Thursday, April 24, 2014

Geran MOSTI: Menjawab Pembohongan Rafizi Yang Bakal Berdepan Saman RM 200 Juta


Musim pemilihan PKR digunakan betul-betul oleh Rafizi untuk menonjolkan dirinya dengan harapan dia boleh memenangi jawatan naib presiden yang ditandinginya. Orang-orang PKR memang suka orang yang suka berbohong, pandai memfitnah dan pandai berlakon. Opsss terlupa satu lagi, orang yang pandai meliwat. Siapa yang ada keempat-empat elemen ini akan dianggap sebagai hero dan layak menjadi pemimpin PKR.

Dua tiga hari lepas Rafizi kecoh berhubung beliau tidak dibenarkan masuk ke Sarawak. Isu masuk ke Sarawak bukan benda baru. Sebelum ini dia telah pun dihalang masuk ke Sarawak. Seorang yang cerdik dia akan melakukan semakan terlebih dahulu sebelum pergi samada halangan untuknya masih berkuatkuasa atau telah ditamatkan. Tetapi dalam kes Rafizi, dia pergi ke Sarawak dulu kemudian apabila dia ditahan, maka dia pun buat kecoh. Lalu dia pun akan dilihat sebagai hero oleh penyokong-penyokong PKR. Apabila jadi hero maka senang-senanglah untuk dia mendapat undi daripada ahli-ahli PKR di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sanggup perhabis wang dan masa untuk menjayakan satu lakonan demi untuk mendapatkan undi ahli parti sendiri. 

Itu cerita bab lakonan…sekarang cerita bab pembohongan yang direka cipta menjelang pemilihan PKR untuk menonjolkan dirinya sebagai hero. Rafizi ingat apabila dia berjaya menggegarkan Shahrizat dan suaminya dalam isu NFC, maka dia mahu naik ke tahap yang lebih tinggi lagi. Iaitu menggegarkan Perdana Menteri. Silap…dia silap besar. Kali ini kita tunggu dan lihat samada dia atau Papa Gomo yang tidak dapat tidur malam ?

Rafizi kononnya mendedahkan bahawa hasil campur tangan PM sebuah syarikat yang bernama NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd telah diberikan geran penyelidikan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ( MOSTI) sebanyak RM 100 juta untuk projek komersial. Baca di sini

Cara Rafizi putar ianya cuba menggambarkan bahawa PM telah 'mengarahkan' pemberian wang itu kepada syarikat berkenaan. 

Sekarang mari kita patahkan satu persatu kenyataan si bangang tersebut…

Yang pertama sekali pembohongannya yang besar adalah tentang syarikat berkenaan. Rafizi mendakwa syarikat NSE Resources adalah sebuah syarikat swasta tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan. 

Berikut saya petik dari blog dia…
3. Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan NSE Resources dan pemilik kilang lain tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources. 
Rafiziramli.com

Inilah pembohongan paling besar yang pertama yang dilakukan Rafizi. Untuk pengetahuan anda semua, syarikat berkenaan adalah sebuah syarikat usahasama dimana 25 % sahamnya dimiliki oleh kerajaan melalui Malaysia Venture Capital (Mavcap). Mavcap dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan diperbadankan ( MOF Incorporated) . Lihat di sini

Kita sama-sama pantau samada Rafizi akan padam atau ubah perkara ini dalam blog dia. 

Rafizi berkata syarikat berkenaan diberi geran penyelidikan… 

Dalam urusan surat menyurat samada melibatkan syarikat itu, PM, dan Menteri Sains, tidak ada satu patah perkataan pun yang digunakan mengatakan geran itu adalah geran penyelidikan.  Saya akan tunjuk surat berkenaan di bawah. 

Datuk Najib adalah seorang PM yang mengetuai sebuah negara. Beliau juga orang yang lama dalam kerajaan. Beliau telah hafal dan fasih prosedur atau peraturan yang ditetapkan kerajaan. Apa yang salah, apa yang betul, mana yang boleh, mana yang tak boleh. Bukan seperti Rafizi yang mengaku dirinya seorang akauntan berdaftar, tetapi undang-undang BAFIA pun tak tahu. Cuba beritahu saya orang mana dalam dunia ini jika mereka melakukan penyelewengan atau salah guna kuasa mereka berani buat secara rasmi ? 

Dalam kes yang dibangkitkan Rafizi ini dia menunjukkan semua surat menyurat rasmi antara syarikat berkenaan kepada PM dan surat daripada pejabat PM kepada Mosti. Dan juga surat Menteri Sains kepada syarikat berkenaan. Semuanya dilakukan secara rasmi dan menggunakan kepala surat rasmi. Malah minit yang dicatatkan Datuk Najib juga turut disertakan dengan cop PM. Ini sudah cukup untuk menunjukkan perkara tersebut tidak menyalahi peraturan. Jika ini satu penyelewengan, salah guna kuasa atau salah disisi undang-undang, apa ke bodohnya semua dilakukan secara rasmi ? 


Ini adalah surat permohonan daripada syarikat berkenaan kepada PM. Setelah menyemak semua perkataan dalam surat berkenaan saya dapati tidak ada sepatah perkataan pun yang digunakan oleh syarikat berkenaan yang mereka memohon geran penyelidikan.

Berhubung catatan minit oleh PM yang Rafizi kata ianya salah sehingga dia hendak buat laporan kepada SPRM. Apabila dia nak buat laporan kepada SPRM bermakna sudah berlaku salah guna kuasa atau penyelewengan. 

Saya sekolah tidaklah tinggi sangat. Saya bukan seorang akauntan berdaftar. Saya bukan pelajar terbaik seperti Rafizi. Tetapi Alhamdulillah Allah masih memberikan saya akal fikiran yang masih boleh berfikir dan boleh faham sesuatu. 

PM telah menulis seperti berikut, YB DATUK D EWON EBIN, UNTUK PERTIMBANGAN SAYA TIADA HALANGAN JIKA PROJEK INI SESUAI. Kemudian disusuli dengan tandatangan dan cop Perdana Malaysia. 

Jika perkara ini menjadi kesalahan, beranikah PM nak tulis dengan tulisan tangan beliau sendiri, pakai pen, tandatangan beliau, tulis tarikh dan cop PM ? 

Orang yang melakukan kesalahan mereka akan tulis guna pensil supaya boleh dipadam atau tulis diatas kertas kecil lain dan lekatkan sedikit diatas kertas berkenaan dan dia tidak akan gunakan cop beliau. Itu antara contoh orang yang buat kerja salah. 

Jika PM mencatatkan YB MENTERI, SILA LULUSKAN PERKARA INI DENGAN SEGERA. Itu sudah menjadi kesalahan. 

Dalam catatan itu PM terang-terang menyerahkan keputusan berkenaan kepada Menteri Sains selaku menteri yang bertanggungjawab dan PM menggunakan perkataan PERTIMBANGAN dan JIKA. 

Kisah surat sokongan ini adalah benda yang telah menjadi lumrah dalam negara kita. Jangan kata PM, wakil rakyat biasa tak kira daripada parti mana sekali pun mesti akan keluarkan surat sokongan tidak kira untuk apa-apa urusan. 

Kisah surat sokongan ini pernah menjadi isu besar di Selangor apabila setiausaha politik MB Selangor pernah mengeluarkan surat sokongan kepada sebuah agensi kerajaan negeri yang melibatkan firma guaman anak saudaranya. Itu terang-terang salah sebab dia keluarkan surat sokongan kepada syarikat yang ahli keluarganya mempunyai kepentingan. 

Namun begitu apabila kena kepada mereka dan benda yang terang-terang salah, maka mereka kata tak salah. Apabila kena kepada BN maka gegak gempitalah alam ini. 



Surat daripada anak saudara setiausaha politik MB Selangor kepada ibu saudaranya. Memohon dilantik sebagai panel peguam GLC Selangor pada tahun 2011. 
Surat daripada setiausaha politik MB Selangor (ibu saudara pemohon) kepada sebuah GLC Selangor

Tatkala itu apa kata pemimpin PKR ?

Jom kita lihat…




Tidak cukup dengan itu…nah ! ambil satu lagi…
Naib presiden PKR Tian Chua hari ini menafikan laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberi surat tunjuk sebab oleh pihak parti itu. 
Faekah sebelum ini mengaku mengeluarkan surat kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) milik kerajaan negeri agar sebuah firma guaman 'dipertimbangkan' menjadi panel peguam di PNSB. 
Beliau bagaimanapun menafikan ia surat sokongan. Khalid juga mempertahankan pegawai kanannya itu dengan berkata ia amalan biasa dan tidak melanggar etika
Tian Chua ketika dihubungi hari ini mengesahkan Khalid telah menghadiri mesyuarat biro politik malam tadi yang dipengerusikan oleh presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tetapi agenda utamanya bukan mengenai Faekah. 
"Kami telah mengeluarkan amaran yang sangat serius kepada ahli parti supaya berhenti mempersoalkan Faekah mengenai isu itu," katanya. 
Malaysiakini 5 Julai 2012

Bila kena atas batang hidung mereka siap keluarkan amaran serius supaya berhenti mempersoalkan. 

Mana Rafizi ketika itu, kenapa tidak jadi hero kepada isu ini ? 

Sambung balik kisah geran Mosti..

Setelah PM mencatatkan minit, permohonan syarikat NSE Resources dipanjangkan pula kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sekali lagi ianya dilakukan secara rasmi oleh Ketua Setiausaha Sulit PM dan menggunakan kepala surat rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia. 


Tidak ada apa-apa unsur paksaan, arahan atau salah guna kuasa dalam surat ini. Juga tidak langsung dicatatkan permohonan geran penyelidikan Mosti. Terang-terang ditulis dikemukakan untuk perhatian pihak YB. Semua keputusan diserahkan kepada menteri berkenaan. 

Setelah dua bulan Menteri berkenaan menghantar surat rasmi kepada syarikat berkenaan. Mungkin masa yang lama diambil adalah untuk pihak kementerian menyiasat atau melakukan penyelidikan terhadap syarikat berkenaan, kesahihan projek dan sebagainya. 


Sekali lagi dalam surat ini tidak ada sebarang perkataan digunakan yang menyatakan bahawa geran yang diberi adalah geran penyelidikan. Dan surat ini adalah surat rasmi dan menggunakan kepala surat kementerian.  Dalam surat ini menteri secara terang-terang menyatakan bersetuju untuk memberi kelulusan permohonan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Saya mendapat maklumat mengatakan sehingga kini syarikat berkenaan belum lagi menerima apa-apa geran atau sesen wang daripada kerajaan walaupun tiga bulan telah berlalu. 

Jika ini salah guna kuasa daripada PM atau arahan PM agar syarikat berkenaan diberikan geran, kenapa lagi perlu menteri berkenaan menulis begitu ? Lainlah jika beliau tulis, Kementerian ini bersetuju memberi kelulusan kepada permohonan tanpa apa-apa syarat kerana ianya arahan PM

Saya tidak berhajat menulis lebih panjang lagi kerana rakan saya telah menjelaskan panjang lebar mengenai perkara ini. Sila baca di sini

Cuma apa yang ingin diberitahu supaya kita jangan keliru dengan permainan Rafizi. Dia tidak mendedahkan semua perkara ini. Dia hanya dedah bahagian-bahagian yang boleh menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kerajaan.  Sekarang setiap hari dia cabar PM jawab perkara ini. Dan saya berharap PM tidak akan jawab perkara ini. Untuk apa PM nak beri populariti percuma kepada dia. Dia memang nak tumpang populariti PM supaya dilihat sebagai hero dan menang dengan mudah dalam pemilihan PKR. 

Setelah berdepan kes BAFIA kerana cuba hendak menjadi jaguh, sekarang dia sedang menggali kuburnya sendiri dalam kes ini. Mengikut maklumat yang saya dapat mengatakan syarikat NSE Resources akan menyaman Rafizi RM 200 juta. Sebenarnya kes ini panjang lagi. Pihak NSE Resources akan muncul dan akan menjawab semua ini dan mereka akan mendedahkan segala dokumen yang benar. Tunggu Rafizi…seperti yang aku kata…aku lihat siapa yang tidak akan tidur malam…samada kau atau Papa Gomo ? 

30 comments:

hanizam said...

hanya tuhan je yang tahu ape sebenarnya isi hati Rafizi ni...kalu kerja menipu sepanjang masa, menimbulkan salah paham dan fitnah, maka tanggunglah sendiri di akhirat kelak...

tak guna kalau nama sahaja Islam tapi hati dan perangai macam kafir...terpulanglah pada dirinya...

kena ingat, hukum tuhan tu kalau nak bagi "CASH" kat dunia, sampai masa akan tiba juga...

Rafizi kena ingat, hidup ini umpama putara roda...kadang kala kita diatas, kadangkala kita ditempat lain...

kalau tak diri kita yang kena balasan dari tuhan, mungkin orang-orang yang disayangi akan kena terpalit...

Anonymous said...

Muka je jambu, tapi hati hitam bak serigala... patut la takde pompuan yang minat dengan mamat jambu nak botak ni, kuat memfitnah dan mengadu domba hidup masyarakat...

Anonymous said...

Rafizi USAH BIMBANG, penipu pembelit pemitnah macam dia DIJAMIN dapat masuk NERAKA...

Masuk Sarawak disekat, tapi NERAKA confirmed dapat punya..

Anonymous said...

Berani buat..berani tanggong la...
felda dah mula bukak kes...
tunggu je la nasib ko rafizi....
Macai2 Pas dah biol dah termasuk presiden nya sekali...tak caya?
cuba baca di blog :penyokongpas.blog..

Anonymous said...

Tiada sapa bertanya atau pertikai macam mana dokumen-dokumen & surat boleh sampai ke tangan Rafizi? Walaupun benda ni boleh dipatahkan, tapi root cause nya macam mana boleh leak.

RBF Online said...

Anon, tidak menjadi masalah dokumen itu bocor pun. Tiada apa yang nak diselindungkan kerana semuanya dilakukan secara terbuka dan rasmi oleh kerajaan. Yang menjadi masalahnya dia berbohong dan dia tidak menunjukkan kesleuruhan dokumen berkenaan. Dia ambil bahagian yang boleh menimbulkan sangkaan jahat sahaja.

Anonymous said...

Celaka punya jambu,.. tahukah yang ramai penyelidik kat Universiti amat memerlukan geran dari MOSTI untuk digunakan pada projek pembelajaran pelajar di peringkat Sarjana. Seandainya geran ini tidak ada bagaimana penyelidikan ini dapat dilakukan... Bagi pengajian peringkat yang tidak memerlukan peralatan teknikal, kira ok lah, tapi bagi pengajian peringkat teknikal, banyak peralatan diperlukan dan bukan semua Universiti mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk disalurkan. Pihak Pensyarah ini memerlukan geran dari pihak MOSTI. Bayangkan jika geran ini tidak ada... Mana Dr dan Pensyarah bahagian penyelidikan bagi setiap Universiti... tidak kah anda terasa seandainya geran MOSTI ini tidak ada... dihentikan atau di susahkan untuk mendapatkannya hanya kerana di nodai oleh seorang jambu ini....

Anonymous said...

Saman sehingga ke sen yang terakhir dia, dia dan emak dia boleh buka gerai buah...

Anonymous said...

nie kalo penjawat awam tgk mau gelak besar kt rafizi...die xtau ke setiap surat harus di jawab..xde ape salah pn minit pm tu...same mcm bos aku minit setiap surat yg diterima untuk tindakan pegawai seterusnya...bodo nye rafizi..org awam ngan macai ko bole la ko tipu...kalo penjawat awam yg sokong pembangkang pn mau geleng kepala nk jawab balik fitnah ko nie...

Anonymous said...

Bro RBF .....bg sy kalo pihak kjaan pimpinan BN betol2 serius nak mnyaman Rafizi jambus neh mmg teramat2 di alu2kn bahkn bkn sy saje malah hampir kesemua penyokong kjaan bersetuju.

Tapi yg kami paling xtahan ialah sikap pemaaf tahap khinzir oleh UMNO/BN.... dulu kes NFC, rafizi n maklampir, tiangchuak babi pon lepas, n skrg keadilan daily n siputdin pon bole lepas DENGAN HANYA MEMOHON MAAF sedangkan damage has been done.... pembohongan n fitnah bertahun di maafkn begitu shj sedangkn lagu lembu , lagu sandiwara Sulu n lagu felda Israel dah sebati di jiwa penganut palatan yg rosak itu....

Hati kami semua ibarat luka yg di siram dgn air garam mndengar semua KEMAAFAN tahap khinzir itu...so pada UMNO/BN ...kalo kata nak saman teruskn hingga ke akhir cerita bkn takat TONG KOSONG pung pang pung pang habok pon xde.... kami rakyat yg setia pada UMNO/BN dan Negara terasa hampa ... tmpt berpaut begitu lemah dan longlai sehingga kepala di lumur taik oleh lawan pon di biarkan....

Maaf krn terlalu ikot hati..

Anonymous said...

Ni bukan rafizi jambu..tapi rafizi bab*...

Anonymous said...

Dia guna isu ni utk menipu geng dia aja. hahaha.

Anonymous said...

blogger macai umno/bn/najib/rosmah sudah kepanasan.jgn main2 sama rafizi.rafizi kalau buat pendedahan mesti ada bukti&asas.semua surat dia keluarkan sbg bukti.bukan sprti blogger macai penjilat rosmah ni.cakap kerajaan ada saham tapi satu bukti pun tak tunjuk.kesian kau blogger macai.jilat najib kuat2 lagi.kau tak sedar ke najib bapa rasuah negara?

Anonymous said...

Setakat bukti dokument fitnah rafizi tu ...
aku senang2 je boleh taip kat rumah sambil makan kuaci...
klw berani kerana benar..repot polis la pasal rasuah ape kejadah tu...
nak cari publisiti je tu..
moron...

Anonymous said...

Budak ni kalau tonggeng fuhh.. penuh berisi woo... sure ketat melekat punya...

Anonymous said...

Rafizi memang terbaik!!! Pemikiran rafizi memang hebat sampai terserlah bangang dan bodoh beliau sendiri yg mana berada di tahap babun... hahaha

Anonymous said...

Itu la kerja puak macai UMNO, nak membontot jer kerjanye..

Anonymous said...

Dia x minat pempuan kot

Anonymous said...

eh? membontot tu bukan favourite puak2 PKR ke?

Anonymous said...

Jgn bohong aje..buktikan sampai betul2 terbukti. Kalau tidak anda macai2 pr lah pembohong tegar terbesar dan tidak layak memerintah negara ini. Abih si hadi yg kena saman 2 juta tu pembohong gak kan..kan..lagi satu pemimpin2 parti rakyat kononnya ni dari mana datang aset2 mewah mereka tu..kereta2 mewah..duit juta2 dan banglo2 mewah ratusan ribu..padahal dulu deme ni macai2 politikus aje..org biasa je..kete2 cam alphard audi ferrari.porsche..mercedes..tu pemandangan biasalah..cer citer..deme ni kaya ikut mana??..takkan duit hasil tabungan milo kot

Anonymous said...

org pnh pakai surat sokongan utk dptkn kelulusan pasti tahu yg apa ditulis oleh DS Najib akan diambil sbg arahan utk meluluskan bkn suruh pertimbang.sama ada rbf buat2 xtau atau dia mmg xtau. wallahualam.
tak perlu PM... ayat yg sama kalau ditulis oleh timbalan mnteri pun akan dianggap sbg pasti lulus. aku brcakap melalui pengalaman. aku prnh guna surat mcm ni. pegawai yg meluluskn tu siap ckp "lain kali jgn la pakai surat sokongan, susah kitorg nk buat keje".
tau kenapa dia kata susah? sbb kalau tak layak pun dia terpaksa luluskn.
Aku dh insaf. x join dh depa ni. aku rasa brsalah sbb mungkin aku dpt kelulusan dulu, org yg layak dan spatutnya dpt tak dpt

Anonymous said...

Jadi... kalau bukan PM Najib yang buat Pertimbangan dan Sokongan... siapa lagi... Obama kerrr.

Anonymous said...

Betol tu...dah keja PM bagi sokongan mana yg patut...
Apasal..sokongan kena mintak dgn rafizi je ke baru tak salah...moron...

Anonymous said...

dah pm tulis dipertimbngkan kalo sesuai...kalo xsesuai xyah la dipertimbangkan...

Anonymous said...

anon April 25, 2014 at 10:39 AM
mb selangor, penang,klantan pn akn jawab surat yg diterima dengan ayat mcm tu..xyah la duk nk tuju kt najib je...ko xyah la nk menipu kalo ko kije kerajaan mang dh prosedur mcm tu..nk dpt kelulusan sume kene bawa masuk meeting...apa2 pn keputusan meeting yg akan lulus kn atau tidak...

Anonymous said...

Fizi jambu...jom pekena seraound. Dari hang dok kencing sana sini, baik hang tala kote hang ke china doll...nikmat..

Norfadzil Yusuf said...

http://gopaidweekly.com/?ref=219707 jana pendapatan tanpa modal

Anonymous said...

Samannn jaaa.....

Saman sampai bankrupp....

Kasi ajar cukup2 bdak kecik ni....

Jgn bg mukaa.....

Anonymous said...

jadi..kau ni salah seorang yg suka menggunakan Kabel...menyusahkan orang lain..Semoga Bala Allah turun pada kau...amiin.

Anonymous said...

bukan obama..tetapi anuar aljuburi wal liwati dengan kuncu2nya termasuk kau...ha ha ha