Tuesday, April 15, 2014

Now Everything We Slaughter: Menjawab Komen-Komen Mereka Yang Menyokong Air Asia


Saya tidak menjangka tulisan terakhir saya sebelum tulisan ini berhubung Air Asia mendapat respon yang begitu hangat.  Sehingga jam 7.45 pagi ini tulisan berkenaan telah dilihat sebanyak 206,004 kali, dan telah menerima 222 komen pembaca. Artikel yang dimaksudkan boleh dibaca di sini

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada yang membaca tulisan berkenaan. Dan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang menghantar komen-komen, tidak kira yang menyokong atau yang membantah tulisan berkenaan, atau pun kepada yang menghentam saya. Semuanya saya ucapkan terima kasih…

Saya nak jawab beberapa perkara terhadap komen-komen yang dihantar oleh mereka-mereka yang tidak bersetuju dengan tulisan berkenaan. Kalau nak diikutkan saya tak jawab pun tak mengapa. Sebabnya anak Datuk Haron Din, Dr Huda Haron pun seolah-olah sudah mengesahkan apa yang saya katakan dalam tulisan sebelum ini adalah benar. Sampai masuk IJN bapanya. Tapi tak mengapalah saya nak jawab juga demi untuk memuaskan hati saya. 


Ada yang kata saya tidak cerdik , saya bukan orang dalam bidang penerbangan, semenjak wujud Air Asia barulah syarikat penerbangan lain pun beri tambang murah, saya buat perbandingan harga tidak adil, tiket dibeli saat akhir, harus rancang perjalanan dan percutian lebih awal. Itulah antara komen-komen yang masuk dari kalangan orang-orang yang mempertahankan Air Asia.

Ya saya akui saya bukan orang yang cerdik. Jika saya orang cerdik dah lama saya ada syarikat penerbangan yang lebih hebat dari yang dimiliki Tony Fernandez. Ya saya bukan orang dalam bidang penerbangan, sebab itu saya tidak menulis bab jenis-jenis pesawat atau mengenai teknikal pesawat atau perkara yang berkaitan dengan kejuruteraan pesawat. Saya hanya menulis pengalaman saya sebagai seorang penumpang yang boleh dikatakan kerap menggunakan pengangkutan udara.

Mereka-mereka yang menyokong Air Asia membelasah saya di ruangan komen seolah-olah saya menafikan 100 peratus kebaikan Air Asia. Mereka kata kerana Air Asia lah ramai orang boleh merasa naik kapal terbang sekarang.

Memang betullah….itu saya tidak nafikan….kenapa anda begitu naif sekali  ? Anda yang tidak cerdik atau saya yang tidak cerdik ? Anda pandai membaca atau tidak ? Jika pandai membaca, anda faham atau tidak apa yang anda baca ?

Bagi orang faham apabila mereka mula membaca apa yang saya tulis dari ayat pertama di perenggan pertama hinggalah ayat terakhir di perenggan keempat, mereka akan tahu bahawa saya tidak nafikan sumbangan Air Asia kepada orang ramai atau kepada negara.

Perenggan pertama terang-terang saya dah tulis seperti berikut,
Kita tidak boleh nafikan Air Asia telah membuka satu lembaran baru dalam industri penerbangan negara. Jika dulu hanya orang kaya-kaya sahaja yang mampu naik kapal terbang kerana industri penerbangan negara pada masa itu hanya dikuasai oleh MAS sahaja.
Cuma saya kata jangan kerana Air Asia mempunyai sumbangan kepada rakyat dan negara, maka mereka nak tunjuk besar kepala dan nak mengugut kerajaan dengan macam-macam ugutan. 

Adakah anda sendiri pun suka jika seseorang kawan anda mempunyai jasa kepada anda, maka dia boleh ugut atau minta macam-macam dari anda ? Bab jasa dan sumbangan dia kita tidak lupa, tetapi janganlah ambil kesempatan nak ugut-ugut pula. 

Kemudian ada yang pertahankan Air Asia dan membodohkan saya kononnya mereka dapat tiket Air Asia yang lebih murah dan dapat bercuti kemana-mana….

Saya tidak menafikan perkara itu…ada saya kata tiket Air Asia sentiasa lebih mahal daripada tiket penerbangan lain ? 

Apa yang saya kata ? Lihat di bawah…
Bab tambang bila campur tolak kali bahagi antara tambang Air Asia dengan syarikat penerbangan lain ianya akan jadi lebih kurang sahaja, malah Air Asia ada yang lebih mahal.
Saya siap guna perkataan MALAH. Saya tak kata Air Asia sentiasa mahal. Kalau orang yang faham dia akan faham maksud perkataan yang saya hitamkan diatas. Maksud saya KADANGKALA ADA TIKET AIR ASIA YANG LEBIH MAHAL DARIPADA TIKET SYARIKAT PENERBANGAN LAIN. 

Ada juga yang kata saya bodoh kerana membuat perbandingan tiket penerbangan yang dibeli saat akhir. Kata mereka tiket yang dibeli saat akhir tentulah mahal. Ini kerana perbandingan harga yang saya lakukan pada tarikh 11 April melibatkan penerbangan pada tarikh 13 dan 14 April 2014. Mereka kata percutian perlu dirancang awal-awal. Dan mereka berpesan kepada saya untuk mendapat tiket murah perlu beli tiga bulan lebih awal. 

Sekali lagi orang-orang yang menyokong Air Asia tidak faham apa yang saya hendak sampaikan dan akhirnya mereka membodohkan saya. 

Selama ini minda rakyat Malaysia telah ditanam bahawa tiket penerbangan paling murah adalah tiket Air Asia. Bila ingat nak naik kapal terbang mereka akan ingat Air Asia. Sebabnya murah…dan Air Asia sendiri pun telah menobatkan diri mereka sebagai syarikat penerbangan tambang murah. Ingat murah ingat Air Asia….ingat Air Asia ingat murah….

Contoh yang saya berikan sebelum ini melibatkan penerbangan dari Kuala Lumpur-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur. Tiga perbandingan harga dari tiga syarikat penerbangan yang saya berikan melibatkan tarikh yang sama iaitu 13 dan 14 April dan semua carian tiket dibuat pada hari yang sama. 

Apabila Air Asia menobatkan mereka sebagai sebuah syarikat tambang murah, sepatutnya tambang mereka perlu atau wajib lebih murah daripada yang lain.  Tak kiralah murah RM 10 atau RM 15. Asalkan lebih murah sebab mereka syarikat penerbangan tambang murah. Soal beli tiket saat akhir atau beli tiket 3-4 bulan awal tak timbul. Sebab tarikh perjalanannya sama dan pencarian tiket dilakukan hari yang sama. Harga Air Asia perlu lebih murah daripada yang lain sebab mereka syarikat penerbangan tambang murah. 

Soal percutian perlu dirancang awal dengan betul untuk memastikan dapat tiket murah. Soalan saya kepada orang-orang yang menghantar komen yang berbunyi begitu, adakah semua orang yang menggunakan pengangkutan udara adalah mereka yang hendak pergi bercuti ? 

Anda harus sedar bahawa bukan semua orang yang naik kapal terbang itu untuk pergi bercuti. Jika pada hari Isnin hingga hari Jumaat boleh dikatakan majoriti orang yang menggunakan pengangkutan udara adalah untuk urusan kerja atau urusan peribadi atau urusan-urusan lain. Jika pada hari Jumaat hingga Ahad, musim cuti sekolah atau cuti panjang yang lain mungkinlah ramai yang nak pergi bercuti. 

Hari ini bos saya kata, RBF, kamu perlu ke Kuching untuk urusan kerja bla…bla…bla…Saya pun jawab ok bos, tapi saya tak boleh pergi dalam waktu terdekat kerana tiket mahal. Tiga bulan lagi baru saya pergi kerana tiket murah. Boleh begitu ?  

Malam tadi Ali yang berasal dari Sabah dan kini menetap di Kuala Lumpur menerima panggilan telefon daripada abangnya yang memaklumkan ibu mereka sakit, dan dimasukkan di sebuah hospital di Sabah. Keadaannya tenat. Bolehkah Ali jawab, ok abang…saya akan balik 3 bulan lagi kerana untuk dapat tiket murah saya perlu tempah tiga bulan awal ? Tak haru biru jadinya ? 

Jadi janganlah kamu menganggap semua orang yang menggunakan pengangkutan udara hanya untuk bercuti sahaja. Kamu baru dapat sekali dua tiket murah untuk bercuti maka kamu gembiralah dan membodohkan orang lain kononnya tak pandai beli tiket. Kamu tak kena lagi saat-saat kecemasan dimana kamu perlu bayar harga tiket yang berganda-ganda. Waktu kamu kena nanti barulah kamu maki hamun. 

Baiklah, saya mengikuti nasihat yang diberikan oleh penghantar komen berkenaan iaitu untuk mendapat tiket murah perlu menempah tiga bulan lebih awal. Malam tadi saya pun dah rancang dengan isteri saya untuk kami bercuti ke Jakarta pada bulan Julai ini (bulan Ramadhan). Kami mahu pergi beli  pakaian hari raya anak-anak di Jakarta. 

Hari ini 15.April.2014. Jika tiga bulan daripada sekarang akan jatuh pada 15.Julai.2014. Lalu saya pun buka internet untuk mencari tiket perjalanan Kuala Lumpur-Jakarta pada tarikh 15.April.2014. Dan pulang dari Jakarta ke Kuala Lumpur pada 17.Julai.2014. Enam laman web syarikat penerbangan yang saya lawati untuk membeli tiket bagi perjalanan berkenaan. Dan hasilnya seperti berikut. 


LION AIR 
Kuala Lumpur-Jakarta 15 Julai 2014
Jakarta-Kuala Lumpur 17 Julai 2014
Harga tiket RM 381.00 termasuk bagasi 20kg untuk seorang.
Tiada bayaran dikenakan untuk perkhidmatan kerusi roda bagi warga emas, orang sakit atau OKU.

KLM ROYAL DUTCH AIRLINES  
Kuala Lumpur-Jakarta 15 Julai 2014  
Jakarta-Kuala Lumpur 17 Julai 2014 
Harga tiket RM 406.00  termasuk bagasi 20kg untuk seorang.
Tiada bayaran dikenakan untuk perkhidmatan kerusi roda bagi warga emas, orang sakit atau OKU.  

GARUDA INDONESIA
Kuala Lumpur-Jakarta 15 Julai 2014  
Jakarta-Kuala Lumpur 17 Julai 2014
Harga tiket RM 413.00  termasuk bagasi 20kg untuk seorang.
Tiada bayaran dikenakan untuk perkhidmatan kerusi roda bagi warga emas, orang sakit atau OKU.  

MALAYSIA AIRLINES
Kuala Lumpur-Jakarta 15 Julai 2014  
Jakarta-Kuala Lumpur 17 Julai 2014. 
Harga tiket RM 419.00  termasuk bagasi 30kg untuk seorang.
Tiada bayaran dikenakan untuk perkhidmatan kerusi roda bagi warga emas, orang sakit atau OKU.  

MALINDO AIR
Kuala Lumpur-Jakarta 15 Julai 2014  
Jakarta-Kuala Lumpur 17 Julai 2014
Harga tiket RM 483.00  termasuk bagasi 15kg untuk seorang. Jika anda tidak membeli insuran yang ditawarkan harganya RM 453.00. Tiada bayaran dikenakan untuk perkhidmatan kerusi roda bagi warga emas, orang sakit atau OKU.  

Jeng…jeng…jeng….

SETERUSSSSNYA SAYA MENAMPILKAN AIR ASIAAAAAAA…….

AIR ASIA
Kuala Lumpur-Jakarta 15 Julai 2014  
Jakarta-Kuala Lumpur 17 Julai 2014 
Harga tiket RM 534.00 termasuk bagasi 20kg untuk seorang.
Yang tidak termasuk : Beli tiket online kena caj penggunaan kad kredit atau debit. Beli tiket di kaunter kena caj RM 30.00, minta tempat duduk pilihan kena bayar lain, tak pandai guna teknologi pergi daftar masuk di kaunter kena bayar lain. Makan minum kena bayar lain. Perkhidmatan kerusi roda bagi warga emas, orang sakit atau OKU, kena bayar RM 60.00.


Apa cerita ???

Daripada enam perbandingan di atas, tiket penerbangan syarikat manakah yang paling mahal ???

Dah 3 bulan awal tempah tu…mahal juga ke ?

Kucing pun gelak terguling-guling….syarikat yang menobatkan diri mereka sebagai syarikat tambang murah harga tiketnya pula yang paling mahal. Sepatutnya merekalah yang paling murah. Sebab mereka syarikat penerbangan tambah murah. Apa yang terjadi sebaliknya. Harga mereka lebih mahal daripada syarikat penerbangan premium dan yang paling mahal. Itu pasallah kucing pun gelak terguling-guling. 

Jika dulu betullah slogan Air Asia " Now Everyone Can Fly". Masa itu tiada apa-apa bayaran yang tidak logik akal yang mereka kenakan. Tempat duduk bebas. Boleh duduk dimana-mana sahaja. Dan tiket pun memang murah daripada yang lain pada waktu itu. Tetapi sekarang tidak lagi. Ianya dah bertukar kepada "Now Everything We Slaughter". Daripada caj yang dikenakan untuk pembelian tiket online hinggalah kepada caj menggunakan kerusi roda. Semuanya kena bayaran.

Satu hari nanti tak mustahil penggunaan tandas dalam pesawat pun mereka akan caj. Nanti apabila dah tiada benda yang nak dicaj, mereka adakan pula dua kategori pramugari. Untuk dilayan pramugari yang muda, cantik dan pakai skirt singkat (hot stewardess) penumpang kena bayar harga lain. Untuk layanan percuma penumpang akan dilayan pramugari yang tua dan pakai jubah (auntie stewardess) .

Mesej saya untuk rakyat Malaysia mudah sahaja. Bukan nak minta anda boikot Air Asia, jauh sekali untuk meminta anda membenci mereka. Cuma nak minta anda buang stigma yang tertanam dalam pemikiran anda bahawa Air Asia adalah syarikat penerbangan tambang murah. Buang daripada kepala anda hari ini ingat Air Asia ingat murah….ingat penerbangan murah ingat Air Asia. Sebelum beli tiket buat perbandingan terlebih dahulu. Waktu tiket mereka murah kita rembat. Waktu tiket mereka mahal kita cari tiket lain yang lebih murah. Gunakanlah kebijaksanaan kita sebagai pengguna. Jangan kita tertipu atau terpedaya dengan iklan-iklan atau propaganda yang dilancarkan. Jika kita bijak akhir sekali kita juga yang dapat untungnya nanti. 

75 comments:

Anonymous said...

fanatics Tony Farnades serang lu RBF,
ROFL fames lu beb!

Anonymous said...

Wonderful rebuttal, dan kepada pendokong tegar AA, apa citer sekarang?????

Saya??? Naik MAS dan tak pernah naik AA....

Anonymous said...

Bravo... Nak ckp pasal air asia ni mmg tak larat.. rasanya yang buruk tu dah lebih dari yang baik kot..

Azri Jamil said...

Agaknya staff AA yg jawab kot.

Anonymous said...

Syyyyy
Ingat lima penyamun dalam industri seni tahun 80an : alB , azB , TF , FC dan TF . Haahaa . Orang inilah yang tunjang dalam Air Asia .

Anonymous said...

Sy dah lama boycott air asia..I travel only with mas

Anonymous said...

Mudah je. Paling terbaik, anda buat mcm RBF tu, pegi ke bbrp sykt penerbangan secara on9, dari situ boleh semak jadual penerbangan, tambah serta ape yg ditawarkn. Jgn terus ditanam dlm minda, AA adalah termurah. Jdikn tabiat utk menyemak dahulu, buat perbandingan, lps tu baru tempah tiket. Sya juga bbrp bulan lepas bercuti ke sabah. Sya semak dulu harga tiket bbrp sykt2 penerbangan, sblm buat keputusan menempah. Itu yg terbaik. Jgn terperangkap dgn hidden cost.

Anonymous said...

Aku dah lama boikot AA. Lagi tak nak bila Aireen cantik jadi CEO dan tinjuk sombong.

hanizam said...

yang ditunggu dah pun keluar...dah agak, artikel sebelum ni ramai yang baca sikit-sikit, lepas tu komen...


sebab tu aku setuju dia gunakan perumpamaan "JALAN BABI" tu...memang Nampak kasar, tapi kadang kala tulah cara nak bagi paham orang yang tak mau paham...

ada maksud tersurat & tersirat dari artikel terdahulu...tak dinafikan, pilihan ditangan masing-masing...yang pernah dapat murah, kenalah bersyukur...

tapi bila kena kes kecemasan yang memerlukan pengangkutan udara, sendiri mau ingatlah...

kalau kita komen walaupun tak setuju, tak perlulah kita keluarkan kata-kata kurang elok sebagai protes pendapat orang lain tak betul...

mane komen yang baik dan berfaedah kita ambil sebagai panduan...yang tak elok, sebagai iktibar & pengajaran...


Anonymous said...

tuan.. gua pun rasa nak gelak guling-guling.. 3 bulan in advance kunun.. ha ha ha haktuihh..

Azizul Azli said...

Salah tuan RBF,

Benar tulisan tuan saya setuju.

kesan langsung dari istilah 'murah' ini ramai yang berhutang kad kredit semata mata nak terbang bercuti dan updated status FB sebab bercuti diluar negara.

saya beranggapan jika anda masih mudah dan pendapatan biasa, belum masanya anda melancong keluar negara. beli rumah dahulu barulah melancong.

Azizul Azli

Azizul Azli said...

maaf salam jadi 'salah'

Anonymous said...

Saya memang selalu buat perbandingan. Naik AA sekali sahaja. Lepas tu nekad tak nak naik AA dah. Paling terkini, gunakan Lion Air. Penulis telah menunujukkan bahawa Lion Air paling murah. Tetapi bila nak check-in, dia bagi tau yang bagasi hanya 15kg dan bukan 20kg seperti dinyatakan kat tiket dan laman web. Tambah caj itu ini, dah nak sama dengan penerbangan 'full service'. Itu baru penerbangan KUL-CGK-KUL, belum lagi ke tempat lebih jauh. Saya memang tak percaya dah dengan tambang murah semua ni. Cuba orang2 yang pandai sangat tu..yang kata orang lain bodaoh tu, buat pengiraan secara logik. It's all mathematics! Untuk setiap penerbangan ada kos tertentu. Kalau semua orang dapat harga termurah, mana boleh jalan???

Oshin said...

Excellent rebuttal, Mr RBF! If you are in court defending your point on Air Asia, 100% you will win.Almost looking forward on the 'AA fan club's' replies.hehehehe. Let the slaughter begin.

shavo odadjians said...

Sape la yg backing sgt air asia haram jadah ni.. Aku dah terkena dah sekali dgn air asial ni.. jgn harap lah aku nak naik air asial ni

Anonymous said...

Salam RBF..

Teruskan kempen dan pemberitahuan kepada orang ramai.
Memang tepat sekali apa yang anda katakan dan membuat perbezaan harga tambang tiket.

Dah lama dah saya tidak mengunakan AIR ASIA sebab berlaku penepuian secarang TERANG DAN JELAS...!dan terkadang HIDDEN..!!

Pernah tak anda tengah booking online.. harga yang ditawarkan telah pun anda terima.... bila tiba
nak buat payment, computer anda 'hang' ...!!??
Buat booking baru harga dah LAIN...!! Banyak pengalaman PAHIT dengan AIR ASIA...

Percayalah ada banyak AIRLINE Domestic or International lain yang menawarkan harga yang kadang2 lebih murah WITHOUT extra charge and you travel in comfort. kena rajin lah sikit buat pangillan (berapa sen je) atau check online on any other Carriers..

Last year, I travelled to JEJU KOREA on Cathay Pacific at half the price of of AIR ASIA.. Good service , on time, good meals too and with extra 20 kilos excess baggage,besides my normal entitlement of 30 kilos, no charges.(maybe i am lucky on that excess baggage.Thanks anyway)
And it was a last minute booking.! one week to be precise.

Antara sebab lain yang mereka tak mahu keKLIA2 ialah, sebab LCCT tu macam BAPAK dia punya.

Dari bagasi 'clear-each' hingaa ke nak masuk departure room ,semuanya di kawal olih orang AA.
Check tengok2 kalau ada access baggage dan charge...!!
AA staffs famous TAGLINE...."IF U DONT PAY, YOU DONT FLY.."

Tu,,yang dalam terminal yang beruniform hijau topi merah Ala COMMANDO (cuma pistol aje takde),apa kerja dia ...??

Kan Polis Bantuan dah ada..mengalahkan PASKAL,HANDAU, VAT 69 atau our BLUE BERET COMMANDO..

At KLIA2.. " YOU ARE NOBODY TONY, TONY YOU FRIED !!"

Incase u still want to make extra monies, why don't u start charging for lavatories use in flight...!!, with MILLIONS of PAX traveling on your airline, a charge of RM 3.00 for economy and RM10.00 for Premium Pax.

I Think This Toilet 'Tax' Suits You Well.

You tend to loose kerusi roda charges bcos KLIA2 ada eurobrige..you cannot put you staff at the entrance to boarding room to check on the excess 7 kilos allowed bcos they have Polis bantuan there.How would you know that some of the pax are traveling on AIR ASIA..? At KLCCT bolih lah..

TO AIR ASIA'S MANAGEMENT'S AND STAFFS, "GO FLY KITES..."!!

Anonymous said...

Jangan risau Boneka Melayu akan jawab semua permasalahan nie bukan Tony.
Tunggguuuuu....

Lara Cleopatra said...

Siapa pernah guna perkhidmatan AA ni tau la mcmna kelentong n service mereka, da lebih 5 tahun aku boikot AA ni atas service yg Poyo n buruk..

Anonymous said...

mereka2 yang backing AA sebelum ini nampaknya terkeliru antara menghentam tanpa sebab dengan meluahkan perasaan tentang AA yang SEMAKIN LOQ QUALITY DAN ARROGANT.

jika AA tetap maintain quality service, BETUL2 TAMBANG MURAH, TAK BESAR KEPALA..takdenya orang ramai nak condemn pun..

artikel sebelum ini dah buktikan memang ramai yang dah tertipu dan tak puas hati dengan perkhidmatan AA.

sekian.

Anonymous said...

RBF kalau macam ni punya tulisan yang perlu dalam pru 15 siap dengan fakta tak terjawab puak2 fuckatan

Anonymous said...

Boikot Air ASIAAAAAAAAA boikotttt

Anonymous said...

Dulu akupun pernah terkena dengan slogan tambang murah mereka. Harga RM1000+ bila dah book jadi RM3000+ sbb macam macam caj lain. Bila tengok MAS rupanya harga lebih kurang sama je. Hati puas jika kita tau harga sebenar kita bayar tapi sakit hati jika rasa terpedaya walaupun harga bandingan hampir sama saja.

Anonymous said...

Good rebuttal. "AA mesti bertaubat". As I said before, and I said it again, AA is no more my preferred airline. We can opt for many nowadays. It piss me off when people get too arrogant and samseng just because they are successful. It's like the Bollywood movie.....the rich becomes too rich, and oppresses the poor.

Anonymous said...

haahahaha..

tak boleh blah betul dengan 'aunty stewardess' & 'emak sakit tunggu 3bulan baru balik'..

hhahahahahaha...

Anonymous said...

alhamdulillah..
saya dah amalkam
Buy AirAsia Last..
saya dah kempen pada sedara dan kawan2... even my company pun.. dah stop beli AA..
penipu masyarakat..
2 x 5 ngan Anwar Juboq

Anonymous said...

butoh pak hang la ANON 4:30PM .. suka hati kata kt orang juboq..hang la juboq bahalol..nate berok..lahabau..pukimak

Anonymous said...

yang nak marah pada air asia tu, kenapa...kalau dah tahu mas dan lain-lain lebih murah, kenapa beli air asia juga..belilah mas...air asi a bukan paksa kita beli tiket dia...kalau nak murah lagi beli kapal terbang sendirilah...maaf, you kata kalau nak balik sebab kecemasan tunggu 3 bulan sbb nak naik air asia..kenapa pulak nak marah air asia kalau tiket nya mahal..naiklah mas kalau mas tiket nya murah..pilihan pada kita..

Anonymous said...

AA....bukan AI ek..haa.Tapi yang sama adalah keAUTAannya.Dari dulu boss aku cukup pantang kalau staff yg nak ke M'sia Timur amik tiket dan naik AA.Memula masuk kerja dulu aku pun terfikir gak kenapa bodoh sangat Boss aku ne..kan AA bagi tambang murah....jimat kos syarikat..tapi baru-baru ne baru aku sedar yg Boss aku adalah boss yang paling bijak..maklumlah dia pun org meniaga mcm Tony Farnades..dah kenal siapa yang meniaga auta...siapa meniaga betul...

Anonymous said...

Itu tagline dia lah nak promote service dia. Kita ni pengguna kena ada otak utk pilih. Dia tak paksa pun ko beli. Sama gak dgn jualan murah giler2 masa perayaan ... mmg murah tapi brg2 dah reject or nearly expired. kita ada pilihan. Air Asia mmg akan guna segala peluang yg dia ada utk promote. Itu dinamakan bisness. The choice is in youer hand

Anonymous said...

aku sokong perenggan terakhir, kita pengguna dan ada hak untuk memilih, gunalah kebijaksanaan sebagai pengguna.

Dari sudut service MAS memang aku sukar...Malaysian Hospitality

Anonymous said...

Great article. But as u said...kita pengguna dan ada hak memilih. Pilihan ditangan kita. Kita semua hanya share pengalaman masing2. Buruk baik kita yg decide. Kalau pelanggan tetap airasia masih tetap nak naik airasia tu pilihan mereka utk bayar tambang "murah". Saya lebih memilih service bila ada duit extra. X rugi pun buat perbandingan sebelum membeli.

Anonymous said...

Maaf cakaplah rbf tp masih ramai yg tetap bg muka pd AA ni atas alasan pilihan di tangan pengguna. Kalau kat negara2 barat ngan aussie mereka mmg x bg peluang penipu2 mcm ni. Ada mat saleh penah ckp dgn sy awk boleh kutuk org putih apa2 pun tp jgn panggil dia penipu esp kalau xde bukti. Itu da kira sgt personal dan kurang ajar. Tp sayang penipu2 mcm si tony ni dibacking oleh ramai rakyat msia. No wonder majoriti rakyat boleh terima AI sbg alternatif. Mereka mmg x kisah kena tipu.

Jentayu

omong said...

pilih..pilih jugak

bijak...bijak jugak

tapi org yg PALING BIJAK ialah org yg tak kena tipu 2,3 kali dan org yg tahu belajar dari pengalaman dan kesilapan org lain.

jika penyokong tegar aa msh nak sokong..terserah. tp sila ambilkira aduan dan perkongsian pengalaman org lain. ke nak tunggu terkena baru nak tersedar? kalau camtu..tak bijak laaaa..

Anonymous said...

Jadilah pengguna bijak..at the end of the day we are the one who paying the price.
AA katanya the best low cost airline in the world with the much profit.
Where as MAS is the best airline staff with the lost for years and using ratepayers to keep on flying..

AB HAMIS SALIM said...

Betul lerr.. AA jauh tcorot bagai langit dan bumi dan x layak langsung dibandingkan dgn MAS. Saya ada pengalaman sgt syhaduss dgn service AA... dan off course..pengalaman sgt manis dgn MAS (pembelian on the spot.. dtg aiport beli terus fly). Pengalaman menghantar sepupu saya yg lumpuh (pinggang ke bawah) dgn AA.. saya teruss terdiam lalu berkata "aduss mcm tu susahnya ke org lumpuh nak naik AA"... saya perlu berurusan selama sebulan dgn kos sblm blh di menaiki AA. Bila begitu saya terus mencuba di kaunter MAS... saya tunjuk sepupu saya dan tanya kaunter MAS.. " mcm mana boleh sepupu saya ini sampai ke sabah.. tanpa pengiring? ", dgn senyuman paramugari MAS tu jawap " encik ada surat2 discarge hospital tak?.. sepupu encik ni boleh tak fly dlm keadaan duduk?", saya kata "ya.." laluenyerahkan segala dokumen yag ada(dah bagi kat kaunter AA tadi). "Ok encik tiada masalah.. encik cuma perlu bayar tambang sbnyk rmxxx.. selebihnya kami akan uruskan utk encik dan sepupu encik.. encik cuma perlu bagi kami no telefon dan family yg akan sambut dia di airport tawau dan no telefon encik sbg rujukan.. encik jgn risau crew kami bpengalaman luas dlm menjaga penumpang mereka yg tak sihat". Setelah selesai semuanya saya dgn rasa syukur terus beredar sambil melihat para petugas MAS membawa sepupu ke flight.. dgn layanan cukup mesra dan selesa. BRAVO.. MAS.. mg Allah swt memelihara perniagaan mu.

Anonymous said...

Salah satu cara mudah untuk lihat perbandingan harga tiket penerbangan dengan adalah dengan menggunakan website www.tripadvisor.com.my.

Di situ ada juga dibuat harga perbandingan antara travel agent dan juga syarikat penerbangan. Adakalanya harga travel agent lebih murah dari harga yang ditawarkan syarikat penerbangan itu sendiri.

Anonymous said...

Kejam arr admin ni...dorang bila baca mmg x blh pikir admin.kena tulis direct.ni admin belit2.pilih la bijak.byk airlines lain kat dunia ni.bkn aa je bg murah..

Anonymous said...

Apa cita air Asia X ...CEO kepala botak...? Dengar AA X dah rugi...betul ke..?

Anonymous said...

Memang Tabik Spring kat RBF..barule kaum kerabat buka mata..sampai ada yang kata Kita rupanya selama menjadi pengguna TIKET TERMURAH ni dalam diam kena tipu dek AIR ASIA ni yer...memang dajal PEmbelit si TONY ni..Tobat cari airlines lain le pas ni.

Anonymous said...

Tony FORNandes akan gunakan RBA team untuk attack RBF plak pasni..sudah panas punggung maaa..itu RBF sudah kasi PROOF lo..RBA kena putar pulak itu PROOF MAAA...

Cuties Cuppies said...

Memang x paksa, tp tagline yg air asia pkai syarikat tambang murah tu dah xleh pakai la kalau harga sama dgn syarikat airline lain atau kdg2 lebih mahal dari syarikat airlines lain yg xde tagline syarikat tambang murah
ada paham kaa takdak paham chek?

......... said...

Bukan kucing je yg ketawa berguling aku..... ingat kambing ketawa terbahak bahak .... Huuh kesian

Anonymous said...

Dan jangan lupa promosi tambang murah AA semua tuu terhad juga buaknnya semua tempat duduk dlm katogari murah!! satu dua tempat duduk je yg murah yg lain tu akan meningkat dan meningkat hingga telalu mahal. Jika dapat yg murah dan terus ikut process pembelian akan jadi mahal juga akhirnya dgn itu hati2 dan buat semakan dgn operater yg lain. ToFe memang keran kepala. Bantah airpoet fee naik tapi collect dan tak bayar ke pihak berwajib berjuta. tak fikir hal2 kebajikan warga emas, kurang upaya, waktu hujan dan kanak2 kecil. Dibuat kemudahan bantah tak nak gunakan. Haprak..

Anonymous said...

Betul sangat la tu RBF ,
Setuju sangat , bila betul2 murah , kita rembat . Bila mahal nak mampus , kita cari yang lain .

Bukan untuk kapal terbang jer ...untuk barang2 lain pon sama . Kita kena la lebih cerdik dari penyangak . Kalau penyangak lagi cerdik , mmg la asik terkena .

Anonymous said...

betul...strategi menipu dengan harga murah tetapi sebenarnya ada kuota. mungkin hanya 10 atau 20 seat sahaja yang murah..yang lain memang tak murah dah..

pengalaman : harga tiket kononnya rm69. try lah beli utk 5 orang.. terkejut harga jadi 109 seorang. bila beli utk seorang, barulah harga itu rm69..beli utk orang seterusnya harga dah jadi lain..

itu nak tempah 6 bulan awal tu...bukan 3 bulan awal..

memang patut pun kena saman kat AUS nun..

Che Maziah said...

Acap kali, membeli tiket penerbangan pada saat akhir, AA juga yg dipilih.
Tetapi, semasa sakit, naiklah MAS.
AA pun ada perkhidmatan "red carpet".

Anonymous said...

Satu jer yang paling aku bengang dengan AA ni. Pantang mak bapak nenek moyang aku orang besar kepala. Dengan tagline yang indah kabar dari rupa nak besar kepala taknak pindah ke KLIA2. bullshit!!

Anonymous said...

Aku memang dah tak nak naik AA.....kecuali terpaksa jika mas tak ada fight ke lokasi tu. Kalau nak suka suka naik sorry la..

Anonymous said...

Itu belum kena 'Flight Cancelled'. Dah bayar tapi AA kensel flight. Bila dpt flight lain, kena tambah bayaran sbb beli tiket 3 bulan dulu (murah kononnya) tapi masa nak balik harga dah lain. Kena top-up plak. Kesian penumpang2 yg kurang kemampuan.

Anonymous said...

Tambang AA mmg murah gila.....tapi ingat...TAMBANG saja.....yg lain2 semua kena bayar mahal gila babi.....

Satu lagi banyak agensi kerajaan guna waran udara AA.... apa ni?

Nak jimat alasan yg diberi....sedangkan saya membuat bandingan antara AA dan MAS guna waran kerajaan.....AOR to KCH untuk 6 0rang...

MAS - RM 4900
AA - Rm 8500

Mmg murah gila babi.....SPRM patut siasat.....

Anonymous said...

hahahahaaa...Kalau ko orang semua nak tahu Fernandes tu Jenis Paria..Berniaga Macam Keling Botol juga..Habis lah Si Azran tu terikut-ikut macam cara Paria berniaga...Patut Air Asia buang je Slogan Tiket Tambang Murah tu..Memalukan Malaysia..Aku Sokong Mu RBF..Jawapan yang bernas..yang membuatkan Fernandes TERCIRIT- CIRIT..AZRAN TERMUNTAH..dan AIREEN Jatuh TERKANGKANG...kah..kah..kah

kak bedah said...

aq setuju sangat dgn apa yg RBF tulis nie..sejak ditubuhkan, air asia mmg haram jadah.. sikap professionalism pekerja dia yg entah ke mana ditambah pulak dgn byk caj yg tersembunyi.. i dare to say that this air asia doesn't deserve to move to klia 2... dan klu boleh halau trus keluar dari malaysia....

Anonymous said...

Rasanya airasia is tailored services...cam order mkn kat restoren, caj based on kita order. Mas more like buffet service, same rate for everyone. And of course setiap penerbangan ada seat murah seat mahal bergantung pd jenis seat, time offer and time booking. Kalau naik mas tanpa bagasi and xguna wheelchair service, i still have to pay for the service kan which include dlm my ticket flight.mana ada free dlm bisnes.so our money pay for the extra service yg org lain guna. with airasia saya boleh fly blk mesia as low as rm600 return. With mas, as low as rm2100 return. Airaisa caj utk kanak2 sama. Utk baby half price. mas utk kanak2 half price, baby just pay tax jer.So pandai2la calculate company mana yg sesuai dgn keperluan kita. U can get last minute ticket dgn mas one way rm1200, yg mana at the same time klo book the airasia rm1800 cos seat murah dia da abes and seat murah mas still ade. Xkan semua org nk fly rm1 naik airasia and expect kapal terbang tuh boleh terbang kot.pandai2 la cr mana yg plg sesuai. Setiap kali nk terbang tuh mmg kena cek mana plg sesuai dgn keperluan kita at that time.

Anonymous said...

sebab tu orang ramai kata itu PENIPUAN.

sedangkan hotel pun, jika mereka buat promosi, tertera dengan TERANG DAN JELAS promosi mereka contohnya ' 30% discount for 20 superior rooms ONLY. now only 5 rooms available" bla bla bla..

tapi AA? ada buat begitu? takde kan? dlm website dia tulis FREE seat/promo RM9.90 tapi tak detail..jika kena yang tak cerdik, alamat tertipulah..sebab tu kat Australia AA dah kantoi..

Anonymous said...

saya tidak menyokong dan membangkang mana-mana pihak....kalau dalam perniagaan dia dikenali sebagai "marketing strategies" dan tujuan tentunya untuk mengaut untung yang maksimum... So sebagai pengguna kita kena bijak dalam membuat keputusan... kita ada hak untuk membuat perbandingan... So sebelum membeli buat perbandingan harga...selalu membaca "terms and the conditions".... yang klik butang proceeds itu adalah kita bkn secara automatik... so tidak bleh salahkan AA.... Saya tak faham kenapa ramai orang dengan argue dengan isue ni..Sebenarnya strategi yang sama digunakan oleh syarikat TELCO.... tapi tak pernah pulak orang kecoh2

Anonymous said...

jika boleh, memang kita semua nak yang murah dan terbaik.

isu sebenarnya ialah..yang cerdik memang payah sikit nak kena tipu. tapi orang2 yang takde akses internet sepanjang masa memang susah kan? apatah lagi jika yang beli last minute.

lainlah kalau macam orang yang sepanjang masa depan komputer.time kerja pun boleh lagi surf internet untuk buat perbandingan. itu belum masuk lagi isu2 teknikal spt tiba2 'hang' waktu tgh beli. bila ulang balik, harga dah berubah dan lain2.

Kecergas Semenyih said...

Apa Sdr cakap tepat sekali,,,, book awal awal tak dapat pergi pada tarikh booking atas sebab yang betul tidak bole dielakkan , bye bye satu sen pun tak dapat balik

Anonymous said...

agreed, once staff AA ahilang kan bag sebab lupa nak letak tag before bag tu jalan atas belt masuk flight.. soh pi check dia kata takpe nanti kat dalam ada org check (kes malas).. bila sampai destination, sah sah bag takde. Pampasan (setelah surat tak dilayan and finally hantar kat PA TF), nak bayar a few hundreds.. harga beg pun lagi mahal, tak kira content brg dalam... hampeh no 1

Lagi sekali terkena (sebab masih nak percaya AA murah)... check in pastu pi toilet... bila nak masuk gate dia kata dah tutup.. kalau nak kena beli tiket lain (harga 5x ganda)... tahan dia keluarkan bag dr perut kapal, dari kasi kita masuk.. kensel flight, hotel room pun burn... hampeh no 2

then while in Bali dia SMS kata flight awal dr schedule, so instead of 7am, jadi 6am... 4am kena ada airport, 3 am kami keluar hotel... nasib baik ada roaming, dapat la SMS, what if i tak bawak hp... ? ada courtesy call ke? NAN ADO! sampai airport, flight delay sampai 8am.... hampeh no 3

So yes, I totally agree that AA memang menindas pengguna without us realizing it... I hope lagi bnyk options ada so that we can choose other airlines and let AA rot macam kayu buruk

Anonymous said...

Kami sekeluarga dah tak reti nak naik AA. Awal2 dulu pernahlah naik dua tiga kali dengan family dan atas urusan kerja. Nowdays nak p melancung dalam negeri pun luar negara kami cuma naik MAS atau yang sama waktu dan service dengannya.

Mak saudara aku satu family pergi melancung ke Langkawi bulan lepas naik MAS...kelass gitu.

Pernah aku naik AA balik dari Pulau Pinang ke LCCT atas urusan kerja..terdengar krew ppuan mengadu badan dah seram sejuk nak deman tapi tak berani nak ambil cuti sakit...takut kene terus dapat surat cuti berhenti kerja. Agak2nya krew tu dah pengsan tergolek baru TONY the TIGER bagi approval cuti sakit.

Apa-apa pun kuasa memilih ditangan pengguna. Semak dulu harga dari lain2 syarikat penerbangan sebelum membuat pembelian tiket. Buy AA last. Biar selamat sebelum terkena.

Anonymous said...

KES PALING BENGAP DENGAN AA MASA KAMI BALIK DARI KUCHING-KL FEW YEARS BACK. LAST MINUTE TUKAR TERMINAL BERLEPAS. TERCUNGAP-CUNGAP ORANG TUA DAN KANAK2 MEREDAH ARAH NAK KE TERMINAL YANG DITUKAR.

PENUMPANG DILAYAN MACAM HAMBA TEBUSAN.

AA MEMANG HATI PERUT YAHUDI.

Anonymous said...

salam

sampai 60 komen ... panas ...
aku nak komen sikit je.
artikel sebelum ni ... RBF kata mahal ada yang bantai kata RBF bodoh sebab nak murah, kena tempah 3 bulan awal. RBF tunjuk bukti tempah 3 bulan awal pun takde murah mana, marketing strategy pulak.

aku nak tanya, marketing strategy yang ni untuk apa pulak?

tahun 2005, dekat World Low Cost Airline Congress kat Amsterdam, Tony F kata "If you put a fare low enough, they'll risk their lives,".

atau dalam bahasa mudah, "diorang ni (penumpang Air Asia) sanggup mati, janji tiket murah".

ini pulak statement kawan dia, Michael O'Leary, dari RyanAir bila orang komplen pasal batal sesuka hati dan takde nak bagi minum ke apa ke, "Get over it," he said. "Your ticket only cost you $20.".

atau dalam bahasa mudah, "fuck off, i've already got your money, who's fucking care of you".

sebab tu dulu ada flight balik raya Air Asia cancelled, bila orang komplen kat tv, baru terhegeh hegeh cakap nak ganti, tapi lepas raya la. oi dol .... tiket raya peak/premium. lepas raya dah off season, discounted. lagipun orang nak balik raya. lepas raya nak buat apa.

bagi yang banyak bunyik tapi malas cari ... ni link nya

http://www.nytimes.com/2005/09/16/business/worldbusiness/16iht-locost.html?_r=1&

bash said...

Semua kena tipu dengan rbf. Dia sengaja cari time harga AA mahal. Kalau try KUL-CGK 14-16 Jul pun dah boleh tau. Geng UMNO bole la lu kenceng

Anonymous said...

terbaik penulis!…saya brfikiran sama mcm anda dari dlu sampai bila2..haha

Anonymous said...

Actually Bash, what was written basically came from life-experience... hence whatever statement RBF made earlier went to prove further that AA tickets were 'SOMETIMES' (not always, as claimed by AA) cheap, but their service went beyond cheapest.... LOUSIEST! politics aside, any freakin idiots can tell that AA is 'slaughtering' the consumers, forget about your political standing. if you think BN supporters support MAS & other airlines and not AA.. damn, you are lower than TF. Poor soul.

bash said...

Anon 8:35 AM

I am glad someone replied to my comment.

1. I have travelled with AirAsia quite a number of times. I have also experienced MAS and I use Firefly on a fortnightly basis.
2. The term slaughter to me is improper since I believe if AirAsia had really cheated, they would be losing in court very badly.
3. From the experiences shared in the comments section, I see people paying less but wanting more, expecting free services when they pay a fraction of the competitors price. In Malay we call it 'bagi betis nak peha'. When they failed to get what they wanted (not what they paid for), they call it slaughter.
4. I do not think anybody with the right mind would pay for AirAsia when the price is same with a full fledge carrier. They have made it clear they are No Frills, low cost carrier. We are the customer, AirAsia is not forcing us to fly with them.
5. I was just generalizing RBF supporters when I mentioned the 4 letter word. Only those people generally agreed to what he has to say all the time.
6. Anybody who felt cheated with AirAsia should learn to READ more

Anonymous said...

aahhh... read more is one thing, understanding what you read is another. No one is saying AA is forcing the consumers.

Consumers know that they can choose what they want, based on what they can afford. Yes, majority of those travelling on AA perhaps came from low to mid-income, hence the tagline Now Everyone Can Fly. If they have money, they don't need to put up with AA's nonsense. AA consumers don't expect first class service but a decent one would be appropriate. Pay online diff price, pay @ airport diff price, pay for your seat, etc etc... the list goes one. Pay for wheelchair? Biggest crap! All those charges don't qualify AA to be Low Cost Carrier, as they claimed to be. Low cost to them - yes, but not to us because they shift all costs to consumers. Consumers who fly AA, they don't fly for free, they pay. Like it or not, they are the consumers who pay so that AA can function till this very day. So a little bit of customer service wouldn't hurt. But treating them like beggars are what the consumers are so upset about. Take the bag out of the airplane rather than allowing them to board, changing flight without proper notice, etc etc ... well, of course they will ask.. what do you expect, you pay peanuts. Well, we may pay peanuts for the bloody tix but we are sure as hell pay for every thing else that we use / consume / utilize with AA... they are not free. bags, drinks, food, bla bla bla... now, how can you justify for lousy service when you ask everything to be paid by consumers?

Anyway, nuff said. Some of those consumers do have money, and with one or two bad experiences... Bye bye AA. So AA should be thankful to those who are still flying with them, despite lousy service, because maybe they don't have options. Those with money definitely will put AA last on their list and some don't bother to complain because they don't need AA and who cares helping them to improve their service? If they don't even care, why should we? let them be and we'll go with other airlines.

Poor those who have to bear with AA still.

Oshin said...

Bash- your name really suits you..defn by Oxford:Strike hard and violently.
(RBA? DAP geng isnt it)


Re: 'Geng UMNO bole la lu kenceng'

1. You must REALLY look down and hate malay. and of coz before you said you are malay.. we all know you are not..How?..your spelling and sentences are typicall Ah Beng
FYI many Mat Salleh customers have the same conclusion as RBF here.
Just go and read more ok.
Heres a link on Aussie suing AA for menipu iklan harga murah.
( I use you fav media of coz so you cant say its UMNO cuba tipu..)

From TMI
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/aussie-watchdog-sues-airasia-over-hidden-fees

2. Prove your accusations by facts - if you said RBF did an invalid research. Did yours and present the findings here ..ok or not ?

3. May I say, only those who can use his thinking caps freely ( without restrictions of political hatred, racial bias etc) can see & accept the truth. Even though its written by so called enemy camp.This is what is termed as a genuine intellectual.

Anonymous said...

Mohon pembaca sebarkan kisah AA ini. Benar AA tak semurah mana. Saya juga pernah cuba dua kali beli tiket online semasa dlm tempoh promosi tapi tak pernah dpt tiket diskaun melainkan harga penuh walaupun saya daftar ketika ia masih baru dibuka. Kalau macam ni mampuslah aku nak berebut seat terhad... Mungkin sbb seat terhad...silap2 ada satu je kakakaka!!! Saya jarang naik flight biasanya utk bercuti shj. Saya tak memilih tapi biasanya MAS/firefly sebab dah lama berbulu dgn AA.. Chairman AA X taknak komen ke kenapa pihak atasan AA kurang ajar?

Anonymous said...

sengaja cari time harga AA mahal? kah kah kah..jadi betullah Rbf cakap AA mmg tak murah puuuuuuunn..kah kah kah

Anonymous said...

BRO RBF. LU MEMANG RAJIN...

NEXT TIME CUBA LA:
1. SKYSCANNER
2. EXPEDIA
3. FARECOMPARE

LEBIH MUDAH NAK CAR AIRLINE MANA YANG MURAH. ALL IN ONE PAGE!

SELAMAT MENCUBA.

Anonymous said...

Aku rasa le AirAsia nie disokong Red bean Army.

Anonymous said...

Tu br RBF sentuh pasal harga tiket yg tak berape nak murah dgn segala kos tersembunyi ...
Belum sentuh lg hal-hal teknikal bagaimana AA nak jimat kos penggunaan bahan api. Agak-agak kalau RBF bukak cerita ni ... mau lagi ramai tak mau guna AA ni. Sbb perkara ni lah menyebabkan syarikat penerbangan tambang murah tutup kedai.
Saya mmg tak pernah nak naik AA atas alasan LCCT yg sangat tidak selesa dan banyak penipuan yg dilakukan.

Anonymous said...

Tu br RBF sentuh pasal harga tiket yg tak berape nak murah dgn segala kos tersembunyi ...
Belum sentuh lg hal-hal teknikal bagaimana AA nak jimat kos penggunaan bahan api. Agak-agak kalau RBF bukak cerita ni ... mau lagi ramai tak mau guna AA ni. Sbb perkara ni lah menyebabkan syarikat penerbangan tambang murah tutup kedai.
Saya mmg tak pernah nak naik AA atas alasan LCCT yg sangat tidak selesa dan banyak penipuan yg dilakukan.

Anonymous said...

alaa...apa gaduh..kan menteri cap ayam pernah ckp.klu x mahu byr mahal, naik tongkang..hehe...kan senang...

Average Joe said...

Quote Anon 25.4.2014 6.05pm

"Belum sentuh lg hal-hal teknikal bagaimana AA nak jimat kos penggunaan bahan api. Agak-agak kalau RBF bukak cerita ni ... mau lagi ramai tak mau guna AA ni."

Yang ini lagilah WAJIB didedahkan...tambah2 bila dah bekait soal2 teknikal dan keselamatan... IT'S NO JOKE, dude...!!! Please... sesiapa yang tahu... do share with us !!!