

malaysiakini

Itu kisah di Kelantan yang diperintah oleh Pas....

Semalam kita didedahkan dengan tarian separuh bogel anjuran PKR di Kedah. Negeri yang turut diperintah oleh Pas. Parti sama, perlembagaan sama dan presiden pun sama.

Namun apa yang mengejutkan ketika mengulas isu tarian separuh bogel berkenaan, tahukah anda apa yang dikatakan oleh Kerajaan Pas Kedah ?

Katanya,

Pertunjukkan seksi PKR ikut peraturan, kata Exco
Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menegaskan majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran ADUN PKR Kulim, Lim Soo Nee yang memaparkan penghibur wanita berpakaian seksi, tidak menyalahi mana-mana undang-undang di negeri itu.

Menurutnya, Enakmen Hiburan yang digunapakai di Kedah menetapkan cara berhibur orang Islam yang tertakluk kepada landasan tertentu manakala bukan Islam diberikan kelonggaran tertentu ketika mengadakan persembahan awam.

Ghani berkata ADUN PKR itu menepati segala keperluan untuk mengadakan pertunjukkan pentas yang mencetuskan kontrovesi dengan penampilan dua penghibur wanita Cina yang berpakaian menjolok mata.

"Sebelum dia buat dia minta kebenaran, lepas itu buat di tempat dia, tanpa libatkan orang Melayu. (Pertunjukan ini) sempena Tahun Baru Cina. Pandangan saya dia buat itu mengikut prosuder,” kata Ghani pada Antarapos.
Di tanya tindakan Soo Nee membawa artis berpakaian menjolok mata, Ghani berkata perkara itu di luar kawalan beliau.

"Bila penganjur bawa penari itu dia tidak lah tahu selidik pakaian mereka,ini yang dimaklumkan kepada saya,” kata beliau.

Ghani berkata bukan tempatnya untuk merumuskan sama ada pakaian artis berkenaan menjolok mata atau tidak.

"Adakah gambaran seperti itu? Cara berpakaian itu saya tidak pasti sebab gambaran kata menjolok mata tapi sejauh mana pakaian itu menjolok mata saya tidak pasti...sebab orang Cina ini sudah menjadi satu lumrah dia berpakaian begitu,” kata beliau. 
Di Kelantan potong rambut kena saman....di Kedah tarian separuh bogel dibenarkan....

Jadi , apa ceritanya ni ?

Cerita apa lagi ???? Itulah Pas, Parti Ajaran Sesat......

Tuesday, February 5, 2013

Bantah Gangnam Tapi Sendiri Anjur Tarian Separuh Bogel


Dulu apa mereka tak kata pada kita waktu K Pop datang buat persembahan semasa sambutan himpunan belia di Putrajaya ?

Sekarang mereka dok bantah pula kehadiran penyanyi gangnam....

Yang diatas itu apa cerita ???

Kih....kih....kih....

Telan kahak hijau lah oiiiii.....

Tahukah anda di mana tarian separuh bogel diatas berlangsung ?

Di Kulim, negeri yang diperintah Pas....

Kah....kah...kah...kah....kah...kah....

Kita tunggu apa fatwa yang akan dikeluarkan pok nik dan hardy awang....

Salah Umno ke ?

Ahli Dewan Ulama Pas Wajibkan Undi DAP

Selama ini kita sering dengar pemimpin-pemimpin Pas berfatwa mengharamkan undi BN dan mewajibkan undi Pas.

Saya sendiri pun tak sedar selama ini bahawa ahli dewan ulama Pas pernah mengeluarkan fatwa bahawa ahli Pas wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka. 

Cerita ini saya bukan kutip tepi jalan, dalam longkang atau di kaki lima pejabat Pas. Sebaliknya saya petik apa yang dilaporkan oleh harakah...



Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.

Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.

Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.

"Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya. 
Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.

Bukan digalakkan, diminta atau disarankan, tetapi WAJIB mengundi DAP.....

Makin hari sesat makin teruk nampaknya....

Ya Allah Ya Tuhanku selamatkanlah Malaysia daripada Pas....

Monday, February 4, 2013

Tahniah Datuk Raja Ideris....



Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Datuk Raja Ideris Raja Ahmad mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Beliau yang menjadi wakil rakyat sejak lima penggal lepas, berkata keputusan itu diambil kerana percaya sudah tiba masanya untuk menampilkan pemimpin muda menjadi pemimpin dan berkhidmat kepada masyarakat.

"Saya rasa sudah cukup, saya menawarkan diri untuk tidak bertanding dan saya fikir sudah tiba masanya pemimpin muda diketengahkan sebagai pemimpin pelapis," katanya yang mula bertanding dalam PRU pada 1990.

Raja Ideris, 69, bertanding selama empat penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan bertukar ke Dun Sungai Air Tawar pada PRU 2008 serta menjadi antara calon yang menang di Selangor ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) dilanda 'tsunami' politik ketika itu.

Pada pilihan raya umum 2008 Raja Ideris menewaskan calon Pas Azrulkhakim Suradi dengan majoriti 123 undi.

Ditanya tentang calon yang bakal menggantikannya, beliau berkata perkara itu akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Raja Ideris turut melahirkan rasa yakin BN akan memenangi PRU akan datang dan memerintah Selangor berdasarkan kesungguhan dan aktiviti yang dijalankan di seluruh negeri itu selain helah pembangkang yang semakin tidak menjadi.

Raja Ideris berkata pembangkang terlalu banyak menimbulkan isu remeh temeh dan sengaja direka-reka dalam usaha mengelirukan rakyat.

"Apa yang penting pada ketika ini, Umno dan BN perlu sentiasa menjaga perpaduan sesama kita, fokus untuk berjuang dan menang, dalam tempoh 60 hingga 90 hari sebelum PRU ini kita perlu ketepikan masalah peribadi, dan kerja kuat untuk parti," katanya.
 

RBF: Tahniah diucapkan kepada Datuk Raja Ideris. Inilah semangat yang kita mahukan dan contoh yang baik untuk memudahkan kerja PM menyenaraikan calon-calon. Bukan ramai orang politik yang mampu membuat keputusan begitu. Sedangkan Nik Aziz yang banyak menghabiskan masa di hospital berbanding di pejabat pun masih lagi galak untuk bertanding. Karpal Singh yang berkerusi roda pun masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berundur. 

Sekali lagi tahniah kepada Datuk.....

Kalimah Allah:Jangan Kita Jadi Bodoh Seperti Pas

Selepas pilihan raya umum 2008 hinggalah 8 Januari 2012 Pas konsisten bersama PKR dan DAP membenarkan agama kristian menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka versi Bahasa Melayu. 

Walaupun pelbagai pandangan, nasihat, teguran dan bantahan dinyatakan Pas tetap konsisten membenarkan kalimah suci umat islam itu digunakan oleh kristian. Sebaliknya Pas menuduh orang-orang yang menegur dan membantah tindakan mereka sebagai tidak tahu hukum dan tidak cerdik agama.

Isu kalimah Allah yang telah reda sebelum ini kembali hangat menjelang krismas 2012. Dibangkitkan semula oleh tokong Pulau Pinang. Tujuannya untuk mengalihkan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Kelantan. 

Akhirnya tokong Pulau Pinang berjaya. Kehangatan media dan orang ramai memperkatakan tentang isu tanah DAP di Kelantan beralih kepada isu kalimah Allah. 


Api kemarahan orang melayu kembali meningkat. Kemarahan semakin meningkat apabila Haji Hadi bersama Anwar dan Kit Siang dalam satu kenyataan pada 8 Januari terus bersetuju untuk membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan islam.

Melihat kemarahan orang-orang melayu semakin meningkat Pas mula takut. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat Majlis Syura pada 13 Januari bagi membincangkan isu kalimah Allah.

Selepas mesyuarat, pimpinan Majlis Syura Pas lari keluar melalui pintu belakang kerana tidak mahu berdepan dengan media yang menunggu di pintu depan. 

Hanya sehelai kertas yang sampai kepada pihak media yang menyatakan Pas membuat u turn dengan tidak membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah. 

Kenapa kristian beriya-iya hendak menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa melayu ???

Setiap tujuan mesti ada niat, dan setiap niat mesti ada tujuan....

Orang masuk tandas pun ada niat samada hendak buang air kecil atau air besar. Tidak ada orang yang buat sesuatu dengan tidak berniat.

Apa yang sedang mereka lakukan adalah rancangan jangka masa panjang. Apabila rancangan jangka panjang maka sudah tentulah kesannya juga lambat lagi. 

Kita yang ada pada hari ini mungkin tidak akan atau mudah tersesat dengan dakyah-dakyah atau kekeliruan yang mereka timbulkan. Kita tidak menongkat langit. Satu hari kita pasti akan pergi jua. Tetapi sebelum kita pergi kita kena siapkan tugas agar generasi kita akan datang tidak tersesat atau terkeliru dengan apa yang pihak kristian sedang lakukan sekarang.

Hari ini kita mengajar anak-anak kita bahawa Allah mewajibkan kita sembahyang lima kali sehari. Jangan sampai satu hari nanti cicit kita mengajar anaknya sembahyang seminggu sekali pada hari Ahad.

Sebab itu saya kata apa yang sedang mereka rancang adalah satu rancangan jangka masa panjang.....

Sekarang saya nak ajak rakan-rakan semua berfikir cara mudah.....

Kristian nak guna perkataan Allah dalam bible Bahasa Melayu....

Perkataan ALLAH itu Bahasa Arab....

Perkataan ALLAH jika diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris akan jadi GOD.....

Perkataan ALLAH jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu akan jadi TUHAN.....

Perkataan GOD jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu juga akan jadi TUHAN.....

Mereka nak guna dalam bible Bahasa Melayu tetapi perkataan TUHAN nak guna Bahasa Arab iaitu ALLAH. 

Kenapa mereka tak nak guna perkataan Tuhan ? 

Di situ pun kita sudah boleh nampak apa niat mereka yang sebenarnya ?

Kenapa lagi kita perlu tentang mereka guna kalimah Allah ?

Rujuk kepada Surah Al Ikhlas (QulhuAllahuAhad)

Surah ini tak panjang....empat baris sahaja....mungkin Allah jadikan surah ini pendek supaya setiap umat islam mampu meningatinya dan ingat apa Allah pesan....

Kita sentiasa ingat dalam kepala kita bahawa Allah itu satu, Allah tidak beranak, tidak diperanakkan dan tiada sesiapa yang menyerupai Allah. 

Itu pegangan setiap orang islam daripada dia dilahirkan sehinggalah bangkit di hari akhirat kelak....

Manakala kristian pula tuhan mereka ada anak dan ada bapa....
Mana boleh mereka nak ganti perkataan Tuhan atau god dengan Allah dan mereka jadikan Allah itu beranak dan berbapa....

Sedangkan Allah hanya satu, tidak ada anak dan tidak ada bapa.....

Sebab itu kita konsisten menentang kristian daripada menggunakan perkataan Allah.....

Sebab itu para-para ulama dan mufti berkata sesiapa yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kristian termasuk dalam golongan syirik. Malah ulama Pas , Haron Din sendiri pun kata begitu. Sini....

Syirik adalah dosa yang paling besar.....

Sekali kau syirik , maka habislah segala amalan yang kau lakukan sebelum itu.....

Hari ini orang-orang Pas kata mereka pun dah tidak benarkan kristian menggunakan kalimah Allah. 

Ya betul ! 

Tapi kau masih lagi bersekongkol dengan pihak yang membenarkannya....

Apa bezanya ?

Oleh yang demikian wahai umat-umat islam sekalian, janganlah kita menjadi bodoh seperti Pas atau diperbodohkan Pas. Kita harus tentang dan lawan habis-habisan perkara ini. Kita harus pertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam bible Bahasa Melayu. 

Ini bukan soal politik, ini bukan soal nak dapat undi, ini bukan soal siapa nak jadi hero. Ini tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan Allah yang satu, Allah yang Esa ,Allah yang tidak beranak dan Allah yang tidak diperanakkan dan juga demi untuk memastikan akidah generasi akan datang tidak terpesong.

Friday, February 1, 2013

Menjelang PRU 13: Parti Kawan Syaitan Berfatwa Lagi - Haram Undi Umno

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal dari PAS, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menggesa PKR meletakkan calon Islam sekiranya menentang Umno pada pilihan raya umum ke 13.

Beliau berkata jika PKR bertegas meletakkan calon bukan Islam, maka pengundi harus memilih calon Umno.

"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya kepada Antarapos.

Nik Mazlan mendakwa sebuah portal berita memutarbelitkan kenyatannya bersabit isu itu.

Beliau menegaskan apa yang disebutnya ialah mendesak PKR meletakkan calon Islam jika berhadapan dengan calon Umno.

Tambah Dr Nik Mazian, dalam apa jua keadaan haram bagi pengundi Islam memilih calon Umno sekiranya lawannya adalah calon PAS.

Merujuk kepada laporan The Mole, Nik Mazlan berkata :"Apa soalan sebenarnya kepada saya ? Soalannya adakah haram undi calon Umno, saya jawab haram kalau calon PAS lawan calon Umno sebab kita orang Islam kena pilih PAS sebab parti Islam...Islam lawan sekular, jadi Islam kena pilih PAS.

"Kalau calon Umno lawan calon PKR yang bukan beragama Islam, ia akan memberi perasaan dilema kepada pengundi Islam...kita sebagai orang Islam perlu pilih pemimpin Islam, kita perlu pegang pegangan ini," katanya kepada Antarapos.

Justeru Dr Nik Mazian mencadangkan semua parti Pakatan Rakyat agar meletakkan calon beragama Islam di kawasan-kawasan yang majoritinya pengundi Islam.

"...yang mana perlu dipertahankan? Ada calon PKR bukan Islam lawan calon Umno...sebab itu kalau boleh biar calon Islam lawan calon Islam dan calon bukan Islam lawan calon bukan Islam. Kita perlu buat pilihan, pilihan calon ikut majoriti pengundi di kawasan bertanding.

"Mudah...tapi kalau PAS lawan Umno, haram pilih Umno...pilih PAS sebab kita perjuang Islam," katanya.

Dr Nik Mazian yang dipetik portal Mole.my sebagai berkata bahawa adalah lebih baik mengundi calon beragama Islam bagi memastikan prinsip Islam dipertahankan.

"Dalam memilih antara calon Umno beragama Islam dan calon PKR, pengundi mesti menilai calon mana adalah lebih baik.

"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya.

Selain itu katanya umat Islam di Malaysia mempunyai dua pilihan kepimpinan iaitu tadbir urus secara Islam dan bukan Islam.

Namun jelas beliau adalah penting bagi mereka untuk memilih parti yang berjuang untuk Islam.

Bagaimanapun Dr Nik Mazian menegaskan bahawa antara calon Umno dan PAS, adalah wajib bagi pengundi muslim untuk mengundi PAS.

"Umat Islam di negara ini mempunyai pilihan yang lebih baik bagi kerajaan yang berpegang kepada prinsip Islam.

"Hanya PAS yang menegakkan Islam dalam perjuangan, tidak seperti Umno dan Barisan Nasional. Ia adalah pilihan yang jelas bagi umat Islam," katanya.
 
Sumber: Antarapos.com

Anda Tahu AGU ? Apa Itu AGU ? Nak Tahu Sila Masuk....


Jom Tonton Video Ini....