Thursday, April 3, 2014

MH370: Sanggupkah Najib Menipu Dunia ?


Mungkin ada diantara anda pernah mendengar kisah bapa dan anak serta seekor kaldai. Mungkin juga ada yang tak pernah dengar cerita ini. Jadi biarlah saya ceritakan sedikit sebagai mukadimah tulisan kali ini. 

Seorang bapa dan seorang anak berjalan sambil mengheret seekor kaldai. Mereka masuk ke satu kampung dan orang di kampung berkenaan berkata " bodoh betul kau orang dua beranak ni, ada kaldai tarik, kenapa tak naik ? "

Lalu mereka kedua-dua beranak itu pun naiklah keatas belakang kaldai itu. Masuk kampung yang kedua pula dan orang kampung pun berkata " bodoh sungguh dua beranak itu, menyeksa binatang, dua orang tunggang seekor kaldai". 

Lalu turunlah si ayah dan tinggallah si anak seorang atas belakang kaldai. Ayah pun berjalan sambil menarik tali kaldai itu. Masuk kampung yang ketiga dan orang kampung itu pula berkata, "anak kurang ajar, menzalimi bapa yang tua. Dia sedap-sedap duduk atas kaldai, ayah yang tua pula tukang tarik". 

Lalu turunlah si anak dan naik si ayah pula atas belakang kaldai. Anak pun berjalan sambil menarik tali kaldai itu. Masuk kampung yang keempat dan orang kampung itu pula berkata "ayah jenis apa macam tu, bodoh…ada ke patut dia sedap-sedap duduk atas belakang kaldai, anak yang kecil pula kena tarik. Menyeksa anak."

Lalu turunlah si ayah. Memandangkan semua yang mereka buat tak betul dan tak kena di mata masyarakat, lalu mereka berdua mengambil keputusan untuk memikul kaldai itu. Akhirnya kaldai pula yang tunggang mereka. 

Masuk kampung yang kelima, orang kampung itu pula berkata…."lihat dua beranak yang bodoh, orang lain ada kaldai naiklah kaldai, mereka pula pikul kaldai". 

Jadi apa yang patut mereka buat ? Semua yang mereka lakukan tak betul…


Begitulah juga dalam kes MH370 yang sedang hangat sekarang. 

Sebelum PM membuat kenyataan bahawa pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi, macam-macam tuduhan yang dilemparkan pembangkang dan ahli keluarga penumpang negara China kepada Kerajaan Malaysia. Kononnya kerajaan tidak bercakap benar, kerajaan menyembunyikan fakta, kerajaan gagal menguruskan tragedi berkenaan, malah ada wakil rakyat Pas yang bangang berkata kerajaan telah tahu dimana pesawat dan penumpang berada, dan dia sanggup menggantikan penumpang untuk dijadikan tebusan. 

Setelah semua siasatan lengkap dan yakin dengan data-data yang dibentangkan kepada beliau, akhirnya pada 24 Mac 2014, PM muncul dalam satu sidang media mengumumkan hasil siasatan yang dilakukan pakar-pakar. Dimana dalam kenyataan itu PM menyatakan penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi. Lihat di sini

Apabila hasil siasatan dan perkembangan terbaru diumumkan, ahli keluarga penumpang negara China dan pembangkang di Malaysia melompat pula. Mereka marah pula dengan pengumuman itu kononnya PM tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Samalah dengan kisah dua beranak dan kaldai di atas. Bila tak umum mereka kata kerajaan menyembunyikan fakta. Bila umum mereka kata begitu pula. 

Bukan senang untuk seorang PM mana-mana negara sekalipun untuk membuat pengumuman sebegitu rupa jika mereka tidak yakin dengan kebenaran. Boleh hilang jawatan mereka. Cuba anda bayangkan apa akan jadi jika PM umum berakhir di Lautan Hindi, tiba-tiba pesawat itu dijumpai di Laut China Selatan ? Sudah tentu beliau kena letak jawatan. Dalam hal ini PM telah yakin dengan hasil siasatan pakar-pakar bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi. Cuma untuk pengesahan rasmi dalam mana-mana negara sekalipun ianya memerlukan bangkai atau serpihan pesawat itu ditemui dan disahkan. 

Punyalah bodoh pembangkang di Malaysia dan betapa tiada isunya untuk mereka bawa, semalam mereka mempertikaikan perkataan berakhir di Lautan Hindi yang digunakan PM dalam kenyataan media beliau 24 Mac lalu. 

Sesebuah penerbangan akan bermula di mana dan berakhir di mana. Dalam kes MH370 ianya bermula di Kuala Lumpur dan sepatutnya berakhir di Beijing. Tetapi apa yang sepatutnya telah tidak berlaku. Ianya tidak berakhir dimana-mana lapangan terbang. Berdasarkan siasatan pakar-pakar dan mengambil kira laluan serta minyak pesawat ianya menunjukkan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi kerana tidak ada sebarang lapangan terbang di kawasan kedudukan akhir pesawat itu yang dikesan satelit. 

Dalam masa yang sama hati dan perasaan ahli keluarga para penumpang juga perlu dijaga. Disinilah letaknya kecerdikkan Najib sebagai seorang PM. Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya PM menggunakan perkatan terhempas atau jatuh di Lautan Hindi ? Sudah tentu beliau akan diserang dengan teruk oleh pembangkang yang bodoh. 

Duta China ke Malaysia pun mengakui pemilihan perkataan berakhir yang digunakan PM adalah perkataan yang terbaik. 

Dalam kes MH370 ini kita perlu terima hakikat ianya satu kes yang unik. Tidak seperti tragedi yang menimpa Air France dan Adam Air. Dalam kes itu kedua-dua juruterbang mereka menghubungi menara kawalan dan memaklumkan mereka dalam kecemasan dan melaporkan kedudukan mereka. Itu pun makan masa bertahun untuk mencari. Dalam kes MH 370 pula kita tidak tahu dimana kedudukan mereka dan perlukan masa yang panjang untuk menyiasat. Seminggu pertama masa dah dibuang di Laut China Selatan untuk mencari. Sebab itu laluan mereka maka sudah tentulah disitu yang perlu diutamakan. Orang yang memandu dari KL nak ke Johor hilang di tengah jalan, maka sudah tentu kita akan cari di di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Tak munasabah pula orang yang hilang dalam perjalanan ke Johor kita nak buat pencarian segera di Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Itu dah gila namanya. 

Berhubung tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada ATM selaku pihak yang pertama mengesan pesawat itu membuat pusingan. Macam-macam tuduhan yang mereka lemparkan. ATM gagal, ATM tidak prihatin dan sebagainya. Disinilah terletaknya kebodohan sesetengah orang Malaysia. Mana ada tentera dalam dunia ini yang boleh cerita secara terperinci kehebatan mereka? Jika perlu bohong maka mereka perlu bohong. Ini soal keselamatan negara. Selama ini saya yakin majoriti rakyat Malaysia tidak pernah tahu pun wujudnya sebuah pulau yang bernama Pulau Perak di negara kita dan disitu terletaknya satu radar Tentera Malaysia. Hari ini satu dunia dah tahu. Fikir logiklah, tak mungkin ATM nak beritahu secara terperinci kepada umum bagaimana mereka kesan pesawat itu dan apa yang mereka lakukan. Sudah tentu mereka hanya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa kita sahaja. Semua itu adalah rahsia kita. 

Sekarang mereka cerita bab kapal selam pula. Kononnya kapal selam Malaysia tidak boleh nak cari bangkai pesawat dan kotak hitam. Sebaliknya kapal selam Amerika dan Britain yang terpaksa digunakan. Semalam seorang bekas mufti yang gila membuat kenyataan pasal kapal selam. Ada pangkat doktor dan bergelar pensyarah, tetapi kepalanya berotak udang. 

Kapal selam yang dimiliki Malaysia adalah kapal selam perang. Bukannya kapal selam untuk misi pencarian. Negara-negara yang berjiran dengan kita, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan China sendiri pun tidak ada kapal selam jenis itu. Jika mereka ada dah tentu kapal selam mereka terlebih dahulu yang digunakan untuk misi mencari. Mengapa perlu tunggu kapal selam jenis itu datang daripada Amerika dan Britain. 

Contoh mudah, kenderaan pick up…ada dua jenis. Satu untuk pemanduan biasa dan satu lagi untuk pemanduan 4WD. Siapa yang guna kenderaan pick up untuk kemudahan mengangkut barang-barang di jalan raya biasa maka mereka perlu pakai yang biasa sahaja. Orang yang pakai kenderaan pick up untuk masuk hutan atau jalan yang berbukit-bukit maka dia perlu pakai yang 4WD. 

Contoh kedua, Kota Bharu ada lapangan terbang, Kuala Trengganu dan Kuantan pun ada lapangan terbang. Semuanya lapangan terbang untuk kapal terbang turun dan naik. Tetapi di lapangan terbang Kota Bharu dan Kuantan pesawat besar seperti B777 ke atas tidak boleh mendarat. Di Kuala Trengganu jangan kata B777, B747 pun boleh mendarat. Jadi bolehkah kita kata buat apa ada lapangan terbang tetapi pesawat tidak boleh berlepas dan mendarat ? Itu orang bangang namanya. Orang yang tak cukup ilmu. Samalah dengan bekas mufti yang mereng itu. Baca sini

Negara kita tidak ada keperluan untuk menggunakan kapal selam seperti yang Amerika dan Britain gunakan. Jangan kata negara kita, negara jiran-jiran kita pun tiada kapal selam jenis itu. Maknanya mereka pun tidak ada keperluan juga untuk menggunakan kapal selam jenis itu. Negara jiran kita ada kapal selam perang, apa ke bodohnya kita pula nak beli kapal selam untuk misi mencari ? Kalau masa perang kita nak guna kapal selam mencari pula ke untuk berperang ? Masa itu mereka kata pula Malaysia ada kapal selam tetapi tidak boleh berperang. 

Akhir kata dalam kes MH370 ini kita kena terima hakikat ianya satu kes yang unik. Kes yang tidak pernah berlaku dalam dunia. Tempat yang dikesan pesawat itu berakhir pula adalah satu tempat yang terpencil. Tidak ada kapal laut atau kapal terbang yang guna laluan itu. Lokasinya dah hampir dengan Antartika. 

Orang yang bercakap memang mudah daripada orang yang bahunya memikul. Hanya maklumat rasmi kerajaan sahaja yang boleh digunapakai. Maklumat cakap-cakap kedai kopi cukup sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tidak ada apa yang kerajaan nak bohong dalam isu ini kerana dunia sedang memerhati kita. Kes ini kes dunia, maka sudah tentulah PM pun kena jaga kredibiliti beliau dan negara di mata dunia. Kalau dia tipu kita, maka dia telah menipu dunia. Kalau beliau tipu dunia, maka habislah beliau. Siapa lagi yang nak percayakan Malaysia ? Sebab itu saya kata tidak apa yang kerajaan nak tipu dalam hal ini. Jika ada perkara-perkara yang tidak dikongsikan secara umum itu biasa…Sebabnya bukan semua benda boleh dikongsi umum. Ada diantaranya adalah rahsia-rahsia besar atau rahsia keselamatan negara. 

30 comments:

Anonymous said...

tak mustahil bro......

Anonymous said...

Pembangkang memang bertujuan untuk memburukkan kerajaan BN dan Najib. Depa ni lah penghianat dan penghancur negara.

Mamluk Qalawun said...

Macam ni lah......just dont give a damn apa org nak cakap. Janji Dato Najib kerja nya kena lurus dan ikhlas. Memang lah berat mata kita memandang dia jadi PM tapi berat lagi bahunya yg memikul tanggungjawab ni...we have to help him.

Anonymous said...

walau pembangkang tak burukkan Najib, imej dia sebagai PM tetap buruk dan makin merudum. Soalan-sanggupkah Najib menipu dunia?Jawapan-ada pada kes Atlantuya.

Anonymous said...

Kepala butoh kau kes altantuya.sekurang2nya najib berani bersumpah menafikan dia terlibat.yang air mani 4cm dalam juboq masih tak berani nak bersumpah.

Anonymous said...

ANON April 3, 2014 at 1:12 PM
aku dah follow kes Altantuya ni sejak mula diperkatakan ...semua fakta yang dijumpa tiada kaitan dengan DS Najib ... beserta denga sumpah laknat beliau , menunjukkan beliau tidak bersalah.. Kalau kau betul anak yang ade bapa yg halal ...SILA TUNJUKKAN / DEDAHKAN BUKTI TERSEBUT ..

Terkini.. CINAbeng tengah kepanasan.. Isu DAPster memakan diri

Anonymous said...

Aku pun pelik lah bila orang cakap Msia tipu, Najib tipu. Pasal apa nak menipu?? Apa tujuan nak menipu? Apa yang kita akan dapat kalau kita tipu??
Kalau tgk dari hari pertama sehingga ke hari ini, Nampak sangat pembangkang pun taktau nak buat apa. Tau kritik aje dan kesudahan dah habis modal dah sebab semua teori depa salah. Jadi, terpaksa tutup mulut dan tunggu kotak hitam. Nampak sangat kebodohan pembangkang, kan??
Lagi satu, media asing yang selalu dok tekankan pasal ketelusan dan berita benar, apa sudah jadi?? Dah banyak sangat teori sampai taktau yang mana betul. hahhaha

Anonymous said...



Saya pun ada kesah yang nak diceritakan disini. Cerita ini semua orang ingat, bukan tentang kaldai seperti yang RBF ceritakan itu, tetapi tentang rakaman vedio.

Kes pertama seorang suri rumah memasang camera vedio secara tersembunyi dirumah bagi kemudahannya melihat tingkahlaku amah yang menjaga bayinya semasa dia bekerja. Hasilnya memang ramai orang tau. Kes kedua pula seorang ibu meletakkan kamera pada beg sekolah anaknya, hasilnya ibu itu dapat merakam aksi guru tadika mendera anaknya. Kedua2 kes hanya menggunakan kamera dan handphone yang nilainya tidaklah begitu mahal dan mungkin ramai yang mampu memilikinya.

Dalam kes MH370 pula pengeluar mendakwa pesawat jenis itu adalah yang terbaik dan paling selamat. Tapi bila mendengar penerangan mengenai "kotak hitam" saya hairan mengapa kotak hitam direka begiturupa yang lansung tidak mengikut peredaran zaman. Walaupun ia biasanya merakam berbagai pergerakan pesawat dsb, tetapi dikokpit ia hanya merakam bunyi/suara tanpa rakaman gambar seperti yang ceritakan berkaitan tragedi AirFrance dan AdamAir.

Soal keduanya, dalam kecanggihan teknoloji perhubungan sekarang kenapa Kotak Hitam misti diletakkan dalam pesawat? Tidak adakah pakar2 yang boleh mereka kotak hitam yang hanya perlu disimpan dibumi dengan pesawat hanya membawa kamera, mike atau alat2 yang sewaktu dengannya sahaja. Bukankah senang kalau alat sedemikian dapat direka, bila ada kejadian seperti MH370, penyelamat senang menjalankan kerja. Pehak pembangkang tentu ada pakar yang boleh mereka alat sedemikian yang boleh memudahkan kerja jika berlaku lagi kes seperti MH370 dimasa akan datang. Amacam MR Bean??

Apapun seperti diketahui kes MH370 adalah yang pertama. Dimasa depan mungkin alat begitu dibuat oleh Boing dan barulah Boing boleh berbaggga dengan kecanggihan pesawatnya!!

Amira Fatin said...

APA NAJIB DAPAT MENIPU DUNIA MMG TAK MASUK AKAL TUDUHAN BERAT SI PEMBANGKANG NI, SENANGLAH CITE CE KALAU DRG YG PEGANG JAWATAN NAJIB BARU MEREKA TAHU BETAPA BESARNYA TANGGUNGJAWABNYA. MASALAH UTAMA BERPUNCA DARI SIKAP PEMBANGKANG ITU SENDIRI KERANA TERLALU DENGKI DGN NAJIB DAN SENTIASA MENCARI ALASAN UTK JATUHKAN NAJIB.

Anonymous said...

Minta meka cari Jam OMEGA raja liwat..hingga kini mat jubur tak dapat cari...elok diam..elok cium dan jilat jubut mat jubur tu lagi bagus..buat fitnag dan bermodalkan air liur basi elok balik menonggeng..biar org lain tibai jubur kau orang

Srikandi Bangsa said...
This comment has been removed by the author.
Srikandi Bangsa said...

Susah kalu fikiran dh dipolitikkan pusing kebelakang balik, dh dgr beribu2 kali ade ke PM kata MH370 tu terhempas ke,meletup ke..beliau hanya kata berakhir di lautan hindi..bila org kafir tunjuk bukti klon kapal MAS ade d Israel, cepat semua org percaya,pastu bole lak hina org lain..cuba fikir ahli family yg terlibat mereka lagi rasa terbeban utk hadapi semua ni berbanding korang yg hanya dgr, tgk kt tv, media & lain2.. pastu ckp ikut sedap mulut tanpa fikir PM kita tu sempurna ke seperti Nabi kita? kita ni sempurna ke akal fikiran & emosi..yg nk tunding jari pd org yg telah lakukan tugas mereka sdg kan kita nie hanya duk depan TV, komputer, HP utk dpt maklumat..Skrg bole lah kata dia burukkan negara kt luar..menipu dan mcm2 lagi.. kesian kat PM.. dari kita mengutuk org lain lagi mulia kita buat solat hajat, minta petunjuk agar semua penumpang MH370 tu selamat atau tunjukkan di mana mereka skrg..

Anonymous said...

Habis kenapa MAS hantar SMS kata kapal terbang terhempas di Lautan Hindi dan semua terkorban?

sally saleh said...

biasalah pembangkang najib buat apa saja mereka takkan puas hati punya. bak kata org kalau najib bawa bulan ke riba pembangkang sekali pun mereka tetap akan fitnah najib juga. bila najib kata berakhir pemabngkang tuduh terhempas. susah nak fahamkan org yg bodoh ni.

dolmat.. said...

kesian aku tgk macai2 pakatan ni dahlah bodoh bebal plak tu najib tak kata terhempas pun masih nak tuduh najib kata. dua maksud yg berbeza berakhir dan terhempas kenapa susah sgt nak faham atau sengaja nak spinkan cerita utk kenakan najib.

kelly eng said...

tak masuk akal langsung kalau najib nak menipu dunia apa dia akan dapat. takde apa yg untung najib buat gitu. pelik aku kalau nak tuduh najib buakan main lagi pembangkang kenakan dia tapi bila kes anwar dah disabitkan bersalah pun krg tak blh nak menerimanya.

Buat MODAL AIR LIUR said...

Abe .. DOH KEJA DIA PEMBANGKANG ..
APA YG KERAJAAN BUAT .. MISTI DIA BANGKANG..
NAK BUAT MACAM MANA DOH KERJA ..
SETIAP SAAT , MINIT , JAM , SEHARI , SEMINGGU n BERTAHUN ...
BANGKANG .. BANGKANG .. BANGKANG..
HASUT .. HASUT .. HASUT ..
BARUA PR PUN TERMAKAN JUGA BANGKANGAN n HASUTAN DARI PUAK PR NI..
HASIL KERJA UNTUK RAKYAT SENDIRI TIDAK TERBUAT.. TIDAK DILAKSANA..DI KAWASAN PARLIMEN SENDIRI ..
HANYA JANJI MANIS SAHAJA DITABURKAN..

Anonymous said...

Perbuatan yang menangguk di air keruh, yang akhirnya akan merugikan umat Islam dan Malaysia sendiri.

Sangat mendukacitakan mentaliti begini.

Anonymous said...

angkat la bakul PM tu banyak2 ya RBF......bagus..angkat jangan x angkat

Anonymous said...

Haaa ini la dia musibat aljuburi. Kita berbincang fakta simusibat ni menyondol masuk bagi komen hampeh taraf ank ha*r*m jad*h

kak bedah said...

apa la bangang tahap babi pembangkang nie... nampak sangat tahap kebodohan diorang tue terletak di bawah kepala bana.. cuba fikir sejenak secara mendalam bagaimana yg PM kita sebelum membuatsesuatu keputusan dia dah berbincang dan mendapatkan banyak pandangan sebelum membuat PC kat media massa.. apa korang ingat senang2 mcm tue je ke nak buat PC tanpa ada apa2 maklumat...

kak bedah said...

fikir.. fikir.. dan fikir kembali apa yg PM kita terpaksa hadapi dgn keadaan negara kita sekarang nie...

hanizam said...

memang tulah mentality pembangkang dalam Malaysia ni...

kat Negara lain, bila berpolitik mereka akan berpolitik, tapi bila ada isu melibatkan maruah atau kepentingan Negara, mereka akan bersatu mempertahankan Negara...

pembangkang kat Malaysia ni jadi macam tu sebab Anuar kemaruk jadi PM dan satu lagi Cina kemaruk nak kuasa memerintah...

pembangkang sekarang ni sanggup lakukan ape sahaja, janji matlamat mereka tercapai...biar pun status dan kepentingan melayu dan islam tergadai...

satu lagi bila PM kata "berakhir" kat lautan Hindi, kalau kita tengok balik 2-3 teori pasal Diego Garcia dan yang terbaru ada 1 kembar MH370 di Israel, perkataan tu banyak makna tersirat...

cuma bila dah ditokok tambah dan dilacurkan oleh pembangkang, semakin menampakkan kebodohan mereka...

tak berada ditempat kerajaan memanglah sedap mengkritik itu ini...

el halim said...

Aku tak tau la ko ni pihak pembangkang, atas pagar atau pihak BN. Tapi kalau ko dah kaitkan dgn kes Altantuya, ko ni aku kira tergolong dlm golongan orang bodoh yg paling hina

Anonymous said...

ulasan yang terbaik..........

batin rual said...

Semuga Allah memberi kekuatan yang berganda kepada PM najib. Teruskan usaha anda pedulikan kpd menusia yg dengki tanpa sempadan tu. Amin

Anonymous said...

Dalam otak udang pembangkang dan macai2 belaan peliwat , segala2nya harus dilondehkan depan media .termasuk lokasi radar ATM , dan segala butiran penyiasatan kes. barulah itu di namakan tidak berahsia dalam konteks pemikiran mereka. wahai macai2 pakatan haram , negara paling mundur di dunia pun , tidak akan membocorkan sewenang2nya maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit dan bahan siasatan kes. jadi , sebelum nak blame org , buat kajian mendalam dulu fakta kes MH370 Ini. ini kes kemalangan paling rumit pertama kali berlaku dalam dunia .kerajaan malaysia dan berusaha sedaya upaya yang termampu untuk memuaskan hati pelbagai pihak yang terlibat .

Anonymous said...

Mereka mengambil upah memburuk2kan kerajaan. Demi upah mereka akan menidakkan fakta benar.
Bro,
" Orang beriman tidak berdusta "

Anonymous said...

" Anwar Ibrahim has created enough trouble to the country "

Anonymous said...

Anwar 'el-juburi' Ibrahim harus bertobat!