Monday, May 19, 2014

Cermin Gelap: Sebelum Polis Buru Pemilik Kenderaan, Lebih Baik SPRM Gempur JPJ Terlebih Dahulu

Minggu lepas pihak polis telah mengeluarkan amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap supaya menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun ini. Lihat di sini

Terus terang saya katakan, saya bukan anti atau membantah peraturan cermin gelap yang dikuatkuasakan. Saya rasa bukan saya sahaja yang perlu bersetuju dengan peraturan ini, malah seluruh rakat Malaysia perlu bersetuju. Ini kerana cermin gelap lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan. Rata-rata yang menggunakannya tidak lebih daripada hanya untuk mencantikkan kereta. Jika alasan cuaca panas yang diberikan, di pasaran berlambak dijual filem atau plastik yang tidak gelap dan mematuhi peraturan untuk dilekatkan di cermin kenderaan bagi tujuan menapis haba. 

Walaupun saya bersetuju dengan peraturan cermin gelap yang dikuatkuasakan, tetapi saya tidak bersetuju dengan cara agensi-agensi terlibat menguatkuasakan peraturan tersebut. Sebabnya ada pemilik-pemilik kenderaan yang dipaksa atau terpaksa menggunakan cermin gelap kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan agensi yang diamanah menjalankan tugas mereka. 

Golongan pemilik kenderaan yang dimaksudkan adalah pemilik kenderaan import terpakai. Seperti yang kita semua tahu, kenderaan jenis MPV menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang berkeluarga di zaman sekarang. Rata-rata mereka memilih untuk membeli kenderaan MPV import terpakai kerana harganya yang lebih murah berbanding dengan yang baru. Antara MPV import terpakai yang popular di negara kita sekarang, Toyota Alphard, Toyota Estima, Toyota Wish dan Honda Odessey.


Rata-rata kenderaan ini dibawa atau diimport masuk ke Malaysia daripada Jepun dalam keadaan bercermin gelap. Cermin gelap tersebut bukannya dilekatkan filem atau plastik, tetapi cermin itu memang jenis yang gelap yang dikeluarkan daripada kilang. 

Setiap kenderaan yang dibawa masuk ini akan melalui pemeriksaan JPJ terlebih dahulu di pelabuhan yang menjadi pintu masuk kenderaan import tersebut. Stesen verifikasi JPJ di pelabuhan akan melakukan pemeriksaan nombor indeks kenderaan, tahun pengeluaran dan beberapa pemeriksaan lagi terhadap kenderaan tersebut untuk memastikan kenderaan yang diimport mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan Malaysia.

Selepas segala prosedur dipatuhi dan JPJ meluluskan kemasukkan kenderaan tersebut, ianya diserahkan pula kepada pihak kastam untuk tujuan cukai. Selepas segalanya selesai kenderaan tersebut barulah boleh dikeluarkan dari pelabuhan. Untuk keluar dari pelabuhan kenderaan tersebut sekali lagi akan lalu di depan mata kastam yang menjaga pintu keluar pelabuhan. 

Persoalannya disini, cermin gelap adalah satu kesalahan dan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, kenapa pihak JPJ boleh luluskan kemasukkannya ? Kastam pula kenapa boleh lepaskan kenderaan itu melepasi pintu pelabuhan walaupun cukai telah dibayar ?

Tidak salah untuk saya mengesyaki wujudnya satu "MOU haram" antara JPJ, kastam dan pengimport kenderaan tersebut.

Kastam mungkin akan menjawab bukan bidang kuasanya untuk menghalang kemasukkan cermin gelap  kerana tugas mereka memastikan kenderaan yang dibawa masuk membayar cukai dan mempunyai AP yang sah. Betul...saya setuju. Tetapi sebagai kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap negara, apakah salah sekiranya kastam melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang lebih atas ? Jika tugas kastam mengutip cukai, tidak perlulah lagi kastam menahan dan merampas dadah yang dibawa masuk di KLIA seperti yang selalu dilaporkan media. Kerana tugas tersebut adalah tugas polis. Tugas kastam adalah kutip saja cukai dadah, kemudian selepas dadah dibawa masuk tugas polis pula menangkap pembawa.

Kerajaan sering menggalak rakyat melakukan khidmat sosial seperti melaporkan kejadian jenayah kepada polis, melaporkan kegiatan penyeludupan di sempadan, melaporkan kejadian rasuah kepada SPRM dan macam-macam lagi. Malulah jika pihak yang ada kuasa seperti kastam tidak boleh melaporkan kepada pihak yang lebih atas tentang kesalahan yang wujud dan dilihat didepan mata mereka sendiri.

Adakah ada sindiket disebalik kegiatan ini semua ? 

Kenapa saya berprasangka begitu ? 

Apabila kenderaan tersebut telah dibeli oleh pembeli, ianya perlu dibawa ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan. Sebelum ke Puspakom penjual kenderaan akan menukar cermin gelap kenderaan tersebut kepada cermin cerah. Pembeli akan dikenakan bayaran sewa cermin cerah antara   RM 500.00 ke RM 1500.00. Jumlah bayaran yang dikenakan berbeza mengikut model dan harga kenderaan. Jika kenderaan yang penjual untung banyak bayaran sewa cerminnya murah. Jika yang untung sedikit bayaran sewa cerminnya mahal. Selepas lulus pemeriksaan Puspakom dan cukai jalan telah dikeluarkan oleh JPJ, cermin cerah tersebut akan ditukarkan kembali kepada cermin gelap yang asal. Pembeli datang untuk mengambil kenderaan mereka di pusat jualan, mereka akan dapat kenderaan yang dibeli tersebut dalam keadaan cermin yang gelap. Kemudian apabila kenderaan berada di atas jalan raya, pembeli yang menjadi mangsa saman JPJ atau polis kerana menggunakan kenderaan yang bercermin gelap. Akhirnya pembeli yang menjadi mangsa. 

Adakah JPJ dan Puspakom tidak tahu kegiatan tersebut ? Mustahil ! Saya gerenti 100 peratus mereka tahu. Jangan bagi alasan waktu kenderaan tersebut melalui pemeriksaan Puspakom, cermin cerah, sebab itu kita luluskan. Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawab, JPJ jangan berpura-pura tidak tahu kerana tidak mahu kerja lebih. Bagaimana sesuatu peraturan atau undang-undang akan mencapai maksud jika pihak yang dipertanggungjawab tidak mahu berkerja lebih ? 

Undang-undang atau peraturan dibuat untuk tujuan mendidik. Bukannya bertujuan untuk menghukum. Kata pepatah kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu juga dalam hal cermin gelap ini. Jika JPJ betul-betul nak bendung kenderaan yang bercermin gelap, atasi dulu masalah di pintu kenderaan itu dibawa masuk. Salah satu punca kenderaan lain di Malaysia menggunakan cermin gelap kerana mereka terikut-ikut apabila melihat kenderaan import terpakai 'boleh' bercermin gelap. 

Apa salahnya pegawai-pegawai atasan JPJ berbincang dengan pengimport-pengimport kenderaan dan Kastam tentang larangan membawa masuk kenderaan yang bercermin gelap ? Jika perlu pergi ke Jepun pun pergilah. Beritahu pihak berkuasa berkenaan di negara itu tentang larangan membawa masuk kenderaan bercermin gelap. Kita nak eksport barang ke negara luar pun kita perlu patuhi peraturan yang ditetapkan sesebuah negara. 

Penjual kenderaan di Jepun hendak menjual kenderaan mereka kepada kita, jadi mereka perlu ikutlah peraturan yang kita telah tetapkan. Australia hendak menjual kambing kepada kita pun ada syarat yang perlu kita ikut. Pengimport atau pembeli kambing perlu ada rumah sembelihan yang mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kambing yang  binatang pun ada syarat, apatah lagi kenderaan yang bercermin gelap yang melibatkan nyawa manusia. 

Orang Jepun kalau kita bagi peraturan dan syarat mereka akan patuh kerana mereka terkenal sebagai bangsa yang patuh pada peraturan dan berdisiplin. Pernahkah JPJ pergi berbincang dengan pihak berkuasa berkenaan di Jepun ? Atau JPJ akan bagi alasan kita tak boleh bincang dengan Jepun, syarat itu perlu dipatuhi pengimport yang dari Malaysia ? Jika itu jawapannya kenapa masalah itu tidak selesai hingga kini ? Atau boleh jadi juga JPJ akan bagi jawapan yang paling dangkal, "pemilik kenderaan yang perlu tanggung risiko. Dah tahu salah kenapa beli kenderaan yang bercermin gelap ?" 

Jika itu alasan yang diberikan, lebih baik kita lepaskan sahaja dadah masuk ke Malaysia, kemudian kita bagi alasan "dah tahu hisap dadah itu salah , kenapa hisap dadah ? "

Seperti yang saya katakan diatas, tujuan diwujudkan undang-undang atau peraturan adalah untuk tujuan mendidik. Bukannya untuk menghukum. Kata orang tua-tua nak matikan pokok biar daripada akarnya. Nak matikan hal cermin gelap, matikan dulu di pintu kenderaan import yang bercermin gelap itu masuk. 

Masalah ini telah lama berlarutan. Mustahil JPJ atau Puspakom tidak tahu perkara ini. Saya yakin ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Jadi adalah lebih baik sebelum pihak polis memburu kenderaan yang bercermin gelap, lebih mustajab lagi sekiranya pihak SPRM dapat menyiasat terlebih dahulu JPJ,  Puspakom dan kastam.

57 comments:

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju dengan pendapat pengarang. Saya merasakan sekiranya ketua-ketua jabatan tidak dapat melaksanakan tugas yang DIAMANAHKAN pihak menteri hendaklah campurtangan supaya masalah ini dapat diselesaikan dari akar umbinya. Pehak berkuasa perlu menjadi contoh terbaik sebelum ianya boleh mendidik. Jangan soal dasarpun semua pehak hendak berpolitik. Itulah yang terjadi di dalam Negara kita ini. Akhirnya rakyat yang hendak dididik kononnya, menjadi mangsa saman dan sebagainya yang tidak berasas.

Anonymous said...

Sampai mampuih pun dok macam ni juga...sebab pegawai kerajaan ada yang bekerja sambil lewa...so tak payah ler buat peraturan... semua boleh dinegara Bolehland...atau ada duit semua boleh...kalau takde duit keluarkan saman...kahkahkah

Anonymous said...

Setuju bebenor! Pengkhianat2 di PUSPAKOM, JPJ dan KASTAM yg kenyang, rakyat yang menderita! Isu ni tak termasuk
Kedai2 aksesori yg menjual film gelap dan claimed dah dpt approval JPJ! Siap ada banner dpn kedai lagi! JPJ tak buat laporan polis pun! Daripada polis sibuk nak tangkap yg bercermin gelap tu baik pergi tangkap kongsi gelap yg sibuk dgn judi haram yg sekarang dah senyap sepi dari tindakkan!

Anonymous said...

Penguatkuasaan berpilih pilih. Org biasa kena, klu org yg luar biasa lepas. Boleh gitu ?

Anonymous said...

Jabatan kerajaan sekarang tak ikut SOP mereka ikut cara orang lama buat

Anonymous said...

saya merupakan salah seorang pemilik kereta impot terpakai. kisahnya sama macam yang tertulis di atas. kalau saya saman sebab cermin gelap. boleh ke saya bawa ke mahkamah?. boleh ke saya menang?.

Anonymous said...

Ni isu lamalah bro! Dia bermusim musim.. Klu kena saman, bayar saja.. Lepas tu JPJ suruh u pergi PUSPAKOM DAN BUKTIKAN U DAH TUKAR CERMIN CERAH! Jadi u ikut semula proses yg ditulis kat atas sekali lagi iaitu pergi sewa semula cermin cerah, pergi inspection dannn.... LULUS (kena sebut mcm Eric Chong). JPJ, KASTAM DAN PUSPAKOM ni samada memang Bodoh atau suka orang memperbodohkan mereka! Tapi, dia lebih suka disebut dgn istilah mat salleh - loop hole! Klu Anwar Ibrahim tu lain, - asshole!! He he he

Anonymous said...

Cermin gelap juga penting untuk keselamatan terutamanya bagi wanita yang memandu sendirian. Saya mencadangkan supaya kelonggaran cermin gelap di bahagian cermin sisi kanan, sisi kiri dan cermin depan sahaja.

Anonymous said...

Sangat setuju dengan pendapat blogger ni...isu yang sangat menyakitkan hati dan mempermainkan pengguna..pengguna yang jadi mangsa, penguatkuasa buta perut dan korup...kat tempat saya di pejabat JPJ, penjual buka kiosk berbulan2 jual tint cermin gelap dgn megah terpampang di 'bunting' dia- 100% diluluskan JPJ. Bila saya komplen kat kaunter (JPJ) selamba pegawai JPJ mengaku tak sepatutnya tapi penjual terus juga jual,..kat pejabat JPJ tuh!! JPJ 'endorsed' peniaga cermin gelap!!

Anonymous said...

Mungkin takut ditembak macam tahun lepas barangkali. Sampai sekaraang tak jumpa lagi pembunuh pegawai kastam tu. Kesian, bekerja dalam ketakutan.

ABD RASHID SARTI said...

Jangan sampai rakyat marah

Anonymous said...

Apek sales kereta yg kenyang..hampa customer dgn penguatkuasa plak gaduh.
Memang le check tinted kena guna pspakom. siapa penipu?? Apek sales la pi tukar cermin lain pada keta asal.memang la lepas.
Aku rasa ada stiker pspakom pada cermin lulus. kalau takda tu.. kalau takda tu.takda la jaminan lepas bila jpj check

Anonymous said...

Haiyya
Apa pasat lu olang mau gado
itu Ops cermin gelap ... manyak bagus woo
lu olang talak mau kena saman ...kasi buang la ...
Lepas Ops nanti , lu datang la wa punya kidai ... wa bole kasi lu olang spesel puyer tinted price ...kita kawan maah . Tapi jangan tunggu tahun lepan woo , nanti ada GST maah ...haiyya ...nanti lu cakap kidai wa juai mahal ...haiyya ... mau bikin , ini tahun la kawan ...


-Apek Tinted-

wak-tze said...

Terima kasih RBF tentang isu ini. Saya geram jugak tetapi dlm bahasa saya yg mungkin mengulang apa yang RBF/anonymous nyatakan.

1. Yang saya faham - secara umum semua kenderaan tidak boleh bercermin gelap dengan PENGECUALIAN tertentu - TETAPI saya rasa kereta import tidak termasuk pengecualian ini.

2. Pengimport/Penjual kereta import mestilah kenderaan tersebut tidak bercermin gelap.

3. INI UNDANG-UNDANG MALAYSIA. MANA ADA DWI STANDARD. JADI "PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN" KENALAH PASTIKAN IA DIKUATKUASAKAN. Siapa yang membenarkan kereta import boleh kereta tempatan tidak boleh.

4. HAD KETELUSAN TINTED GELAP. Saya akui secara umum pengguna ada 2 jenis; 1. Memang saja2 nak bagi cermin betul-betul gelap (golongan ni memang kena bagi makan saman) 2. Memang perlukan perlindungan cahaya terik.

5. Saya dan ramai lagi pengguna kenderaan dalam golongan ke-2.

6. MASALAHNYA kami golongan ke dua mana tau TINTED itu memenuhi syarat "PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN". Yang ada alat tu "PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN" SAHAJA.

7. JADI lebih eloklah "PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN" MEMASTIKAN tinted film yang DIJUAL memenuhi syarat "PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN". Kalau 30% kadarnya 30%lah - yang membezakannya hanya kualiti/warna/dsb BUKAN KADAR KETELUSAN tinted film itu.

8. JADI pemeriksaan/ penguatkuasaan WAJIB dibuat oleh "PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN" kepada pengimpor, pembekal, pengedar dan penjual kereta/tinted (sama buatan tempatan atau import) TERLEBIH DAHULU sebelum kepada pembeli.

9. Jadi kami pembeli golongan ke-2 TIDAK RISAU dari rasa tertipu. Jika tertipu juga pembeli boleh mengambil tindakan pada penjual terlebih dahulu sebelan "PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN" menyaman kami.

10. Samalah jugak mcm nombor plate...

11. "PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN" dalam para di atas merujuk kepada banyak pihak bukan pihak berkuasa tertentu sahaja.

12. Janganlah "PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN" sahaja yang hendak menunjukkan taring TETAPI hakikatnya kami melihat "PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN" yang lain mereng hingga menimbulkan persepsi pihak pemerintah teleng.

Anonymous said...

JPJ sepatutnya kaji semula geran kereta agar memasukan perkara tambahan untuk cermin gelap sama ada yang di import macam mane ukuran dan sukatan dia yang di benarkan. Kan ke senang sikit macam ni. Kepada penguna lain boleh buat permohonan tukar kepada cermin gelap sebagai mane kita tukar warna body kereta berkenaan.

Anonymous said...

cerita lama berulang2. Org komen... jpj/polis/kerajaan buat2 x reti je. Bile org komen gk....last2 tangguh operasi. Tpi still undang2 dinasour cermin gelap tidak dipinda. Negara2 jiran yg dianggap lebih maju dri kite membolehkn penggunaan cermin gelap. Negara maju spt jepun benarkn cermin gelap. Tup2 malaysia...masih mengekalkn undang2 dinasour tu. Knp dlm hal cermin gelap ni....kita nk terkebelakang.

Anonymous said...

Isu cermin gelap isu lama. Berulang2. Pendapat admin ada betulnya, walaupun bukan semua, eg puspakom . Ada 2 cadangan mudah yg boleh dilaksanakan terus tanpa perlu pindaan undang2., 1st , Polis n JPJ terus isu saman on the spot (no discount), sekarang selalunya kereta diarahkan buat pemeriksaan Puspakom , so owner tukar / sewa cermin , yg kaya tokeh cermin. 2nd , kereta peronda polis, kalau nampak cermin gelap ni on the road, terus tahan masa tu Juga dan isu saman, jangan bagi muka, so alat untuk ukur cahaya kena ada pada semua peronda.

Anonymous said...

Kerja sebodoh ini pun nak Najib uruskan?

Anonymous said...

SAYA PUN GUNA MPV RECON. dibeli pada tahun 2007. memang cermin belakang itu asalnya gelap. bukan tinted. dan SEGALA DOKUMEN KELULUSAN OLEH KASTAM DAN JPJ ADA DALAM TANGAN SAYA. jika nak saman..saman penjual kereta dan mereka2 yang luluskan kenderaan tersebut masuk ke negara ini..ada berani?

Anonymous said...

sudah la gomen staff... gaji nk besar, keje nk rileks, under table nk...dgn org perseorangan, layan acuh x acuh je... dgn agent, runner @ tokey, layan mcm kekasih je..sama je Imigration, Kastam, JPJ, agensi penguatkuasaan mana2. Pejabat Tanah pun mcm tu jugak. Blum kira pusat zakat lg. setakat ni paling efficient hnya LHDN je.

Tukar je pengarah, tergedik2 nk buat mcm2. lepas seketika, jd terhegeh2 mcm biasa..

mat saga said...

jpj kata apa tau...


" ai say man.... bocor rahsia aku"....
hihihihi

Anonymous said...

satu saje cara dia..... jangan bg jual tinted gelap apa semua tu.... jual yang standard je.... tp bole ka????

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan artikel dan rumusan. Tidak jauh kebenaran, jika ada yang menolak kebenaran. Walaubagaimanapun, yang memberi adalah puak peniaga cina dan peniaga penyokong pembangkang. Yang menerima pulak adalah pegawai puak pemyokong pembangkang. Dan mereka-mereka ini lah juga yang melalak menuduh kerajaan UBN korup walaupun mereka-mereka ini lah sebenarnya kaki rasuah yang tamak kekayaan. Walaubagaimanapun, SPRM perlu hantar pegawai yang jujur ;agi telus dan yang bukan dari puak parti peliwat dan yang berjanggut kontot berkopiah.

Anonymous said...

bro, lawa estima! baru bawak balik/beli AP student ke ? he he, usik je.

mmg mcm tu la ceritanya bila ade org/student bawak balik kete dr luar. especially estima (alphard x pasti pulak cermin mmg gelap @ x). siap boleh sewa lg cermin semata2 nk lepas cek puspakom.

x tau lah. aku x bawak blk estima. tp kalau aku la, dr sewa cermin yg cerah tu, baik aku beli terus. lps tu cari tinted yg "kononnya" JPJ approve. cari la yg branded sket, vkool ke 3m ke. x tau lah. mungkin sbb aku fobia kot kene, masa pakai tinted gelap gile dulu kt 'kete jenama binatang tempatan' aku dulu tu. x saman pun, kene koyak je.

Anonymous said...

setuju ngan blogger sumer.. HARAMkan terus, siapa yg jual dan yg guna slps itu baru dkenakan tindakan spt saman, khidmat masyarakat atau aebagainya.. asyik2 rakyat kena, mana boleh gini!!! brg naik rakyat kena gak kononya rakyat makan gula byk, peemintaan melebihi pengeluaran.. kalau betul nak krgkan harga jd kerajaan kenalah buat projek tanam tebu utk gula misalnya, secara besar2an, baru harga gula turun ye tak?? yg dok p sibuk ngan kpi, nkra bagai, leh tolong harga brg turun ke?? tacklelah isu rakyat yg makan gaji semata2 ni ( duit tepi tak der beb!!)..

Anonymous said...

Kastam perlu menghalang import kereta bercermin gelap,tinted film utk kereta.jpj pi rampas tinted film kat kedai kedai aksesori kereta, termasuk plat kenderaan yg tak ikut spec. Pendek kata resovle problems at sources.bukan susah. Tak yah buat road block,bikin jam aje jalanraya. Make sure barang yg di import tak haram. Halal

Anonymous said...

takleh nak rampas tinted gelap tu kat kedai sebab nanti kedai boleh kata,dia jual untuk kegunaan pejabat jugak

silau mata kalau opis tinggi tinggi dan tingkap cerah.aircond pun kena pasang lebih.somehow ada sebab kenapa pengeluar keluarkan cermin gelap.

kan elok kalau malaysia pun majukan juga undang-undang dari sibuk berdemo sokong peliwat je

Anonymous said...

AKU PAKAI SUN SHADE JE...SEPASANG rm2 INGGIT....AKU PAKAI SUN SHADE JE SEPASANG 2 INGGIT....BILA NAK GELAP AKU PASANG....BILA AKU RASA NAK CERAH AKU TANGGAL....RIMAS LAH GELAP GELAP....BUDAK2 MUDA CAKAP CERMIN GELAP BEST DERRR...SENANG NAK ROMEN ROMEN DGN AWEK DALAM KETA.....BEGITU LAH KISAH NYA TENTANG CERMIN GELAP....WALLAHUAQLAM !!

Anonymous said...

pembeli pun sudah dikira bersekongkol dengan penjual kereta.klo sewa cermin cerah boleh bayar untuk 'tipu' puspakom dgn tukar sementara cermin cerah,maknanya mereka sendiri tahu tentang kesalahan menggunakan cermin gelap untuk kenderaan mereka.JPJ mungkin 'ditipu' seperti puspakom sewaktu pemeriksaan,penukaran cermin cerah dibuat atau adanya unsur rasuah supaya melepaskan kenderaan tersebut.sebaiknya pengimport kenderaan,JPJ dan kastam harus disiasat terlebih dahulu sebelum bertindak ke atas pemilik kenderaan.

Anonymous said...

Ya bener !!
SPRM nak tunggu apa lg ?
Tangkap VIP, dah kena KIV..
Org politik masuk campur.
So angkut JUSA.. boleh nak KPI

So SPRM masuk jr ke JPJ, PDRM & SPAD. Angkut anjing2 kurap

Anonymous said...

Kang aku cakap kerajaan YOYO... ade yang melompat macam kera lak.. apa tak nya... sekejap ok sekejap tidak.. kang kena sergah dgn Pak Menteri ke.. or Pak.. Pak.. Pak.. sejuk balik... akhir nya yang untung kedai aksesori gak ..

Anonymous said...

Komentar 1: Sepatutnya JPJ pergi rush kedai yang pasang tinted gelap tu dulu, dah tau tinted gelap salah kenapa kasi jual, macam rokok seludup, salah tau pulak nak rush dan dakwa penjual rokok seludup??

Fakta: orang malaysia semakin meluat dengan pihak berkuasa kerana lebih memikirkan nak saman(nak duit le tu) daripada memikirkan kesan/keburukan cermin tinted itu sendiri kepada pengguna di malaysia....

ABDUL HALID said...

Setuju dengan kenyataan admin.Untuk kenderaan import bukan sahaja tinted gelap terlepas namun lampu depan HD pun terlepas sedangkan lampu HD juga salah...kalau pasang dimalaysia lampu HD salah atas alasan menganggu kereta lain yang datang dari hadapan,abis kalau lampu HD yg sedia ada pada kenderaan import tu x menganggu juga ka...tepuk dada tanya selera...

Anonymous said...

Pada saya. Eloklah penggubal undang2 tu buat review undang2 yg boleh dianggap tak sesuai lagi dgn keadaan semasa ditambahbaik atau digubal semula bersesuaian dengan keadaan semasa. Undang2 dah ada. Tiada penguatkuasaan dibuat. Bila sesekali dibuat org ramai jadi panik dan pertikai undang2 mana? Penguatkuasaan kena istiqomah jadi pengguna akan sentiasa aware. Penggubal undang2 jangan asyik sibuk nak berpolitik 247365.

noorliza omar said...

Org kjaan ni mmg malas nak bekerja lebih masa.pengarah plak sibuk kira duit masuk poket je.bila dah lama bekerja jd mcm ni la.otak beku.dah selesa kat kerusi.benda ni dah berpuluh tahun tp mcm tu gak hasilnya.aku tgk kt oberc xde la mcm ni teruk.semua ikut peraturan.susah nak ckap ngan govt ni.kdg2 bersetuju sgt ngan dap.sendiri yg punca tp salahkan rakyat.bila la govt ni nak bertukar jd yg lebih baik.naik bosan aku tgk cara dorang bekerja.ikut musim.skrg musim petrol..sethn dua pastu buat blk.apa salahnya kuatkuasakan undang2 yg menjatuhkan ekonomi negara hukum gantung je.abih cite

Anonymous said...

kalau asyik makan duit bawah meja dan makan rasuah sana sini...mana boleh nak kuatkuasa...pandang sebelah mata je lah

arcadia said...

Cermin gelap tul mpv tu sebab mpv xde bonet, so bila letak barang & cermin cerah , karang kena katok & pecah pulak cermin tu, barang pon confirm hilang lepas cermin pecah. Ke ade yang nk cakap jangan pakai mpv kalau macam tu? xpon pakai mpv jgn letak barang ~

Ben Yaacob said...

Mohon Laluan Untuk Kenyataan Media Pembela berkenaan sikap tidak sensitif sesetengah pihak terhadap agama Persekutuan

http://www.bangkit.info/2014/05/kenyataan-media-pembela-berkenaan-sikap_24.html

Terima kasih atas ruang kebenaran.

Anonymous said...

Puok2 laknat jpj dan polis pun kerete peribadi depa bercermin gelap...kereta jabatan pun cermin gelap...oi bangsat..p kedsi 2ringgit beli cermin tgk ponggong hangpa baru blh kata ponggong org lain berulat...depa ni sb ada kuasa dok nk tala sslah org...p oooodah n pundek lah

Anonymous said...

Sebenarnya yg salah penjual kereta import. Bukannya jpj atau puspakom.

Betul... kereta import bercermin hitam tapi diwajibkan pi puspakom utk dapat kelulusan. Sebelum pi puspakom penjual kereta tukar kepada cermin biasa sebgai 'temporary' saja. Lepas lulus... dipasang balik cermin hitam.

Anonymous said...

Anggota jpj sendiri guna cermin gelap..contoh..jpj seberang jaya...

Anonymous said...

aku pakai estima cermin gelap

masa import masuk, kastam lulus
masa daftar, jpj lulus

la bila dah 3 thn kt jalan, pdrm nak saman
apa citer ni bang ?
buat undang2 mcm celaka !

sprm buat apa ? takkan nak tunggu kot..

kastam.. jpj.. pdrm.. sprm.
semua sial n celaka
pelaq sungguh

Anonymous said...

Tak perlu nak salahkan JPJ, Polis, SPRM, Kastam, Pendaftaran Negara, Puspakom ke dll. Mereka hanya alat kerajaan BN. Kalau KERAjaan bersih mungkin mereka tak ambil rasuah. Menteri ambil RM1juta, mereka ambil RM1,000. Satu dunia dah tahu, di Malaysia boleh dapat apa yang kita mahu kalau ada duit. Kalau tak gitu, takkan pendatang dan rakyat Malaysia dah sama banyaknya.Ini sebab mereka semua duduk dalam tong taik yang sama....

Anonymous said...

57lepas kes cermin gelap settle,

jom kita usul road tax dihapuskan.

mahal siut kalau campur insuran.

keta aku dah nak setaun takde roadtax, bru lepas kena saman, sib baik tak kena sita.

jom demo tuntut ansuh roadtax


jpj muar memang sial.

azadrahimin said...

duduk di malaysia ni tak susah.. pokoknya ada duit.. banyak duit..nak cermin gelap..nak ubahsuai enjin semua kawtim.. money is god brader.. hahahahaha i love this country..i love jpj too.. senang cerita maaa

Anonymous said...

apasal ketua agensi2 kerajaan mcm kastam n jpj ni biar kan perkara ni berlaku? benda simple camni pun tak leh fikir sendiri ke?

Anonymous said...

Yes...setuju
Mmg pelik..aku dh lame syak bende nih..

Anonymous said...

sebelum Ops cermin gelap dijalankan keatas kenderaan orang ramai eloklah PDRM dan JPJ jalankan ops di Ibu Pejabat Polis Kontinjen/IPD dan quaters2 Polis seluruh negara.Begitu juga JPJ adakan ops disemua pejabatnya seluruh negara untuk mendidik PDRM/JPJ sebelum mereka bijak mendidik orang ramai.Lepas tu ke Putrajaya bersepah kenderaan cermin gelap diparkir Kementerian/Jabatan Kerajaan.Buat operasi di pintu keluar Parlimen terdapat pembuatundang2(lawmakers) yang buat undang2 tetapi tidak hormat kpd undang2 yang mereka lulus di Parlimen.RAKYAT didahulukan dalam hal ini memang tidak betoi...

Anonymous said...

Bila la gov. nak confirm % tint yg boleh digunakan.. bengkel dah sudah..& public opinion pon sudah.. adohh.. pening2

Waris Amp said...

Salam sejahtera, laman blog tuan telah saya pautkan ke laman baru saya di pautan www.paperwaris.com,
mohon jasa baik tuan untuk pautkan laman saya semula. Terima kasih tuan.

Anonymous said...

Sebenarnya kami memasang cermin gelap bukan untuk cantik tetapi untuk tahan panas udara luar. Kereta2 padamasakini banyak dibuat dengan dikelilingi cermin. Semasa kami menambahkan ketebalan pada cermin gelap hanya untuk tahan panas. Mungkin semua setuju dengan pandangan saya. Terpulanglah kepada individu2 yang memiliki kenderaan apa tujuan mereka sebenarnya bercermin gelap. Tetapi setahu saya kebanyakannya hanya untuk menahan panas. Setelah beberapa tahun disebabkan penjenayah2, duit yang kami bayar untuk memasang alat tahan panas dikereta kami rugi begitu sahaja. Yang hairannya kenapa undang2 ini tidak konsisten. Setelah peniaga2 mengaut keuntungan yang berganda2, kami pula terpaksa membayar semula untuk menanggalkan alat tersebut dari kereta. Betul juga kata sebahagian orang apa nak jadi dengan Malaysia ni. Sebab itu mana2 rakyat yang belajar diluar Negara akhirnya menetap dinegara tempat mereka belajar kerana rasanya duduk dinegara sendiri terlalu banyak yang kena dbayar. Brim yang diberi hanya beberapa kali sahaja, tidak dapat menampung segala makanan hari2. Sementelah lagi GSC hanya dionkan pada tahun hadapan, sedangkan barang2 tidak berhenti naiknya sehingga tahun tersebut. Sedangkan pada masa sekarang barang2 keperluan harian naik berganda2. Wahai Pak Menteri Pak Menteri semua, dengarlah rintihan kami rakyat jelata yang kena tanggung segala bayaran hinggakan tangki septic pun kami kena tanggung walaupun tangki tersebut dibena oleh pemaju2 dirumah kami sendiri. Disebabkan pak2 Menteri kebanyakan keperluan ditanggang oleh kerajaan, sebab itu ramai orang gila kuasa kerana hendak hidup senang. Bila ada kuasa apa aku peduli pada orang lain. Asal aku dan keluarga aku hidup senang. Jawablah esok dihadapan Allah swt sesiapa yang diberi tanggungjawab tetapi khianat.

Anonymous said...

skrang ni lpas la nk bg cermin gelap,ble sume da pkai gelap mule la ckp nk btalkn smule,biase la ble da xde duit.,politik je sume tu.,.

Anonymous said...

Di negara maju tiada halangan apa-apa pun kenderaan bercermin gelap.....adakah Malaysia terlebih maju daripada negara ini? Thailand pun tidak menghalang kenderaan yang bercermin gelap....Data kemalangan jalan raya juga menunjukkan Malaysia lebih banyak berlaku kemalangan berbanding lain-lain negara.......

Anonymous said...

tinted kereta aka cermin gelap satu hal. dah bnyk bincang kat atas tu. apa cerita pulak dengan kereta potong? kereta potong tak boleh berada di atas jalanraya. konfirm! kalau eksiden boleh putus dua. peh! puspakom kalau check kemain detail, siap korek mana2 disyaki ada sambungan @ welding yang tidak dibenarkan. oklah tu, bukan nak komplen pasal tu. semua peraturan itu ok dan bagus. cumanya nak tanya, yang bersepah kedai-kedai jual kepala kereta potong di sepanjang jalan tu apa cerita? malas nak cerita panjang, rasanya semua pernah tengok. so, peraturannya ialah BOLEH JUAL TETAPI TIDAK BOLEH DIBELI. betul ke cam tu?

Anonymous said...

Saya adalah salah seorang pembeli kereta import yg dibawa masuk dari Jepun. Nak senang proses, sebelum balik ke tanahair saya sudah tukarkan cermin gelap ke cermin cerah, walaupun terpaksa mengeluarkan kos tambahan. Semua fasal untuk kelulusan Puspakom dan takut kena saman JPJ. Sampai sekarang kereta kekal dengan cermin cerah dari Jepun. Tapi bila tengok kereta kiri kanan dengan gah bercermin gelap sakit hati juga...depa tak kena saman pun?

Anonymous said...

Apapun yg untung kedai eksosori juga. Waktu kita tanya depa kata JPJ lulus. Tak lama lepas pasang kena saman dgn JPJ dan polis. Kena byr saman dan kena buka vermin gelap, rakyat rugi berganda. Baguih punya kerajaan... Terlunjuk lurus kelingking berkait.

PKIK100 said...

Saja mau tanya, kenapa RBF online tak aktif lagi..Salam Syawal 1435H