Wednesday, April 9, 2014

Kantoi !!! Calon Timbalan Presiden PKR Pembohong Besar


Bohong adalah salah satu elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan PKR. Kalau tak bohong bukan PKR namanya itu. Mereka-mereka ini bukan setakat membohongi rakyat, malah ahli-ahli mereka sendiri pun mereka kencing sampai meleleh-leleh. 

Ini kisah setiausaha agung parti mereka yang kini sedang berentap dengan Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan Tian Chua untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Hi…hi…hi….semalam dia bentuk pasukan bersama Nurul Izzah dan Rafizi. Lihat sini

Minggu lepas dia buat kenyataan mempersoalkan kenapa kesetiaan dia kepada PKR dipertikaikan. Dalam kenyataan yang sama dia menafikan pernah menyertai Pas. Lihat sini

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan beliau pernah menyertai PAS selepas PKR ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menjawab dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan kesetiaannya kepada PKR menjelang pemilihan parti itu bulan ini.

Saifuddin tidak menolak kemungkinan data keahliannya masih disimpan oleh PAS namun menegaskan beliau hanya menyertai parti itu semasa menuntut di universiti pada tahun 80an.  
"Tahun 1980an itu Keadilan tak ada lagi. Saya menyertai PAS semasa saya pelajar universiti, kemudian tahun 1989 saya menyertai Umno.. Tahun 1999 saya menyertai Keadilan.. Itu sejarahnya,"



Hari ini giliran saya pula kantoikan dia dengan bukti yang cukup kuat….

Saifuddin mungkin boleh menipu generasi yang baru kenal politik beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi Saifuddin tidak boleh menipu aku yang sudah lama mengikuti perjalanan politik tanahair. Bukan semua, tetapi sebahagian perjalanan politik tanahair saya masih mampu ingat. 

Apabila membaca kenyataan Saifuddin minggu lepas, saya mula membuat pencarian untuk membuktikan apa yang dia kata adalah bohong. Kerana saya masih ingat beliau menyertai Pas dan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Tok Kenali di Kelantan. Beberapa jam sehari saya luangkan masa untuk mencari dan saya mahu bukti itu datang daripada pihak mereka sendiri.

Akhirnya lewat malam tadi bukti yang dicari telah ditemui.

Terima kasih kepada malaysiakini dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Mahfuz Omar. Maaflah Mahfuz kalau aku dok panggil hang bebal selama ini. Rupa-rupanya sebebal-bebal hang ada faedah juga kepada aku.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah memberitahu PAS bahagian Pokok Sena bahawa mereka mahu melantik seorang ahli parti itu Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pengarah Strategi PKR, kata ketua PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar.
"Ini berita yang baru saya dengar. Sehingga hari ini, Saifuddin masih seorang ahli PAS kerana beliau telah menyertai parti ini Januari lalu.
Malaysiakini 29.Mei.2007 





Apa macam Saifuddin ?

Mahu bohong lagikah ?

Love u Mahfuz….

8 comments:

Anonymous said...

Patut la Mahpus Bean dilantik jadi Ketua Penerangan PAS Pusat... ada juga gunanya cakap2 bebal dia untuk jadi peluru kepada pro-BN...muahahahaha

Sori ye, nak gi launch kejap..

hanizam said...

bro, ayat akhir tu menusuk qolbu..."LOVE U"...

Mr.Bean Pas ni nanti dia akan pusing cerita punya...

memang macam tulah politikus dalam PR...

manjung said...

Kaki muhong sungguh la puak puak ni.. Kesian penyokong depa dpt pemimpin kuat pembohong...

Anonymous said...

dia ni mmg kaki mohong pun sbb tu aku tak undi masa pru dulu..

Anonymous said...

Kalau sejarah diri sendiri pn dia sanggup menipu, apa la sgt kalau setakat dia menipu ahli2 PKR dn penyokong2 yg lain.. mcm dia tipu org yg tak tahu ape2..

Anonymous said...

Anjing dengan taik tak dapat dipisahkan...raja pembohong!

Anonymous said...

aku pun rasa terharu.. sebak..
aku salah anggap pada abg Fusss..

abg Fuss.. nama menjadi igauan sekarang... mgkn igauan kami.. mgkn juga igauan saipudin..

harap2 abg Fuss x kata.. yg dia kena fitnah dek malaysiakini pulak nooohhhh...

hehehehe
hahahaha
kihkihkih

sememangnya manusia bangang lg pelaq mcm MAHFUS ni.. langsung x berguna..
jgn nak berguna pada agama dan bangsa..
pada puak dia pun, x ada guna

woi PAS Penjual agama.. x malu ka simpan mamat bengong mcm ni ? sampah PAS jer !!!

Anonymous said...

En Abdul Hadi bin Awang

Saya ini ingin bertanya kepada encik Hadi. Kalau Umno menjadi kafir kerana kononnya Umno menolak perlaksanaan hukum Hudud seperti yang dihukumkan oleh para ulamak tersohor dan ulamak muktabar dalam Pas. Tidak kah PKR dan DAP juga jatuh kafir bila mereka secara terang mengatakan " TIDAK " kepada perlaksaan hukum Hudud.

Saya berpendapat kalau berpegang kepada hukum yang dibuat oleh para ulamak tersohor dan muktabar Pas, maka nampaknya hanya pengikut dan penyokong Pas sahaja lah yang berpeluang masuk syorga sedangkan kami-kami yang menjadi ahli atau penyokong UMNO, PKR dan DAP yang walau pun sembahyang tunggang terbalik serta berpuasa menahan lapar bagai nak putus tali perut tak ada peluang langsung nak mendekati syurga.

Siapa yang tak adil ? Adakah tuhan yang tidak berlaku adil kepada kami ATAU para ulamak muktabar Pas yang memegang anak kunci syurga yang tidak berlaku adil kepada kami. Wallahualam.

Mohon En Abdul Hadi bin Awang dan En Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menjawab di mana-mana saluran media untuk menghilangkan keresahan di hati kami.

Lebai Malang