Monday, February 10, 2014

Tu Dia…RM 1 Bilion Punya Projek Beb….


Dalam klip video tahun baru cina terbitannya bukan main lagi dia bercakap tentang rasuah dan mengajak orang ramai bersamanya menentang rasuah. 

Nah ! Sekarang RM 1 bilion punya projek rasuah…

Lihat apa yang didedahkan oleh ahli DAP sendiri di sini…

Jika tidak ada rasuah atau penyelewengan bagaimana mungkin cadangan projek yang bernilai RM 1 bilion boleh dibawa mesyuarat dalam masa 2 minggu sahaja ?

Syarikat berkenaan menghantar surat kepada Yayasan Selangor pada 14 Disember 2011. 

Pada 22 Disember pula Yayasan Selangor mengeluarkan surat minat pula kepada syarikat itu. 

Pada 28 Disember pula mereka telah mengadakan mesyuarat dengan syarikat itu untuk menjalankan projek. 

RM 1 bilion beb…1 bilion punya projek dua minggu boleh settle ke ? 

Ini bukan projek buat longkang tepi jalan…

Mana pergi dasar tender terbuka yang dicanang selama ini ?

Mana pergi CAT yang dilaung-laungkan DAP ? 




11 comments:

Anonymous said...

BN khususnya UMNO sebagai pembangkang di negeri Selangor lembik tak bermaya...kena belajar dari pembangkang macam nak jadi pembangkang yg hebat. Aku tak percaya Selangor, Pinang, Kelantan ditadbir oleh Pakatan Rakyat dgn bersih & jujur?

Anonymous said...

Selagi Presiden dan MT UMNO dari golongan " PEREMPUAN ".. selagi itulah penghinaan terhadap Agama Bangsa dan Negara terus berlaku..Ada ISU depan mata pun tak berani nak diketengahkan ..... Aduyaai masalah betul dengan " PEREMPUAN " bertelor iniiii.

Anonymous said...

Setuju dengan Anon 1.39 dan 2.23,
tolong bongkar perbuatan DAP di Pulau Pinang, UMNO macam tak bermaya .

Anonymous said...

anon 10 feb 2 23pm...
bkn ppuan laaa.....gay....sbb ppuan adakala lebih tegas dr llki....

Anonymous said...

projek tu bagus, tapi cara nak kendalinya dari awal ada bunyi tak sedap, buat secara open tender kan ke semua rasa ada ketelusan, dan terang benderang di siang hari bak matahari tegak atas kepala, kalau mat cha ni dapat projek pun ada juga pekerjaan untuk rakyat..kalau org melayu nak pangkat besar dalam kompani tu belajar lah pasal solar energy... jangan pandai cakap tapi ilmu setakat tanam ubi kayu...buang saja pun ubi kayu boleh tumbuh..

Anonymous said...

Huh..company pon company china. mencik la puak2 ni...camna la ad melayu yg boleh sokong??

Anonymous said...

Hakikatnya kebanyakkan kepincangan Kerajaan Pakatan Rakyat telah dibongkarkan oleh bloggers pro Kerajaan dengan baik sekali. UMNO kelihatan amat lemah sekali dalam mengambil peluang isu-isu sebegini.
Yang menjadi masalahnya apabila berlaku sesuatu, UMNO seperti tidak mahu membela blogger tidak berbayar yang bersusah payah menaikkan sesuatu isu bahkan dipersalahkan pula blogger seperti dalam kes Datuk Mus.Ali.
UMNO masih perasan kuat dan jika sikap ini tidak diubah sudah pasti PR yang tak sekuat manapun akan dapat mengambil kesempatan yang ada untuk mendapat sokongan rakyat walaupun dengan mutu perkhidmatan yang amat teruk di negeri masing-masing.

Anonymous said...

bukan masalah umno lemah, tak bertelo bagai, tapi balik2 umno, balik2 umno, nama je BN, tapi balik2 umno, mana yg lain? mca? mic? gerakan? goyang telo jer... tgk pr semua sama2 berjemaah memfitnah, tak kira siang malam, tak kira benda tu dh terbukti fitnah, tapi diulang2 juta kali, lama2 org percaya jugak...

Anonymous said...

Dato Jai perlulah sedar diri. Jangan nak memandai mandai

Semenjak ketiadaan orang lama yang menjadi setiausaha politik YAB PM, saya lihat ada sedikit perubahan yang amat ketara di dalam pentadbiran PMO apabila seorang setiausaha politik yang dilantik sejak zaman Pak Lah cuba untuk merencana politik negeri terengganu. Sebelum pru13 yang lalu individu ini lah juga yang telah memporak perandakan umno negeri terengganu dan menyusun atur calon yang akan bertanding. Kini Dato Jai menjadi sebutan semula apabila sekali lagi mencampuri urusan umno terutama mengatur politik negeri terengganu.

Tugas Dato Jai yang merupakan selaku Setiausaha politik kepada YAB PM dalam hal ehwal berkaitan dengan Agama Islam nampaknya tidak lagi dilaksanakan kerana beliau nampak lebih berminat untuk mengatur politik umno.

Beliau akan merosakkan umno apabila PMO mencampuri urusan dalaman parti kerana Dato Jai perlu sedar diri bahawa dari Presiden UMNO lah yang melayakkan seseorang menjadi Perdana Menteri. Bukan dari PM yang menjadi Presiden. Pekara ini perlu Dato Jai sedar bahawa PMO tidak boleh mencampuri apatahlahi memberikan arahan itu dan ini kepada UMNO.

Dato Jai setiausaha YAB PM perlu sedar bahawa beliau duduk di jawatan tersebut adalah atas ehsan YAB Najib Razak Presiden UMNO. Jadi adalah lebih baik Dato Jai fokus untuk menjaga hal ehwal ugama berbanding mencampuri urusan politik UMNO.

CEO_Siber said...


Anwar Jadi MB - Skuad Sayang Selangor Bubar Ganti Terengganu

LIHAT BUKTI DI SINI
LIHAT BUKTI DI SINI

'Please Note'

- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR

- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN..

- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka

- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...

Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..

Anonymous said...

blog ni mcm memperbodohkan rakyat je..mana letter of acceptance (surat setuju terima) dr yayasan selangor..ak nmpak letter of intent (surat niat) je..jgn menfitnah nanti kene saman..letter of intent sume company boleh buat..aku nak ko dedahkan letter of acceptance n kontrak perjanjian yg ditandatangani oleh pihak syarikat dengan yayasan selangor..k