Tuesday, January 7, 2014

Rampasan Bible: Adun Pas Berlakon Jadi Lembu Tidur Kerana Bimbang Kehilangan Jawatan Exco


Saya agak terkejut dengan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Sallehen Mukhyi yang memberitahu media bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merampas 321 Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

Sebagaimana maklum, Sallehen Mukhyi merupakan seorang ADUN dari PAS sebuah parti yang dikatakan “pejuang agama Islam” dan kononnya “amat sensitif” dalam hal ehwal berkaitan Islam. Dan dia dilantik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Exco Agama di Selangor…

Saya tidak benci pada Sallehen Mukhyi. Saya tidak berniat mahu memburuk-burukkan ADUN Sabak itu. Namun dia diberikan tanggungjawab sebagai Exco Agama Islam di Selangor, maka dia sepatutnya menjalankan amanah tersebut dengan sebaik mungkin dan bukannya sambil lewa.

“Tak tahu”? Itu jawapan dari seorang Exco yang dipertanggungjawabkan rakyat untuk mengambil berat soal hal ehwal agama Islam di Selangor? Jawapan apakah itu? Sallehen “tak tahu” atau “tak ambil tahu”? Dulu berkempen sakan mahukan kuasa. Bila diberikan kuasa, dia tak tahu pula melaksanakan amanah kuasa tersebut?

Sallehen memberitahu media bahawa kononnya pihak JAIS tidak memaklumkan padanya tentang tindakan menyerbu premis persatuan Kristian itu. Biar betul? Kalau betul pun JAIS tidak memaklumkan pada Sallehen, saya tetap menganggap dia cuba “meloloskan diri” dari dipersalahkan dalam isu ini. Kenapa?

Sebab, apabila Sallehen menggalas tugas sebagai Exco Agama Islam di Selangor, dia sepatutnya membuka segala fail, kes, isu, pantauan, tindakan, modus operandi dan mengambil tahu tentang gerakan para penguatkuasa JAIS. Apa yang disiasat dan apa yang menjadi ancaman terhadap Islam di “negeri PKR-DAP” itu?

Dia juga sepatutnya menyelak sejarah JAIS yang pernah “terluka” apabila tindakan Jabatan itu menyerbu pusat-pusat hiburan dan merampas arak sebelum ini dipertikai serta dipersalah meskipun mereka punya kuasa untuk bertindak sedemikian.

Atau Sallehen sebenarnya takut dia akan senasib dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang dipecat parti dan dilucutkan dari semua jawatan di dalam Kerajaan Negeri?

Sallehen “sengaja buat-buat tak tahu” dalam isu rampasan Bible berbahasa Melayu itu bagi mengelak kehilangan jawatan Exco? Ada sesiapa arahkan dia mengaku “tidak tahu menahu” tentang serbuan itu dan menyalahkan JAIS? Siapa arahkan Sallehen mengaku “tak tahu”?

Pada saya, walaupun “tidak tahu” tentang serbuan dan rampasan itu, namun sebagai Exco Agama Islam yang bertanggungjawab pada amanah Allah, amanah agama Islam, amanah rakyat dan amanah pada diri sendiri, dia sepatutnya menyokong penuh tindakan JAIS itu serta sedia bertanggungjawab dalam isu berkenaan.

Sallehen juga sepatutnya mendokong Enakmen Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, yang ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Tertinggi Agama Islam di negeri Selangor. Sallehen pernah baca enakmen tersebut atau tidak? Atau dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan enakmen itu?

Inikah akhlak dan cara bekerja seorang ADUN PAS yang bermaruah? Kalau benar dia bermaruah, pasti Sallehen akan mengikut jejak langkah Hasan Ali yang tetap mempertahankan kebenaran dan aqidah umat Islam walaupun dia ditekan habis-habisan oleh Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan ADUN-ADUN DAP atas tindakan tegas JAIS sebelum ini.

Cara Hasan Ali itu baru boleh dikatakan bermaruah. Biar hilang jawatan Exco, biar dipecat dari parti, biar difitnah setiap hari, namun demi aqidah umat Islam dan kesucian agama Allah di Selangor, dia sanggupkan diri bagi segala. Sallehen sanggup buat begitu? Belum apa-apa lagi sudah mengaku “tak tahu”. Apa yang Sallehen tahu agaknya?

Dipetik dari mykmu.net

19 comments:

Anonymous said...

Macamana nak tahu sbb mata , poket dan hati dah di tutup dgn jawatan dan wang ringgit.....

Ingat PAS yg dulu bukanla mcm yg sekarang.... dulu berjuang demi agama .. tapi skrg berjuang demi RM RM RM RM RM...sbb itula mrk sanggup menggadaikan waima agama sekalipon asalkn mrk dpt jawatan, wang dan kuasa yg wlpon cume picisan dlm pakatan haram jadah...

Anonymous said...

Semoga Allah menurun Bala kepada RAKYAT SELANGOR yang mengundi Adun PAS ini...

Anonymous said...

Mereka bukan jadi lembu tidur kerana takut kehilangan jawatan,tapi mereka sudah boleh tidur kerana tugas mereka sudah diambil alih oleh Thomas Andrew jadi mereka tidak perlu lagi bersusah payah.Sejak dulu pun kerja Pashit adalah 'memfatwakan' org Islam yg tidak sealiran dgn mereka sebagai sesat,sekular, malahan ada yg kafir, dan mereka -mereka ini telah pun di doakan supaya k.o atau pecah perut.Apa yg mereka lakukan selama ini boleh di anggap bertujuan utk mengurangkan umat Islam,kerana yg baik-baik Islam pun mereka kata kafir,khususnya Islam Umno .Jadi sekarang bila ada org yg sudah mengambil langkah dang mengatur strategi utk menyesatkan umat Islam ,kerja Pashit boleh di kira kian senang.Utk lebih memudahkan ,mereka masukan gulungan selain dari Islam Umno seperti Syiah,Pluralisma,Liberalaisma dan penyokong Jesuit kedalam kelompok mereka dulu,jadi Thomas Andrew boleh fokus kepada yg selain dari itu.Kan ke bijak tu,works smart lah brothers.Syiah,Pluralism,Liberalism dan Jesuit ,lebih Islamik (ala Pashit) berbanding Islam Umno,betul tak?.

Anonymous said...

tahniah pengundi salehen di pekan sabak bernam.....sekarang di pekan tu dah ada rumah urut.....selama UMNO pegang dun ni sejak 1957, tak pernah ujud rumah urut....sekarang sudah ada....kedai ekor pun tak jauh dari rumah aku.....senang aku nak berurut dan beli nombor....he..he...hidup PAS...hidup salehen....bersama salehen PAS, penduduk sabak menuju neraka...he...he..

Anonymous said...

PAS..huh sesen tak guna....HAMPAS ada la...jadi balaci DAP je sesuainya...suh...suh....menyemak je

Anonymous said...

Ni antara exco cemerlang yng naik gaji tu ke...

Anonymous said...

Memalukan.....Tunggulah nanti ada ulamak PAS akan bela kawan kita ni..... Tahniah DAP! kerana telah berjaya mentarbiah PAS dan menjadikan semangat PR dan kitab BUKU JINGGA sebagai panduan hidup didunia dan akhirat......

Anonymous said...

PAS macai DAP, DAP suruh makan tahi pun PAS makan..

Anonymous said...

Harap cadangkan kepada ADUN pembangkang Selangor supaya dibawa usul POTONG GAJI EXCO yang TAK TAHU apa tindakan agensi dibawah kelolaannya. TAK TAHU maksudnya Exco berkenaan tak peka dengan tugas hakiki dia, jadi lebih baik dipotong gaji exco berkenaan. Amacam, Ketua Pembangkang DUN selangor harap lakukan sesuatu masa persidangan DUN nanti.

Anonymous said...

Isu kalimah Allah ini berpunca dari kesilapan Najib dan UMNO meluluskan 10-point solution untuk menang PRU Sarawak dulu sebagai menggadaikan ugama untuk menang politik. Depan Melayu semenanjung, Najib ikrar mempertahankan Kalimah, depan Kristian Sarawak Najib kata boleh pakai.

Nah, bible yang dirampas ada Kalimah yalah untuk penggunaan Menteri-menteri Kristian fixed deposit Najib dari Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan BN.

Sepatutnya, Zul Nordin, Hasan Ali, Noh Omar semua pergi berdemostrasi depan Najib kerana flip-flop aqidah ini.

Sultan Selangor kena jugalah bertitah pasal isu agama lain seperti Kavita Kaur atau Raja Muda yang tungging langang dengan alkohol dan perempuan bebas. Tengok macamana reaksi JATI, PERKASA, Noh kononnya berjuang untuk Islam. Perrgh!

demang said...

Anon 10:05 tetap taknak akui kenyataan sebaliknya cuba mengungkit salah najib lak. Fokus le pada isu yg RBF bawa. Katakanlah kebenaran wlupun terkena kat pemimpin yg anda sukai. Kalau begini caranya penyokong PAS, jgn hairanlah kenapa rakyat takut nak mengundi PAS dan membiarkan PAS sentiasa spt melukut di tepi gantang.

Anonymous said...

Salehen bukannya exco tetapi "tunggul kayu" yang sudah mereput.

Anonymous said...

Formula mudah yang perlu ditanam dalam benak setiap Muslimin.

MUSLIM vs KUFFAR = MUKMIN MENANG

MUSLIM vs MUSLIM = KUFFAR MENANG

Anonymous said...

Bau burit mah dan PAS berpisah tiada

Anonymous said...

'Makan Gaji Buto'

aku melayu rasis said...

admin RBF dh buat teks sebelum ni, mungkin kes rampasan ini hanya perancangan pembangkang untuk talian hayat pakatan di Serawak. Jadi patutlah Adun Pas ni berlakon "tak tahu menahu" pasal ni. Semestinyalah beliau tutup mulut sebab itu antara perancangan para sahabatnya.
Dah kenalah tu..

Anonymous said...

ostat badrul amin yang kena tangkap pukul 3 pagi bulan disember lalu bukan main sibok di pulau pinang. ceramah sana ceramah sini, pimpin qiamulail ..hebat ostat 3 pagi ni.

Anonymous said...

Tak tahu? Mana amanat yg beliau pikul wakil utk perjuangkan islam di selangor? Ini pekara utk memurtadka islam boleh cakap tak tahu? Di Selangor skg pusat urut/zina tumbuh bagai cendawan, tiap hari boleh tgk gro kena tangkap. Jangan cakap nak jalankan hudud, nak tukar cuti ke hari jumaat pun tak pernah dengar cerita. Harapkan pagar, pagar makan padi. PAS GAGAL.

Anonymous said...

korang ni sume komen yang buruk tentang pentadbiran kerajaan selangor..korg tahu ke how to manage d people yg sblm ini trpengaruh ngn BN punya cara..jgn maen sdap tulis je ckp exco tidurlh..exco dh kene tutup ngn duitlh n etc..rampasan bible xdiketahui coz kerajaan negri telh wakilkan kuasa kpd pengarah JAIS utk mnjalnkan tanggungjwb..as exco agama, beliau hanya memantau pelaksanaan JAIS maybe dlm tempoh tertentu..bukan setiap aktiviti nk lapor pd exco..ko paham ke sistem pentadbiran..memfitnah pasti mengundang bencana..kunk kene saman baru ko tau..