Saturday, April 5, 2014

Nik Aziz Pun Buat Lawak April Fool Juga


Tahun 2012 dalam satu majlis bersama rakyat, Datuk Seri Najib secara terbuka telah memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapan-kesilapan yang dilakukan BN dan akan bertindak memperbetulkan keadaan. Baca selanjutnya di sini

Saya masih ingat lagi bagaimana sepantas kilat puak-puak Pas menghina dan memperleceh permohonan maaf Datuk Najib pada masa itu. Lihat di bawah sebahagian daripada bukti yang saya sempat cari bagaimana Pas memperlecehkan permohonan maaf Datuk Najib. Kedua-dua makhluk yang bercakap itu berkopiah atas kepala. Kononnya alim dan waruk lah….



Minggu lepas tiba-tiba Nik Aziz pula meminta maaf diatas kesilapan dia sewaktu menjadi Menteri Besar Kelantan. 

Seperti yang sering saya tulis dalam blog ini, Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya. Setiap perbuatan yang kau lakukan pada orang maka satu hari nanti kau akan terima balasannya. Apatah lagi orang yang seperti mereka yang menjual agama Allah untuk kepentingan politik. Berkopiah dan berjubah ke sana sini, tetapi mulut tak habis-habis memfitnah, mencerca, menghina dan memaki hamun orang lain. 

Seperti yang kita tahu permohonan maaf Nik Aziz dipandang sinis oleh pelbagai pihak. Daripada dalam internet hinggalah ke warung kopi orang memandang sinis permohonan maafnya itu. Ya lah…selama ini dia dan orang-orangnya menggambarkan Nik Aziz itu sebagai seorang ulama yang suci, bersih dan maksum.  Tiba-tiba ulama maksum minta maaf. Itu yang membuat orang ramai ketawa dan pandang sinis. 

Selepas ini puak-puak Pas akan kata, Nabi dan para sahabat pun mengaku salah dan minta maaf. Ya betul ! Saya setuju. Tapi cara puak-puak kamu meletakkan pemimpin kamu mengatasi Nabi. Sehinggakan apabila Nik Aziz kata Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW mamat kampung biasa sahaja, tiada seorang pun orang Pas yang berani lawan atau tegur Nik Aziz.  Seseorang peliwat jangan kata nak berkawan atau bersahabat, sebaliknya Nabi langsung tak mengaku sebagai umatnya. Tapi Pas selamba sahaja berkawan dan menjulang seorang peliwat yang Nabi tak mengaku umatnya. 

Berbalik kepada kisah permohonan maaf Nik Aziz, semalam Nik Aziz melahirkan rasa kesal atau kecewa kerana permohonan maafnya minggu lepas disalah tafsir atau dipandang sinis oleh kebanyakkan orang. 

Apa kata Nik Aziz ? 

Jeng…jeng…jeng…jom kita lihat….


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa apabila niat baiknya meminta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini disalah tafsirkan pihak tertentu. 
Menurutnya, masyarakat tidak sepatutnya membuat tanggapan negatif dan pelbagai andaian tanpa usul periksa sehingga menimbulkan spekulasi kerana selagi individu yang melafazkan maaf tersebut masih hidup, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
“Orang tafsir macam-macam, selagi orang itu hidup, jangan tafsir bukan-bukan. Kita mesti tanya sendiri, jangan pandai-pandai tafsir pula, kalau dia dah meninggal bolehlah nak tafsir. 
“Kalu perkara (yang ditafsir) itu betul, tidak mengapa, kalau salah, ia sudah dikategorikan sebagai mengumpat, sedangkan maksud yang disampaikan adalah bukan seperti yang ditafsirkan,” katanya ketika ceramah kuliah mingguan di Medan Ilmu, semalam. 
Sinar Harian
Saya ketawa berguling-guling apabila membaca pesanan Nik Aziz. Nampaknya dia meludah atas muka dia sendiri. 

Apabila permohonan maaf dia dipandang negatif, maka dia pun berpesan-pesanlah dengan kebenaran sepertimana tulisan yang dihitamkan di atas. Tetapi dimana suara dia sewaktu puak-puak Pas memperlecehkan permohonan maaf Datuk Najib?

Jika benar dia seorang ulama, seorang tok guru dan seorang yang alim yang meletakkan kepentingan islam lebih dari kepentingan politik, sepatutnya dia membuat perkara yang sama seperti yang dia buat semalam sewaktu puak-puak Pas memperlecehkan permohonan maaf Datuk Najib dulu ? 

Lucu beb bila Nik Aziz berkata, masyarakat tidak sepatutnya membuat tanggapan negatif dan pelbagai andaian tanpa usul periksa sehingga menimbulkan spekulasi, dan kalau perkara (yang ditafsir) itu betul, tidak mengapa, kalau salah, ia sudah dikategorikan sebagai mengumpat. 

Siapa raja fitnah selama ini ? Siapa yang menjadi raja spekulasi selama ini ? Siapa raja makin hamun orang selama ini ?  Siapa yang menuduh orang-orang Umno tak sembahyang ? Siapa yang doa Najib pecah perut sebelum ini ? 

Lawak April Fool betullah kau ni Nik Aziz….

12 comments:

Ben Mazalan said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon blog tuan support portal berita mahasiswa yang baru belajar ini .. mohon link ke universitynewscapital.com

Anonymous said...

Empat golongan yg mengaku umat Islam,
1. Bersegera dan bnyk berbuat kebaikan, sedikit sekali berbuat kesalahan, sentiasa bertaubat dan minta ampun.
2. Bnyk berbuat kebaikan tp bnyk juga kesalahannya, bercampur antara melakukan kebaikan dan kesalahan, tp mengaku kesalahan kesalahannya, sering bertaubat dan minta ampun, namun kerana keimanan yg kurang masih juga mengulangi berbuat kesalahan tp terus juga minta ampun dan bertaubat.
3. Bnyk melakukan kesalahan dan dosa. Tidak menghiraukan akan dosa dan kesalahannya, tak kisah minta ampun atau bertaubat, tp masih Islam, tidak mensyirikkan Allah swt dan ada juga melakukan kebaikan.
4. Munafikun.
Rujuk tafsiran ayat ayat Surah At Taubah 100-106, dan Surah Fathir 32-37. Al An'aam 82.
Golongan manakah kita ?

Anonymous said...


yang tampal gambar orang tua tu kat kereta, kat depan pintu tu eloklah ditanggalkan. takada kelebihannya pun!!

Anonymous said...

Selama ni apa dia ckp ada udang sebalik batu, satu perangkap. Mcm mana org nak percaya.

Anonymous said...

orang katala..orang-orang tua-tua dulu....kalau dah lebih 50 tahun tu..kalau tak berubah dari segi apapun...rasa-rasanya takkan berubah punya...tengoklah mesti ada yang gempak sehari dua ni.

Anonymous said...

Ni lah ulamak. Kalau orang dia salah tafsir pada Najib tak pe eh. Kalau orang salah tafsir kat dia, di kata mengumpat eh. Tapi kalau orang kata Stopa berzina dan Anwar pula meliwat di kata fitnah. Maka jadilah yang betul di kata fitnah dan yang tidak betul di kata benar. Sape nak tanggung semua nih.

Anonymous said...

Ini lah muka sebenar PAS, haram mu wal halal ku....

Anonymous said...

April fool nike azizi...

Anonymous said...

rasa nak baling selipar kat muka nik Aziz dan orang orang pas macam tantawi dan mamat sekor lagi tu, taksub sangat dengan nik Aziz, sapa lah nikaziz, dia setuju kawan dengan setan, dia kata allah mencarut, dia berdoa pemimpin umno musnah, apa jenis manusia,kalau aku terosak aqidah sebab ajaran dia, aku tak kan maaf kan dia...hi si tua...april fool ke kamu...sebab kawan dengan anwar, karpal, kit siang dia sanggup rosak kan aqidah kita umat islam..

hanizam said...

dalam kita seluruh Negara bersedih dengan MH370, nilah satu-satunya hiburan jiwa rakyat Malaysia terutama yang taksub lender hijau dalam mengisi kesedihan tersebut....

memang biasa, bila orang lain buat, mereka akan kata macam-macam...1001 benda dan tak cukup 24 jam, 7 hari mengutuk....

lepas tu mengaku merekalah alim, merekalah sempurna..merekalh islamik dan segala-galanyalah terbaik ada mereka...

bila terkena balik, segala ayat qurran, hadist dan kiasan dikeluarkan untuk menutup kelemahan mereka..

aku pernah tibai balik seorang pegawai agama daerah kat Selangor ni, sbb kawan sekolahlah aku berani...kes orang PAS liwat bini kat perlis...dah terang-terang dalam mahkamah bininya mengaku, kena liwat, kalau tak bagi bontot, akan terajanglah hari-hari...

pegawai tu keluarkan hadist bagai pada aku, jangan hidupkan fitnah...berdosa aibkan orang...

aku tanya balik, keluar dalam media, FB, Twiter, tang maner yang fitnah???

sebab pegawai agama tu malu, terus unfriend FB dan Whatsup...malu orang pertikaikan juak kahak hijau buat benda haram...

aku bukannya anti hadist/Al-qurran, tapi bila nak gunakan dalam ceramah @ lawan hujah depan penyokong yang taksub, rasanya tak payahlah...

tak mati pun mengaku kelemahan/kekurangan diri...malah akan lebih menginsafi kekurangan itu sebagai makhluk Allah...

sekadar pandangan je...

Anonymous said...

Mustahil. Mengarut.

Nik Aziz minta maaf. Apa dosa dia. Setahu aku dia tak ada dosa baik dengan makhluk mahu pun dengan tuhan.

I am very2 sure ini orang kalau dia mati, malaikat akan terus saja bawa dia pergi masuk syurga dengan 70 bidari yang tersedia menunggu untuk melayan segala kemahuan dia.

Lebai Serabut

Anonymous said...

woi mne penyokong hamPAS nih ,no komen ke wei..biase korang ler jagoh bab2 menentang kejian terhadap partuih korang nih.wakakaka