Friday, April 4, 2014

MH370:Ketahui Kenapa Datuk Najib Tidak Menjawab Soalan Media dan Apa Matlamat Media Barat ?


Sebelum ini Anwar Ibrahim pernah mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib seorang pengecut apabila tidak mengadakan sebarang sesi soal jawab dengan media dalam dua kenyataan media PM sebelum ini berhubung kes MH370. 

Semalam pula media pembangkang sekali lagi membawa kisah yang sama berhubung dengan kenyataan media Datuk Najib di Perth. Lihat sini

Berhubung apa yang terjadi di Perth semalam, Pejabat Perdana Menteri Australia selaku tuan rumah telah memanggil media bagi tujuan membuat liputan Kenyataan Media Bersama untuk kedua-dua pemimpin. Pihak Australia sendiri selaku tuan rumah telah memaklumkan kepada pihak media bahawa tiada sidang media dan tiada soalan boleh dikemukakan melainkan fokus pada kenyataan yang dibacakan oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Tidak timbul soal Datuk Najib mengelak daripada menjawab soalan media kerana beliau mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh tuan rumah. Jangan kata Datuk Najib, PM Australia pun amat jarang membuat sidang media tentang isu MH370 kerana media asing asyik bertanya soalan yang masih tidak ada jawapan di samping mahu Tony Abbot komen mengenai pelbagai teori yang dibentuk sendiri oleh media antarabangsa. 


Samalah dengan Datuk Najib dalam dua kenyataan media yang beliau lakukan sebelum ini. Adalah lebih baik beliau tidak menjawab sebarang soalan daripada media. Ini kerana media asing lebih beminat untuk mensensasikan isu daripada memfokus kepada misi pencarian. Lihatlah apa yang dilakukan oleh akhbar United Kingdom. Mereka buat pelbagai teori termasuklah menuduh secara terang-terangan kapten pesawat itu sebagai punca kehilangan MH370. 

Adakalanya soalan yang diberi tidak masuk akal dan tidak boleh dijawab melainkan telah selesai siasatan. Antara soalan yang ditanya, adakah kapten pesawat itu mungkin seorang pengganas, adakah pilot bawa pesawat ke Lautan Hindi untuk bunuh diri kerana kecewa dengan konflik kehidupan atau politik, benarkah pesawat dirampas sebelum terhempas, apa bukti semua penumpang dah mati, kenapa kerajaan sengaja sorok maklumat mengenai pesawat MH370 dan macam-macam lagi soalan provokasi yang boleh menjerat kita.  Sedangkan perkara-perkara ini dah berulang kali dijawab tapi mereka sengaja tidak siarkan kerana nak hidupkan isu di samping untuk menarik perhatian penonton agar terus bersama siaran mereka.

Tidak boleh dinafikan sedikit sebanyak Datuk Najib mengelak daripada menjawab soalan-soalan media asing, kerana tidak mahu terjerat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara. Orang yang tidak memikul tanggungjawab di atas bahu bolehlah bercakap Datuk Najib pengecut, penakut dan sebagainya. Yang kena tuduh kes liwat pun tak berani beri keterangan dalam kandang saksi kerana takut disoal oleh peguam dan disoal balas oleh pendakwaraya. Akhirnya beri ceramah politik dalam dari kandang tertuduh. Kemudian nak bersumpah pun tak berani untuk menafikan dirinya seorang peliwat. Lagi mahu dakwa orang lain pengecut ke ? 

Dalam kes MH370 ini cuba kita renung-renung dan fikir-fikirkan kenapa media barat lebih condong membuat laporan menghentam Kerajaan Malaysia ? Sudah tentu mereka ada agenda tersembunyi. 

Pesawat MH370 adalah pesawat Boeing. Bagi saya matlamat mereka adalah mahu menyelamatkan Boeing dan menjaga muka kuasa besar dunia. Mereka menggambarkan mereka sebuah syarikat dan negara yang hebat. Tetapi dengan pakar-pakar dan kepakaran yang mereka ada sampai sekarang pun mereka gagal mengesan kedudukan pesawat itu. Sedangkan selama ini mereka digambarkan memiliki teknologi yang paling hebat dalam dunia. 

Sampai hari ini adakah anda pernah lihat, dengar atau baca mana-mana media asing menghentam atau mengkritik Boeing dalam hal ini ? Tidak mustahil syarikat itu telah meminta media barat agar tidak membangkitkan tentang sebarang kemungkinan kerosakkan atau kelemahan pesawat Boeing. Sebab itu media asing lebih galak mengaitkan kapten , pengganas dan Kerajaan Malaysia dalam hal itu. Semuanya untuk mengalih perhatian supaya Boeing tidak dipersalahkan. Jika terbukti pesawat Boeing bermasalah boleh menyebabkan syarikat penerbangan seluruh dunia akan beralih kepada Airbus. Dan ketika itu hancurlah Boeing. 

14 comments:

Anonymous said...

u ulang i saman-najib vs rosmah=anwar dgn jijah menang!TQ

Anonymous said...

Setuju dgn artikel di atas

Chah Koy said...

Bagus pun Najib tak layan media ni buat masa ini. Sebab takde apa2progress pun utk lapor. KAlau byk sembang dgn media ni pun, bkn nye depa buat laporan berdasarkan apa yg PM ckp tapi buat rumusan sendiri. Lepas tu kaitkan dengan teori2 yg menjahanamkan negara kita

True Malaysian said...

Ini bukan masanya PM nak tunjuk berani ke tak berdepan dengan media. Kalau dia tak berani, tak jadi PM le mangkuk. Ada masanya kita kena diam, let the actions speak. Ada masanya kita kena bersuara, let the words play. Sekarang masa utk tindak. Cari MH370. So, ada baiknya PM bagi statement aje. Kalau tak, lagi le depa dok pusing cakap apa2 ntah

Mamluk Qalawun said...

U ulang I saman. Boeing pun cakap mcm tu dah. Dato Najib tak perlu risau kalau di boikot oleh media barat. Kita must show them that we dont give a damn depa nak cakap jika kita tak layan media barat ni. No need.

Anonymous said...

Nak kasi tau dua sidang media yang lepas yang memberi kenyataan BUKANLAH NAJIB atau PERDANA MENTERI Malaysia tetapi ialah PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA (Government of Malaysia)yang di pimpin oleh NAJIB.

Najib tidak ada kuasa untuk menjawab soalan pada kedua-dua sidang media tersebut. Beliau hanya ada kuasa untuk memberi kenyataan bagi pihak pentadbiran kerajaan MALAYSIA. On the behalf of the government of Malaysia.

Kita kena faham perbezaan di antara entiti-entiti (1) Najib sebagai Individu (2) Perdana Menteri Malaysia (yang kini di sandang oleh Najib (3) Pentadbiran Kerajaan Malaysia (government- yang diketuai oleh Perdana Menteri yang kini di sandang Najib)(4) Kerajaan Negara Malaysia - (negara/country/state) - Raja Berperlembagaan.

( Nota ringkas- Kerajaan Malaysia bukannya kerajaan demokrasi. Kita ialah constitutional monarchy. Yang demokrasi ialah Pentadbiran Kerajaan atau dalam bahasa Inggeris = Government. Perlu di ingatkan Government bukannya bermaksud Kerajaan tetapi pentadbiran kerajaan. (govern = kata akar = govern=tadbir. Bezakan dengan Kerajaan yang mana kata akar = RAJA.)

Anwar belajar tak habis sebab tu cakap macam tu. Atau pun belajar habis tetapi sengaja nak kasik keliru orang umum sebab dia Dajjal

Jadi pada 2 sidang yang lepas yang bercakap ialah KERAJAAN MALAYSIA menggunakan "suara" Perdana Menteri yang kini di sandang oleh Najib.

Di Australia pula yang pergi melawat ialah Perdana menteri. Maka jika ADA apa-apa kenyataan ianya datang dari PERDANA MENTERI bukannya Kerajaan Malaysia atau NEGARA MALAYSIA.

Maka sebagai pelawat dalam kapasiti perdana menteri di sana beliau kenalah ikut protokol sana.

Srikandi Bangsa said...

kan dah kata PM ikut protokol tuan rumah... yg byk buat bising ni mmg puak PR je sbnarnya.. Pandai ckp je tp kalau duk kat tempat PM baru tau cmne..yang teringin nak jadi PM... kerja PM bukannya mesti kena jadi juru jawab press conference je..Byk tanggungjwb PM ni..Bagi yang teringin NAK JADI PM sgt tu, kena berani la dulu disoal dalam mahkamah bila sabit perbicaraan tentang sesuatu pertuduhan...bukan asik tangguh dan lari kan? SriB rasa.. Ketua Umum yg sorang tu bising, sebab kebanyakan passenger dalam MH370 yang hilang tu, are CHINA DOLLS.....hahahaha~

Amira Fatin said...

BAGUS TINDAKAN NAJIB UTK TDK MENJAWAB MEDIA SUPAYA NAJIB TIDAK DITUDUH BKN2 LAGI. BIASALAH MEDIA ASING MMG NAK SENSASIKAN CERITA UTK MALUKAN NEGARA KITA. KITA KALAU KE NEGARA ORG KENALAH HORMAT DGN PROTOKOL MEREKA TAKKAN NAK PANDAI2 SENDIRI.

sally saleh said...

tidak boleh dinafikan sedikit sebanyak Najib mengelak daripada menjawab soalan-soalan media asing kerana tidak mahu terjerat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara. Orang yang tidak memikul tanggungjawab di atas bahu bolehlah bercakap Najib pengecut, penakut dan sebagainya. si peliwat mana ketika negara dlm masalah.....

dolmat.. said...

Dalam kes MH370 ini cuba kita renung-renung dan fikir-fikirkan kenapa media barat lebih condong membuat laporan menghentam Kerajaan Malaysia, mesti mereka ini ada motif di sebalik ini atau dah dibayar pihak tertentu utk jatuhkan najib.

kelly eng said...

najib bkn biadap mcm si nuar tu ikt suka hati aje nak cakap pada media nak buat fitnah aje. najib hormat dgn protokol tuan rumah tidak menjawab soalan media. jgn nak tuduh najib bkn2 plak si pembangkang haram jadah ni.

kak bedah said...

masalahnya soalan yang diberi selalunya tidak masuk akal dan tidak boleh dijawab melainkan telah selesai siasatan. ada ke patut tanya soalan yang mcm ni, adakah kapten pesawat itu mungkin seorang pengganas, adakah pilot bawa pesawat ke Lautan Hindi untuk bunuh diri kerana kecewa dengan konflik kehidupan atau politik, benarkah pesawat dirampas sebelum terhempas, apa bukti semua penumpang dah mati, kenapa kerajaan sengaja sorok maklumat mengenai pesawat MH370 dan macam-macam lagi soalan provokasi yang boleh menjerat kita. Sedangkan perkara-perkara ini dah berulang kali dijawab tapi mereka sengaja tidak siarkan kerana nak hidupkan isu di samping untuk menarik perhatian penonton agar terus bersama siaran mereka. tapi tak ke mereka kesian kat keluarga mangsa sebab kita semua tak tahu apa yg terjadi sebenarnya.

Anonymous said...

HAI , HOTEL QUALITY SHAH ALAM PUN TAK DAPAT NAK SELAMATKAN , MACAM MANA LAH...CAKAP JE PANDAI , SAYA DAH MUAK , DULU SY PUN PR TEGAR TAPI SEKARANG DAH TAUBAT.. AMPUN PAK.

Anonymous said...

harap jgn berhati2 smpi kita dipijak org..kes lahad datu nkn main kompang kata ada 3 dalang..smpi skang xda hebahkan..byk sgt bagi muka!!komunikasi kerajaan xbleh lembab..kena lebih aggresif dan tegas mcm zaman tun dl..komunikasi skang berbeza tidak mcm dl..jadi Kerajaan kena la fikir mcm mana nak fight dgn berita2 fitnah ni..jgn dibiarkan berlarutan..masyarakat skang pn berbeza dr dl..kerajaan perlu rapat dgn masyarakat..byk lg program kerajaan zaman 80an..ubah lebih dinamik..pemimpin yg besar2 dan kecil2 ni xmain peranan yg sebenar..rakyat mudah diliwat aljuburi...jgn cibuk cari duit nak projek je lebih..korang nak jadi wakil rakyat ke ahli perniagaan??????

ipohmarley