Sunday, March 31, 2013

Jacel Kiram:Antara Tujuh Yang Diikutinya, Anwar Adalah Salah Seorang


Antara tujuh yang diikutinya salah seorang darinya adalah Anwar Ibrahim...

Kenapa Anwar ?

Apa istimewanya Anwar ?

Hmmmmmm.....makin lambat pilihan raya Anwar makin pening beb....

Izzah....angkat kain di jemuran....hujan nak turun.....

Selanjutnya sila baca di sini

Bekas Bakal MB Johor Hilang


Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Dr Ahmad Faidhi kini mengambil alih tugas sebagai pengerusi negeri selepas Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri.

Dr Ahmad berkata mesyuarat pada 20 Mac lalu memutuskan bahawa dia akan mengambil alih tugas pengerusi negeri sehingga Chua kembali.

"Secara rasmi, beliau (Chua) sedang bercuti tetapi kita tidak tahu sehingga bila," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Selain itu beliau berkata kepimpinan PKR negeri akan bertemu dengan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan PKR Johor pada 2 April ini.

Chua, bekas naib presiden MCA 'hilang' daripada mesyuarat PKR dan barisan kepimpinan pembangkang sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya pada 18 Mac lalu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

M Star Online

Kih....kih...kih....kih....berjuang untuk rakyat kononnya.....

Mau kelentong siapa lagi weh ???

Semuanya gila nak jadi YB, nak kejar kuasa, nak kejar pangkat, nak kejar kedudukan, kemudian jaja nama rakyat. 

Santai Pagi Minggu: Belajar Mengenal Muka


Jom tonton video di bawah....


Saturday, March 30, 2013

Wan Azizah Bakal MB Selangor ???

SHAH ALAM: Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpeluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang tidak melarang wanita untuk menjawat jawatan tersebut, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun menurut beliau, antara syarat kelayakan untuk menjadi menteri besar adalah calon berkenaan perlu bermastautin di negeri ini selain mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menang pilihan raya umum.

Beliau menjelaskan isu berkenaan masih diperingkat perbincangan dan akan diumumkan kelak. Justeru beliau enggan membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu kerana tidak mahu dikaitkan dengan istana.

"Kelayakan memang boleh, lelaki dan wanita boleh jadi MB (tidak menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor) memang boleh dari segi enakmen, tetapi ini belum lagi sebab ini spekulasi akan timbul, ia akan dibincangkan.

"Walau bagaimanapun, Datin Seri Wan Azizah layak menjadi calon. Tapi untuk jadi calon negeri Selangor, antara perkara yang perlu beliau ada adalah kad pengenalan beliau mestilah bermastautin di negeri Selangor," kata beliau kepada wartawan selepas hadir ke majlis Rapat Mesra Kinabalu Warga Sabah Lembah Klang hari ini.

Wan Azizah dikaitkan dengan jawatan menteri besar selepas beliau pada Khamis mengumumkan untuk bertanding di DUN Selangor ekoran dilarang bertanding di kerusi parlimen selepas melepaskan jawatan itu pada Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Antarapos sebelum ini melaporkan bahawa Wan Azizah bersedia untuk mencabar kedudukan Khalid sebagai menteri besar berdasarkan rekod sepenggal ketua negeri Selangor itu yang tidak memuaskan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sekiranya Wan Azizah menang di Selangor pada pilihan raya umum nanti dengan mengambil kira status beliau sebagai pemimpin tertinggi dalam PKR, tidak mustahil sekiranya Khalid disingkirkan.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan pembangkang cuba untuk menampilkan wanita pertama menjadi menteri besar untuk menambah hati rakyat negeri itu.

"Buat apa letak Wan Azizah di DUN saja, kalau tidak dinaikkan jadi Menteri Besar lebih baik dia tidak bertanding di DUN," kata Dr Atory.

Wan Azizah mula menyertai politik pada tahun 1999 selepas suaminya Anwar dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan rasuah dan liwat.

Beliau mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal sebelum mengosongkan kerusi tersebut untuk Anwar.

 Sumber: Antara Pos


Dok tuduh Rosmah gila kuasa, gila jawatan, kawal Najib dan macam-macam lagi...tup...tup....mereka yang gila sebenarnya....

Habislah Malaysia....

Laki calon PM....

Bini calon MB....

Anak calon menteri.....

Berebut Kerusi: Pergaduhan Kelima Dalam Tempoh Dua Minggu


Dalam masa dua minggu ini sudah lima pergaduhan yang berlaku di antara mereka gara-gara berebut kerusi....




Kelima, baru berlaku hari ini di Johor pula....



SENAI - Pas Johor menasihatkan PKR dan DAP supaya membuat rundingan bagi mewujudkan ‘situasi menang-menang’ melibatkan perebutan kerusi Dun Johor Jaya.

Ia susulan desas-desus bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang ingin bertanding kerusi itu selain Parlimen Gelang Patah walaupun Dun Johor Jaya merupakan milik PKR selepas Parti Rakyat Malaysia (PRM) memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kerjasama dan tolak ansur penting memandangkan dasar dan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat (PR) adalah sama bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

“Saya harap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini melalui perbincangan. Kalau sebelum ini kerusi Parlimen Gelang Patah sudah dapat diselesaikan dan pucuk pimpinan telah menyerahkan kerusi tersebut diberikan kepada DAP.

“Jadi tidak salah kalau kerusi Dun Johor Jaya ditandingi oleh calon daripada PKR pula. Ini bermaksud perkara tersebut diambil kira secara ‘win-win situation’. Lagipun pilihan raya sudah semakin dekat ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mahfodz berkata, Pas percaya isu itu juga berkemungkinan sengaja dimainkan dan diperbesarkan oleh sesetengah pihak demi kepentingan tertentu.

“Saya yakin ia dapat diselesaikan dengan secepat mungkin tanpa berlaku pergaduhan. Pas tidak masuk campur. Mungkin isu ini kecil sahaja, tetapi sengaja ditambah-tambah oleh pihak tertentu.

“Lihat sahaja ceramah pihak pembangkang di Pasir Gudang sengaja disabotaj oleh pihak tertentu. Saya percaya kedua-dua parti sudah matang dan saya minta mereka duduk semeja serta bincang elok-elok.

“Jangan gaduh-gaduh kerana misi kita adalah menumpaskan BN. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian.
Sinar Harian Online

Kah....kah....kah....kah.....berjuang untuk rakyat kononnya.....ptuih ! ptuih ! ptuih !


Datuk Najib Yakin BN Menang 2/3


Dug...dag...dug....dag....debaran dada kita menanti siapakah yang bakal memerintah negara selepas keputusan PRU 13 diumumkan nanti. Ada yang berkata kita akan bertukar pemerintah. Ada juga yang kata tidak. Ada yang kata BN akan menang tipis. Dan macam-macam ramalan lagi. Namun begitu bagi tuan punya badan yang mengetuai BN, Datuk Najib yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3. Lihat sini

Apabila PM berkata beliau yakin BN akan menang 2/3 , maka puak-puak sebelah sana pun akan berkatalah, Najib menggunakan SPR untuk memastikan BN menang 2/3. 

Itu sahajalah alasan terbaik mereka untuk menutup kegagalan. Waktu mereka menang 5 negeri tiada pula mereka memberi alasan begitu. Itulah jenis manusia yang tidak boleh menerima kententuan Qada dan Qadar.

Rakyat telah memberi peluang kepada mereka mentadbir 5 negeri selepas PRU 12. Bukan setakat 5 negeri malah menafikan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat. Tetapi apa yang mereka buat sepanjang 5 tahun? Tidak lain dan tidak bukan 365 hari setahun kali 5 tahun , itulah hari yang mereka habiskan untuk kerja-kerja bodoh mereka yang membuatkan orang ramai meluat. 

Anjur demo jalan raya, terbalikkan kereta polis, gadai kalimah Allah, sokong LGBT, meliwat, beretorik,  buat kenyataan-kenyataan bodoh dan macam-macam lagi. Manakala PM terus dengan kerja-kerjanya untuk membangunan ekonomi negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Rakyat dah bagi peluang kepada mereka 5 tahun , sepatutnya mereka gunakan peluang itu untuk membuktikan bahawa mereka lebih baik daripada BN. Tetapi sayangnya peluang itu gagal mereka gunakan. Apabila kalah jalan paling mudah adalah salahkan SPR.

Friday, March 29, 2013

Undi 2000 Salah Kira,Projek Berbilion Salah Taip

Seseorang itu semestinya bersikap rasis tegar, tidak rasional dan tidak waras untuk menyokong sebuah parti yang tidak mampu mengira undi yang tidak sampai 2000 pun, dalam pemilihan jawatankuasa pusat mereka yang lalu. Dan sekiranya parti itu tidak mampu mengira walaupun sebanyak 2000, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka mampu mengira sehingga berjuta atau berbilion ringgit? Jika mereka tidak tahu mengira, bagaimana kita boleh memberi mandat untuk mereka menerajui negeri, apatah lagi negara?

Oleh kerana DAP tidak berkebolehan, maka kos untuk pembinaan terowong mega yang diumumkan pada jumlah RM4.08 billion pada tahun 2011, kini menunjukkan jumlah RM6.3 billion pula. Nampaknya, segala cakap-cakap besar Lim Guan Eng tentang amalan tender terbuka yang mampu menurunkan kos dari jumlah asal RM8 billion, adalah tidak bermakna sama sekali.

Mengimbas pemilihan CEC, DAP memberi alasan bahawa komputer telah mengsabotaj mereka sehingga beberapa ratus dari undi telah hilang. Dan dalam mega projek ini, komputer dikatakan bermain silap mata pula dengan DAP sehingga menyebabkan pertambahan RM2.25 billion dari kos asal.

Jika ini bukan masalah tidak cekap matematik, maka ia tentulah masalah tidak cekap komputer.

Ini kerana DAP tidak seharusnya 'tersalah taip' kerana mereka sepatutnya tidak perlu pun menaip jumlah tersebut. Jumlah itu akan dikira secara automatik oleh computer. Jika mereka enggan menunjukkan keseluruhan jalan pengiraan di dalam 'worksheet' computer itu, maka 'manusia' hanya perlu memetik jumlah yang telah dikira secara automatik tersebut dan mengisikannya di dalam kertaskerja, kenyataan atau pembentangan yang perlu. Itu saja.

Susah sangatkah untuk memetik dan menyalin semula jumlah tersebut?

Jika benar ia merupakan masalah tersalah taip, maka mungkinkah nama-nama seperti 'Annie and Party', 'Pinny', 'Davy', 'Jimmy' dan 'Terry' yang muncul dalam kertaskerja mengenai projek tersebut yang telah didedahkan sebelum ini juga sebenarnya tersalah-taip?

Selama ini DAP sering menuduh UMNO sebagai ketinggalan, Melayu lembab, bodoh dan malas tetapi akhirnya terbukti DAP lebih teruk lagi, malah bengap. Namun, sekurang-kurangnya kita tidak perlu mendengar alasan yang memualkan dari mereka iaitu segala kesilapan adalah berpunca dari UMNO.

Untuk rekod, Melayu UMNO yang dikatakan lembab, bodoh, malas dan rasis oleh DAP inilah yang menerajui negara tanpa melakukan kesilapan bodoh sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng itu. Mungkin Guan Eng tidak menyedari bahawa UMNO yang sama juga yang membawa Malaysia ke tahap hari ini di mana kaum Cina dan lain-lain, bebas merebut peluang sehingga menjadi taukeh besar.

Guan Eng tidak pula merasa malu atas kesilapan ini, tetapi sebaliknya memanggil mereka yang menunjukkan kesilapannya sebagai tidak professional. Oleh itu, penulis tertanya-tanya apakah DAP juga mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa.

Semakin jelas bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang yang bijak. Beliau wajar mengambil kursus komputer, mengulang pelajaran matematik atau akaun, serta memantapkan penguasaan bahasa sebelum bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Guan Eng seharusnya tahu bahawa kesilapan membentangkan kos untuk sebuah projek mega yang mampu memberi kesan kepada pembayar cukai adalah tidak boleh diterima sama sekali. Perlu diingatkan bahawa Guan Eng bukannya mengurus sebuah kedai runcit kecil, tetapi sebuah negeri. Beliau bukan bercakap tentang belanjawan rumahtangga – duit poket anaknya atau wang dapur isterinya. Tetapi beliau bercakap tentang terowong mega yang kontroversi yang bernilai berbilion ringgit, kalaupun bukan berkenaan undi untuk memilih jawatankuasa yang akan membantunya menguruskan negeri.

Ini hanyalah beberapa kesilapan yang dapat kita dedahkan. Apakah agaknya yang akan kita jumpa jika meneliti secara terperinci angka-angka dalam pentadbiran Pulau Pinang. Dan apalah agaknya yang 'tersalah taip' atau 'masalah komputer' yang kita akan temui jika melakukan yang sama terhadap keseluruhan pentadbiran DAP.


Artikel kiriman Beruang Biru
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 28, 2013

Jika Nak Ukur Setakat Mana Otak Pas Anda Nilailah Bagaimana Tahap Akal Naib Presiden Mereka


Malang sungguh nasib orang-orang Pokok Sena, bukan setakat dapat ahli parlimen yang tidak reti mengeja, malah buta ilmu pengetahuan pula tu....

Dulu dia menjadi bahan gelak ketawa kerana nak eja LUNCH pun tak pandai, kemudian kena tipu dengan pembekal maklumatnya hingga dia panggil sidang media kononnya untuk membuat pendedahan pasal IC. Akhirnya surat yang didedahkan surat palsu.

Semalam pula dia panggil sidang media kononnya nak jadi hero nak balun Najib. Akhirnya kebodohannya yang terserlah. Kalau anda nak nilai setakat mana akal parti Pas, cukuplah dengan anda menilai akal Mahfuz.

Berikut adalah apa yang dikatanya dalam sidang media semalam,
Perdana menteri kini melakukan 'jenayah demokrasi' apabila bertindak menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas mandat lima tahun kerajaan sekarang berakhir pada 8 Mac lalu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata, walaupun mandat lalu telah tamat, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak masih belum mengembalikan kuasa untuk memilih kerajaan baru kepada rakyat dengan menangguhkan pilihan raya umum.

"Saya anggap ini satu jenayah demokrasi yang dilakukan BN bagi memastikan mereka terus berkuasa," kata Mahfuz pada sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.

Saya tak mahu menulis banyak-banyak perkara ini, anda lihatlah video dibawah.


Kalau Najib melakukan jenayah demokrasi kerana tidak membubarkan parlimen, bukankah Khalid Ibrahim, Nik Ajis, Azizan Razak dan LG Eng juga melakukan jenayah demokrasi ?

Lain kali sebelum nak bercakap pi cari tempurung kelapa dulu kencing dalam tu dan tilik muka kamu dan tanya diri kamu sendiri samada kamu cukup akal ke tidak untuk bercakap ?

Jangan lupa bersihkan jenayah moral Anwar dulu ya....

Macamana orang ramai nak percaya Pas boleh memerintah lebih baik daripada BN kalau naib presiden mereka pun tiada akal hinggakan bila tempoh tamat dirinya sendiri bergelar YB pun dia tak tahu ?

Kalau rasa Najib dah lakukan jenayah demokrasi , kenapa kamu tak letak jawatan pada 8 Mac lepas ?


BODOH 

Senarai 13 Perkara Akan Berlaku Menjelang PRU 13


Video Nurul Izzah:Tiada Beruk Tiada Kera Tiba-Tiba Pokok Bergoyang

Tidak semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.

Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya. Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.

Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.

Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?

Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.

Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap mengenainya.

Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya. Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota. Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.

Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR. Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.

Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin. Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya. Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.

Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja. Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.

Justeru, adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri. Lagipun, dari kata-kata Saifuddin, tampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya, kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.

Cuma kita kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka? Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya?

Apapun, kita pasti, bangga atau tidak, Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya.

Bagi Nurul Izzah pula, kita menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka, semata-mata untuk meraih simpati politik?


Artikel kiriman Beruang Biru

Baca juga artikel berkaitan di sini

Wednesday, March 27, 2013

Video:Artis Cina Antarabangsa Menyanyi Lagu Patriotik Malaysia Dalam Rancangan TV Taiwan


Lihat video di bawah


Mengikut mymassa ketiga-tiga mereka adalah artis antarabangsa yang lahir di bumi Malaysia....

Apa komen anda ?

PKR Angkat Taraf Papa Homo Setaraf Nabi Pula

Parti Keadilan Rakyat hari ini membandingkan pimpinan parti itu kepada Nabi Yusuf dan tokoh-tokoh terbilang Islam yang difitnah dengan tuduhan salah laku seks.

“Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA semuanya diuji dengan dakwaan seksual. Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah.

Itulah yang dikatakan oleh lelaki Saifuddin Nasution semalam seperti yang dilaporkan Antara Pos di sini.

Dah naik taraf Nabi beb....

Halo Din, tak payah nak disamakan dengan Nabi lah.....Nabi pun tak mengaku kaum luth sebagai umatnya. Kau bikin malulah Din....

Baca ulasan berikut di sini

SMS Dalang Lahad Datu Berhubung Dengan Geng Kiram Dikesan


SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. 

Baca pendedahan selanjutnya di sini

Khalid Ibrahim Jadi Sewel Kerana Najib

Bukan sekali, bukan dua kali malah berkali-kali sebelum ini Khalid Ibrahim berkata Selangor akan mengadakan pilihan raya berasingan dari pusat. 

Kita masih ingat lagi tahun lepas Khalid Ibrahim ugut PM bahawa dia tidak akan bubarkan Dun sekiranya Najib bubarkan parlimen.

Awal tahun ini pula dia kata sekiranya Najib tidak bubarkan parlimen maka dia akan bubarkan Dun Selangor selepas Chap Goh Mei.

Tetapi sampai hari ini pun dia tak bubar-bubar dan asyik mendesak Najib pula supaya bubarkan parlimen. 

Semalam pula dia kata kalau Najib tak bubarkan juga parlimen maka dia akan bubarkan Dun Selangor pada 22 April ini. 

Itu bukan bubar lah Khalid oiiiii.....itu akan terbubar dengan sendiri. Kerana 22 April hari genapnya lima tahun kerajaan kau dan Dun akan terbubar dengan sendiri.

Dah sewel beb.....

Dulu mereka nak mainkan Najib kononnya nak adakan pilihan raya berasingan, nak bubar lambat, nak bubar awal. Sekarang pula setiap hari minta Najib bubarkan parlimen. 

Tanpa perlu bercakap banyak, tanpa perlu menyerang mereka, tanpa perlu mengugut mereka, sekarang mereka dah sewel menunggu hari pembubaran parlimen dan Dun. 

Bijak tak Najib ?
 
Selanjutnya sila baca di sini

Tuesday, March 26, 2013

Rosmah dan Azizah - Ini Fakta dan Realiti

Cerita-cerita seperti Rosmah kawal Najib, Rosmah PM dibelakang tabir, apa yang Najib nak buat semuanya kena dapat kelulusan Rosmah. Sekarang pula bila masuk musim pilihan raya timbul pula cerita Najib tidak bubarkan parlimen kerana Rosmah halang. Semua nama-nama calon ditentukan oleh Rosmah. Dipendekkan cerita, maksudkan mereka cuba memberitahu rakyat Malaysia bahawa Rosmah berkuasa dalam segala hal dan PM akan ikut apa yang Rosmah kata. 

Rosmah dibandingkan dengan Wan Azizah kononnya Wan Azizah seorang isteri yang baik, isteri yang zuhud, isteri yang beriman. 

Sedar atau tidak rakyat Malaysia bahawa apa tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah selama ini adalah menjadi amalan Wan Azizah ? 

Rosmah yang tak pegang apa-apa jawatan dalam politik dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Wan Azizah yang paling berkuasa dalam PKR mereka pejamkan mata.

Isteri Najib yang tiada kuasa membuat sesuatu keputusan dalam Umno dituduh paling berkuasa, manakala bini Anwar yang terang-terang paling berkuasa dalam PKR, orang tak nampak.

Rosmah yang tidak ada kuasa untuk menentukan senarai-senarai calon BN dituduh paling berkuasa, Wan Azizah yang terang-terangan paling berkuasa menentukan calon-calon PKR mereka butakan mata. Bukan setakat tentukan calon malah berkuasa menandatangani watikah calon. Lihat pendedahan sel13.com di sini

Rosmah yang terang-terang kata beliau tidak akan sesekali bertanding dalam pilihan raya mereka kata Rosmah akan bertanding, Wan Azizah yang nak bertanding mereka kata itu amalan demokrasi. 


Rosmah digelar wanita puaka kerana dituduh mengamal ilmu hitam dan menggunakan bomoh. Tapi sampai hari ini pun tidak pernah ada satu bukti yang ditampilkan. Wan Azizah yang terang-terang bersekongkol menggadaikan kalimah Allah kepada bukan islam, diangkat sebagai muslimah beriman.

Rosmah tidak bertudung tetapi sehingga hari ini Rosmah masih mampu jaga dan didik anak-anak dia supaya tidak masuk ke gereja dan berkata orang islam wajar diberi kebebasan untuk menukar agama. Wan Azizah yang bertudung bukan sahaja gagal didik anak malah menyokong anaknya yang berkata orang islam wajar diberi kebebasan memilih agama dan dia diberi anugerah Sayyidatina Khatijah oleh ABIM. Sepatutnya dia diberi gelaran wanita celaka.

Dalam keluarga Najib hanya Najib seorang yang terlibat dalam politik. Isteri dan anak-anak beliau tidak terlibat dan memegang apa-apa jawatan dalam politik. Ini fakta dan realiti. Tetapi dalam keluarga Anwar habis anak beranak terlibat . Yang ini apa cerita ? Rakyat Malaysia tak nampak ke ? 

Cuba cari dalam dunia ini mana ada parti politik yang si suami sebagai ketua umum, isteri presiden dan anak pula naib presiden ??? Siapa yang jumpa cari dan disahkan betul, saya akan tutup blog ini. 

Pernahkan anda lihat Najib dan Rosmah buat sidang media begini ?
Pernah anda lihat Rosmah buat sidang media angkut pengerusi parti komponen BN, MB dan ahli parlimen seperti yang Wan Azizah lakukan ini ? 
Laki bini habis buat poster.....Dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia tidak pernah berlaku perkara sebegini.  

Papa Gomo Hilang ! Rumah Ditinggalkan Kosong


Kah....kah....kah....kah.....

Asal jambu Papa Homo buka mulut semuanya bohong.....

Kesian para-para wartawan semua.....asyik kena tipu dengan jambu Papa Homo ja....

Monday, March 25, 2013

Pada Pandangan Mata Saya Inilah Gambar Terbaik Sepanjang Peristiwa Lahad Datu


Dalam banyak-banyak gambar sepanjang peristiwa Lahad Datu gambar inilah yang betul-betul saya minat dan pada pandangan saya inilah gambar terbaik. 

Salam itu bukan sekadar salam antara seorang anggota tentera dengan PM tetapi ianya membawa makna lebih daripada itu dan sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.

Kah...kah...kah...kah...Satu Lagi Projek Menipu Rakyat Kelantan

Dua tahun lepas atau lebih tepat bukan Mei 2011 kita masih ingat bagaimana dengan penuh gah Nik Aziz mengumumkan mereka akan membina sebuah stadium islam di Kelantan. 
KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Harakahdaily

Kita tunggu punya tunggu punya tunggu sampai Mat Yo yang handal main bola dulu dah jadi kaki bangku sekarang masih tak nampak-nampak batang piling stadium. 

Tup....tup....tup....esok lusa dah nak pilihan raya tiba-tiba muncul iklan satu muka surat penuh di akhbar Sinar Harian hari ini.

Mula-mula ambo pun marah juga kerana ingatkan orang iklan jual ubat kuat letak gambar tok gAru ambo yang suci dan mulia itu. Rupanya-rupanya berikut....


Batu asas jambatan yang diletak 17 tahun lampau

Kah....kah....kah....kah....kah....kah....kah....kah....kah.....satu lagi projek Pas menipu orang-orang Kelantan. Selepas dua tahun umum , esok lusa dah nak mengundi baru nak pecah tanah beb......pecah tanahhhhhhhhh.......

Kalau jambatan Palekbang yang diletak batu asas 17 tahun lalu sampai hari ini tidak nampak bayang, agak-agak anda berapa lama lagi pula nak kena tunggu untuk pembinaan stadium islam selepas majlis pecah tanah hujung bulan ini ? 

Patutlah sekarang di Kelantan orang panggil kerajaan Nik Aziz adalah kerajaan batu asas dan kerajaan pecah tanah.

Baca selanjutnya kisah-kisah dongeng Pas di Kelantan di sini.

Kalau PM Tidak Sah Maknanya Semua KM dan MB Yang Lain Tidak Sah-Pengerusi SPR


Kepada soalan tentang kerajaan yang ada sekarang telah tamat tempoh seperti yang diperkatakan , Pengerusi SPR , Tan Sri Aziz telah menyatakan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang sah kerana penggal pemerintahannya akan berakhir pada 28 April.

Ini kerana perkiraan tempoh lima tahun sesebuah kerajaan baik di peringkat pusat atau negeri dikira bermula dari hari persidangan pertama Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

“Jika Perdana Menteri tidak sah maknanya semua Ketua Menteri dan Menteri Besar yang lain tidak sah” , ujar Tan Sri Aziz.



Beberapa hari yang lepas saya pun dah tulis pasal perkara berkenaan di sini 

Hari Ini Anak-Anak Bergembira Dengan Ayah Esok Pula Anak-Anak Bersedih Di Sisi Jenazah


Hari ini adalah Hari Polis yang ke 206....

Saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Polis kepada seluruh warga PDRM.

Jasa dan khidmat kalian semua tetap ku hargai sampi bila-bila.

Kepada rakan-rakan pembaca pula saya nak minta satu perkara daripada anda...

Kalau boleh dan kalau ada kemampuan, sebagai tanda kita menghargai khidmat dan jasa pasukan polis kita bersempena hari polis ini, saya nak minta anda semua lakukan sedikit pengorbanan kecil.

Bukan nak minta anda pergi berdepan dengan penjenayah yang sedang merompak bank....

Bukan nak minta anda pergi bertempur dengan puak-puak kiram....

Bukan nak minta anda berdiri tengah panas dan hujan melakukan sekatan jalan raya....

Bukan nak minta anda ronda kawasan rumah kita jam 2-3 pagi....

Cuma nak minta satu ja...

Belilah kek sebiji dan hantarlah ke Balai Polis berdekatan rumah anda sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Kalau tak mampu nak beli kek besar, belilah kek kecil....

Tak dapat hantar hari ini hantar esok. Tak dapat esok hantar lusa....

Kalau tak mampu dan tak dapat juga jangan memaksa diri anda dan doakan agar mereka selamat serta sedekahkan Al Fatihah kepada anggota yang telah pergi. 

Walaupun mereka bekerja dan dibayar gaji tetapi kita perlu fikirkan juga tentang risiko yang mereka akan hadapi dalam menjalankan tugas menjaga negara dan menjaga kita. Itulah yang dinamakan pengorbanan....

Mereka keluar rumah pergi kerja belum tentu mereka dapat balik dengan selamat....

Malam ini anak-anak mereka bergembira dengan ayah boleh jadi malam esok anak-anak mereka menangis pilu disisi jenazah.

Hari ini isteri mereka memasak untuk suami boleh jadi esok isteri mereka memasak untuk jamuan majlis tahlil pula.

Kita tahu sesiapa pun akan mati apabila tiba masanya. Tetapi mereka lebih terdedah kepada risiko berbanding kita. 

Mungkin ada yang kata siapa suruh mereka kerja polis ?

Kalau mereka tak kerja polis siapa lagi yang nak kerja kalau semua tak nak masuk polis kerana bimbang risiko ?


Pahang dan Perak Dah Gaduh-Sekarang Giliran Terengganu dan Kelantan Pula

Dalam tempoh seminggu empat kes mereka bergaduh kerana berebut kerusi....

Seminggu empat kes beb....itu parlimen belum bubar lagi.....kalau dah bubar nanti tak tahu nak katalah....

Kes 1 di Pahang - Lihat sini

Kes 2 di Perak - Lihat sini

Kes 3 di Terengganu


Kes 4 di Kelantan


Apa yang Nik Aziz kata ?
"Kalau orang sini tanding Bebas, DAP jugak akan tanding Bebas kalau dia tak setuju bagi kerusi kepada orang Pas. Kawasan yang diberi kepada Pas tapi DAP tak setuju maka dia bertanding Bebas. Tak jahanam habis.

"Kerusi bagi kepada Pas tapi DAP tak setuju. Apa erti kita berjemaah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Sinar Online

Saya tak mahu kata apa-apa tentang perkataan yang dihitamkan itu, cuma saya nak letak komen seorang pembaca Sinar Harian berhubung berita berkenaan.
UMNO yang menjadi parti dominan dalam BN dikatakan kafir....PAS yang menjadi makmum saf paling belakang dan berimamkan DAP " BERJEMAAH" pulak katanya....sesat larat

A'an Shaff

Nampaknya doa KO BN, HANCUR UMNO hampir memakan diri sendiri....

Sunday, March 24, 2013

Dulu Kutuk dan Caci Sekarang Keluar Fatwa Pula


Tahun 2010 siapa yang kata, apa ada dengan melayu ?

Siapa yang kata tidak bangga jadi melayu ? 

Siapa yang pernah kata dia mahu orang cina menjadi MB Kelantan ? 

Tidak lain tidak bukan adalah Tuan GAru MB Kelantan yang ada sekarang ini....

Dah puas hina , kutuk dan caci melayu, hari ini mereka keluarkan fatwa pula melayu WAJIB sokong mereka. 

Oleh yang demikian berhati-hatilah dengan Parti Ajaran Syaitan.  

Janganlah sesekali anda disesatkan atau tersesat bersama mereka. 

Kronologi Penglibatan Dalang Insiden Lahad Datu Didedahkan


Bukan rahsia lagi kerana semua orang dah tahu siapa dalang disebalik insiden Lahad Datu....

Kerana barua seorang itu 10 nyawa orang kita melayang....

Kerana barua seorang itu isteri-isteri mangsa terpaksa menjadi ibu tunggal sekelip mata....

Kerana barua seorang itu anak-anak kecil terpaksa menjadi anak yatim kerana bapa mereka gugur di medan perang....

Kerana barua seorang itu berapa banyak wang negara yang terpaksa kerajaan keluarkan untuk Operasi Daulat ?

Sekarang segala pergerakkan barua itu dalam usaha untuk menghuru-harakan negara telah terdedah. Klik di sini

Saturday, March 23, 2013

KANTOI ! Rupanya Rafizi Pengundi Hantu....

Semalam dia nak jadi hero kononnya Papa Gomo pengundi hantu....

Kah....kah....kah....kah.....akhirnya hari ini jambu Papa Homo kantoi....

Rupanya dia sendiri pun pengundi hantu.....


Selanjutnya klik di sini

Video:Macai Papa Homo Meroyan Bila Ditanya Kenapa Saman Papa Gomo Sahaja


Kah....kah....kah....jambu buat sidang media nak jadi hero, akhirnya terperangkap dengan soalan maut.




Lagi dia nak kelentong saman Papa Homo terhadap Papa Gomo adalah saman keseluruhan termasuklah dalam isu china doll.

Bila masa saman keseluruhan woi ? 

Kalau tak percaya boleh lihat apa yang Papa Homo saman di sini

Nak kelentong cicak-cicak mengkarung dan pendekar-pendekar tempang PKR boleh lah....

Bila dah kantoi pakai ayat Quran sebagai hujah untuk lari soalan....

Katanya berita dari Papa Gomo sebagai seorang bekas banduan kena berhati-hati....

Bagaimana pula dengan berita dari Papa Homo yang juga bekas banduan ?

Panggil sidang media kononnya nak dedahkan pasal Papa Gomo kemudian bila ditanya soalan kata pula Papa Gomo bukan isu kerana tiada entiti.

Kah...kah...kah....kah....

Berapa cabang agaknya lidah dia weh ???

Mereka baru tersedar gamaknya bahawa tindakan Papa Homo menyaman Papa Gomo membawa lebih banyak kemudaratan kepada mereka dan lebih menguntungkan Papa Gomo. 

Terlajak perahu boleh undur terlajak perbuatan kau tanggunglah...

Berita berkaitan boleh dibaca di sini

Friday, March 22, 2013

Menyedari Moralnya Teruk Anwar Tinggalkan Kawasan Melayu Dan Lari Ke Kawasan Cina


Pengumuman Anwar untuk ‘lari’ ke Perak dalam PRU-13 dilihat sebagai bukti kegelabahannya dalam mencari tempat untuk kembali ‘bertapak’ dengan kemas. Akhir-akhir ini, kaki Anwar tidak lagi teguh berdiri dan sering kali longlai dan terketar-ketar dalam usahanya meneruskan larian ke Putrajaya.

Insiden Lahad Datu yang diharapkan dapat membantunya mengelak dari terus berlari nampaknya hanya menyebabkan kakinya hampir lumpuh terkena tembakan sendiri. Langsung Anwar tidak menyangka yang insiden Lahad Datu yang dirancang begitu rapi sejak sekian lama dengan bantuan berbagai pihak boleh gagal sama sekali dalam masa yang singkat sahaja.

Bayangkan saja yang berhadapan dengan kerajaan BN di Lahad Datu, bukan sahaja pengganas Sulu atau MNLF dengan bantuan senjata dan kewangan yang besar yang sudah tentu dibekalkan oleh pihak yang ‘besar’ juga, tetapi juga jin dan syaitan, berdasarkan apa yang didakwa oleh pengganas sendiri serta pengalaman anggota keselamatan, termasuk penduduk tempatan.

Dengan bantuan dan sokongan yang sebegitu hebat, Anwar begitu yakin yang beliau tidak perlu menghadapi Pilihanraya tetapi hanya perlu menunggu keadaan di Sabah menjadi parah dan ramai penduduk mati sehinggakan kerajaan dipersalahkan, lalu menjadi lemah. Seterusnya, tekanan akan dikenakan oleh kuasa besar sehinggalah akhirnya mereka masuk campur dalam urusan negara.

Nampaknya, walaupun telah berkali-kali diberi peringatan bahawa ada kuasa yang jauh lebih besar segala kuasa besar di dunia, Anwar tetap memilih untuk lupa mengenaiNya. Anwar tidak lagi berpegang kepada qada dan qadar, jauh sekali pasrah dan akur dengan ujian dan dugaan yang menimpa dirinya akibat kerap mencabar ajaran Islam yang dianggap tidak ‘bersesuaian’ dengannya. Sehingga ke satu tahap, Anwar juga telah menolak hakikat semulajadinya.

Justeru, Anwar nekad untuk terus mencabar takdir dan meneruskan perjalanan ke Putrajaya, dengan mencari kawasan baru. Sumber-sumber dalaman yang kini sudah mula tersebar membawa berita yang Anwar tidak lagi yakin boleh menang di kawasan Melayu memandangkan semakin ramai yang sangsi dengan ‘kesucian’nya.

Penolakan PAS terhadap Anwar juga semakin ketara terutama di dalam Sambutan 5 Tahun Pemerintahan PR di Pulau Pinang, di mana tiada dari pemimpin PAS yang kelihatan. Selain Nik Aziz yang nyanyuk menaruh harapan terhadap Anwar, pemimpin PAS lain sudah tidak sanggup lagi duduk sepentas bersama Anwar.

Oleh itu, Anwar dikatakan akan mencuba nasib kawasan majoriti Cina. Antara yang disebut-sebut ialah Parlimen Ipoh Timur yang disandang oleh Lim Kit Siang, memandangkan Lim Kit Siang sendiri akan ‘lari’ ke Gelang Patah. Jika benar, maka Anwar mungkin akan bertemu dengan Ahli Beliawanis MCA Pusat yang dikatakan mempunyai rekod kerja yang amat cemerlang.

Parlimen Ipoh Timur mencatatkan pecahan kaum seperti berikut: Melayu 13.09%, Cina 81.07%, India 5.27% dan Lain-lain 0.57%. Pada PRU-12, Kit Siang menang dengan majoriti 21,942 undi, tetapi Bapa kepada Tokong DAP ini tetap memilih untuk ‘lari’ mungkin atas kesedaran bahawa beliau tidak membawa apa-apa jasa ke kawasan tersebut.

Ahli politik yang berkhidmat dengan baik, bersih dan tidak bermasalah dengan pengundi di kawasannya tentu sekali tidak ingin bertukar kawasan bertanding. Hanya ahli-ahli politik yang jelas tidak berjasa, tidak bekerja, tidak bersih dan bermasalah sahaja yang akan lari ke sana ke mari mencari tapak baru untuk terus berdiri setiap kali PRU. 


Dalam kes Anwar, beliau terpaksa mencari kawasan di mana pengundi tidak akan mempertikaikan orientasi seksnya yang mana beliau sendiri keliru dan sukar untuk menjawabnya sepertimana yang boleh dilihat sendiri dalam wawancara beliau dengan radio BFM baru-baru ini. Dan mengikut congakan Anwar, kaum Cina dijangka tidak begitu mengambil kisah tentang masalah homoseksual atau biseksualnya.

Lagipun, kaum Cina sehingga kini dilihat masih menaruh harapan yang tinggi kepada DAP untuk merealisasikan ketuanan Cina sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang. Justeru, kemungkinan yang mereka memilih Anwar adalah tinggi, kerana yang penting bagi mereka ialah Pakatan Rakyat. Memandangkan Anwar telah pun memperhambakan diri kepada Yahudi, maka tentulah beliau juga lebih dari bersedia untuk memperhambakan diri kepada Cina serta bersedia menjanjikan apa saja, bulan bintang dan tanahair, asalkan mereka dapat meletakkan dirinya di takhta Putrajaya.

Namun, kita percaya, walaupun majoriti pengundi Ipoh Timur mungkin tidak begitu mengambil peduli tentang kecelaruan orientasi seks wakil rakyat mereka, tetapi kita percaya mereka tetap peduli tentang kredibiliti dan integriti wakilnya.

Tindakan ‘lari’ kawasan, sudah cukup untuk membuktikan yang wakil rakyat itu tidak mempunyai rekod yang baik sehinggakan telah ditolak pengundi, walaupun di tempat yang paling selamat baginya sebelum ini.

Logik akal, sekiranya, rakyat kawasannya sendiri sudah menolaknya, sudah tentulah bodoh bagi rakyat kawasan lain pula untuk mengundinya. Pandangan penulis, mungkin lebih baik Anwar bertanding di Filipina saja, untung nasib dapat menggantikan Sultan Sulu tanpa bertanding.


Tulisan kiriman Beruang Biru

Papa Gomo Pengundi Hantu ? Betul Ke ? Penting Ke ? Mari Tengok



Hari ini pencacai Papa Homo buat sidang media pasal Papa Gomo....

Kononnya Papa Gomo pengundi hantu.....

Sekarang anda lihat dua keratan dari laman web SPR seperti diatas....

Keratan pertama menunjukkan individu berkenaan bernama WAN MUHD AZRI BIN WAN DERIS. Tarikh lahir 08 APRIL 1983.

Keratan kedua menunjukkan individu berkenaan bernama WAN MUHAMMAD AZRI BIN WAN DERIS. Tarikh lahir 21 Januari 1983.

Lain kali kalau nak buat kerja kena smart Rafizi....Jangan gelojoh nak jadi hero......

Papa Gomo pengundi hantu ke, Papa Gomo hantu ke , yang penting dia seorang yang hebat dan berjaya menggegar Anwar. Kalau dia tak hebat Anwar tak saman. 

Anwar patut malu sebab pergi saman hantu....

Rafizi tak payah nak bercakap pasal moral blogger pro Umno lah. Buat malu ja.....

Moral Anwar sebagai pemimpin PKR lagi teruk beb. Liwat sana, liwat sini, langgan pelacur....


Papa Gomo Kini Setaraf Calon PM


Tanya sama Anwar
Apa sebab runsing
Nanti jawab Anwar
Gomo bikin pening


"Bila I tolak daripada Segambut datang menggigil tau"...kah....kah....kah.....kah....itulah antara ayat-ayat awal dalam video yang disiarkan Papa Gomo semalam yang menunjukkan babak-babak permulaan seorang lelaki sedang mengayat seorang lelaki. Uwekkkkkkk......geli beb......geliiiiiiiiiii............

Apabila tersiarnya video tersebut semalam pendekar-pendekar tempang mereka sudah siap sedia dengan alasan mereka bagaimana nak pusing cerita video berkenaan supaya orang tak percaya. Macam-macamlah alasan yang mereka bagi. Tapi sayangnya alasan-alasan mereka itu hanya dipercayai oleh puak-puak mereka sahaja. 

Selepas itu mereka cuba nak jatuhkan kredibiliti Gomo, kononnya Gomo bekas banduan, dipenjara kerana kesalahan rasuah.

Kah....kah....kah.....kah....kah.....

Kalau benarlah sekali pun Gomo orang yang mereka dakwa dipenjara kerana kesalahan rasuah, apa masalahnya. 

Anwar Ibrahim pun bekas banduan. Dipenjara dengan kesalahan yang lagi hina iaitu rasuah salah guna kuasa semasa memegang jawatan nombor dua dalam negara dan juga kesalahan meliwat

Jadi kalau benarlah Gomo bekas banduan, eloklah tu....sekarang biar bekas banduan berentap dengan bekas banduan. 

Seorang bekas banduan yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi PM. Manakala Gomo pula tidak mempunyai apa-apa cita-cita politik hatta untuk menjadi wakil rakyat sekali pun.

Apa sahaja yang mereka nak buat mereka boleh buat. Yang penting Gomo kini seorang yang hebat. Siapa yang menghebatkan dia ? Tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim. Kalau Gomo tak hebat dia tak akan saman. 

Lawan Anwar sekarang bukan lagi Datuk Najib. Lawan Anwar adalah Papa Gomo. Jadi selepas ini tidak perlu lagi nak cabar Datuk Najib berdebat. Padan kau berdebat dengan Gomo ja....

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Daripada seorang blogger jalanan yang belajar berblog dengan menggunakan buku kini martabat Gomo naik taraf sehingga sama dengan calon PM sebuah negara. Kelas beb....

Mana tak kelasnya beb, kalau dulu Anwar sering diburu media asing untuk mereka mendapatkan bahan berita. Kini siapa sangka seorang blogger jalanan seperti Gomo dihubungi media asing untuk mereka mendapatkan bahan berita. Kelas beb....

Martabat Anwar kini telah jatuh hina sehinanya. Daripada orang besar yang berada di atas kini jatuh hina dan berentap dengan seorang blogger jalanan. Malu beb......maluuuuuu......

Thursday, March 21, 2013

Hari Khamis Dan Malam Jumaat Yang Panas Untuk Anwar


Kalau nak diikutkan jam 4 petang ini akan tamat tempoh 48 jam tempoh yang diberikan Papa Gomo kepada Anwar Ibrahim.

Apa yang akan jadi petang ini saya pun tidak pasti lagi kerana sejak petang semalam saya gagal berhubung dengan Papa Gomo.

Kalau kita sendiri pun memikirkan apa yang akan jadi selepas jam empat petang ini, bagaimana pula agaknya perasaan Anwar sekarang ?

Tengah-tengah Anwar dok menggelebah tunggu apa yang akan terjadi petang ini, tup...tup...tup...tanpa disangka tanpa diduga geng Datuk T pula yang muncul pada satu sidang media sekejap tadi ?

Anwar lagi menggelumpur beb....

Lihat sini

GTP dan ETP:Antara Penjual Ubat Kaki Lima Dengan Penjual Ubat Dalam Farmasi


Disaat Anwar Ibrahim dan konco-konconya sedang memproses fitnah setiap malam terhadap PM, dan tanpa mempedulikan PM terus dengan agendanya tranformasinya dalam usaha untuk memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat. 

Alhamdullilah, walaupun baru empat tahun apa yang dilaksanakan PM  nampaknya dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah menunjukkan keputusan yang baik. 

Itu baru empat tahun, cuba bagi lima tahun lagi nak tengok....pasti akan lebih hebat daripada apa yang ada hari ini.

Mungkin ada orang yang tanya apa ke benda itu GTP, ETP ? Hidup aku begini juga....dapat gaji habis....dapat gaji habis....

Kita tak tahu apa ke bendanya sebab kita tak ambil tahu....

Kita lebih seronok dengar khabar angin dan fitnah dari dengar fakta dan angka....

Tapi bagi orang ekonomi mereka lebih nampak dan lebih tahu semua ini sebab setiap hari mereka bergelumang dengan perkara ini. 

Cuba kita duduk diam-diam dan renung balik hidup kita. Cuba kita fikir balik kehidupan kita dulu dan hari ini. Dulu kita hanya mampu meleleh air liur atau sekali-sekala telan air liur apabila kita lihat orang pakai telefon bimbit, orang pakai komputer riba. Hari ini kita ada tak semua itu ? 

Mungkin ada orang yang kata, itu semua aku dapat dari hasil duit aku bekerja...

Ya betul ! Tapi kalau ekonomi teruk kau boleh dapat kerja ke ?

Bila kau tak dapat kerja , kau boleh dapat gaji ke ? 

Kalau kita malas sangat nak fikir atau nak menelaah pasal perkembangan ekonomi negara, satu benda mudah yang kita boleh ambil untuk buat ukuran. 

Lihat kenderaan atas jalan raya....bandingkan 10 atau 5 tahun dulu. Sekarang ini lebuh raya tiga lorong pun tak dapat dah nak menampung kenderaan. Hujung minggu pula kalau kita berjalan, berhentilah di R&R di lebuh raya. Nak duduk makan pun berebut tempat. Kalau ekonomi tak bagus orang tak berjalan sebab takde duit. 

Soal barang naik harga. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Berlaku di seluruh dunia. Orang yang kerja di kilang-kilang yang mengeluarkan barang pun nak naik gaji juga. Mereka pun nak beli samsung note, i pad dan sebagainya juga. Tak kan mereka kerja tahun 70/80an dengan gaji RM 300 , sampai hari ini pun gaji mereka 300 juga ? 

Itu pasallah kerajaan buat Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk memastikan pendapatan kita terus meningkat seiring dengan perubahan atau kenaikan kos sara hidup sekarang.

Kalau anda nak percaya cakap Anwar ibarat anda percaya orang yang jual ubat di kaki lima. Mari...mari....mari....ini ubat bagus. Boleh sembuh penyakit dalam masa 24 jam. 

Najib pula orang yang jual ubat dalam farmasi....

Antara orang yang jual ubat di kaki lima dengan orang yang jual ubat dalam farmasi, siapa yang anda nak percaya ? 

Saya tak nak bercakap banyak lagi....

Segala bukti, fakta dan angka ada. Anda lihat dan anda fikirlah sendiri. Klik sini

Tindakan DS Rosmah Keluarkan Buku Satu Langkah Yang Betul

Selasa petang saya turut menghadiri pelancaran buku Datin Seri Rosmah Mansor di Kuala Lumpur. Yang mana pelancarannya disempurnakan oleh Tun Dr M. 

Dalam ucapannya Tun Dr M telah menyentuh tentang pentingnya penulisan sesebuah buku. Namun katanya tidak ramai orang yang mahu menulis. Beliau berkata buku itu penting dan diedar-edarkan ke sekolah-sekolah kerana dalam 100-200 tahun pun ianya masih boleh dijadikan rujukan.

Menyentuh tentang buku Datin Seri Rosmah, Tun berkata ianya wajar kerana Rosmah menjawab banyak perkara dalam buku itu tentang fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya. Dengan cara itu orang dapat membaca sendiri jawapan Rosmah dan sudah tentu berbeza dengan apa sering difitnah kepadanya. 

Selesai pelancaran buku dan ketika sedang bersesak dalam kesesakan lalu lintas untuk di KL untuk pulang ke rumah, saya membuka telefon dan melihat malaysiakini telah mengeluarkan berita yang bertajuk Dr M cadang edar buku Rosmah ke sekolah. 

Tepuk dahi jugalah saya melihatnya....

Nak buat macamana, itulah yang dinamakan media spinning....

Berbalik kepada kisah buku berkenaan....

Langkah Datin Seri Rosmah mengeluarkan buku berkenaan adalah satu langkah yang tepat kerana terlalu banyak sangat tuduhan yang dilemparkan ke atasnya, dan dia perlu satu catatan untuk menyatakan penjelasan tentang dirinya. 

Saya telah membeli buku berkenaan pada hari pelancarannya dan isi kandungannya merangkumi pelbagai perkara kisah zaman kanak-kanaknya ke zaman persekolahan dan universiti, ke alam pekerjaan dan rumah tangga hinggalah ke menjawab satu persatu fitnah yang dilemparkan kepadanya selama ini.

Pada saya beliau telah menceritakan secara jujur tentang hidupnya dalam buku berkenaan termasuklah kenakalan beliau semasa zaman kanak-kanak dan remaja. Bagi sesetengah orang mungkin mereka hendak sorok perkara berkenaan, tambahan pula apabila orang itu orang-orang kenamaan. Standard mesti kena jaga....

Tetapi bagi Rosmah tidak pula. Baginya tidak ada apa yang perlu disorok. Semuanya diceritakan terus terang supaya masyarakat tahu. Apa yang orang nak kata atau nak tafsir terpulang pada mereka.

 Ada 13 soalan-soalan panas yang sering menjadi perbualan pembangkang ditanya dalam buku berkenaan. Daripada isu dia dituduh sebagai PM Malaysia kepada isu Altantuya hinggalah kepada isu pembelian cincin. Satu persatu dijawab oleh Rosmah. 

Dalam hal ini Rosmah memiliki keberanian yang jauh lebih hebat kalau nak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim yang apabila ditanya samada dia seorang homoseksual atau biseksual, tak boleh nak dijawab ya atau tidak. 

Teringat pula kisah bagaimana Wan Azizah dan Nurul Izzah kelam kabut dan pucat muka apabila ditanya wartawan tentang jam tangan Anwar. Nasib baiklah ada Khalid Ibrahim waktu itu yang menyelamatkan keadaan. 

Apabila malaysiakini keluarkan berita yang mengatakan Tun Dr M cadang buku Rosmah diedarkan ke sekolah-sekolah, macam biasalah pencacai-pencacai mereka yang seperti burung merpati ditabur beras , pakat-pakat patuk Tun dan Rosmah. 

Di celah-celah pencacai mereka itu terselit satu komen seperti dibawah....


Insyaallah selepas ini jika ada kelapangan saya akan cuba berkongsi dengan anda secara ringkas apa yang terkandung dalam buku berkenaan.


Wednesday, March 20, 2013

Bahaya Beb....Anwar Dan Konco-Konconya Kata Filipina Boleh Berunding Tuntutan Ke Atas Sabah


Semua orang dah tahu bahawa kerajaan yang ada pada hari ini iaitu kerajaan BN dibawah kepimpinan Najib Bin Tun Abdul Razak , Muhyiddin Bin Haji Yassin dan anggota-anggota kabinetnya tegas dengan pendirian mereka bahawa Sabah adalah milik Malaysia dan tidak ada sesiapa pun boleh menuntutnya.

Najib: Sabah wilayah sah Malaysia, akan dipertahan
LAHAD DATU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Sabah akan terus dipertahankan sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia dan tiada pihak yang patut mempertikai kedudukan mutlak itu.

"Soal Sabah dalam Malaysia tidak patut dipertikaikan oleh sesiapa.

"Jangan sesiapa memandang iltizam Malaysia bahawa Sabah adalah wilayah dalam Malaysia selama-lamanya. Tiada siapa yang boleh pertikaikan (sama ada) dari dalam dan luar negara.

"Kita akan pertahankan prinsip (Sabah di bawah Malaysia) dan hakikat ini secara mutlak," katanya kepada pemberita selepas meninjau dan mendengar taklimat Op Daulat di Felda Sahabat 16, Felda Sahabat, dekat sini hari ini.
  
Najib berkata soal hak milik Sabah dalam Malaysia tidak sepatutnya berbangkit kerana perkara itu telah termaktub dalam perundangan negara.

"Saya ingin tegaskan soal polemik sama ada Sabah sebahagian Malaysia bahawa isu itu telah dimuktamadkan sejak 1878 dan Sabah merupakan wilayah yang sah di Malaysia," katanya.

Malah beliau berkata Suruhanjaya Cobbold telah mendapatkan pungutan suara rakyat Sabah dan dua pertiga daripada rakyat negeri ini bersetuju menjadikan wilayah berkenaan sebahagian dari Malaysia.

Keputusan Suruhajaya Cobbold itu juga mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau berkata pungutan suara itu dibuat dengan cara demokratik dan atas faktor itu tiada sesiapapun yang boleh mempertikaikan perkara itu.

Justeru Sabah akan terus kekal menjadi sebahagian daripada Malaysia selama-lamanya, katanya.

Sinar Harian


Tetapi semalam apa pula yang Anwar kata ?

Filipina boleh terus berunding isu Sabah:Anwar
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini menjelaskan bahawa pihak Filipina boleh berunding mengenai tuntutan mereka ke atas Sabah, namun menolak penggunaan kekerasan untuk maksud itu.

Kenyataan itu bercanggah dengan pendirian Putrajaya yang menolak sebarang tuntutan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa diri mereka sebagai pewaris kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas tentang pendirian Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari yang bersekongkol dengan Jamalul Kiram III mengenakan desakan terhadap tuntutan negeri Sabah.

"Dalam kes rundingan seperti biasa boleh diteruskan...yang kita tentang ialah bila ada jenayah, pencerobohan, penjenayah menggugat keselamatan bumi Malaysia dan pencerobohan masuk Sabah.

Antara  Pos

Apa maksudnya apabila dia kata boleh berunding ?

Apabila dia kata begitu bermakna dia boleh berunding untuk menyerahkan keseluruhan Sabah atau sebahagian Sabah kepada Filipina. 

Noktah ! Sabah hak Malaysia....

Apa ke jadahnya lagi nak runding-runding ? 

Hak kita, milik kita, apa lagi nak dirunding-runding....

Rumah kita kalau ada orang lain nak mari tuntut boleh ke kita kata, kita boleh berunding asalkan jangan guna kekerasan.

Kepala otak kau !

Apa cara sekali pun samada berparang, berkapak, berpanah atau berpistol kita tetap pertahankan rumah kita. Apa lagi nak runding-runding sebab itu rumah kita. Runding nak suruh dia keluar dari rumah kita boleh lah...

Orang Sabah kena ambil serius perkara ini dan jangan sesekali beri satu undi pun kepada mereka dalam PRU akan datang. Jika tidak Sabah boleh terlepas kepada Filipina. Bukan orang Sabah sahaja orang-orang negeri lain pun sama. Risiko kita kehilangan Sabah boleh berlaku jika mereka dipilih sebagai kerajaan kerana Anwar boleh berunding dengan mereka berhubung tuntutan Sabah