Monday, April 21, 2014

Kah…Kah…Kah…Kah…Sekali Lagi Pas Ditipu


Apabila Kerajaan Pulau Pinang naikkan elaun guru-guru Sekolah Agama Rakyat di negeri itu maka bertakbirlah puak-puak Pas menyambut pengumuman tersebut. Dipuja-pujanya Guan Eng dan dimaki hamunnya Umno. Kononnya Guan Eng lebih islamik daripada Umno dan prihatin terhadap guru-guru islam. 

Tak cukup dengan memuja-muja Guan Eng dibawa pula ke Mimbar Jumaat oleh khatib Pas. Doa pula untuk Guan Eng diatas mimbar. 

Khalifah Umar Abdul Aziz….

Kah…kah…kah…kah…kah….kah…

Nah ! Ambil kau….

Berita hari ini 21.4.2014
Kami akan tentang hudud kerana tidak pernah dipersetujui Pakatan, kata Guan Eng 
DAP tidak bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia tidak pernah dipersetujui ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 
Menurut Lim, ketiga-tiga parti komponen dalam PR jelas tidak pernah membincangkan soal hudud mahupun negara Islam, sebaliknya semua parti bersetuju dalam soal dasar bersama seperti membanteras rasuah, memastikan urus tadbir yang baik, mewujudkan kedaulatan undang-undang dan keadilan, memastikan kemakmuran ekonomi dikongsi secara saksama dengan rakyat dan tidak hanya dinikmati oleh kroni. 
"Pendirian PR tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah. Di bawah PR, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar. 
"Memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaan hudud, isu sokongan PR terhadap hudud tidak berbangkit," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur 
Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, manifesto pilihan raya 2008 dan 2013 PR juga tidak memuatkan pelaksanaan hudud ataupun penubuhan negara Islam, malah ia turut dipersetujui semua parti komponen PAS, PKR dan DAP. 
"Semua parti komponen boleh mematuhi objektif masing-masing dalam rangka demokrasi, namun keutamaan dan fokus harus diberikan kepada dasar bersama PR," katanya.
Lim berkata, pendirian PR turut dipertegaskan semula oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berkata, "model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai oleh kerajaan negeri Kelantan perlu difahami terlebih dahulu sebelum PR mengambil keputusan bersama untuk mempersetujuinya." 
Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menyatakan kesediaannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya pada 2015 dan akan membentangkan undang-undang berkenaan di Parlimen. 
Meskipun menerima bantahan keras daripada pemimpin bukan beragama Islam dari DAP dan Barisan Nasional (BN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah melalui proses demokratik sepenuhnya sebelum memutuskan untuk membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat mengenai undang-undang jenayah Syariah termasuk hudud. 
Beliau berkata, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi. 
Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan kesediaan membantu mendapatkan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan akan melobi ahli Parlimen Umno untuk menyokong pembentangan rang udang-undang persendirian kerajaan Kelantan di Parlimen. 
Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, sebahagian besar daripada 88 pemimpin Umno di Parlimen akan menyokong pembentangan tersebut di Parlimen. 
Isu hudud berlarutan sejak sekian lama, sebelum penubuhan PR apabila PAS Kelantan pada 1993 meluluskan enakmen berkenaan undang-undang Syariah. 
Sejak itu, isu berkenaan turut menjadi perdebatan hangat dalam kalangan ahli Parlimen dari BN dan PR, serta dijadikan senjata politik dalam Pilihan Raya Umum 2013 lalu. – 21 April, 2014. 
The Malaysia Insider

Kita tunggu dan lihat pemimpin Pas mana yang berani puji Guan Eng kali ni…

Khatib Pas mana yang berani bawa ke Mimbar Jumaat minggu ini ? 

Yang hampir pasti esok lusa keluarlah kenyataan daripada pemimpin Pas yang mereka tak mungkin akan laksanakan hudud dalam masa terdekat. Mereka akan kata untuk beri tumpuan dulu kepada kebajikan rakyat, masalah rasuah dan bla…bla…bla…dan endingnya menyalahkan Umno dan BN. Maka disambutlah dengan takbir oleh penyokong-penyokong Pas yang berotak udang. 

Seperti yang saya katakan sebelum ini, Pas bukan sahaja tipu manusia, tuhan pun mereka tipu. Waktu belum dapat kuasa atau waktu belum ada kekuatan baik diperingkat negeri atau negara, siang malam mereka berdoa minta dengan tuhan supaya mereka diberi kuasa dan kekuatan untuk menegakkan syiar islam. Tetapi bila tuhan bagi mereka sedikit kuasa dan sedikit kekuatan politik, mereka lupa segala doa mereka dengan tuhan. Itu namanya menipu tuhan.

Hanya orang-orang yang berotak udang sahaja yang masih percaya Pas memperjuangkan islam…

29 comments:

Anonymous said...

Takde la pas berani nak buat hudud. Undi cina lagi penting

Anonymous said...

TAKE BEER KATA GUAN ENG... takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk birrrrrrrrrrrrrr kata PAS (LESU)selepas ditutuh DAP/PKR dari depan dan belakang.Tulah....degil /bodoh/ biul tak mahu dengan nasihat orang. Amik kaw kaw kaw punya. Cium bontot Guan Eng/Kit Seang (Karpal dah MAMFUZ)Buuuuuuulan di atas pelangi

Anonymous said...

CUBA TANYA PEMIMPIN /AHLI/PENYOKONG PAS. KORANG ATI ULLAH ATI URASULL ATAU ATI ULDAP/PKR. Jika jawapannya adalah takutkan DAP/PKR Dan undi Kafir Lahanat lebih dari ALLAH DAN RASUL, tanggalkan sereban dan lemparkan kopiah masing-masing. Jangan sampai jadi MUNAFIKUN. MALAHAN BOLEH JADO SYIRIK. APA HUKUM BERIMAMKAN ORANG SYIRIK DAN MUNAFIK? Tolonglah jawab wahai AHLUL (KALAU TIDAK BAHLUL) PAS?

Anonymous said...

ala depa nie BN bagi depa sapu DAP uluk pun depa sapu....PLSB....Pak Lebai Sapu Bersih

Anonymous said...

agree to disagree !!! kah kah kah

Anonymous said...

Khalifah Umar al Guan Eng pujaan orang PAS menolak hukum hudud....ki....ki....ki

Anonymous said...

Nampaknya PAS telah berjaya mentarbiyah DAP untuk menerima Islam serta mengislamkan father Joseph LGE.
Tahniah N.Ajis atas segala usaha anda.

Anonymous said...

Amat nyata ALLAH telah membuka jalan kepada PAS untuk melaksanakan hudud dengan mantan pengerusi DAP dah tiada, dan UMNO sedia membantu dan menyokong. Ambo percaya selepas ini sekiranya PAS menarik usaha hudud ini kerana amaran tentangan oleh LGE, maka ALLAH akan turunkan bala dan punishment keatas pemimpin PAS dan puak PAS yang takut kepada DAP dari ALLAH. Nauzubillah semoga bala dan punishment ALLAH tidak tempias kepada kami yang tidak sekongkol dengan PAS.

Anonymous said...


pas pun sebenarnya saja acah-acah nak laksana hudud. saja nak "test power". kalau semua sokong pun hudud tidak dikuatkuasakan dalam masa terdekat sebab belum ada persiapan pun.

mana penguatkuasanya? polis yamg ada tidak terlatih.
mana hakim dan mahkamahnya?
tukang pancung, tukang sebat??

aduhai...tak nampak pun iklan jawatan kosong jawatan2 berkaitan dalam surat khabar perdana. dalam harakah ada ke??

Anonymous said...

apesal aku rasa pedas haaa???

Anonymous said...

Silap-silap kerajaan PP (DAP) akan bina tugu peringatan Karpal Singh (ganti patong Francis Light). Maklumlah "SATU-SATUNYA" Singh ditanah Melayu yg menentang segala-gala institusi "Islam"/Melayu & Bumiputra/Raja Melayu dan Tanah Melayu.Apa "semua Melayu / Bumiputra sudah mati ka?" Di Selangor pula akan tukar nama kampung Benggali kepada Kampung Karpal Singh kot? Kelantan pula akan benarkan pembinaan Patong Karpal Singh yang terbesar di dunia (macam patung "Buddha" yang sedia ada". Kalau Nizar jd MB Perak, confirm Pekan Batu Gajah dinamakan Pekan Karpal Singh...Tak Percaya? TungguUUUUUUUUUU

Anonymous said...

Khalifah pun boleh tolak hudud yeeee.....apa macam punya khalifah..kuang kuang kuanggg !! Pas apa habaQ !

Anonymous said...

Apa susah nanti dekat pilihanraya umum bincang baik baik balik sambut hari jadi sama sama. Semua penyokong fuckatan kena tipu pemimpin nak langsungkan kepentingan politik masing masing ini semua wayang jee. Pakatan rakyat yang menjurus kwpada kepentingan peribadi. Hari cakap lain esok cakap lain

Dhanush Johnson said...

Itulah Melayu agamas Islam. Dekat mana ada untung, sana sokong. Aku ingat Cina aje asyik pikir untung. Rupa2nya Melayu pun sama. Sanggup Kerja dgn org kafir tapi panggil org UMNO kafir. Yg mana lagi teruk?? Kerja dgn kafir atau mengkafirkan org Islam?? Kawan Melayu sy ckp yg kafirkan org lagi teruk. TApi penyokong PAS setia dgn PAS

True Malaysian said...

Aku rasa PAS dalam cubaan nak Islamkan Lim GE. Depa tak cukup fahamkan Karpal psl Hudud sampai hujun nyawa Karpal.
So, aku rasa ini pendekatan baru kot.
Dgn cara ini, boleh laksanakan Hudud agaknye

Anonymous said...

Kalau DAP tak sokong aku tak heran sangat lah sebab parti DAP tu parti kafir. Hanya orang kafir yang mental sahaja yang akan sokong perundangan islam. Dan kalau Lim Guan Eng dengan bapa dia sokong Hudud, aku berani kata dua beranak tu memang mental.

Macam mana kalau parti yang diketuai oleh orang islam sendiri tak sokong Hudud atau tak berani nak menyatakan sokongan kepada Hudud. Pada aku ini pun boleh ditafsirkan sebagai mental juga kut .....

Anonymous said...

Aku dah masak dgr kata-kata " aku x heran org kapir x terima hudud...". Kau dah tahu dia x sokong hudud, yg kau kawin dan puji melangit kapir tu kenapa?

Anonymous said...

UMNO sokong ke tak sokong? Kerabat BN semua tak sokong.

Anonymous said...

Anom 5:02 hang ni ketinggalan bas kot. Sana-sini orang dah tahu UMNO sokong PAS bentang hudud di Parlimen yang hang dok persalahkan pemimpin UMNO kenapa.

Hang ni betul-betul otak samdol macam Hadi anak Pak Awang.

Anonymous said...

kalau umno sokong, umno yg patut bentangkan, kan umno yg berkuasa la ni, kerajaan lah katakan. apasal nak ikut pembangkang.

masa ni lah baru betul agama, bangsa dan raja raja.

yee said...

nak harapkan umno nak buat hudud, sampai kiamat la bro....., takut sbb semua menteri dan wakil2 rakyat akan kudung tangan. hahahahahaaa....perompak berlesen la katakann...

yee said...

nak harapkan umno nak buat hudud, sampai kiamat la bro....., takut sbb semua menteri dan wakil2 rakyat akan kudung tangan. hahahahahaaa....perompak berlesen la katakann...

Anonymous said...

anon 7:24 PM, PAS nak buat hudud cukup ke undi 2/3 kat parlimen nanti? kutuk2 umno terhegeh2 gak nak undi dari umno... kahkahkah...

Anonymous said...

Anon 7:24pm,
Yang ko beria2 nak UMNO laksanakn hudud, afsal????? Bkn UMNO yg come up with this idea. PAS sejak ditubuhkan sehingga skrg dok main isu ini. TApi secara terang2 sekutu dia tak sokong dan kena langkah mayat etc. Apehal plak UMNO kena laksanakan??? Mu ni ngok ke apa?

Anonymous said...

Apa lagi pas ......talak kan aje dap lahanat tu....... Allah dah kata jangan sesekali berkawan dengan setan......pok nik mana?

Anonymous said...

UMNO sokong ke tak sokong? Kerabat BN semua tak sokong. (anon 602)

Ini pendapat aku lah. Bila Pas bawa usul Hudud, semua wakil rakyat Umno yang beragama islam wajib sokong. Soal rakan2 BN dan wakil rakyat Umno yang bukan agama islam nak sokong ke tidak itu bukan alasan untuk Umno nak elak daripada sokong usul Pas. Bila Umno sokong usul Pas nanti jangan lah ada malaun2 yang kata " Umno sokong Pas ". Aku nak tegaskan Umno hanya menyokong Pas dalam usul Hudud dan bukan setuju dengan cara perjuangan parti Pas yang banyak memecah belahkan perpaduan melayu. Kita wajib faham Hudud ini untuk orang islam tak kira lah dia Umno kah atau Pas kah atau PKR kah atau DAP kah.

Umno pulak jangan duk ingat " kalau kami sokong pun belum tentu usul tu akan menang kerana jumlah wakil rakyat islam Umno + Pas tak sampai 2/3 pun ". Itu bab lain, yang penting tunjukkan kepada mereka bukan islam bahawa kita umat islam bersatu dalam hal2 pokok berkenaan islam macam kita bersatu hati dalam solat berjemaah.

Semoga Umno faham. Orang melayu nak tengok belang sebenar Umno dalam isu Hudud ini. Sama ada Umno nak ikut tuntutan islam atau nak ikut tuntutan rakan2 BN.

Setuju ke tidak wahai sahabat2 islam ku sekalian ?

Penyelam said...

Pendapat akulah pulak, bentang dulu di Parlimen kalau betul betul nak memperjuangkan hudud. Takyah dok gebang kat pentas je. Bentang dulu n kita tengok siapa kawan n siapa lawan. Selagi tak bentang, takyah la nak sembang nak memperjuangkan hudud n Islam. Berani kerana benar.
Lain la kalau teloq dah bagi kat si peliwat tu. Maknanya hangpa dah takdak teloq. Kitorg faham la kalau camtu. Org Kedah kata sembang tak jatuh tapi macam kepala b***h.

Anonymous said...

100% sokong..mcm kepala bu**h...
dah berpuloh tahun dah dok jaja hudud
dah berpuloh tahun dah dok salah org lain..
macam kepala bu**h pak hang...

Anonymous said...

yang dok sebok Hudud2 ni.. korang faham ke hudud??? .. pemimpin korang jual hudud sebab diorang dah rasa nikmatnya berjual beli hudud... sedap kerusi DUN dan MP beb .. korang juga yang bodoh.. cuba sekali sekala pelajari dan selami dimana yang kerajaan BN laksana dan tak dapat laksana lgi hudud.. buka hati, buka jiwa, buka kepala, buka otak, berlapang dada sekali sekali,,, jangan terus terusan dengar hasutan pemimpin korang tu .... nak jadi pengikut jadilah.. tapi jangan jadi pengikut tolol ...