Thursday, January 23, 2014

Debat Kalimah Allah: Sinar Harian Tidak Hormati Titah Agung


Saya tidak nafikan sesi perdebatan atau berhujah adalah antara platform terbaik dalam politik. Namun begitu ia perlu dilihat juga kepada tajuk yang diperdebatkan. 

Di negara kita antara pihak yang kerap menganjurkan sesi debat dan hujah adalah pihak akhbar Sinar Harian. 

Isnin akan datang Sinar Harian sekali lagi akan menganjurkan sessi debat. Kali ini melibatkan Noh Omar VS Khalid Samad. Tajuk yang diperbincangkan adalah berkenaan kalimah Allah. 

Di sini saya tak faham, dalam banyak-banyak isu yang ada kenapa pihak Sinar Harian memilih isu kalimah Allah untuk diperdebatkan ? Semua kita tahu sekarang ini bagaimana bangsa kita dan agama kita sedang diperlekeh dan dicabar oleh pihak-pihak musuh. Seolah-olah tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap bangsa dan agama, pihak Sinar Harian pergi menganjurkan debat berkenaan pula. Sedangkan pemilik Karangkraf adalah orang berbangsa melayu dan beragama islam. 

Yang islam sesama islam diletak berdebat di atas pentas….pihak musuh yang sedang berjuang menuntut penggunaan kalimah Allah pasti akan bertepuk tangan dan merangka strategi seterusnya bagaimana untuk memastikan mereka berjaya menggunakan kalimah Allah. 

Bukan sahaja seolah-olah tidak ada rasa tanggungjawab terhadap bangsa dan agama, dalam hal ini juga pihak Sinar Harian telah menderhaka kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung apabila melanggar titah Baginda. 

Baru sahaja beberapa hari lepas Baginda bertitah dan menegaskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif milik umat islam. Baca di sini

Agung selaku ketua tertinggi agama islam di Malaysia telah memutuskan begitu. Tak perlulah lagi kau nak debat-debatkan perkara berkenaan untuk mengeruhkan lagi suasana. 

Jika orang bukan islam dengan orang bukan islam yang berdebat melanggar perintah Agung kita tak pelik. Sekarang apa yang terjadi melayu islam (Sinar Harian) yang bawa melayu islam bertelagah pasal kalimah Allah di atas pentas. Apa punya bangang ni ? 

15 comments:

Anonymous said...

Saya pun heran
apa pasai depa mau pinjam Nama Allah, tuhan depa tak da nama ka?

Anonymous said...

Nak berdebat dengan khalid gereja tu buat ape? Ilmu Islam dia hebat sangat sampai bertaraf "Dr" ke? Udah Harun Din kata siapa yang benarkan orang bukan Islam guna kalimah Allah boleh jatuh kufur cukup la... Khalid Gereja ni nak jadi anggota Majlis Syura Ulama PASik pun tak layak la der....

Anonymous said...

Yg Sinar nak debatkan lagi ni apahal? Hormatlah sikit pada titah Agong tu! Puak2 DAP dan PAS memang dah tak reti. Tak usah dilayan!

salim hasan said...

ADA YANG SYORKAN TUKAR NAMA PAPER NI KEPADA SINAR PAKATAN .ELOK LE TU

salim hasan said...

ADA YANG SYORKAN TUKAR NAMA PAPER NI KEPADA SINAR PAKATAN .ELOK LE TU

Anonymous said...

Tambah sikit....tukaq jadi SINAR HARAM PAKATAN

Anonymous said...

Tiap hari dari lahir sampai tua Bangka nak mampus, mereka orang bukan Islam dan bangsa lain ni bertutur dalam bahasa Ibunda atau memanglah Bahasa Inggeris. Tup tup bila bible nak print dalam Bahasa Melayu. Siapa yang nak baca? Pulak tu nak guna nama yang mereka tahu di Semenanjung ni nama TUHAN ORANG MELAYU.

Semua hak orang Melayu mereka nak kacau, nak pertkaikan. Pope di Rome atau gereja Protestant di England ada kemaruk nak pakai Kalimah Allah ke? Pernah mereka guna kalimah Allah?

Tak pernah pun.

Tiba2 sekoyong2 datanglah sekumpulan Melayu jahil bahlul nak mempertahankan kononnya hak kebebasan berAgama.

Apa selama ni tak bebas berAgama ke? Adake yang menyekatkannya?

Nampak sangat belang masing2. Tak payah nak debat debat, buang masa je.

Dah ada fatwa, dah ada larangan dari Sultan.

Siapa langgar hokum SEBAT KHALAYAK ramai je...

Jangan bagi MUKA pada pencutus huru hara.

Ada seorang Melayu tak sedar diri tu kan...orang jadi pencutus Ummah dia nak jadi PENCETUS HURU HARA!!!!!!

Anonymous said...

nk debat,debat dgn kristian la.jgn tunjuk hero(bodo??) sesama ISLAM.para mufti ulama dh putuskan,dh bg dalil isu kalimah ALLAH ni.nk debat apa lg.xpyhla nk kona tajuk dr segi perundangan konon.yg mnganjur xdk akai,yg nk bdebat xckup akai.

benang basah said...

SEPATUTNYA.. KEDUA2 NYA .. TAK PAYAH BERDEBAT..
HASILNYA BANYAK KEBURUKAN DARI KEBAIKAN..
MEREKA BUKAN NYA PAKAR DALAM AGAMA PUN..

Anonymous said...

Mereka bukan pakar agama pun......
Sultan dan Raja dan Mufti dah beri fatwa dan penjelasan apa lagi yang mereka ni tak faham.....nak merosakan lagi akidah umat Islam ke???!!!

Anonymous said...

Dua orang ni hanya politician man hndak brckp hal2 ketuhanan takut tersasul bole jd kufur n kafir..xpyh mngarut...alquran pon x hafal lg nk brdbat hal tuhan..suh harussani bdebat ng hadi br ler btul..

Anonymous said...

Salam Bro,kesimpulan yang akua boleh buat ialah,Sinar Harian ini bengong,Noh Omar dan Khalid Gereja ini bebal.

Anonymous said...

Melayu keldai. .tak faham faham isu dah dah BEREH. .

Anonymous said...

Meka ni x phm bhs.. kata bodo marah tp lebih bangang kot.

Anonymous said...

Ingat Sinar Harian boleh merapatkan lagi perpaduan orang Melayu Islam, ini nampak mcm nak tambah panaskan keadan untuk pecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu seterusnya akan menguatkan lagi cabaran orang 'kafir' pada orang Melayu Islam......
Nak hancurkan Tanah Melayu Malaysia ke???