Thursday, January 23, 2014

Kadir Jasin Wajar Kencing Dalam Tempurung Dan Tilik Wajahnya


Kita semua tahu sebelum ini bagaimana Kadir Jasin membelasah PM tanpa henti. Seperti yang saya katakan sebelum ini, difahamkan kerana kegagalan PM meletakkan beliau di kerusi Pengerusi Media Prima. 

Setelah perkara ini terdedah kepada umum,tiba-tiba Kadir Jasin muncul dalam satu wawancara di portal Malaysia Gazette, mengatakan yang beliau tidak anti PM. 

Aikkkkk….lain macam bunyinya itu….

Wawancara beliau dalam portal berkenaan sangat berbeza dengan tulisan-tulisan beliau di blognya selama ini. Dalam wawancara berkenaan ianya memaparkan wajah sebenar A Kadir Jasin, selaku tokoh kewartawanan negara, walaupun ada beberapa perkara yang tidak betul dinyatakan beliau. Manakala tulisan-tulisan beliau di blognya selama ini tidak menggambarkan kedudukan dia yang sebenar kerana dipenuhi dengan perasaan geram dan dendam. 

Mungkin dia dah berubah kot selepas rahsianya terbongkar ???? 

Saya tidak kata kita tidak boleh kritik kerajaan atau pemimpin. Saya sentiasa percaya dengan kritikan kerana itu yang akan membuatkan kita lebih maju dan membantu kita mencapai kejayaan. Cuma saya  kata hendak menyampaikan kritikan itu harus betul. Apatah lagi dengan kedudukan orang seperti Kadir Jasin. 

Kadir Jasin dalam wawancara berkenaan membandingkan pemerintahan PM sekarang dengan zaman pemerintahan Tun Dr M. 

Kehebatan Tun Dr M tidak ada siapa yang boleh pertikai. Namun begitu kita harus ingat perbezaaan zaman Tun Dr M dengan zaman Najib. 

Zaman Tun Dr M rakyat berapa juta, zaman sekarang rakyat berapa juta ?

Zaman Tun Dr M berapa subsidi yang kerajaan tanggung setahun, zaman sekarang pula berapa subsidi yang kerajaan tanggung ? 

Zaman Tun Dr M semua berita di akhbar NST boleh dikawal oleh Kadir Jasin, zaman sekarang siapa yang boleh kawal internet ?

Zaman Tun Dr M tidak ada internet untuk membolehkan orang seperti Kadir Jasin membelasah kerajaan dan PM, zaman sekarang Kadir Jasin pun jadi budak-budak membelasah PM dalam blog kerana tak dapat jawatan. 

Zaman Tun Dr M, Anwar Ibrahim bersama-sama Umno dan BN, zaman sekarang dia bersama pembangkang. 

Zaman Tun Dr M, Anwar terkurung dalam penjara, zaman sekarang Najib bertarung dengan Anwar di pentas politik. 

Membandingkan zaman pemerintahan Tun Dr M dengan zaman pemerintahan Najib satu perkara yang tidak patut kerana ianya dua situasi dan dua zaman yang berbeza. 

Contoh, bilangan jualan akhbar NST di zaman Kadir Jasin berkuasa di syarikat itu lebih banyak daripada bilangan jualan akhbar NST dizaman sekarang. Bukan sebab Kadir Jasin hebat yang menyebabkan jualannya tinggi. Sebabnya pada masa itu rakyat tiada pilihan lain untuk mendapatkan berita selain daripada membeli akhbar. Zaman sekarang pula rakyat tak payah beli akhbar untuk dapatkan berita. Semua dah ada gajet dalam poket masing-masing. Sebab itu jualan akhbar versi cetak makin lama makin merosot. 

Kadir Jasin cuba menggambarkan dirinya seolah-olah dia pejuang rakyat dan merasai kesusahan rakyat di bawah. Jangan cakap banyaklah, kalau diri sendiri pun naik kereta jaguar dan rumah pula di kawasan elit. Jangan cuba nak berlakon dan menggunakan rakyat marhaen sebagai alasan untuk menghalalkan tindakan dia membelasah PM kerana gagal dapat jawatan. 

Dalam wawancara berkenaan juga Kadir Jasin cuba membelasah blogger-blogger Umno kononnya blogger-blogger berkenaan menyerang beliau di blog-blog pembangkang. 

Cuba Datuk nyatakan blogger mana yang menyerang Datuk di blog pembangkang ? 

Setahu saya tidak ada. Kami tidak buat perkara-perkara itu. Yang kami tahu adalah Datuk yang selalu memberi peluru kepada pembangkang untuk menghentam kerajaan dan PM. 

Datuk lihatlah dibawah ini atau di sini



Apa yang Datuk tulis itu semua adalah berita bohong. PM tidak pernah ke Australia untuk menyambut tahun baru. Itu semua adalah pembohongan Datuk semata-mata. Untuk menghalalkan pembohongan Datuk itu, maka Datuk berselindung disebalik komen pembaca. Sebagai seorang tokoh kewartawan Datuk sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada blogger-blogger lain. Bukannya Datuk sendiri pun main tulis berita yang Datuk sendiri tak pasti atau tak tahu. 

Datuk kata kami (blogger-blogger) tidak pernah membantu kepimpinan Umno. Tak mengapalah…kami terima. Maklumlah kami semua ini bodoh….kami bukan tokoh kewartawanan….kami bukan bekas ketua pengarang akhbar. Tapi Datuk sendiri pula berapa banyak membantu kempimpinan Umno dalam blog Datuk sejak beberapa tahun ini ? 

Cermin diri sendiri dulu Datuk. Kalau tiada cermin pergi kencing dalam tempurung kelapa dan tilik wajah Datuk dalam air kencing. 

Ingat Datuk….ingat….Datuk bukannya maksum sangat. Tunggu ja….

16 comments:

GMC said...

Sabar !! Sabar !! BRO...itu lumrah

Anonymous said...

Pemimpin jgn dipuji lebih2 takut lupa diri...bila di kritik jgn cepat melatah.... kaji dulu apa yg di kritik bukan siapa pengkritiknya...

RBF Online said...

Anon 12.26…

Setuju dengan anon. Tapi dalam kes ini orang yang mengkritik terlebih emo kerana kecewa tak dapat jawatan

Anonymous said...

kena ambil yang baiknya. dulu dengan sekarang memang berbeza. rakyat malaysia dah bertambah. yang berani sangat tawarkan brim sehingga peruntukkan pengurusan dan pentadbiran negara terpaksa diikat kenapa? berbelanja main sedap perut lepas itu baru nak ingat potong sana sini. akhirnya penjawat awam yg jadi mangsa nak laksanakan program pun dah kadi susah.....

ParitbuntarMari said...

Amat setuju dengan pendapat pendapat blogger RBF. Bila kecewa sanggup berpaling tadah. Tak ada maruah orang macam ni. Namun hakikatnya dalan Pakatan Rakyat banyak pemimpinnya bersikap begini. Bukan berjuang untuk rakyat tetapi untuk perut sendiri.

Yuseri Yusoff said...

KRITIK ORANG BOLEH, ORANG KRITIK DIA TAK BOLEH. PRINSIP APA DATUK A KADIR JASIN NI PAKAI?

Anonymous said...

apa salah nya jika apa yg dikritik tu betul...najib pun tak kisah...ada orang yg terlebeh kisah

Anonymous said...

Ada orang kata, lelaki ni kalau dah semakin tua, perangai dah sama macam budak-budak. Aku rasa Tok Kadir ni dah tua sebelum masanya. Merajuk bila tak dapat sesuatu... caranya meraung sepuas-puasnya dalam blog. Bila ditanya kenapa marah lain macam, dikatanya tak marah pun...

Iye la, mungkin tak marah... TAPI MERAJUK...

Lebih baik isytihar diri tu dah semakin menggemari Anwar macam sekor Tok Janggoat Putih Panjang tak sedar diri tu, kan senang...

Anonymous said...

najib sudah longlai, kata-kata kadir jasin jauh kebenarannya. aku sokong kadir jasin yang mengakui kekuatan zaman Tun Mahathir.

Apa-apa pun najib sudah dibayangi Rosmah.
Aku ahli umno mulai curiga kemampuan najib yang banyak retorik tentang pembangunan ekonomi negara.
Jika najib jahil pasal ekonomi dan menggunakan penasihat yang berkepentingan individulistik, maka kehancuran yang menanti kejatuhan najib.

Anonymous said...

Bro, ada citer pasal Kadir Jasin lagi ke lepas ni..? Macam tak abis lagi citer ni.

Anonymous said...

kalau najib jd pm masa zaman tun m dulu pun melingkup malaysia ni. walaupun masa tu takda internet takda anwar ibrahim. jgn jadikan tu alasan. bro. tak payah la lu nak ampu najib sangat. semua org pun tau dia GAGAL.

Anonymous said...

Memang la dia kritik betul...sbb tak asyukkk kLu asyukkkk dia pun cam cipan diam mondok ja .....bangsat baldigol

Anonymous said...

lu ni macam kena bayar dengan rosmah la bro......
Jangan buat malu orang UMNO la. Hardcore UMNO supporter will not sit down and do nothing if the party integrity is compromised.

Kalau lu biar ahjib gor dengan retorik dia.....UMNO akan hancuss.

Anonymous said...

Kafir Jasin ada maruah? Belasah PM ...ini la manusia chibai. ..

el halim said...

Aku tak tau kebenaran, yang mana satu betul..betul ka kadir belasah PM sbb tak dpt jawatan? Takkan sbb jawatan pun boleh tenyeh PM sampai tak cukup tanah..aku berpandangan mngkin kadir mahu menegur cara keras pula setelah teguran cara hemah tak jalan..hrp2 PM tak jadi mcm pak lah dulu..stage 2004 hebat, bila 2008 OUT!!

Anonymous said...

Empunya blog,

Salam.

Saya fikir sebelum saudara minta Dato' A Kadir Jasin kencing dalam tempurung dan tilik wajahnya, apakata saudara yang buat dulu.

Sebabnya, wajah saudara lebih buruk dan hati saudara lebih busuk dalam memfitnah Dato' Kadir hanya semata-mata mahu mempertahankan seorang bernama Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Dato' Kadir belasah Datuk Seri Mohd Najib sebab tak dapat jawatan Pengerusi Media Prima? Hahaha... yang ini kelakar sungguh!

Sebabnya pada pendapat saya, kalau Dato' Kadir jadi Pengerusi Media Prima atau pegang apa-apa jawatan pun dalam Media Prima sudah tentulah dia tak dapat kebebasan tulis apa yang dia mahu tulis macam sekarang. Jadi tak timbullah dia berdendam atau kecewa sebab tak dapat jawatan Pengerusi Media Prima. Saya ingat, dia tak heran pun. Seorang wartawan unggul adalah wartawan yang menulis apa dia fikir betul dan bertanggungjawab kepada apa yang ditulisnya, hatta menyiarkan komen balasan oleh orang yang dikritiknya.

Sahlah saudara ni blogger upahan yang bukan setakat tidak pandai tulis, tapi tidak juga membaca! Kalau saudara ikuti ruangan Other Thots A Kadir Jasin dari hari pertama ia disiarkan dalam akhbar NST saudara boleh menilai wartawan jenis apa Dato' Kadir ini... Waktu itu, Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pun dia belasah!

Dato' Kadir beristeri dua? Ha, yang ini betul. Semua orang dah tau pun... Dato Kadir pun tak pernah berselindung. Saya sudah berjumpa dengan kedua-dua isteri dia. Salah ke Dato' Kadir beristeri dua kalau dia lebih daripada mampu? Yang saya tahu Dato' Kadir cukup jaga kedua-dua isterinya dari segi nafkah zahir sebab saya pun pernah ke rumah mereka. Nafkah batin tu wallahualam... itu masalah rumahtangga orang. Lebih baiklah berkahwin dan hidup sebagai suami isteri yang sah daripada tidak berkahwin dan bergaul bebas dengan perempuan bukan muhrim. RBF pandai baca Al-Quran? Atau tak jumpa lagi firman Allah SWT tentang beristeri lebih daripada satu?

Tulisan Dato' Kadir berbaur fitnah?

Yang mana satu ya? Kalau betul fitnah tolonglah perbetulkan biar semua orang tahu cerita sebenar.

Jangan pandai kata Dato' Kadir upahan Tun Mahathir dan Tun Daim kalau diri sendiri pun penulis upahan! Berapa dapat sebulan?