Saturday, April 26, 2014

Hari Ini Khalid Ibrahim Terima Pembalasan Akibat Mencemarkan Kesucian Masjid Empat Tahun Lepas


Tahun ini telah masuk tahun ke 6 kerajaan yang diketuai PKR memerintah Selangor. Manakala bulan ini pula adalah bulan ke 2 rakyat Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi masalah air yang serius. Seorang rakan di Selangor bercerita kepada saya, katanya sepanjang PKR memerintah Selangor beliau telah mendapat bekalan air percuma berjumlah RM 792.00 (RM 11.00/bulan X 72 bulan). Itu jumlah untuk 6 tahun, tetapi dalam masa 2 bulan ini pula beliau terpaksa membelanjakan lebih RM 2000.00 gara-gara masalah air. 

Bulan Mac beliau belanja RM 400.00 untuk membeli bekas-bekas air. RM 580.00 pula untuk beberapa kali sewa hotel kerana air di rumahnya langsung tidak ada. Bulan April pula beliau terpaksa beli lagi bekas-bekas air yang berjumlah RM 290.00. Masalah tak selesai juga. Setakat semalam katanya beliau dah belanja RM 460.00 untuk sewa hotel bagi membolehkan anak-anak mandi untuk ke sekolah. Itu belum dikira lagi belanja untuk membeli air minuman dari pasaraya dan juga belanja untuk membeli makanan kerana tidak boleh memasak di rumah. 

Itu perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh seorang individu. Jika seorang individu terpaksa membelanjakan lebih RM 2000.00 untuk tempoh yang belum sampai dua bulan, cuba anda bayangkan berapa banyakkah kerugian yang dialami oleh pengilang-pengilang di Selangor kerana masalah air ? 

Tiga empat tahun lepas lagi Kerajaan Persekutuan telah berkali-kali memberitahu bahawa Selangor dan Kuala Lumpur akan menghadapi masalah air paling awal tahun 2014. Lihat di sini. 

Bukan setakat Kerajaan Persekutuan,malah Sultan Selangor sendiri pun pernah menegur kerajaan pimpinan PKR Selangor agar jangan mempolitikkan isu air. Lihat sini 

Kerajaan Persekutuan meminta mereka meluluskan segera pembinaan Loji Langat 2. Tetapi oleh kerana sifat kebinatangan menguasai diri mereka tolak semua itu dan menuduh kerajaan pusat bersekongkol dengan Syabas untuk menipu rakyat. Perkara pertama yang dilakukan mereka pada waktu itu adalah berdemo di Masjid Negara pada tahun 2010. Habis Masjid Negara dicemari tapak kaki kaum yang tidak mandi hadas. 

Mungkin apa yang berlaku hari ini adalah balasan keatas Khalid kerana mencemari kesucian Masjid Negara 4 tahun lepas. Hari ini kita boleh lihat bagaimana Khalid bersendirian. Tidak ada lagi rakan-rakannya yang tampil mempertahankannya dalam isu air sepertimana mereka berdemo bersama-sama Khalid di Masjid Negara tahun 2010. Jangan kata nak mempertahankan Khalid, malah rakan-rakannya sendiri pula yang membalunnya.  Lihat video apa yang berlaku di Masjid Negara tahun 2010 di sini

Kerajaan Pusat tidak pernah putus asa dan terus memohon agar Selangor meluluskan pembinaan Langat 2 kerana masa semakin suntuk dan bimbang krisis air akan berlaku. Khalid Ibrahim dan sekutu-sekutunya menolak dan memberi seribu satu alasan. Khalid kata nak guna air lombong. Ronnie Liu pula bawa wartawan pergi tunjuk air di empangan yang penuh. 

Akhirnya apabila krisis air semakin menghampiri tahap parah, siapakah yang berlari ke Putrajaya tergesa-gesa bulan lepas tanpa sempat berbincang dengan sekutu-sekutunya untuk menandatangani kebenaran pembinaan Langat 2 ? 




Apa yang berlaku hari menunjukkan kepada kita perbezaan yang jelas antara kerja yang dilakukan oleh pimpinan BN dan pemimpin-pemimpin berotak lembu pak-khatan rakyat. Ya betul…pemimpin BN tak pandai bercakap, tak pandai berucap berapi-api dan tidak pandai berdebat sepertimana pemimpin-pemimpin mereka. Namun begitu pemimpin BN adalah pemimpin yang berkerja. Mereka dah tahu krisis air akan berlaku dan mereka telah mengambil langkah yang cukup sebelum krisis berlaku. Mereka sebuah kerajaan yang ada perancangan, ada jangkaan, ada bancian dan sebagainya. Mereka dah kaji dan mereka dah ada data berapa banyak pertambahan penduduk, pertambahan rumah, pertambahan premis, pertambahan kilang, taburan hujan dan sebagainya. Datang kerajaan PKR tahun 2008 mereka nafikan semua itu dan halang pembinaan Langat 2. 

Beza antara kerajaan BN dengan kerajaan lembu pak-khatan rakyat saya boleh ibaratkan antara penjual ubat kaki lima dengan penjual ubat dalam farmasi. Penjual ubat kaki lima memang bercakap bijak hingga memukau orang ramai untuk membelinya. Kalau dengar mereka bercakap makan sebiji ubatnya boleh selesai seribu satu masalah penyakit . Daripada sakit kepala hingga ke masalah tenaga batin. Sedangkan itu semua temberang. Samalah seperti pemimpin-pemimpin lembu pak-khatan rakyat.  Kalau dengar mereka bercakap hanya mereka yang betul, hanya mereka yang cerdik dan hanya mereka yang boleh selesaikan semua masalah anda. Manakala ahli farmasi yang menjual ubat dalam farmasi, mereka tidak bercakap banyak hingga memukau orang ramai untuk membelinya. Kalau sakit ini , itu ubatnya. Kalau sakit itu, ini ubatnya. Yang mana boleh dimakan diberitahu, yang tak dibenarkan makan juga diberitahu. Yang pasti ubat mereka boleh menyelesaikan sakit yang anda hadapi walaupun ada kalanya anda terpaksa membayar mahal. 

Satu lagi contoh…

Dalam kes MH370, ada dua pihak yang terlibat untuk mengesan lokasi kapal itu. Pihak pertama adalah pakar-pakar penerbangan dan satelit. Pihak kedua adalah tok bomoh. Pihak tok bomoh datang ke KLIA buat upacara perbomohan dengan tikar terbang, kelapa, bubu dan teropong ajaib. Keadaan menjadi kecoh dan mendapat perhatian ramai. Tok bomoh bercakap besar mengatakan dia seorang yang hebat dan macam-macam lagi. Kemudian dia kata pesawat tersebut tergantung antara tiga negara. Kemudian ada seorang peliwat pula kata dia boleh selesaikan masalah MH370 dalam sekelip mata sahaja. Apa beza antara tok bomoh dengan peliwat itu ? Tiada bezanya, semuanya bercakap besar dan temberang. 

Pihak pakar-pakar penerbangan dan satelit buat kerja senyap-senyap belakang tabir. Tak kecoh dan tiada siapa tahu apa yang mereka lakukan. Tup..tup..diumumkan bahawa berdasarkan maklumat-maklumat kajian mereka pesawat itu berakhir di Lautan Hindi di Australia. Antara apa yang diperkatakan tok bomoh dengan apa yang diperkatakan oleh pakar-pakar, mana yang anda percaya ?  

Orang yang bercakap besar memang tak boleh dipakai. Mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak boleh bekerja. Lihat contoh di sekeliling kita. Saya yakin kita semua ada pengalaman dengan orang yang bercakap besar tidak kiralah samada kawan-kawan kita atau saudara mara kita. Adakah mereka boleh dipakai atau dipercayai ? 

Inilah beza antara BN dan mereka. Seperti yang saya katakan diatas, pemimpin-pemimpin BN tidak pandai bercakap hingga memukau orang ramai dan tidak pandai berdebat. Tetapi pemimpin-pemimpin BN boleh bekerja untuk rakyat dan negara. Daripada sebuah negara yang kosong yang ditinggalkan penjajah, mereka bangunkan sehingga ke tahap yang ada hari ini. Jika BN sebuah kerajaan yang gagal kita tidak akan menikmati sebuah negara sepertimana yang kita ada hari ini. Saya tidak menafikan ada juga perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh BN. Tetapi anda sebagai manusia yang diberikan akal fikiran sudah tentulah boleh berfikir.  Janganlah kerana hujan sekejap di petang hari kita nak menafikan panas yang sepanjang hari sebelum hujan turun. 

Berbalik kepada kisah air, masalah ini kalau tidak ditangani dengan segara ianya akan menjadi masalah yang lebih besar. Selain daripada kesan kepada kehidupan manusia ianya boleh memberi kesan yang serius kepada ekonomi negara. Seperti yang kita sedia maklum Kuala Lumpur dan Selangor adalah pemangkin ekonomi negara. Kerosakan ekonomi di Kuala Lumpur dan Selangor akan memberi kesan kepada ekonomi seluruh negara. 

Dari segi kehidupan manusia pula, kita semua sedia maklum bahawa air adalah keperluan asas terpenting kepada manusia. Apatah lagi kepada kita orang-orang islam. Dalam situasi hari ini orang di Selangor dan Kuala Lumpur nak beribadat pun tak sempurna kerana masalah air. Nak cuci diri tak sempurna, nak berwudhu pun tak sempurna dan nak mandi hadas pun tak boleh. Setiap hari berapa ramai wanita kering haid perlu mandi hadas ? Bagaimana nak mandi hadas kalau tiada air ? Itu belum kira lagi kaum lelaki yang nak mandi hadas. Lelaki yang meliwat saya tidak pasti samada dia perlu mandi hadas atau tidak. 

Cukuplah rakyat Malaysia…cukuplah. Ambilah iktibar apa yang berlaku di Selangor sebagai contoh yang paling nyata kegagalan pemerintahan PKR, PAS dan DAP. Untuk mentadbir sebuah negeri maju dan sebuah negara bukan perkara mudah. Pengalaman adalah satu perkara cukup-cukup penting untuk mentadbir. Mereka semua mana pengalaman mentadbir. Mereka hanya ada pengalaman berguling atas jalan raya, berceramah dan meliwat. 

36 comments:

Anonymous said...

well said RBF ...
Even ada kepincangan dalam BN pun
kebaikan yg diorg buat tidak boleh dipandang sepi

at least tertegaknya negara kita yang makmur sekarang ni bukan hasil kerja berguling sakan dijalanan ...

Allah beri kita akal untuk berfikir dan mentadbir

Anonymous said...

letih u tulis berjela2 , setan ni baca pun tidak
letih kita komen MEREKA TERUS BODOH ,PEKAK DAN
BISU
SEBAB YG MENYOKONG NYA SEMUA BUTA HURUF

Anonymous said...

kita tahu sifat dajjal adalah memanipulasi semua keadaan. Yg baik dikata tak baik dan yg tak baik dikata baik.
Dah ramai jd pengikut dajjal skrg ni

Anonymous said...

1.Air percuma tidak lah percuma sebenarnya kerana ianya di bayar oleh kerjaan,sertinya duit kerjaan duit rakyat juga.Jadi ari purcuma hanya sandiwara Pakatan.

2.Perbandingan puak Pakatan sebagai penjual ubat jalanan amat tepat sekali.Mereka memang pandai temberang tapi hasil kerja mereka kosong.Paling nyata si9 Peliwat tegara yg mereka jadi kan ketua.Apa jasa yg dia buat utk rakyat?.Kalau ada sedikit jasa semasa beliau berada dalam Umno dulu,semuanya sudah jadi negetif,hasil dari porak peranda yg ditimbulkannya selepas di pecat dari Umno.

3.Saya dulu pun memang memandang agak sisnis pada Umno dan BN,tapi sekarang selepas membuat perbandingan antara PR dgn Umno/BN,semuanya sudah berubah,setiap solat saya sentisa mendoakan agar bumi ini di jauhkan dari di perentah oleh PR.Terlalu banyak jasa yg telah di taburkan oleh Umno utk org Melayu yg tidak boleh kita lupakan,biar pun ada para pemimpinnya yg telah melakukan serba sedikit penyelewengan,namun dasar Umno tetap tidak berubah.

Syabas RBF,keran sentiasa menulis berdasarkan fakta dn logik,kita mahu lebih ramai pengendali blog yg seperti sdr RBF,rasional dan tidak hentamkromo.

Anonymous said...

Spt biasa thnx bro RBF...penerangan yg jelas tapi malangnyer puak sana ttp akan memutar belit utk menegakkn belalai yg bengkok tuh.... skrg neh kalo masok kat blog ke atau fb puak pendek akal tuh mrk trtama facebooker mrk giat menyalahkn SYABAS....samada mrk mmg tau hakikat atau mmg mrk bebal xreti nak beza apa peranan syabas, Luas kaitan dgn kjaan ngr Selangor...

Mmg tepat sgt perbandingan yg di beri.... kjaan pakatan seumpama penjual ubat tepi jalan... mcm DO RE MI....menang cakap tapi alah menggunakannya...

Anonymous said...

Artikel terbaik...utk yg menyokong mengkhinzir buta..!

PENDEKAR MELAYU said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Tapi setiap projek BN/UMNO ada elemen rasuah yg melimpah.Sepatutnya kalau Tuhan nak membalas , sememangnya secara logic pemimpin2 UMNO yg Pembunuh dan menyamun itulah yg kena.

PENDEKAR MELAYU said...

terbaik bro info yg tepat..
bro klu tak keberatan tolong link kan blog saya yg tak seberapa ni erk.itu pun klu boleh

http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/

maae said...

Air kalau di perdagangkan, begini lah jadi nya. Jatuh pula kepada pemerintah Raja Putar Alam. Hakikat nya hanya kepentingan peribadi sahaja. Jauh sekali untuk rakyat.

Kepada penyokong PKR, DAP dan PAS, bila lagi hendak bertaubat ? Anda semua hidup dalam fitnah dan kejahilan.... hidup bercakap kosong.

Sekurang-kurang kerajaan pusat sudah berjasa besar 50 tahun sudah menaikkan tataf hidup anda semua. Lupa diri ?

Nikah Siam said...

Puak puak ni sgt susah dah nak berubah. Bak kata Helen Ang, dah diberi minum 'holy water'. Tun Dr Mahathir menerangkan dgn tepat mengatakan 'you pick the wrong govt, you pay the price.'.

Masalahnya yg saya tengok adalah kerajaan kita sendiri lemah. Lemah dan lembab nak counter segala dakyah dan fitnah puak puak nie. Bab kerja, insyaAllah seperti yg dikatakan blogger, bekerja dgn gigih di belakang tabir. Walaupun ada dikalangan mereka yg diibaratkan seperti nila yg merosakkan sebelanga susu, namun begitu, golongan susu ini masih lagi berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.

Kerajaan sekarang memerlukan seorang Menteri Penerangan yang agresif. Yang bukan hanya duduk menunggu isu tetapi keluar mencari isu. Yang offensif dan bukan yang defensif. Aktif, bukan reaktif. Bukan hanya counter isu yang dibangkitkan PR tapi juga membangkitkan isu PR. Yang bak kata pepatah Inggeris 'fight fire with fire'. Ini yang kita perlukan sekarang untuk membangkitkan kembali sokongan rakyat kepada kerajaan. Tahniah RBF. Kita perlu lebih banyak blogger seperti anda. Tetapi kita lebih perlukan seorang Jeneral untuk mengetuai serangan dan pertahanan kita.....

Udo Majau said...

Kalau bersekongkol dgn ketua yg bertaraf talibarut spt Anwar. ..mana peduli susah senang rakyat.....

Anonymous said...

Ikut cara jef oooooi orang subang tapi dok penang, guna kertas dan mandi cara kerbau pendek.........

Anonymous said...

usahlah malu-malu....

air lombong kan adaaaaaa...

ajak pemimpin-pemimpin kerajaan negeri join sekali...

Anonymous said...

Air lombong untuk RAKYAT... air sungai terawat untuk MB dan EXCO... macam tu baru la dinamakan negeri berkebajikan... itupun dah terberak baru nak gali lobang...

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Anonymous said...

rakyat Selangor akan terus memuja penipu dan pembohong sebagai pemimpin. semuanya amat simpati kepada keluarga paling terinaya di dunia disebabkan kebijaksanaan mereka yang amat dicemburui oleh pemimpin BN

Anonymous said...

Patutnya kerajaan pusat biar jer rakyat selangor xde air. Sbb dulu mrk bgitu angkuh kunun mrk la yg teramat bijak tahap pnerima anugerah nobel, trendy, moden n up to date krn sokong n pilih kerajaan pak khatan. Tanpa belas kasihan mrk fitnah n pndang jijik kerajaan bn. Surat khbar pro bn letak atas lantai jer.. Ada pnuntut ipta dgn angkuh btnya, bnyk sgt ke air sg phg tu spai nk salur2 kt selangor nih...masa dia tny tu mmg air paip kt slngor masih laju, skrg rasakn. Ingat la Allah s.w.t amat bencikn makhluknya yg angkuh. Ingat apa hukumanNya kpd iblis yg angkuh berasa diri hebat n mmndg rendh nabi Adam a.s. Tuhan halau iblis dr syurga yg penuh knikmatn n tpaksa mnerima pderitaan n phinaan slama2nya. Mgkn pnyokong n pmimpinnya masih x serik krn mpermainkn hudud...terima la balasan azab. Hrp pnyokong umno djauhkn murka n azabNya...amin...

Anonymous said...

Kalau bukan bodoh bukan PKR namanya....peliwat diagungkan...selagi tak kena dubur sendiri tak percaya PKR memang kaki auta....padannnnn muka...

Anonymous said...

Kesian orang umnongok

Anonymous said...

Hahaha langsung tak sentuh syabas..sembang kencang lahanat

Anonymous said...

Kepada Anon 10:35 AM Apr 26

Saya doa kan sejahtera dan di rahmati selalu begitu juga buat RBF.

Pandangan yang adil dimana yang benar kita iyakan dan yang tak baik kita beri pandangan sewajarnya.

Penulisan RBF memberi impak semoga lebih ramai mendapat kesedaran diatas usaha RBF dan pembaca-pembaca yang guna pakai minda dengan bersifat-bersikap adil didalam penilaian.

Salam dari

OM - Melayu Luar Negara

Anonymous said...

Itu je la fitnah ko dah berpuloh tahun dah..
asyik pembunoh..penyamun..
pembunoh..penyamun...
tapi diri sendiri jadi penyamun tak sedar...

Anonymous said...

apa la RBF ni.

itu kan tanda kerajaan PKR tunaikan manifesto bukan janji diorang.

air percuma kan? ada sapa sapa kena bayar air yang hantar dengan lori tu?

dapat percuma kan? komplen apa nya.

air percuma ... mengundi lagi sekali ... kita undi lagi ... kot boleh dapat air percuma sepanjang penggal, 5 tahun. tiap tiap seminggu sekali lori hantar air free.

Anonymous said...

He he he betul tu.air free.dulu punya la sombong ada mamat tu ckap.aku dok kt selangor ada je air.tk kebulur pun.kah kah kah.belum kena sembang kencang.jangan takbur.allah marah orang takbur.sekarang mai le kt sini sembang kencang ada telur ke.atau buntut dh kena liwat.ltu pasal diam.kahh kahh kahh.

Anonymous said...

"Lelaki yang meliwat saya tidak pasti samada dia perlu mandi hadas atau tidak."

Kenyataan di atas membuatkan aku senyum sepanjang hari. Peace.

anakbochek.

Dhanush Johnson said...

Saudara RBF,
Satu artikel yang menginsafkan penduduk Selangor sekiranya mereka rasa diri mereka tertipu. Terdapat beberapa rakan yang tinggal di Selangor berasa bangga dengann kerajaan negeri apabila dapat air percuma.
Dengan artikel sebegini, bagusnya kiranya ramai yang membaca di mana penduduk Selangor ini digula-gulakan, kemudian merempat di tengah jalan.
What I can say ... padan muka oooo. Pilih le Pakatan Rakyat .. Rakyat diperbodohkan.

Sarah said...

Bro RBF, Mohon share di blog saya TDS World.

Terima kasih.

:Dsarah

Anonymous said...

Itulah bezanya bila org Melayu yg taktau nak mentadbir negeri, cuba2 try test. Inilah padahnya.
Cuba ko tgk bangsa Cina yg perintah PPinang, dia belajar dari kesilapan. Walaupun Penang mungkin xde masalah air sbb berdekatan dgn empangan di Kedah dan Perak, dia takmau ambik risiko. Cepat2 dia naikkan tariff air. Mcm tu lah nak mentadbir negeri. Haaahhh ko belajar sikit dari kawan cina ko tu. Melayu2 yg sekeliling ko tu nak jatuhkan ko, itu yang dok bagi idea2 yg brilliant ni

Anonymous said...

Apapun nak komen pasal air..tak payahlah..pakatan dah menang di selangor..air dah di beri percuma lama dah!!..setakat air tak ada beberapa hari biasalah kan..yg penting rakyat selangor suka dan undi kpd pakatan..masing2 dapat merasa mcmn air percuma dan dpat juga merasa air di catu...pakatan yg terbaik mentadbir selangor hingga rizad negeri rm2b...terbaikkkkk..

Anonymous said...

Apapun masalah Khalid Ibrahim tetap akan tetap teruskan pemberian air free. Air ni modal dia di Selangor. Pendapat saya...tidak nampak sebarang tekanan pada Khalid walaupun dilanda krisis air. Kerana secara dasarnya K'jaan Pusat bersetuju membantu K'jaan Negeri mengurus air mengikut kemahuan mereka. Yang dikesali gara2 keghairahan Khalid melobi Pusat hinggakan rakyat terpaksa tanggung derita kerana ramalan masalah air dibuat lebih awal akibat kurang sumber air akibat masalah pencemaran sungai. Tuduhan PR terhadap media utama sengaja mempolitik hal ini tak berasas. Mereka yg sedang mempolitikkan hal ini utk kepentingan mereka.

Anonymous said...

Kepada sesiapa yang tinggal di pangsapuri, tidak pernah mendapat air percuma di Selangor.

Anonymous said...

Psst..ko ni lalok minum air ketum ka ?..dah pi rendam kepala hotak dlm lombong nun..

Anonymous said...

Memang Khalid tu Menteri Besar tapi dia hanya membaca script yg ditulis oleh DAP.

DAP nak pastikan kejayaan diselangor tu musnah dalam masa terdekat kononnya org Melayu tak pandai mentadbir negeri dan negara.

Utk buktikan MB ada kuasa mutlak, MB mesti jumpa Sultan segera dan kemudian bubarkan DUN selangor.

Biar Rakyat memilih semula.

Anonymous said...

Tak semua rakyat Selangor pangkah fukatan. Masih ramai lagi yg sayangkan UMNO. Jasa UMNO kepada bangsa Melayu amat besar sekali. Begitu ramainya profesional Melayu yg berjaya masa kini adalah sumbangan terbaik UMNO. Hanya melayu yg tak sedar diri dan tak berterima kasih.Pemuda melayu yg kecewa dan dah tersalah langkah saja yg menghemtam UMNO termakan hasutan fuckatan yg asyik menyalahkan kerajaan. Salah dan masalah dalaman sendiri lagi teruk. Apa jasa fuckatan di Selangor selama dua penggal memerintah???. 3B itu pun duit kerajaan pusat yg diberi tapi tidak digunakan untuk pembangunan Selangor. Itu yg dimegah2kan. Budak2 kecik hingusan pun tahu menyimpan duit dln tabung ayam. Walau pun UMNO itu tak sempurna 100% tapi masih boleh diperbaiki bersama untuk menaikkan taraf bangsa melayu ke peringkat yg lebih baik daripada menjadi barua & macai DAPigs.

Redzuan said...

Entahlah semua komen macam datang dari satu orang.
Disebabkan perjanjian perbekalan air Selangor-Putrajaya, semua kawasan sekitar Putraja boleh kering dan terbakar tapi Tasik Putrajaya jangan surut satu inci pun. Hujan dah turun sebulan tapi tanah gambut disekitar Putrajaya masih kering dan terbakar. Tau tak tanah-tanah disekitar Putrajaya dah habis diagih. Hutan simpan tadahan air tak ada jadi orang-orang yang berjiran dengan kawasan itu tanggung

Anonymous said...

terima kasih Tuan RBF,

Tulisan yang baik dengan perbandingan metafora yang mudah. saya senang membaca tulisan tuan dan senantiasa menantikan tulisan tuan.

Moga Tuan sejahtera dan sihat doa kami. Teruskan menulis untuk kesejahtaraeaan bersama.

Warga BatuGajah