Thursday, January 9, 2014

Semoga Kadir Jasin Tidak Menjadi Budak-Budak Yang Tidak Mendapat Gula-Gula

Sewaktu saya menyewa di Kajang dalam pertengahan tahun 90an, saya berjiran dengan keluarga Abang X yang tinggal sebelah rumah saya. Beliau lebih awal tinggal disitu dan rumah itu rumahnya sendiri. 

Keluarga Abang X ini boleh dikatakan sebuah keluarga yang baik dan beriman. Isterinya cukup baik. Isteri saya sentiasa memuji isterinya kerana kebaikkannya itu. Dengan saya tidak pernah bertegur. Jika terjumpa di luar rumah pun dia akan tunduk. Ada kalanya saya pula naik segan. 

Setelah beberapa bulan berjiran, satu hari berlaku kejadian yang memelikkan. Isteri Abang X berjalan-jalan diluar rumah dengan tidak memakai tudung dan mulut terkumat kamit. Kemudian dia naik pula atas buaian dan bermain buai seperti kanak-kanak sambil menyanyi. Saya sungguh pelik melihat kejadian itu. Bila isteri saya pulang, saya ceritakan kejadian itu, dia tidak percaya dan menuduh saya berbohong. 

Keesokan hari dia tidak kelihatan. Selang beberapa hari dia ada balik. Dan keadaannya normal. Seminggu selepas itu dia jadi balik. Dengan tudung tidak mahu ke mana bermain buai sambil menyanyi. Kejadian itu turut dilihat beberapa orang termasuk kanak-kanak. Kebetulan isteri saya berada di rumah. Isteri saya menghampirinya dengan niat hendak menghentikan apa yang dia sedang lakukan. Kemudian isteri saya pula yang dimakinya. Kejadian dilihat oleh anak mereka. 

Pada malamnya Abang X memanggil saya dan meminta maaf diatas kejadianya pada petangnya. Beliau memberitahu saya bahawa isterinya adalah seorang pesakit psikatri. Ohhhh….barulah saya tahu kisah sebenar. Seorang yang baik dan mempunyai akhlak yang tinggi tidak mungkin akan bersikap sedemikian jika tidak ada sesuatu yang tidak kena. 

Selama ini jika bertentang muka dengan saya pun dia tunduk. Tudung tak pernah lekang dikepalanya setiap kali keluar rumah. Mana mungkin dia boleh menyanyi depan saya dengan kepala tidak bertudung selamba ja. Rupa-rupanya ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Itulah sebab dia jadi begitu. 

Saya bukan nak menulis kisah isteri Abang X, tetapi nak menulis kisah bekas Ketua Editor NSTP, Datuk Kadir Jasin. Beliau bukan calang-calang orang. Memulakan kerjaya di Bernama tahun 1969 hinggalah menjadi Ketua Editor NSTP. Menghasilkan bermacam-macam jenis buku. Dijemput menghadiri pelbagai jenis program atau forum sebagai penceramah. Senang cerita, Kadir Jasin ini bukan seorang yang biasa. Dia seorang yang hebat, seorang profesional dan berada pada kelasnya tersendiri. 

Antara blog yang menjadi blog wajib baca bagi saya adalah blog Kadir Jasin. Maklumlah dia otai dalam bidang penulisan. Untuk menjadi seorang penulis yang baik kita kenalah rajin belajar dengan orang-orang lama yang banyak pengalaman. 

Sebagai pelayar tetap blog Kadir Jasin kita boleh tahu cara penulisannya. Senang cerita, kita dah faham. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini tulisan di blog Kadir Jasin agak berbeza atau berlainan sama sekali dengan sebelum ini. Ada kalanya saya tertanya-tanya siapa yang menulis ini ? Adakah Kadir Jasin sendiri atau orang lain ? 

Sukar untuk saya percaya itu tulisan seorang bekas ketua editor, seorang wartawan yang banyak pengalaman, seorang yang profesional dalam bidang penyiaran. Makin lama tulisannya makin menjadi-jadi. Tulisan-tulisannya itu tidak menggambarkan sikap sebenar atau kedudukan Kadir Jasin. Seperti yang saya katakan tentang isteri bekas jiran saya. Bila saya menelaah balik tulisan Kadir Jasin satu persatu kesimpulan yang boleh dibuat adalah, beliau menulis dengan emosi untuk menghentam PM, seolah-olah melepaskan geram yang terpendam. 

Hasil dari bertanya khabar sana sini, difahamkan dia bertindak sedemikian kerana kecewa dan geram dengan PM apabila cubaannya melobi jawatan Pengerusi Media Prima gagal. 

Ohhhhhh…..itu rupa-rupanya. Benarlah telahan saya selama ini bahawa tulisan-tulisannya yang menghentam PM selama ini lebih kepada emosi. 

Jika selama ini saya jauh menyanjungi Kadir Jasin daripada menyanjungi sahabat blogger saya Parpukari dalam soal penulisan. Tetapi kini bagi saya Parpukari jauh lebih baik daripada Kadir Jasin. Segila-gila sahabat saya itu, beliau bukan seorang bekas wartawan kanan, atau bekas ketua editor. Tetapi apabila Kadir Jasin yang cukup gah dan hebat dalam bidang penyiaran dan pemberitaan boleh jadi bodoh seperti hari ini dihujung-hujung usianya, adalah satu penghinaan yang cukup besar kepada dirinya. Dia sendiri yang merendahkan darjatnya. 

Saya tak kata beliau tak boleh kritik PM. Boleh….tetapi dalam masa yang sama dia mesti jaga kedudukannya. Lihat sahaja Dollah Kok Lanas, dia sentiasa juga mengkritik kerajaan dan PM. Tetapi dia ada jalannya yang tersendiri dan dia tahu kedudukkannya. Apabila dia pandai menjaga kedudukkannya membuat orang mendengar atau lebih respek terhadap kritikannya. Sudahlah Datuk…janganlah jadi seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula. 

34 comments:

Anonymous said...

Apabila kita tidak mendapat sesuatu yg kita inginkan cthnya jawatan atau kedudukan tertentu, anggaplah itu bukan rezeki kita... kena muhasabah diri... kdg2 ada hikmahnya Allah tak beri,kena berusaha memperbaiki diri sendiri dan mungkin Allah nak beri sesuatu yg lebih baik kpd kita.. Hanya Allah yg tahu samada kita layak atau tidak..

Jiwa Paradox said...

penyampaian yang baik dengan jalan cerita yang berkesan. Tuan Haji sorang ni jauh lebih handal dari Kadir Jasin...hehehe

Anonymous said...

Nampak nya Tuan ni macam budak budak yang mendapat gula gula,kerana memuji muji PM yang INCOMPETENT. Polisi 1Malaysia pun gagal,BR1M pun orang kutuk tak cukup makan,10 point solution pun menyusah orang Islam,konsultant 7.2Billion dia yang twitt dia sebagai 'FORMER PRIME MINISTER' pun di lepas.

Alfie

Anonymous said...

Biasa la tu..
kadang2 angin baik, ada kalanya angin tak elok.

Sabar dato'

Anonymous said...

BR1M memang la tak culup makan kalau tiap-tiap hari nak balun KFC aje. Gaji 4000 sebulan pun tak cukup kalau tak reti nak ukur baju sendiri.

Ke guane bang?

Anonymous said...

Salam

Ada 'bekas' pemimpin UMNO tak dapat tender itu ini, kemudian sokong pembangkang. Mereka kata mahu berhijrah dan memburukkan bekas partinya. Walhal tender kena reject!

Macam mana tender dia nak di luluskan, sedangkan projek dia sebelum ini tak ikut spec.

Alahai serpihan

MissPassat said...

MasyaAllah rbf?! Ini fitnah tahap berapa ya?

A good journalist will not write rubbish like you do and the best journalist will never write something he/she does not understand of.

I pity your stupidity rbf!

Oh btw how much you got paid for writing this? Tulislah dalam blog Dato Kadir sendiri kalau berani....

Kalau setakat menulis untuk hentam peribadi orang tanpa matlamat lebih baik balik kampung tanam jagung.

MegaBidaman said...

Miss Passat , RBF tulis sbb memang ada hujahnya , memang sekitar tahun 1999 orang dok bising pasal Pak Kadiaq ni , termasuklah ex PKR Zaid Ibrahim , by the way Pak Kadiaq ni menulis blog macam dia ni syumul sangat walhal cerita macam mana Berita Publishing tu dibeli dah jadi buah mulut orang , mungkin dah lama cerita tu dia ingat orang lupa, http://bidaman.blogspot.com/2014/01/kadir-jasin-tolong-jawab-rm1-sesaham.html

Anonymous said...

tak kira siapa samada kadir @ RBF. jika ada udang sebalik batu ( kepentingan diri & fitnah )terhadap penulisannya, tunggulah di hari pembalasan Allah. Allah maha mengetahui apa saja yang tersurat dan tersirat dalam hati masing-2.

Anonymous said...

aku harap AKJ akan terus menulis dan menghentam PM yg makin menyakit hati warga marhein

MissPassat said...

Terima kasih anon 2.57pm dan 3.05pm.

Anonymous said...

Berhenti jadi balaci Azeeeeeeez Rahim yang nak kipas Najib & Rosmah saudara. Bukan taraf saudara untuk mengkritik Kadir. Kadir hanya penyampai maklumat. Jika saudara ada maruah diri cuba teliti mesej yag disampaikan. Jika tidak berani hendak menegur Rosmah & suami, sila duduk diam.

walaikumassalam
kazaR

Anonymous said...

aku rasa rbf perlu beljar jadi neutral macam akj... kalau baca tulisan akj tu lebih melambangkan keadaan emosi rakyat.. bukan emosi akj..bodohlah kau rbf.. kau yang ada udang di sebalik mi..dah tugas kau kan?

Anonymous said...

Elok LAH TV3 diganti pengurusannya..

BERITA TV3, DRAMA & PEngacara2 sekarang semuanya mcm golongan separa-Jantan, lembik & kurang ilmu

KUALITI juga lebih teruk

Anonymous said...

AKMAR MOKHLES SETIAUSAHA AKHBAR DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK SEDANG GIAT BERUASAHA UNTUK MENGAMBILALIH PENGURUSAN TV3 DAN MEDIA PRIMA. KITA TUNGGU DAN LIHAT REAKSI MAHUPUN KEPUTUSAN YAB PM DALAM PERKARA INI. BUKANKAH PM LAGI ARIF ANTARA SAMPAH DAN PERMATA? MOKHLES KETIKA JADI WARTAWAN YANG TAK BERAPA PINTAR DI UTUSAN MALAYSIA DAHULU SELALU DITERTAWAN RAKAN KERANA BERTANYAKAN SOALAN BODO

Paria Jalanan said...

http://pariajalanan.blogspot.com/2014/01/mengaibkan-wartawan-asing-diarah.html

Anonymous said...

Aku pun tak suka dan selalu hentam najib...Dah memang najib pendek akal dan lambat 3 minit......Najib lemah dan mesti meletak jawatan....
Aku hentam najib bukan sebab aku tak dapat jawatan......aku pun tak minta apa apa jawatan .....Aku hentam sebab najib Lemah ....

Anonymous said...

Pengerusi Media Prima?, Bro RBF fitnah level apa yg kau cuba dakyahkan. Lu jangan ingat semua org macam lu bro, tak dapat gula mula retaliate. Kadir menulis apa yg kami rasa di bawah ni, walaupun pahit terpaksa di telan realiti nya. Kami di akar umbi dah tak boleh nak defend apa yg org atas buat yg out of touch dgn rakyat.Harap our leaders cepat sedar sebelum jadi bubur.

Anonymous said...

salam,

penulis yang hebat akan memastikan hasil tulisannya benar dan berwibawa. orang yang baca pulak daripada pelbagai jenis orang dan taraf inteleknya. bukan mudah untuk menulis dan mereka cerita. cerita tersebut pula dibaca oleh orang yang tinggi daya fikirnya, analitikal, kritis, kreatif dan sebagainya. ianya menjadi taruhan besar integriti akj. jika saudara rbf tak puashati dengan tulisan akj, patutnya dibalas dalam ruang komen akj dan menunggu responnya.

saya berharap rbf boleh menulis dengan lebih baik membela pm dengan fakta dan bukannya menyerang orang lain. kita tak setuju, tetapi orang lain setuju. bukan semua seia sekata. tulisan menyerang orang lain dah kurang impak, kerana pembaca lebih berminat membaca kritikan dan fakta. belalah pm dengan fakta, tangkislah serangan dengan fakta, fahamkan pembaca dengan fakta segala tindakan pm baik untuk malaysia. ceritakan kebaikan tindakan pm dengan fakta, bukan cerita penglipurlara

Anonymous said...

Rbf, ko ni dah gila.....buang masa aku aje baca blog ko.....

KJ- ketua jebon

Anonymous said...

Salam,

Pendapat saya walaupun kebelakangan ni post2 DAKJ nampak macam emosional, tapi itulah realitinya yang rakyat rasakan. Mungkin agak keterlaluan bagi sesetengah penyokong kerajaan sampai xleh nak terima.

Isu xdapat jadi Pengerusi Media Prima tu saya fikir elok tanya sendiri pada tuan punya badan. Biar DAKJ sendiri jawab. Betul atau tak, tu urusan dengan dia dengan Allah. Kalau antara blok penyokong kerajaan pun berpecah belah, kita dah kalah sebelum masuk medan perang.

Berbalik pada isu Najib, saya yakin ramai berkongsi sentimen dengan DAKJ iaitu Najib PM yang incompetent, clueless, worst than Pak Lah. Rakyat khususnya pengundi yang mengundi BN PRU lepas termasuk saya sayangkan agama, bangsa dan negara. Namun begitu, kesetiaan bukan bermakna menyokong membuta tuli. Kita sokong apa yang betul, kritik apa yang salah.

Sama ada kita nak jadi Jebat atau Tuah. Pilihan di tangan kita.

Anonymous said...

Tuan Rbf,

Tulisan ini macam tuan ahli seumur hidup PMO pulak.. tulisan DAKJ ada kebenaran (banyak), samada DAKJ terkilan dengan sebab apa pun, bukan isunya.

Anonymous said...

RBF = ROSMAH-BEST-FRIEND!

Mcm FB punya BFF plak... ha..ha..ha...

Kesian RBF nih, "apabila kita mendengar denyut duit rakyat....."

ha..ha..ha..

Anonymous said...

Saya berpendapat Kadir Jasin lebih bagus dari Johan Jaafar.Kadir Jasin nampak lebih vokal, kritikal dalam pemikiran dan sentiasa memberi idea baru untuk penambahbaikan kpd kerajaan. Memang nampak seperti membangkang tapi ianya lebih baik berbanding Johan Jaafar yang membodek kerjanya tak habis-habis. Media Prima sepatutnya memerlukan bos yang baru dan Johan Jaafar dah tak relevan.

Anonymous said...

Kadir Jasin ada ketokohan yang dilihat sebagai legendary dalam dunia wartawan dan media dengan idea-idea idealis. Johan Jaafar nampak lebih kepada gaya kapitalis yang banyak buat rancangan yang merapu dalam stesen tv media prima. Kadir Jasin perlu diambil untuk berkhidmat bersmam agensi kerajaan supaya idea beliau yang idealist dan berguna itu dapat diimplementasikan untuk kebaikan kerajaan dan negara. Johan Jaafar kelihatan lebih banyak mengampu dan kehabisan idea dalam media prima.

Anonymous said...

Anon 1:21. Ko ni cakap ikut sedap mulut je. Apa takde calon lain ke nk ganti johan jaafar kalau ye pun bgilah nama lain hyg lebih bagus. Kadir jasin ni org yg kecewa. Dulu pun dia pmbodek n pnjilat jugak. Bila dh kecewa bnyak pulak kritikan nk bagi. Bagi aku dia tak konsisten dan ada sesuatu yg dia nk bargain ni kononnya brsellindung dgn idea dan pandangan yg kritis dan kritikal.

Anonymous said...

Aku rasa Hasan Malik yang layak sekali......

Anonymous said...

Aku rasa Hasan Malik yang layak sekali......

Anonymous said...

Cuba korang buat research type siapa kadir jasin. Ada banyak juga bnda2 yg backfire kdir jasin brkaitan isu2 Kewangan,saham company yg brmasalah yg libatkn dia. Sibuk mgkritik org lain sbnarnye dri sndiri bnyk buat silap.

Anonymous said...

Cuba korang buat research type siapa kadir jasin. Ada banyak juga bnda2 yg backfire kdir jasin brkaitan isu2 Kewangan,saham company yg brmasalah yg libatkn dia. Sibuk mgkritik org lain sbnarnye dri sndiri bnyk buat silap.

Anonymous said...

Penyokong umno tulen tidak akan dapat duduk diam dan tidak berbuat sesuatu jika keadaan kepimpinan pemerintah dan negara dalam huru-hara sebegini.

Kalau tuan masih rasa selamat, silakan.

Anonymous said...

kadir jasin konsisten mcm Tun Mahathir. dari awal najib ambil alih tampuk kerajaan dia dah bagi nasihat, jgn libatkan anak isteri dalam pemrtahan. kena selalu ingatkan rakyat. cuba kau tengok sekarang adakah najib peduli. itu pasal kadir naik angin, rakyat menderita.

Anonymous said...

Alfie...ko ni sangap ke demam? Atau kurang kangkung? hampir disemua blog pro umno ko masuk lepas tu kutuk. Mentaliti budak2. Ko ni pun satu sewel...

Anonymous said...

Lucu baca komentar yg kita tak tahu asal usulnya ini. Komen sepatutnya melahirkan idea dlm satu isu. Tapi apa yg kita jumpa hanya komen kearah kebencian pribadi PM. Ini trend yg sedang dimainkan pembangkang utk beri tekanan pd PM. Ia sudah berlaku pada dua PM terdahulu yg sgt kita sanjungi Tun Mahathir dan Tun Abdullah. Nampaknya mereka sedang mrncari hat trick. Najib boleh letak jawatan, boleh jaga GLC jadi org korperat. Tapi imej dan maruah ahli UMNO sudah berjaya dimalukan dan dicalar Anwar Ibrahim sekali lagi. Tapi Anwar kena ingat kesetiaan ahli Umno sgt tulen tak berbelah bagi. Siapa yg jadi ejen perpecahan masa depannya gelap dlm Umno. Luar parti lain cerita.

Sejak dulu lg dunia sudah beri amaran ttg proses liberisasi negara. Dlm zaman sains IT ni kita tak dapat elak. Kerana kaedah perhubungan yg amat mudah. Rakyat bebas menyuarakan pendapat. Disini bermulanya proses liberisasi sesebuah negara. Cuma kita mesti tahu bezakan mana fakta mana fitnah.

RK