Wednesday, April 23, 2014

Kes Saman Felda: Pas Diliwat PKR Buat Kali Kedua Dalam Tempoh Dua Bulan


Saya yakin ramai diantara kita masih ingat bagaimana Pas dan PKR menuduh Felda menjual minyak sawit Malaysia ke Israel pada tahun 2012. 

Seorang peneroka Felda yang gagal dan juga bekas bakal Pengerusi Felda sekiranya pak-khatan rakyat memenangi PRU 13 yang lepas, Mazlan Aliman dengan penuh bangganya mengumumkan dalam Muktamar Pas di Kota Bharu pada November 2012 bahawa dia ada invois sebagai bukti Felda menjual minyak sawit kepada Israel. 

Maka apa lagi, penyokong-penyokong Pas yang dungu dan berotak udang pun menyambutnya  dengan laungan…TAKBIRRRRR…..
Selingan sikit: Lihat iklan anak panah merah. Tahan lama, lebih kilometer, ketegangan, kekerasan. Seks dan Pas tak dapat dipisahkan. Dalam lidah rasmi Parti Islam pun iklan ubat seks siap sebut tegang dan keras. 

Seterusnya dia mengajak penyokong-penyokong Pas berdemostransi di Ibu Pejabat Felda pada 23 November 2012 atas nama menghantar memorandum bantahan kepada Felda kerana menjual minyak sawit kepada Israel. 

Selepas itu gegak gempitalah dalam harakah dan suara keldaian bahawa kerajaan pimpinan Najib mesra Israel dan menjual minyak sawit kepada Israel, mengkhianati perjuangan rakyat Palestin dan macam-macam lagi tuduhan jahat. 

Felda telah menafikan perkara tersebut. Felda telah memberi tempoh 14 hari kepada mereka untuk menarik balik fitnah tersebut. 

Berita Harian 12.12.12

Selepas tamat tempoh 14 hari yang ditetapkan Felda, mereka-mereka yang membuat tuduhan jahat kepada Felda tidak memohon maaf. Akhirnya Felda meneruskan tindakan saman tersebut. Tahniah diucapkan kepada Felda kerana tegas dan konsisten. 

Perbicaraan telah berjalan. Sebanyak tujuh saksi defenden yang dipanggil. Ketujuh-tujuh mereka juga adalah orang yang dinamakan oleh Felda dalam saman itu. Saksi defendan adalah saksi-saksi pihak yang disaman atau kena saman. Dalam bahasa mudah kita boleh katakan saksi-saksi yang menyebelahi atau bersekutu dengan Pas. Manakala saksi-saksi pihak yang menyaman dipanggil saksi plaintif. Dalam bahasa mudah saksi plaintif adalah saksi-saksi yang menyebelahi Felda. 

Enam saksi yang menyebelahi Pas (saksi defendan) telah memberi keterangan di Mahkamah. Mereka ialah, Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah, Angkatan Edaran Sdn Bhd.

Suara Keldaian November 2012
Apabila tiba giliran saksi ke 7 sebelah pihak mereka, iaitu Setiausaha Agung PKR , Saifuddin Nasution@Din Batak, saksi ini telah belot kepada rakan-rakan mereka yang lain. Saksi ini mengaku tuduhan yang dilemparkan terhadap Felda itu adalah fitnah. Dia akui Felda tidak menjual minyak sawit kepada Israel. Sila baca dengan teliti di sini

Dalam hal ini Din Batak bukan sekadar mengakui tuduhan terhadap Felda adalah fitnah, malah dia juga telah mengkhianati enam rakan-rakannya yang lain yang sebelum itu berhempas pulas dalam mahkamah mengatakan tuduhan mereka terhadap Felda itu adalah benar. 

Jadi peluang untuk Felda menang dalam kes ini adalah sangat-sangat cerah. Kerana salah seorang dari orang mereka telah mengakui itu semua adalah fitnah. Macam dalam peranglah, apabila salah seorang anggota kita belot dan membocorkan kepada musuh senjata apa yang kita pakai, apa strategi kita, jam berapa kita akan serang dan lokasi serangan di mana, maka harapan kita untuk menang peperangan tersebut adalah sangat tipis. 

Ini adalah kali kedua orang PKR mengkhianati orang Pas dalam tempoh 2 bulan. Sebelum ini orang PKR telah memalukan Haji Hadi dengan saman fitnah RM 2 juta pada 23 Febuari 2014. Semalam 22 April 2014 setiausaha agung PKR pula mengkhianati setiausaha agung Pas dan rakan-rakannya. 

Sedikit penjelasan…mungkin ada yang keliru apabila media semalam melaporkan saman Felda terhadap Din Batak diselesaikan. Apabila diselesaikan bukannya bermaksud keseluruhan saman itu diselesaikan. Ianya hanya penyelesaian antara Felda dengan Saifuddin sahaja. Itu pun kerana Saifuddin telah memohon maaf dan mengakui apa yang dikatakan adalah fitnah. Dalam kes ini Felda mengemukakan saman terhadap 7 pihak. Saman terhadap enam yang lain tidak ada penyelesaian. Dan mereka telah pun memberi keterangan di mahkamah. Apa salahnya kita korbankan seorang untuk kenakan enam orang lagi. Bak kata pepatah, berundur selangkah untuk mara 10 langkah ke depan. Dalam hal ini Din Batak telah memudahkan kerja pihak Felda. Kerana dia telah belot…belot….belot….Dia telah tikam belakang enam lagi kawan-kawannya. Sama-sama kita tunggu keputusannya pada 30 April ini. 

Akhir kata….Terima Kasih Din Batak…..

18 comments:

Anonymous said...

perlukah FELDA memaafkan geng 6 jahanam ni. Setelah ramai terpengaruh dengan fitnah hingga menyebabkan kesusahan pada kerajaan dan Felda, setelah ramai peneroka menjadi sasau akibat fitnah dan menolak BN, adakah kita mau terima permohonan maaf mereka?

Saman tetap saman, no mercy kasi ajar si tukang penyebar fitnah.

RBF Online said...

Bro, saman terhadap 6 yang lain diteruskan. Dan keputusan dah nak keluar 30 April ini. Tidak tarik2 balik dah. Keenam-enam mereka semua dah bagi keterangan.

Anonymous said...

tak yah bising sangat sebelum hakim buat keputusan diorang akan minta maaf sama mana pkr, felda dengan senang hati memaafkannya, tunggu.....

hanizam said...

SEKURANG-KURANGNYA, KECUT TELUQ JUGA DIN NI...

PADAN MUKA JUGA DENGAN PAS...HIDUP-HIDUP KENA TIPU...

MACAM TULAH PEMBANGKANG...TUDUH ORANG MENIPU, SAMUN ITU INI, PADAHAL, MEREKALAH YANG SAMUN SEGALA BENDA LEPAS TU TUDUH ORANG LAIN BUAT...

AKU TAK NAFIKAN, MANUSIA AKAN GELAP MATA KALAU IMAN TAK KUAT...MEMANG PEMERINTAH PUN BUKANNYA MAKSUM...TAPI SEKURANG-KURANGNYA DAH BAGI TERBAIK DALAM MEMERINTAH...

NAK SAMUN ITU INI, TU ANTARA DIA DAN TUHAN...JAWABLAH KAT PADANG MAHSYAR KELAK....

azman said...

Assalamualaikum wbt..
Saman sampai dia bengkrap, duit saman tu bagi sedekah dekat peneroka beli baja.
Mesti peneroka suka, dan balasan dari Allah tak terhitung dan tak terduga..wallahualam.

azman said...

Assalamualaikum wbt..

Din batak tu kan nak bertanding, takut latu kalau kene saman tak leh nk bayar hilang hak jadi calon.

Buat sampai dia mintak ampun n lain kali tak berani lagi nak fitnah sembarangan..

hasnul rahman said...

Assalammualaikum wmt,
Satu perkara yg orang Pas sering terlupa ialah mengenai tanggapan DAP dan PKR terhadap mereka.
Orang Pas tak sedar dan tak mahu faham bahawa pemimpin DAP dan PKR selama ini menganggap mereka hanya sebagai 'macai' atau 'orang suruhan' yg tak berapa cerdik.
Dgn kata lain DAP dan PKR selamanya memendang rendah orang Pas dalam semua hal.

Kini, segalanya telah terbukti.
Kerana Pas Kelantan mahu laksanakan Hudud dan UMNO pulak jamin akan beri sokongan, maka DAP dan PKR jadi hangin satu badan.

Biasanya DAP hanya main dibelakang tabir. Yg kedepan adalah Melayu PKR.
Kpd PKR sokongan cina DAP adalah lebih utama dan sangat diharapkan.

Justeru, apa yg dilakukan Setiausaha Agung PKR itu hanyalah sebagai satu amaran drpd mereka yg sangat terkantoi jika Pas Kelantan laksanakan Hudud.
Bagaikan 'tak dapat tanduk, telinga dipulas'.

Dalam hal-hal begini nampaknya Mat Sabu jadi 'bisu'.
Dia tak mahu komen atau takut sumber bantuan Guan Eng akan terputus?

Pokok pangkalnya, apakah semua ini merupakan satu bala dari Allah swt terhadap parti yg selama ini begitu berleluasa dan sewenang-wenangnya memperalatkan Islam demi politik kepartian?
Wallahhu'alam.

Anonymous said...

Sdr sekelian,
Dalam segi perundangan FELDA hanya gugurkan pertuduhan terhadap Din Buntal tu.Pengguguran Din ini bukan free aja tu tetapi kita tak tahu berapa dia dah bayar bawah kauter untuk mengelak dari membayar lebih jika didapati bersalah.Dari aspek moral ini satu kelemahan kepada Din di mana ia disah sebagai pemfitnah dan sekali gus kredibiliti beliau terjejas.

Labu8455 said...

Dah anak buah Anwar kita yakin tentu udah diturunkan ilmu "tikam dari belakang" oleh Panditkar Anwar

Anonymous said...

Ustaz-ustaz PAS selagi tidak memohon maaf daripada orang ramai yang mendengar fitnah dan tuduhan akan tanggung dosa besar dan duduk di dalam neraka ALLAH. PKR sememang nya kilang fitnah dan pembohongan, dan PAS secara amnya adalah penyebar fitnah dan tuduhan palsu. Termasuk lah cerita Altantuya, penafian liwat Anuar, Scorpene, cincin Rosmah. Orang PAS tidak tahu yang Anuar da anjing2 dia amat bijak bersumpah palsu, mengada-adakan bukti palsu (Surat Sumpah PI yang dah mati), senarai 16 MP yang akan lompat parti (16 September selepas PRU12)....dan macam-macam lagi. PKR guna taktik lontar batu sembunyi tangan. Kalau kena, kena lah, kalau tidak, buat lagi fitnah. Orang PKR hidup dengan persepi memburukkan kerajaan dan UMNO yang ditunjuk ajar oleh CIA dan MOSSAD. Orang PAS bila nak bangun dari lena tidur????

Anonymous said...

Senang jadi pembangkang kat malaysia ni..
fitnah..bohong..munafik..auta sana sini..
dapat undi..dapat pengaruh..dapat kuasa..
then kena saman....
then mintak maaf.....
tebal muka sikit tak pe..
.undi dah dapat...
.kuasa dah dapat..
kekayaan dah dapat..

Macai2

Anonymous said...

Macai2 jugak lah yg bodoh..
habuknpon tarak..
dpt penat guling2 tgh jalan..
duit habis ke tin milo...
tol free tah ke laut...
minyak turun entah ke laut...
air kena catu mcm haram jadah...

Anonymous said...

Macai2 bila lagi...
nak guling2 atas jalan ni..
lompat2 mcm berok atas kereta polis masa bersih kepala hotak ko tu...
bos2 ko dah nak kena saman tu...
presiden dah kena saman dah...
Macai2 bagun...tido ke..
bodoh nak mampos

Anonymous said...

Paling saya tak dapat nak maafkan mereka ini kes lahad datu. Sbb pasal dendam politik penyelamat kita mati d kelar badan d koreknya mata...si mkn babi tu boleh ckp sandiwara umno/bn. Nyawa sudah melayang blh ckp dgn angkuh dan biadap lagi. Ada yg kehilangan bapa, istri kehilangan suami , mak bapak kehilangan anak. Mgkin anak yg d kelar itu harapan menanggong adik2 yg masih bersekolah d kampong.
Bala sudah pergi sakit jantong. Karpal sudah pergi berlanggar dgn lori lepas ni.?... (terbuka pekong s driver tu byk tiket saman). Mencabar Kuasa Paling Besar Seluruh Alam...

Anonymous said...

Pas memang dh biasa kena tipu dengan pkr... hahaha

Anonymous said...

Mcm zul nordin ckp... pkr n anwar beruntung sbb mempunyai penyokong yg taksub dan dungu.

Anonymous said...

Kenapa harun din dan tn ibrahim tn man tak nampak timbunan dosa2 pas ni. Butakah mereka?..pekakkah mereka?..tulikah mereka?

Anonymous said...

aku nak baca satu pandangan membina dari mana mana penganut PAS... ada tak???? kalau nak cerita tahap kebodohan PAS .. dah berlambak dekat tempt kumbahan najis... please lah orang PAS... muncullah dengan jawan yang bernas... ...