Saturday, March 29, 2014

Kadir Jasin Akui Bukan Mudah Untuk Jatuhkan Najib

Setelah berbulan-bulan mencuba dalam usaha untuk menjatuhkan Datuk Najib, nampaknya misi Kadir Jasin masih belum mendapat sambutan.

Mungkin kecewa kerana misinya belum berjaya, hari ini dia meluahkan rasa hatinya dalam blognya. Tanpa berselindung dia menyatakan usaha menjatuhkan Pak Lah dulu lebih mudah daripada menjatuhkan Najib.

Kerana kecewa matlamatnya untuk menjatuhkan Datuk Najib tidak berjaya, Kadir meletakkan kesalahan kepada pemimpin dan ahli Umno. Katanya Umno ketandusan pemimpin sehingga tidak ada yang berani mencabar Datuk Najib. Seterusnya Kadir membanding dengan keadaan sebelum PRU tahun 2008 dimana Pak Lah ditentang dan dikritik dengan hebat.
Kesimpulannya dalam tulisan itu Kadir cuba menunjukkan kepada masyarakat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno bodoh serta jumud kerana tidak berani melawan atau menjatuhkan pemimpin nombor satu mereka.

Sedangkan dalam hal ini pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno berada dalam keadaan yang cerdik.

Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno telah belajar daripada apa yang berlaku dalam PRU 2008. Hasil daripada tentangan dan kritikan yang kuat terhadap kepimpinan Pak Lah pada tahun 2006, 2007 dan 2008 lah yang membawa kepada keputusan PRU 2008 paling buruk kepada BN selepas 1969. Rentetan daripada keputusan PRU 2008 itulah membuatkan keputusan PRU 2013 pun tidak banyak perubahan.

Benda yang kita dah tahu boleh membawa kepada kemudaratan kepada parti dan pemimpin, maka untuk apa lagi pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno nak ulang perkara yang sama. Elok-elok ada kuasa sedikit sebanyak sekarang ini, nantikan langsung hilang dalam PRU sekali algi.

Hanya orang bodoh yang sanggup dipatuk ular dalam lubang yang sama dua kali.

Dalam situasi sebegini adalah lebih baik pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semua terus bersatu dan berdiri teguh di belakang Najib untuk membina kekuatan. Lagi pun Najib baru 5 tahun mengepalai kerajaan, Umno dan BN. Adalah sangat tidak adil untuk membandingkan beliau dengan Tun Dr M yang mengepalai kerajaan, Umno dan BN selama 22 tahun.

Dalam parti pembangkang, Anwar Ibrahim dah terang-terang meliwat dan melanggan pelacur, tetapi demi politik ulama-ulama Pas sanggup mengenepikan hukum Allah. Mereka bersatu padu membohongi rakyat untuk mendapatkan kuasa. Kita dalam Umno tak tolak hukum Allah pun. Kita hanya bersatu suara dan berdiri teguh belakang Najib demi untuk mempertahankan kuasa politik Umno dan BN.

Akhir kata saya nak kata begini, Kadir Jasin adalah sahabat Datuk Najib. Mereka kenal lama satu sama lain. Melihat kepada serangan terus menerus Kadir terhadap Najib sekarang ini, maka tidak mustahil untuk kita mengandaikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin kerana Najib gagal memenuhi nafsu serakah beliau. Sebabnya Kadir mula menjadi kritikal kepada kerajaan apabila dia diundurkan dari NSTP di zaman Pak Lah. Apabila hilang jawatan dia mula meroyan. Mungkin dia mengharapkan sesuatu di zaman Najib sebab Najib adalah sahabatnya. Tetapi tahun demi tahun berlalu hingga dah sampai 5 tahun nampaknya dia tidak mendapat apa-apa. Tak usah nak bohonglah kalau dia kata dia berjuang untuk menguatkan Umno atau sayangkan Umno. Sebabnya selepas dia hilang jawatan barulah dia meroyan bagai nak rak. Orang yang berjuang ikhlas dia tak kira ada jawatan atau tiada jawatan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

31 comments:

Anonymous said...

Saya mengharap benar moga-moga Datuk Kadir dapat membuang rasa "kurang enak" bersama Najib kepada bersama-sama berganding bahu memperkuatkan Umno.tentunya dalam hati Datuk Kadir masih ada sayang pada Umno.Biar yang 'LEPAS' tu berlalu bagai angin lalu dan bertaut kembali kiambang setelah biduk berlalu.InsyaAllah ..mudah-mudahan...Aminnnn

Anonymous said...

Ishhh...ishhh.....aku penyokong UMNO dan ahli UMNO tapi aku tak suka dgn kerajaan pimpinan najib....

Sama gak dulu zaman kepimpinan Pak Lah....Najib & Pak Lah tiada jauh bezanya...Tiada ketegasan..




Anonymous said...

Meskipun ramai penyokong tegar Umno yg berbunyi tapi usaha utk turunkan Najib Razak xsama dgn zaman pemerintahan Pak Lah.. Bagi diri saya yg lahir dlm keluarga Umno, maka pendapat diri saya iaitu Najib Razak x layak lagi pegang jawatan Presiden Umno serta Perdana Menteri Malaysia.. Sejak buat 1 Malaysia lagi memang saya x lagi menyokongnya.. Selagi Najib serta kroninya x turun maka Malaysia akan bertimpa2 dilanda musibah..apa yg jelas hari ni, org2 Umno kena sedar diri..TURUNkan Najib Razak utk perpaduan org2 Melayu..

Anonymous said...

turunkan la Najib tu...sudah sudah la gunakan UMNO untuk kepentingan..bini dia la pembawak masaalah no 1 untuk Umno..Elakkan jugak Si Hisyammudin tu...tu lagi satu pemimpin Lemah. ..

Anonymous said...

sudah sudah lah melemahkan melayu, siapa untung dari usaha kamu menjatuhkan melayu, PAS dah tak da benda,PKR terus dengan gila kuasa, siapa nak selamatkan anak cucu kamu nanti, Apa yang jadi kat Penang tu tak Nampak ke,kalu tak da Najib sapa, adake pemimpin melayu yang lain, zaman Tengku, tun Razak,Hussin onn,mahathir,pak lah dah lepas, apa cakap pun orang percaya tapi zaman sekarang ni jauh beza, kalau najib tak kuat dah lama dia letak jawatan dan siapa pelapis yang ada,..fikir lah jangan sedap bercakap saja, pengalaman najib bertahun tahun dalam politik buat dia kuat dapat dia menghadapi cabaran, macam macam fitnah tapi dia tabah, sebab rosmah Nampak dia lemah, harap rosmah jangan lah nak menonjol sangat,

berasiam said...

contoh najib lebih teruk daripada pak lah, kj yang bukan menteri dapat jadi menteri pada zaman najib. lalu dengan bangganya kj melantik seorang dap tegar dalam pasukan di kementeriannya. umno dah tandus sangat tenaga manusia ke hingga orang dap dibawa masuk?

yang bayar perunding berbillion ringgit pun kerajaan najib juga. bukankah lebih baik wang sebanyak itu dikurniakan sebagai bonus kepada kaki tangan awam supaya mereka lebih produktif dalam tugas dan kerja mereka. telah cukup ramai bijak pandai yang terhasil dari perancangan kerajaan terdahulu dalam perkhidmatan awam, takkanlah perunding juga yang lebih bijak dalam menyelesaikan masalah negara.

yang keluarkan brim berbilion ringgit pun kerajaan najib, rakyat macam suka tapi bila difikirkan semula, kebanyakan daripada berbilion ringgit brim itu hanya mengukuhkan ekonomi kaum cina dan rangkaian pasaraya besar juga akhirnya.

ramai anak muda yang melanjutkan pelajaran selepas spm mendapati diri mereka terperangkap dalam belenggu hutang pelajaran selepas tamat belajar, tanpa sebarang peluang pekerjaan. mungkin kena lantik perunding lain untuk selesaikan masalah ini agaknya.

lambakan pendatang asing, yang sah dan haram, menyesakkan hidup warga negara sendiri dengan pelbagai masalah. yang ini sebenarnya kuasa kerajaan sepenuhnya untuk membendung daripada berterusan, tidak perlu perunding yang menuntut berbilion ringgit wang rakyat.

kasihan umno. kasihan kerajaan. kasihan negara.

Anonymous said...

Jadi PM kena selamber sahaja utk terus berkuasa.Rakyat yang melantik pemimpin melalui pemilihan secara demokrasi.Walaubagaimanapun saya respect Pak Lah kerana menolak FTA semasa di dalam rundingan.PM yang bertanggungjawab ke atas kepimpinannya kepada rakyat walaupun beliau berkorban dan melepaskan jawatan demi parti dan kerajaan.

Anonymous said...

dalam umno takde ke pelapis muda?

kalau payah sangat buat satu program pelapis muda secara dalaman dalam umno minta tun mahathir jadi mentor.

ni yang ada semua pakat tamak haloba je macam pengerusi media baru tu.
bangsat la korang nak amik kesempatan dari bangsa sendiri

abg nuar said...

Ape punya bahalol ko nie...bila lak bini die membawa masalah nie.....knp mesti najib turun....korg takut dgn najib kn sbb korg tau selagi najib pm anwar x akn berjaya menghasut rakyat kn....sbb najib melakukan yg terbaik demi negara....

AMIRA FATIN said...

KADIR JASIN NI DAH TAKDE KERJA LAIN SELAIN DARI NAK JATUHKAN BANGSA SENDIRI. PATUTLAH CINA GELAKKAN ORG MELAYU SELALU SEBAB DRG TAHU MELAYU MUDAH DIBODOHKAN SAMA MCM SI KADIR JASIN APA HAK DIA NAK JATUHKAN NAJIB SEDANGKAN AKU TGK PENTADBIRAN NAJIB BAGUS DARI SERBA SERBI. CKP SENANG BRO CE KALAU YG YG PEGANG JAWATAN TU BARU LU TAHU BRO.

kelly eng said...

biasalah manusia nie sape saja yg jadi pm kita krg selalu takkan puas hati punya kan, apa salah najib selama ini sehinggakan beria-ia nak jatuhkan dia. inilah masalah org melayu kita tak hbs2 dengki sesama sendiri.

Mamluk Qalawun said...

Kenapa masa pertandingan Umno dulu Kadir Jasin tak amik borang bertanding kerusi Presiden party lawan Najib kalau dah kata dia hebat sangat?

dol mat said...

aku tak faham apa masalahnya kerajaan pimpinan najib aku tgk elok aje negara kita selama ini. najib dah buat yg terbaik utk kita semua kenapa masih nak cari kesalahan dia. apa tak cukup ke pembangunan yg berlaku sekarang ini dgn pelbagai kemudahan disediakan apa lagi yg krg nak dari najib. apa yg berlaku kat negara kita baru2 ini adalah tragedi yg tak diduga langsung tapi kenapa nak salahkan najib juga apa kadir jasin ini tak reti ke nak terima qada dan qadak allah swt. takuitlah tuhan sikit wahai manusia yg bertopengkan syaitan.

Mamluk Qalawun said...

Ye lah......cakap memang la pandai...kenapa org yg cakap ni tak amik inisiatif TAWAR DIRI tonjol nak jadi pemimpin?? Takat duduk balik tandan pisang je dok bising nak buat apa??

nazatul shima said...

sape kadir jasin ini kalau nak dibandingkan dgn najib, berani dia mengaku konspirasi jahat dia utk jatuhkan pemimpin no 1 kita. mana perginya pihak berkuasa kenapa tak nak bertindak terhadap org mcm ni ye. mcm mana negara nak aman kalau org melayu sendiri musuh mealyu.

Mamluk Qalawun said...

Ye lah.......aku rasa yg elok ganti Najib tu ko.....kan?

kak bedah said...

haram jadah btl kadir jasin ni kan berani dia nak jatuhkan najib n mengkau plak tu, wah nampak besar kepala sial ni kan, ikutkan hati aku nak aje aku maki hamun mamat nie. mcm mana nak majukan org melayu kalau org melayu sendiri yg jadi musuh bangsanya. mana nak cari pemimpin yg sabar dgn karenah gampang krg walaupun bininya si rosmah dicaci, di fitnah tapi najib tetap sabar. bukan senang nak dapat pm sebegini rupa.

anggerik hijau said...

cubala cari alasan yang lain selain asyik nak cakap pasal rosmah je nak jatuhkn najib...dh cukup terbaik najib buat untuk rakyat dan negara..contoh dia macam mana cara dia handle kes mh370 dgn memastikan hubungan antara negara tetap kekal dan sbgnya..xda sebab pn nk bagi najib letak jwatan..si kadir jasin nie cuba bagi satu je contoh terbaik ko pernah buat utk negara dan rakyat..barula respect sikit kalau ko nak bercakap

bender fry said...

sial tol bangsat nie bila nafsu sendiri tak dapat dipenuhi mula buat peragai sial..kalau orang melayu sendiri taknak bagi peluang dekat najib macam mana dia nak maju kan negara sebab asyik kena macam2...serius kalau ada 10 orang macam kadir sial jasin nie lingkup wei negara tak kira la siapa yang memerintah...tolong hapuskan manusia nie...

Anonymous said...

najib adalah PM paling bodoh yg pernah pimpim malaysia ni...ahli2 umno sudah lupa ke yg najib hanya memuja kaum cina...cina besar sbb slogan 1Malaysia...najib dah terkantoi ngan slogan dia..xn perlu la penjilat2 tegar najib nak nafikan...dah byk kerosakkan yg najib bawak...NAJIB WAJIB LETAK JAWATAN...

Anonymous said...

Aq support najib 100%....ini masanya utk bersatu....bkn utk bertelagah...

Anonymous said...

Apa kata kalau saudara yg memerintah msia.cerdik sgt lah saudara ni yerk smpai bleh menilai DS najib yg dh memerintah msia selama bbrpa thun ni sbg seorg yg bodoh.kepala jgn letak di lutut ye saudara.nnti kat akhirat susah plak saudara kene merangkak cari DS najib kat pdg masyar sbb nk minx maaf.maafkan sy klau saudara terasa hati.sy memberi nasihat shj.

Anonymous said...

hahaha...apa yg aku tgk politik Najib lagi terbaek..dulu siapa berani usik org2 UMNO..kini tgk..yg masuk UMNO nak jadi koperat ramai lah...last2 jadai keparat...hehehe gud job Najib...kasi cantas semua cah keting tu....kikiki..Zaman Najib lah PKR,DAP dan PAS bersatu dgn nama Pakatan....hehehe...dok satu kapal tapi mimpi masing2....aku rasa Najib lagi terbaek dari TUN..jika kita bukak mata dan minda...hehehe terutama org Melayu...kikiki.Zaman Tun...Kiram tak serang Mlaysia,takda ghaibkan MH370....kita nampak ada org2 yg cukup terdesakk kini..selama Najib jadi PM

SriB said...

KADIRJasin lupa yg Umno telah pun membuka pintu utk memilih pemimpin sampai di peringkat cawangan lagi. Bukan mcm dulu hny berpegang harap pada 7 wakil G7 ke Umno Malaysia.

Admin UtaraNews said...

Tuan,mohon jasa baik dari pihak tuan untuk pautkan link http://www.utaranews.com di blog tuan..untuk makluman tuan,pihak kami telah pautkan link blog tuan di portal utaranews.com.terima kasih.

Anonymous said...

Serangan peribadi tanpa asas takkan berjaya jatuhkan pemimpin. Tanggungjawab Najib besar utk memenuhi wawasan negara maju yg diilhamkan PM terdahulu. Segi ekonomi kedudukan kita makin mantap. Semua dilakukan demi masa depan demi pemimpin seterusnya. Saya yakin insyaallah pada tempoh peralihan kuasa ke PM baru kelak Malaysia pasti berada pd thp ekonomi terbaik jika dia terus beri keutamaan pd ekonomi spt hari ini. Sekian gang.

Anonymous said...

Najib satu-satunya PM 'TERBAIK' dan berjiwa 'cina' dalam sejarah Malaysia kerana sanggup menjatuhkan maruah sebagai Melayu dengan menjilat ponggong cina. Semoga Najib boleh pula memakai pakaian tradisi cina pada setiap hari Jumaat!

Anonymous said...

Kadir tu kan proxi Mamakutty, bahlol. Dari dulu sahingga kini.

Buat kerja bodoh Mamakutty kerana nak jawatan demi anak Mamakutty naik cepat sebelum mampos.

Anonymous said...

dia mengeluh...sbb nak sesuatu... ramai pemimpin Umno dah peka dan mulai berubah tapi dia masih tak berubah... nak nak nak ajer dalam hidupnya... Penulis rejim lama tak perlu dilayan.. biar dia papa dan seterusnya papa... Ini era orang lain pulak...masa dia dah expired!

mae said...

nak jatuhkan kadir jasin senang je. ingat dia nak buat kat org saja.

Anonymous said...

Okay..sapa patut jadi PM malaysia sekarang dan after next pilihanraya...najib? Lim guan eng? Anwar? Hadi?...siapa? Antara 4 orang siapa paling layak?..najib?..guan eng?..anwar? Hadi?