Tuesday, March 11, 2014

MH370 : Mungkin Ini Satu Petunjuk Baru Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Misi Mencari


MARANG 11 Mac - Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. "Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.

Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.


Sumber: Utusan Online

13 comments:

Anonymous said...

Hendaknya laporan letupan ini menjadi petunjuk baru kepada pasukan SAR. Kalau ada letupan mestilah ada serpihan pesawat dan begasi yang akan terapung hanyut dipermukaan laut.

Anonymous said...

Pada ketika ini fokus kita ada lah kepada pesawat hilang. Ghaib macam tu sahaja.

Ada bomoh kata dia nya disembunyikan oleh orang bunian. Ada bomoh guna teropong buluh untuk mengesan kedudukan pesawat di langit.

Harap-harap ilmu para bomoh tadi mampu mendahului kecanggihan teknologi ciptaan barat oleh orang kafir.

Anonymous said...

Mohon check sini..Flight selamat sampai di Beijing kalau berpandukan map Flightradar24 http://www.flightradar24.com/2014-03-08/21:53/12x/MAS370/2d9dd5b

Anonymous said...

Sudah banyak petunjuk tapi itu kapal terbang tarak jumpa juga. Yang kita ada jumpa itu pegawai besar dalam SAR sama sendiri tak bersetuju (disagree).

Anonymous said...

macai macai umngok pi la cari bomoh mcm ibrahim mat zin..bomoh tu kan penyokong tegar umngok..memalukan negara je..kepada macai2..jgn jd bodoh...sokong umngok bodoh...korang tengok skrg apa dah jd ngan malaysia...pemimpin umngok lemah dalam menangani krisis mh370..korang nilai la korang punya pemimpin...bodoh mcm lembu..kena ngan wartawan antarabangsa...pandai lak nk marah2....

Anonymous said...

pemimpin ngan pegawai kerajaan pn xbole nk beza...bila politik lebih tinggi dr semua perkara...

Anonymous said...

Sebagai rakyat, saya rasa macam kerajaan Malaysia ini sudah kena main dengan pihak Amerika dan sekutunya.

Amerika dan sekutunya melaporkan sekejab MH370 dikesan di sini dan sekejab lagi di sana pula. Terbaru mereka melaporkan MH370 ada melalui ruang udara Australia pula.

Cuba bayangkan berapa luas kawasan yang perlu diterokai oleh Malaysia hanya untuk mencari MH370. Tak dapat kita bayang berapa banyak belanja yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malasyia dalam pencarian ini. Bukan satu atau dua juta, boleh jadi ratusan juta atau ribuan juta. Bukan mustahil pada akhirnya kita terpaksa menerokai keseluruhan global (bumi) kecuali negara Amerika dan sekutunya hanya untuk mencari MH370. Bukan mustahil pencarian ini akan memakan masa berbulan-bulan lamanya untuk meliputi semua kawasan yang disebut oleh Amerika dan sekutunya.

Pelik bin ajaib. Kenapa tiada laporan yang mengatakan MH370 ada terbang melintasi ruang udara Amerika atau ruang udara negara-negara kuasa besar yang menjadi sahabat akrab Amerika. Sungguh menghairankan ....

Terdetik dihati kecil saya, apakah ini adalah satu konspirasi terancang oleh musuh Malaysia atau oleh kuasa besar yang ingin menjahanamkan Malaysia.

Persoalannya. Kenapa Amerika selaku negara kuasa besar yang mempunyai teknologi penerbangan yang tercanggih di dunia gagal memandu Malaysia dengan tepat tentang laluan penerbangan MH370 atau apa yang berlaku kepada MH370. Jika Amerika boleh memberitahu Malaysia MH370 ada melintasi ruang udara sini dan ruang udara sana, ertinya mereka mengetahui pergerakan MH370 dan mengetahui apa yang berlaku kepada MH370 sekarang.

Kasihan saya melihat DS Najib. Moga DS Najib bertafakur sejenak dan menilai segala maklumat yang disampaikan oleh negara kuasa besar itu. Sebagai rakyat saya nampak sudah semakin melalut. Mula-mula tuduh dua penumpang Iran itu, selepas itu kata mereka tidak terbabit kerana rekod mereka berdua bersih. Lepas itu tuduh penumpang ethnik Uighor yang ada dalam pesawat MH370, sudahnya senyap begitu sahaja. Lepas itu tuduh kapten Zaharie pula, serbu dan selongkar rumah beliau. Terbaru dan terkini tuduh kumpulan militan islam Malaysia sendiri yang terlibat. Hendak bagi cerita mereka nampak cantik, mereka kata seorang tahanan Al Qaeda (saya lupa namanya) mendedahkan ada pertemuan juruterbang Boeing 777 (mereka tidak sebut nama juruterbang) dengan kumpulan militan islam Malaysia. Adakah pada akhirnya kerajaan Malaysia akan menyiasat semua pertubuhan islam dalam negara pula selepas ini ? Adakah pada akhirnya kerajaan Malaysia akan menyimpan perasaan curiga terhadap semua pertubuhan islam negara ini (yang berdaftar atau yang tidak berdaftar)?

Karut dan semakin mengarut sudah nampaknya. Tolong lah bertanya dan berfikir, ADAKAH MALAYSIA SEDANG DIPERMAINKAN OLEH PIHAK TERTENTU ??????

Rakyat Perihatin

kak bedah said...

Biarlah pihak berkuasa mencari dulu kapal terbang yg hilang tue.. Bukannya mudah nak mencari benda gv dah hilang tanpa sebarang petunjuk dan petanda2 .

pak cik tukang kayu said...

Kita dh termasuk dlm perangkap mereka dajjal laknatullah n thegang. Kerajaan kita cuba sedaya upaya yg termampu untuk mengelakkan negara dari termasuk makin jauh ke dalam agenda mereka. Isyarat perang telah dibunyikn us kpd china. Perairan selat melaka dan laut cina selatan merupakan aset penting dlm peperangan nnti. Huru hara dan peperangan perlu dilaksanakan mengikut urutan masa NWO sebelum keluarnya dajjal. Semua org tahu, perang boleh meletus bila2 masa...pembahagian blok blok negara kepada blog pro barat, blok komunis, akhirnya akan mencappai kemuncak kehebatan blok tersebut. Dan satu suis perlu ditekan untuk menghasilkan suatu keadaan yg sedikit sahaja boleh menyebabkan perang dunia ke 4. Dan masa itu terlalu hampir... Sama ada kita bersedia atau tidak, NW0 tetap dilaksanakan untuk mencapai tujuan mereka walaudgn apa cara sekalipun. Suis2 yg cuba dihidupkan untuk melagakan antara kuasa2 besar ini bagi menghasilkan percikan api peperangan yg akan mengheret seluruh dunia kepada satu tempoh huru hara yg sengaja direka untuk memberi jalan kepada datangnya ketua mereka dajjal laknatullah. Semoga kita sentiasa terhindar dari fitnah dajjal, fitnah akhir zaman

Anonymous said...

anon 12.37am

kalau ada pmpin pr yg kamu dakwa
hebat nilah masanye nak tunjok.
tapi kalau pandai tujah no entry
aje baik kamu diam je .garu batu
pelir kamu lagi baik.sebab apa
kamu sebenarnya sampah.

kak bedah said...

Kenapa dan bagaimana benda nie berlaku still menjadi tanda tanya...

Cahaya Al Majid said...

Salam, apa yang dengar itu sebenarnya deruman pesawat Stealth US yang terbang rendah n pesawat itu tidak bolih dikesan olih radar kita. Pesawat Stelth n AWACS berejenda memesongkan MH 370 B777-200 melalui kawalan dari pesawat AWACs. Api yang dilihat merupakan cahaya dari serumbu exaust belakang 'stealth' yang terbang rendah.

Anonymous said...

Anon 12:37 a.m.

Kalau tak tahu fakta baik jangan buat komen. Nanti orang kata kamu bodoh kamu marah. Bomoh Ibrahim Mat Zin bukan PR ke yang mula guna untuk tilik keputusan PRU 2012 dulu mengatakan PR menang tapi tilikan dia TERBALIK. PR masih kalah.

Pandai kata orang ngok tapi kamu yang bangang.

Bodoh dan bangang.