Tuesday, May 13, 2014

Kenduri Anak : Strategi Ahmad Said Tarik Simpati dan Calarkan Imej Datuk Najib ???

Jika ini adalah sebahagian daripada strategi Ahmad Said untuk menarik simpati dan mewujudkan persepsi kejam atau zalim terhadap PM, maka strateginya berjaya. 

Strategi yang saya maksudkan adalah majlis kenduri perkahwinan anaknya. 

Beliau sendiri telah tahu bila tarikh tamatnya jawatan beliau sebagai MB sebagaimana perjanjian beliau dengan PM. Namun kenapa beliau memilih tarikh mengadakan kenduri terlalu hampir dengan tarikh beliau tamat jawatan ? 

Sebab itu bagi saya tidak mustahil ini adalah sebahagian daripada strategi beliau untuk tujuan seperti yang saya katakan diatas. 

Hari ini alam cyber gegak gempita dengan berita kononnya Najib seorang yang kejam menamatkan tugasan Ahmad Said empat hari sebelum beliau mengadakan kenduri. Kononnya jemputan telah dikeluarkan dan bagaimana beliau nak tukar tempat kenduri dalam tempoh 4 hari, mana beliau nak letak muka dan macam-macam lagilah. Tidak terkecuali juga sorang pembaca blog ini yang menghantarkan komen berikut untuk artikel sebelum ini. 

mat saga said... 
Bro rbf... 
kalau lu jadi mad said cam mane... lu dah edar kad jemputan pada semua tetamu utk kenduri pada 17hb.. tiba-tiba lu kena keluar dari jawatan dan kediaman lu.... cam mane...?? Najib pun agak-agak laaa... kalau setahun boleh tunggu takkan tambah lagi seminggu lagi tak bole.. 
Jatuh maruah dia.... mane nak cari tempat kawin dalam masa 4 hari... mesti dia dah prepare segala persiapan utk wedding anak dia... tiba-tiba jadi cam nie... Stress oooo... terganggu fikiran dia... dgn masalah politik dia... dengan masalah kawin anak dia... pasti cerita pemecatan beliau akan menjadi topik hangat pada majlis perkahwinan anak dia nanti.. patut ke jadi begitu..??


Gua penyokong umno yang tegar tapi dalam masa yag sama amat simpati dengan mad said... semoga beliau tabah menghadapi dugaan dan dapat kembali semula menyertai umno... pangkat dan jawatan dalam politik hanyalah tanggungjawab yg berat sahaja tetapi kesetiaan pada umno memastikan kelangsungan umno utk selama-lamanya....
Bro rbf.... beria-ria lu hentam mad said kali... soalan gua pada lu... Salah besarkah kalau tunggu seminggu lagi...

Pendapat gua... apa salah dia pun biarlah dia lepaskan dgn tenang... kalau pak lah boleh lepaskan dengan tenang mestia dia pun boleh lepaskan dengan tenang... 
May 13, 2014 at 6:06 PM

Dalam hal ini ramai yang keliru dan seterusnya melahirkan simpati kepada Ahmad Said dan melontarkan rasa marah pada Najib. Tetapi sudahkah anda perhatikan betul-betul kad jemputan tersebut ? Adakah anda telah memerhatikan alamat tempat kenduri tersebut ? 


Kenduri tersebut bukannya akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu ( Seri Iman) Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sebaliknya kenduri tersebut akan berlangsung di kediaman peribadi Ahmad Said di Teluk Kalong, Kemaman. Cuma di kad jemputan tersebut  Ahmad Said menamakan kediaman peribadinya sebagai Kediaman Menteri Besar Terengganu. Jarak antara dua tempat tersebut (Kuala Terengganu ke Kemaman) adalah 148km. Jika Ahmad Said masih MB pada hari tersebut kenduri itu tetap berlangsung di kediaman peribadi beliau. Samada dia masih MB atau mantan MB rumah tersebut tetap rumah beliau. Tidak timbul soal kemana dia nak pindah tempat kenduri, zalim, tidak timbang rasa , tak boleh tunggu 3-4 hari atau sebagainya.

Kediaman peribadi Ahmad Said di Telok Kalong, Kemaman dimana kenduri akan diadakan
Seri Iman - Kediaman Rasmi MB Terengganu di Kuala Terengganu
Jarak dan kedudukan antara Kuala Terengganu dengan Kemaman serta jarak antara Kediaman Rasmi MB Terengganu dengan kediaman peribadi Ahmad Said. 

Soal fikiran terganggu atau sebagainya kerana dia digugurkan sebagai MB tak timbul. Kalau dia ikut perjanjian yang dia sendiri persetujui dan dia serah jawatan dengan elok, tak buat onar dan sebagainya dia tetap akan disanjung, dihormati dan dikenang sampai bila-bila. Sekarang dia yang buat dirinya dan keluarganya berada dalam tekanan. Bukan salah orang lain, salah diri sendiri. 

Persoalan yang masih bermain dalam minda saya sehingga kini kenapa dia memilih tarikh kenduri perkahwinan anaknya hampir dengan tarikh dia tamat jawatan MB yang dia sendiri telah mengetahui tarikh tersebut setahun lepas ? Tak munasabah dia telah merancang tarikh kenduri tersebut 2-3 tahun lepas lagi. 

Selagi persoalan ini tidak terjawab, maka selagi itulah saya mengesyaki ini adalah sebahagian daripada rancangannya untuk menarik simpati dan mencalarkan imej Perdana Menteri. 

Soal hentam pula, saya bukan menghentam sembrono atau menafikan jasa-jasa dan kebaikan Ahmad Said sebelum ini. Dalam situasi hari ini dia bukan lagi pemimpin Umno dan telah menjadi pengkhianat kepada parti yang dia bertapak selama ini dan yang telah banyak juga menyumbang kepadanya. Jangan kata dia sahaja ada sumbangan kepada parti. Parti pun ada sumbangan kepadanya. Kerana hilang jawatan kau buat hal sehingga menimbulkan hura-hara kepada parti dan sebuah kerajaan. Dimana laungan perjuangan kepada agama, bangsa dan negara selama ini ? Apa yang dia buat hari membuktikan dia seorang pemimpin yang hanya memperjuangkan tembolok dan kedudukan dia sahaja. Bila hilang jawatan umum keluar parti. Bukankah ini pengkhianat namanya ? Apakah anda fikir saya atau kita perlu lambung, puja dan puji lagi pemimpin seperti ini ?



Psssttt…Idris Jusoh hilang jawatan MB rileks jer…takdelah nak umum keluar parti atau adun yang orang-orangnya umum keluar parti. Mat Said hilang jawatan terus keluar parti dan bawa 2 adun turut sama keluar parti. Berkat kesabaran Idris Jusoh kini terbalas. Hari ini dia seorang menteri. 

66 comments:

air LOMBONG satu.. ais kasi kurang ye said...

Begitu la yang saya rasakan tatkala ini... kerbau dipegang pada tali... manusia dipegang pada janji... buat kenduri pun dirumah peribadi, bukannya dikediaman rasmi Menteri Besar Terengganu Darul Iman... setakat nak bagi alasan tunggu kenduri anak sabtu ni memang tak munasabah langsung.

Bukan nak menghentam, jasa Mat said memang banyak juga. Tapi melihat kelakuannya seperti budak kecil merajuk tak dapat aiskrim sebab gigi dah rongak kerana hari-hari dah dapat makan memang tak boleh diterima oleh fikiran yang waras...

RBF Online said...

Brother, saya cukup suka perumpamaan di bawah tu.

Anonymous said...

Deris jusuh sultan yg nak xnak...setelah abis dia jual ganu pd kj dan patrick badawi..kan?

nordin said...

bro rbf,
apapun anda punya ulasan & alasan, tragedi hari ini berlaku kerana kebodohan dan kesombongan najib.

kalau najib sanggup kurangkan sikit sikap sombongnya dan tambah sikit sikap hormat pada org bawahan dia (samada org bawahannya bermasalah atau tidak), tentu dpt meyelamatkan dia, terengganu dan malaysia drp masalah besar seperti ini.

inilah nilai yg perlu ada pada pemimpin besar, lebih2 lagi pada masa ini dimana sentimen menunjukkan yang najib cukup lemah dan apologetik pada bangsa lain tetapi sgt keras pd org yg mendokong dan menyokongnya.

kita tolak ketepi isu kenapa MB perlu ditukarkan. kalau prestasi sbg indikatornya, tentu dia (sbg pengerusi pilihanraya selangor, dan seluruh ADUN selangor perlu turun.

apapun, saya tak marahkan najib kerana BODOH. manusia itu penuh dengan sifat kekurangan. BODOH sebahagian drpnya. kita harus redha.

FatimahZuhri said...

1. Oh come on la. Sultan (then Agong) was murka against Deris Jusoh, remember?

2. Why Sultan murka with him? Tengok la balik kisah2 KJ and his gang back then.

3. I rasa benda ni berlaku sbb PM Najib dgr sgt nasihat racun daripada punahsihat2 liberal dia.

4. Of course la, big boss for these liberals is none other than Mr K... .

5. Everything he touches (e.g. MyTeam, Paklah) all turn to shit. Now PM Najib is too dumb and stupid to take this oxfordmoron into his inner circle.

6. Dgn Cinabeng racist dia boleh bersabar dan sanggup menunaikan permintaan racist mrk walaupun dihina dan isterinya diperlakukan lebih teruk drpd haiwan.

7. Tetapi dgn bangsa sendiri tak boleh sabar!

8. Samala dgn treatment Najib utk org Melayu post GE13...padahal org melayu ni la terhegeh2 sokong dia

RBF Online said...

Anon 8.55pm…kalau istana buat majlis angkat sumpah mb baru di malam hari, apakah anda fikir istana masih sayangkan mb lama ?

RBF Online said...

Nordin, jika Najib sombong dan keras pun ada sebabnya. Kalau awak yg duduk di tempat Najib jika asyik diugut oleh Mat Said untuk keluar parti dan bawa beberapa org adun keluar parti, apakah anda boleh bersabar ?

Anonymous said...

Sultan buat sbb mat said dah antar surat letak jawatan...mau x mau sultan tak boleh membiarkan jawatan tu void...atau mungkin jugak calun tu yg gelojoh mcm najib nak jd mb....anyway rbf..knp delete my comment tntg malaun kat pwtc tu? Komen ttg flip flop malaun di pwtc tu?

Anonymous said...

Di beri tempuh setahun untuk letak jawatan. Dah tahu tarikh bila akan letak jawatan, kenapa nak buat majlis perkahwinan yang hampir dengan tarikh letak jawatan. Mesti ada muslihat. Tak boleh ke buat awal atau terus saja agenda tersebut tanpa ada masalah. Ni nampak sangat macam nak mengenakan Najib. Sifat macam kebudak-budakan. Tak beri apa yang di minta, dah nak lari daripada rumah. Gua tak boleh terima apa jua alasan yang di berikan. Kalau aku jadi MB pun pasti aku tahu bila tarikh yang sesuai untuk di adakan majlis perkahwinan itu.

RBF Online said...

anon 9.12pm, saya tidak delete apa2 komen setakat ini. sumpah.

RBF Online said...

anon 9.12 pm, saya dah cek balik takde apa2 komen pasal pwtc yang anda cakapkan. Mohon hantar balik.

Anonymous said...

RBF,

Alasan ko, rumah MB ke rumah sendiri ke.. aku rasa alasan budaj budak.. CUba ko pikir, kalau dia tulis KEnduri di rumah teluk kalong, padal hal selama ni dia pakai Rumah MB Teluk Kalong, ko ingat orang tak bising ke mat said nak berenti? ni dia dah hantar jemputan sebulan yang lalu...betul la tu dia tulis ... takkan 4-5 hari pun Najib tabk boleh tunggu


memang la istana boleh buat angkat sumpah malam hari sebab memang SUltan dah tau Mat Said kena berenti. Masalahnya, Najib tu tak boleh bagi muka sikit ke? ni bukan majlis kahwin ko RBF yang orang tak peduli.. ni Majlis Kahwin Anak MB.. ramai laa orang dia dah jemput.. dia mungkin plan nak buat besar besaran sebelum berenti ... dia jadi ADUN KIjal tu bukan satu dua penggal RBF hoi! Orang lain kalah, dia masih Menang... bagi la muka kat dia sikit tak boleh?

As a leader, you do not request for respect, you earn it. dan bagi aku Najib tak dapat rasa hormat dari ramai lagi ahli UMNO yang lain

RBF Online said...

anon 9.20pm. Persoalan utama yang tidak terjawab hingga kini kenapa dia memilih tarikh perkahwinan anak dia hampir dengan tarikh dia tamat jawatan ?

Dia dah tahu tarikh kenduri itu adalah tarikh yg dia bukan lagi seorg MB, kenapa dia memilih untuk menamakan kediamannya sebagai kediaman MB di kad jemputan ?

Sewaktu kemelut MB akan bertukar sebelum ini Mat Said pernah buat kenyataan mempertikaikan khabar2 angin pertukaran mb. Itu menunjukkan dia tak nak berhenti walaupun dia dah tahu dia akan tamat jawatan mb. Sebelum dia belit Najib baik najib patuk dia dulu.

Anonymous said...

Mula-mula saya panas jugak...tapi bila Mat Said letak jawatan dan keluar parti...simpati terus hilang...patut pun dia dikeluarkan...jika tidak...lagi susah. saya yang hanya penyokong umno dan tak pernah pegang jawatan dalam umno pun rasa terhutang budi dengan jasa umno...tapi dia dah umno naikkan sampai jadi MB...apa lagi dia nak...bila dia buat macam tu..respek terus hilang...sapa pun kalau asyik kena ugut...lama-lama hilang sabar jugak...

Anonymous said...

Bro RBF...

Apa yg terjadi ini mmprlihatkn kelemahan di pihak Presiden mnghandle situasi.. yg ..mmg ada motif Mat Said melengahkn tarikh perletakkan jwtn dia ..namun ,,kalo Najib sndri bijak mengawal keadaan, xjadi kecoh mcmneh..

Tun M dulu pon kalo nak pecat sesiapa pon bawa berbincang dgn org2 yg terbabit dan pemimpin2 yg patot terlibat... Kat sini jelas mmprlihatkn najib hny memandang remeh isu Mat Said... tapi kalo Mat Said tuh Ah Chong atau Muthu mungkin lain tindakan dia...mau berkompang najib pergi menyembah atau mengoffer dgn pelbagai tawaran.......

Maaf bro RBF...gua xsetuju dgn bro kalineh.....bg gua kemelut ini berpunca dr kelemahan presiden krn trlalu sgt mmprcayai org2 sekeliling dia... harap lepas ini najib tak akan kluarkn statement mahabahalol...'sy buat semua ini atas kehendak majoriti rakyat'...

Anonymous said...

Agree...he needs to answer why he chose May to marry his daughter off...Its not Najib to blame. So clear he is trying to discredit Najib when the very man has save his face by allowing him a year for a smooth transition.
Good riddance lah mat said...i never did like his look anyway....full of arrogance...and now look what has become of him.....a disgrace...he is the one embarrassing himself...and revenge written all over....huhu.

Anonymous said...

Mat said macam budak2. Merajuk tak tentu pasal. Takpe la kita bagi dia semangat sikit dan dapat bertenang. Tapi muka dia pun ada sikit2 muka degil yang suka menguggut. Mat said mat said. Udah2 le tu 5 tahun ko merasa jadi MB. Jangan haloba sangat. Muka dah lah tak berapa nak elok, ko merajuk lagi buruk muka ko tu mat said.

Anonymous said...

Tuan RBF, saya akui pada mulanya saya juga terkeliru berkenaan alamat majlis tu.. Tetapi itu tetap tidak menghilangkan rasa simpati saya pada Ahmad Said. Najib dengan bukan Melayu boleh pulak bertoleransi. MCA yang semua sedia maklum ahlinya beramai-ramai mengkhianati BN mengundi DAP diberi muka bertanding dan ada yang menang di kawasan majoriti pengundi Melayu termasuklah di parlimen saya sendiri. Lepas tu siap reserve jawatan menteri pengangkutan yang kini disandang Hishamudin dah masuk setahun dah.. itu boleh pulak, yang Mat Said mintak tunggu beberapa hari tak boleh pulak.. kalau lewat seminggu lantik MB baru tu boleh secara automatik menambah sokongan orang dari PAS ke UMNO ke? Dia keluar parti sebab rasa terhina pastu dikira pengkhianat.. MCA khianat UMNO & biarkan akhbar the Star kutuk kerajaan Najib tutup mata pekakkan telinga je kan. Ini budaya Melayu UMNO ke? Jasa & dosa Mat Said memang boleh dipertikaikan, tapi sesama Melayu takkan tak boleh tolak ansur langsung. Maaflah, sejak saya mula boleh mengundi, kesetiaan saya pada UMNO, akan datang, dah tawar hati...

Anonymous said...

Kenduri apa kejadahnya lagi? Aritu kan dah buat kat TTI? Berapa kali kenduri ni Mat Said? Saje je nak wat alasan.
Kalau Najib nak MB baru pun kalau Sultan tak berkenan tak jadi juga. Remember Idris Jusoh? Berapa hari Tganu xde MB mase tu.
Redhalah Mat Said oii! Dulu masa kena ke org laing mung panda wi nasihak. Ni kene ke mung baru tahu.

Anonymous said...

Aku dari dulu mmg tak suka yg play victim card nih.. Memula aku simpati gak kene suh tukar tp bila dah bawak majlis kawen anak alasan rajuknya walhal dah tau lama bila patut resign mmg aku tukar team ke najib lah.

Satu lagi if dah ada perjanjian ni, dah tanggungjawab beliau lah explain dengan adun BN. Takkan nak tunggu najib turun g tau. Oh come on man you dah tau apa patut dibuat setahun lalu...

Anyway, Tun M all the way!

Anonymous said...

Pesanan buat Mat Said:
Pegilah setel masalah peribadi tu dulu. Dalam blog byk kata pasal perempuan simpanan pegi istana. Kalau bukan nafikanlah.

Anonymous said...

Tak ramai orang yang ingat perjanjian Mat Said jadi MB setahun ja. Kenduri anak atas nama MB biasanya akan dapat sponser besar-besaran. Kalau dah x jd MB agak2nya adake orang yg nak settlekan bill dia nanti..

Anonymous said...

Bro RBF...

1. Pasal kenduri ank mat said tu, betul dh dia tulis kediaman MB, bukannya dia tulis kediaman RASMI MB. Yelah, perkara peribadi ni mungkin kecik pd Najib tp ia suatu benda yg besar pd tuan badan. Ingat, kita manusia ada hati dn perasaan. Kita bukannya robot,komputer atau mesin yg rigid. Apapn, imej Najib semakin teruk tercalar kerana kurang cerdik dia menguruskan emosi anak buah sendiri..

2. Setuju sgt dgn anon 9.42pm. Adalah tugas Najib sbg pemimpin tertinggi utk cari jln penyelesaian terbaik dn bukannya tunjuk ego dgn kuasa yg ada. Cara mcm mana nk selesaikan tulah yg Najib kena fikir guna cerdik dn bijak dia, bukan dok harap penasihat suap semua kat mulut.
Belajar la dr Tun M mcm mana beliau handle kes Anwar brahim. Cukup berhemah, bijak dn mengikut segala tatacara parti. Tak timbul soal nk belit atau nk patuk sbb semua politician mmg ada strategi sendiri tp Najib sepatutnya 10 kali lebih bijak dari mat said sbb jawatan tinggi pasti datang bersama tggjwb yg besar.

Anonymous said...

Eleh Mat Said, dulu masa Idris Jusoh nak jadi MB, org2 kau jugak yg gi cucuk istana. sekarang bila org dah tau perangai kau, mulalah buat alasan lain.

kakak said...

Saya berpendapat DS Najib sebagai pemimpin, dia berpegang kepada janji seperti jua laungan beliau selama ini semasa kempen dan semasa memegang teraju.

DS Ahmad Said harus sedar tindakannya memberi implikasi besar. Habislah perjuangan lebih setengah abad UMNO kalau mengambil tindakan dibelenggu emosi. Fikirkan apa jadi kalau PM terpaksa mengikut setiap individu dalam UMNO begini ? Akan musnahlah integriti organisasi. Nanti, musuh-musuh UMNO akan ketawa terbahak-bahak, kepimpinan satu negeri berkecai oleh faktor emosi seorang pemimpinnya.
Allah beri kita akal. Pandanglah masa depan. Harus cekal dengan dugaan

nordin said...

[Nordin, jika Najib sombong dan keras pun ada sebabnya. Kalau awak yg duduk di tempat Najib jika asyik diugut oleh Mat Said untuk keluar parti dan bawa beberapa org adun keluar parti, apakah anda boleh bersabar ?]

bro rbf,
kalau saya najib, dlm kes ini saya akan tunggu sampai selesai majlis dia. kalau takut, buatkan satu formaliti supaya ada sandaran jikalau dia tak berpegang pada janji.

4-5 hari tiada masalah bagi saya. yang penting dia akan turun dalam keadaan terhormat. dia akan lebih hormat saya. orang2 dia juga akan hormat saya. dia & orang2nya akan hormat MB baru. idris & orang2 dia akan hormat MB baru juga. UMNO terengganu akan lebih kuat. bahkan saya akan datang kemajlis kenduri anaknya dengan hadiah.

saya orang biasa. bekerja sendiri. ada beberapa orang pekerja. ada lama, ada baru. ada bagus, ada yg ada masalah. bagaimana nak lepaskan pekerja yang kita tak suka walaupun dia rajin bekerja dan tiada masalah? pokoknya perlu ada ADAB. jangan sombong, hormat orang walaupun si tukang cuci.

apa salahnya tunggu 4-5 hari sekiranya ia boleh menyelamatkan seluruh negeri? bagaimana cara Najib berfikir? apatah lagi sekarang ini sentimen menunjukkan yg Najib sangat lemah dan terlalu apologetik dengan bangsa asing tetapi sangat keras sesama sendiri ?jangan salahkan penasihat. kita yg membuat keputusan, kita mesti bertanggungjawab.

tapi sebagaimana yg saya sebutkan tadi, saya tak marahkan najib kerana BODOH. sifat manusia penuh dgn kekurangan. Bodoh adalah sebahagian drpnya. kita terpaksa redha.

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Katakanlah AS memang ada niat melengahkan meletakan jawatan MB dengan mengadakan perkahwinan anaknya 17 Mei. Tetapi umum dan AS maklum bahawa jawatan MBnya perlu tamat. Tidak sabarkah Najib beri 1 minggu lagi untuk AS bereskan kenduri anaknya? Dimana budibicara pemimpin? Perlu diingat walau apa pun dirancang, Allah munkin tetapkan jodoh dan kenduri anak AS pada 17hb itu! Lebih baik beri AS 1 minggu dpd BN tergugat di Terengganu.

Anonymous said...

Ditulis dalam kad tu 'Majlis Kesyukuran Perkahwinan' ...
Ni majlis kenduri kahwin ka atau sekadar majlis doa selamat?

Anonymous said...

ada satu soalan .....yg mana lebih tak baik ? pertama buat jahat niat baik . kedua buat tak jahat niat tak baik.yang mana lebih tak baik ? from lunas skipper.....

Anonymous said...

Isu utama yg org ramai bising dn tak puas hati sekarang ialah CARA dn PROSES Najib menguruskan kes ini.. Rsnya KENAPA mb perlu ditukar isu kedua.

Matlamat mmg penting, tp PROSES utk mencapai matlamat itu juga sama penting.

Ada perkara, melakukan sesuatu dgn PROSES yg betul jauh lebih penting dr hasil yg diperolehi..

Anonymous said...

2 mggu lps PM kata tiada pertukaran MB berlaku !. Tiba2 smlm sebaliknya berlaku..mati2 aku pecaya statement PM sblm ni..yg aku nmpk, ni smua akn beri kesan pd UMNO ditganu. Ia akn beri kelebihan pd pembangkang. xcaya tgk nnti. Pelik, xsempat2 nk tendang org tu..xkisah la ada perjanjian ke, apa ke xblh tunggu 2,3 hari lg ke..letih dgn pemimpin2 UMNO ni.

Anonymous said...

Hello Anon 11:02PM ...
Kenapa ramai tak bising pasal CARA dan PROSES termasuk WHY bekas ADUN Kajang tu letak jawatan tiba-tiba???
Kita tak tahu secara details berapa lama CARA dan PROSES yang DS Najib dah ambil untuk selesaikan masalah ni, so baik yg tak tahu byk ni dok diam ...

Anonymous said...

Najib ni jenis orang yg bekerja ... tapi disebabkan sentimen burukkan najib dah bermula sebelum beliau jadi PM lagi amat berjaya buatkan ramai dari kita berpesepsi negatif pada Najib, hingga kita lupa dan tak pandang apapun yg beliau try and dah buat untuk negara sepanjang pemerintahannya ...

cuma mungkin kita selalu nak compare 'ketegasan dan kelancangan' beliau dengan Tun Mahathir buatkan kita hanya nampak kelemahan Najib saja.

to be fair, krisis Terengganu ni boleh diselesaikan secara baik jika adun dan rakyat dah dimaklumkan dan diberi penerangan lebih awal untuk elakkan kekeliruan dan andaian2 buruk terhadap pertukaran MB.

kesimpulannya, kedua2 pihak ada salah pada tindakan masing2. don't judge them coz sometimes kita juga akan terlepas pandang beberapa 'kemungkinan' semasa membuat keputusan.

Anonymous said...

Anon 11:06PM ...

Takkan tak tau cara orang politik berbicara???

Anonymous said...

Anon 11:07,

Tak perlu bandingkan dgn kes kajang. Itu masalah parti lain. Benda salah yg org lain buat bukan alasan utk menghalalkan kita buat benda yg sama.

Sy pn tak berminat nk tahu details apa yg najib da buat sbb itu bukan kerja sy tp rakyat berhak menilai dn membuat tafsiran berdasarkan apa yg mereka lihat secara tersurat. Jgn salahkan org lain kerana tindakan Najib sendiri yg mengundang kemelut..

Anonymous said...

Anon 11:19PM ...

Adilkah jika hanya menghukum satu pihak yg secara tersuratnya nampak 'bersalah', sedangkan mungkin di satu pihak lagi ada agenda 'tersirat'?

Anonymous said...

Amat setuju dgn perenggan terakhir Anon 11:13PM...

Anonymous said...

Anon 11:30,

Tak perlu menghukum apa yg tersirat. Kita hanya mentafsir apa yg kita lihat. Very straight to the point. Soal betul atau salah tafsiran itu bergantung kpd bagaimana dn apa yg kita yg kita lihat.

Dalam soal ini, adalah tgjwb Najib sbg Ketua no1 memastikan peralihan kuasa berjalan dgn lancar tetapi perkara sebaliknya berlaku. Kalau ini pn masih dikatakan Najib betul, tak tahu lah saya nk kata apa lg...

Anonymous said...

Bila bini lebih berkuasa negara pasti hancur lihat lah husni mubarak apa jadi pd uae skang ni
Fikir lah natijah dan musibah nye

Anonymous said...

semua ni jadi issue besar sebab x-MB Mad Said decided keluar UMNO. kalau dia tak keluar UMNO esok harinya lepas letak jawatan menteri besar, confirm takde lah banyak sangat bunyik nak kata PM Najib ni kejam dan cari penyakit

just saying

Anonymous said...

Anon 11:41PM ...

Sebab tu saya kata, tak adil hanya hukum sebelah pihak semata-mata, hanya berdasarkan apa yang kita nampak secara tersurat.

Tidak dinafikan hak masing2 utk menafsir sesuatu mengikut gerak akal dan hati masing2 berdasarkan apa yg dilihat, dibaca atau didengari ...

Suka saya cadangkan bahawa dlm hal ni kita tidak perlu menghukum mana2 pihak sehinggalah masing2 diberi peluang utk memperjelaskan keadaan sebenar.

Setuju dgn kenyataan anda bhw sbg ketua, DSN perlu pastikan kelancaran peralihan kuasa, namun mungkin dia dah usaha yg terbaik, tapi Allah yg tentukan.

Peralihan kuasa pasti akan jadi lancar sekiranya kedua2 pihak ada perasaan lapang hati dan menerima ketentuan ... cthnya KM Sarawak baru2 ni.

Anonymous said...

pertukaran ketua menteri sarawak mmg lah dua2 pun lapang dada. yg sorang naik jadi Yang Dipertua Sarawak yg sorang naik jadi Ketua Menteri lol. kat ganu lain cerita sorang naik jadi MB sorang turun jadi YB kkk.

elok lah sekarang kita sedekah al-fatihah buat Anwar, beliau baru lepas xcident, syukurlah, cedera ringan saja ...

maae said...

Benda ini hal peribadi je. Satu jawatan penting, cerita pasal KPI. Di mana pembentangan nya? Bukan kah baik di selesaikan secara baik dan adil? Jika baik prestasi teruskan jadi MB. Jika tiada perubahan, akur lah kepada keputusan.

Masa boleh berubah. Begitu juga sikap. Siapa jadi MB bukan masaalah pun kecuali lah ada pilihan kroni nya...

Paling utama menyelamatkan Terengganu jatuh kepada pembangkang. Kepada keseluruhan rakyat kerana UMNO di lihat lemah dan mengabaikan motto perjuangan nya. Jika tidak di bendung, akibat amat pahit pada PRU 14 nanti.

Selesaikan kemelut segera ! Jangan pembangkang ambil kesempatan.

Anonymous said...

Anon 12:00AM

Kalaulah yg jadi ex-MB tu ditawarkan jawatan Timb. Menteri ke, confirm peralihan kuasa jadi smooth je ...

Inilah ragam manusia, yg dah berkuasa, nak terus berkuasa sampai mati, bila dah tak merasa kuasa lagi, merajuk sampai keluar parti ...

Anonymous said...

kaitkan Rosmah dengan segala hal politik Malaysia is so yesterday ..

Anonymous said...

Anon 11:55,

Mat said dh beri keterangan dlm astro awani tp dimana Najib utk menjawab segala persoalan?? Setakat ni hanya balaci2 Najib shj yg berani bersuara utk mpertahankan Najib.

Ramai yg percaya Najib masih boleh mengelakkan kemelut ini dr berlaku. So tak perlu salahkan takdir.

katak said...

yang pecat md said bukan najib? md said kena pergi disebabkan janjinya pd masa itu kerana kegagalan 2/3 majoriti? buruk sangat ke prestasi md said berbanding dng najib sendiri? bukankah paklah juga janji sepenggal dng mahathir?

selepas setahun, buruk sangatkah prestasi md said hingga surat akujanji itu tidak boleh diabaikan atau dilanjutkan? bagaimana prestasi najib sendiri selepas setahun, bukankah lebih koyak? kalah di kajang jadi bacul di bukit gelugor dan belum tahu di teluk intan..jadi jurucakap kpd mca mengumumkan bn tidak bertanding?

selepas mengetahui isi surat md said, siapa sebenarnya yg melobi dan tidak sabar-sabar. Kalaulah md said tu kaki bodek najib mcm kj (contoh shj)..surat tu mungkin nasibnya di tong sampah.

setakat yg aku sedar (tolong betulkan jika silap atau diluar kesedara...) najib belum memberi apa2 ulasan yg bernas, logik dan rasional (rasanya memang dah tak ada alasan rasional pun...) berhubung perletakan jawatan md said dan angkat sumpah mb baru yg tergesa-gesa.

yang memberi ulasan adalah timbalan presiden dan naib2 presiden yg sedang bertungkus lumus untuk membersihkan nama najib.

kalau najib punca angkara seperti dakwaan md said - kenapa menyorok tanpa berani ke depan? masih dlm sindrom kehilangan mh370?

Unknown said...

Betul juga tu...bukan masalah zalim ker ape ker...tapi kalau wa najib la....berilah sedikt hormat pada mat said tu...dia pun ada maruah...mb plak tu...

Dah nyata Najib ni x berkemampuan masalah cukup simple dan bagaimana nak mengatasinya

Anak bangsawan yg dikelilingi oleh jerung, ular,buaya dan punah yang menyihatkan diri masing2!

Kami x kesian kat najib kerna dia yang cari penyakit...

Anonymous said...

tunggulah najib jumpa semua adun bn terengganu esok, dah settle semua kita tunggu ulasan beliau, confirm ada sidang media ...

mcm kes isu bangsa dalam borang kecoh seharian, esoknya najib pegi rasmi majlis, dldm sidang media tu baru beliau buat clarification termasuk dlm twitter peribadi beliau.

aku tak paham nape org yg bagi reaksi positif tindakan najib di kira balaci? masing2 ada pendapat dan bila sampai ke tahap matang dan kita berdiskusi dan mengkritik secara sihat tak perlu lah label org macam2

Anonymous said...

sila pilih perumpamaan yg paling baik utk menggambarkan situasi di terengganu skarang. musang berbulu ayam, gunting dlm lipatan, api dalam sekam, musuh dlm selimut, diam gunung berapi, telur dihujung tandok ,pisang berbuah dua kali , serampang dua mata, retak menanti belah, cakap tak serupa bikin , kadok naik junjong ,bidok berlalu kiambang bertaut , harap pagar pagar makan padi.......... from lunasskipper

el halim said...

Malulah ada MB cmni..kawin anak ada jawatan ke tkde jawatan ke apa masalah nya? Bukannya tetamu nk dtg sbb awak tu MB ke apa..tp pelik jugak 17 hb tu belum cuti sekolah lagi..kenapa ambil tarikh dekat2 dgn tarikh tamat tempoh jd MB..musykil juga...

Anonymous said...

setakat nak guna rumah resmi MB buat majlis....
rasanya rakan UMNO takde hal la...
buat surat kat kawan tu... bkn org lain pun....
habak mai kat dia...
hang nak kuar lepas kenduri anak...
mesti dia buie nyer....

Anonymous said...

setakat nak guna rumah resmi MB buat majlis....
rasanya rakan UMNO takde hal la...
buat surat kat kawan tu... bkn org lain pun....
habak mai kat dia...
hang nak kuar lepas kenduri anak...
mesti dia buie nyer....

Anonymous said...

'Kegagalan mendapat 2/3 majoriti DUN Terengganu'

Sekadar membuat perbandingan, Selangor bukan sahaja gagal mendapat 2/3 majoriti tetapi kalah lebih teruk. Siapa yg patut dipertanggungjawabkan.

Zaman Pak Lah pun timbul isu janji sepenggal. Tun Mahathir bangkit lawan Pak Lah, yang waktu itu PM dan Presiden UMNO. Akibatnya Tun Mahathir berhenti jadi ahli UMNO. Pengkhianatkah Tun Mahathir?

Bila Pak Lah serah kuasa pada Najib pun ada peralihan kuasa, bukan mendadak. Ahli2 dimaklumkan dan dilakukan secara hormat bagi menjaga air muka, walaupun janji sepenggal tinggal janji.

Sekadar perbandingan sebab apa yang berlaku cuma ulangan apa yang pernah berlaku dulu, cuma cara dan proses yang berbeza.

Anonymous said...

'Kenapa buat kenduri dekat2 dengan tarikh tamat tempoh jadi MB'

Juga sekadar melontar pertanyaan sebab apa yang dimaklumkan yang AS tandatangan surat perletakan jawatan tidak bertarikh. Jadi tarikh 12/5 tu bukan tarikh yang dia bubuh.

Kad kenduri 17/5 telah diedarkan sebulan lebih awal dan mungkin tarikh itu telah dipilih beberapa bulan sebelum itu oleh kedua2 keluarga mempelai.

Tarikh 12/5 dalam surat tidak bertarikh tu pulak siapa yang pilih dan bila tarikh tu dipilih. Umum sedia maklum dlm 2 minggu lepas DSN sendiri kata tiada perubahan MB. Jadi tarikh 12/5 tu mesti baru dipilih.

Sekadar melontar persoalan.

atocky said...

Udah2 le tu Mat said. Dulu aku gaduh dgn bini aku gara2 engko jugok!! Ko kenyit2 mata ko kat bini aku sampai kami gaduh kat umah!! Tapi aku tak kisah, coz aku dah maafkan bini aku dan ko...

Anonymous said...

derih tu selop sbb sultan yg tak mau dia jadi mb...ahmad said ni puak derih yg tak mau dia jadi mb...pm najib hanya pak turut punahsihat sahaja. nampak gaya derih lebih kuat bomoh dia kt pm najib.

Anonymous said...

Angkat Sumpah le lagi guna AL-QURAN gara-gara tidak bersetuju akan kekalahan T-Team dlm pertandingan Bolasepak......

La nie angkat sumpah le lagi guna AL-QURAN pula mengatakan dia dizalimi oleh PM.......

Jawatan MB tu bukan untuk kita selama-lamanya...........

Anonymous said...

Kadang kadang rasa bodoh pulak...bila difikirkan balik kenapa kita pilih wakil rayaat untuk mewakaili kita .......Dari apa yang berlaku sekarang ini jelas boleh kita lihat yang merika tu semua lebih pentingkan diri merika sendiri dari rayaat.Kunun nak berkhidmat untuk rayaat...tapi bila tak ada jawatan ......mulalah keluar perangai tak siuman dan tak semengah.........Aku suka nasihatkan kepada anda semua di gelugur dan teluk intan supaya tak payah keluar mengundi ......sebab merika semua pembohong......dan gunakan rayaat untuk keuntungan merika sendiri ........

Lukman Hakim said...

Ala apa susah buat jew kawen anak ko tu kat rumah rakyat .....nti semua rakyat boley gotong royong......ko ni said mcm tak der tarikh lain nak kawen kan anak ko.....napa tak buat langsungperkawenan satu hari sebelum ko expired....klu ya pun buat la tarikh yg logik.sket....klu tak nak berenti dah sedap kerusi mb tu ckp....aku tambah lg khidmat ko sampai ko jd orang terkaya ditujuh petala langit dan tujuh petala bumi nih nak tak

Anonymous said...

saje nak tanya dah cukup tempoh setahun keer selepas mat said angkat sumpah menjadi MB... Rasenyeer 29 Mei ni baru cukup setahuun...

Anonymous said...

anon 9:35....

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ahmad-said-dilantik-semula-menteri-besar-terengganu-1.158628

Anonymous said...

Kenapa lah sesetengah orang disini masih lagi nak mempertahankan ahli politik yang terbukti tak ada maruah, fikirkan pasal diri sendiri & keluarga dan yang tindakan nya boleh merugikan masa, tenaga dan wang rakyat sahaja.
Ada kah perbuatan beliau perbuatan seorang pemimpin yang berakhlak tinggi? Ada kah orang macam ini yang kita nak terus pilih menerajui jawatan yang amat penting di peringkat negeri atau negara.
Kenapa kita terus bagi muka kepada ahli politik yang bersikap kadang-kadang macam gangster, kadang-kadang macam budak kecil ni?
Kita ni tak ada langsung ke pemimpin tulin yang berhemat yang tidak meletakkan diri nya atau kaum keluarga nya terdahulu dari tanggung jawab untuk berkhidmat kepada rakyat.
Tak ada ke orang yang nak jadi pemimpin semata mata untuk berbakti kepada ugama, negara dan rakyat dan bukan untuk kedudukan, keistimewaan, harta dan wang ringgit?

Anonymous said...

Kenapa lah sesetengah orang disini masih lagi nak mempertahankan ahli politik yang terbukti tak ada maruah, fikirkan pasal diri sendiri & keluarga dan yang tindakan nya boleh merugikan masa, tenaga dan wang rakyat sahaja.
Ada kah perbuatan beliau perbuatan seorang pemimpin yang berakhlak tinggi? Ada kah orang macam ini yang kita nak terus pilih menerajui jawatan yang amat penting di peringkat negeri atau negara.
Kenapa kita terus bagi muka kepada ahli politik yang bersikap kadang-kadang macam gangster, kadang-kadang macam budak kecil ni?
Kita ni tak ada langsung ke pemimpin tulin yang berhemat yang tidak meletakkan diri nya atau kaum keluarga nya terdahulu dari tanggung jawab untuk berkhidmat kepada rakyat.
Tak ada ke orang yang nak jadi pemimpin semata mata untuk berbakti kepada ugama, negara dan rakyat dan bukan untuk kedudukan, keistimewaan, harta dan wang ringgit?

Anonymous said...

Kenapa lah sesetengah orang disini masih lagi nak mempertahankan ahli politik yang terbukti tak ada maruah, fikirkan pasal diri sendiri & keluarga dan yang tindakan nya boleh merugikan masa, tenaga dan wang rakyat sahaja.
Ada kah perbuatan beliau perbuatan seorang pemimpin yang berakhlak tinggi? Ada kah orang macam ini yang kita nak terus pilih menerajui jawatan yang amat penting di peringkat negeri atau negara.
Kenapa kita terus bagi muka kepada ahli politik yang bersikap kadang-kadang macam gangster, kadang-kadang macam budak kecil ni?
Kita ni tak ada langsung ke pemimpin tulin yang berhemat yang tidak meletakkan diri nya atau kaum keluarga nya terdahulu dari tanggung jawab untuk berkhidmat kepada rakyat.
Tak ada ke orang yang nak jadi pemimpin semata mata untuk berbakti kepada ugama, negara dan rakyat dan bukan untuk kedudukan, keistimewaan, harta dan wang ringgit?

Anonymous said...

Kenapa lah sesetengah orang disini masih lagi nak mempertahankan ahli politik yang terbukti tak ada maruah, fikirkan pasal diri sendiri & keluarga dan yang tindakan nya boleh merugikan masa, tenaga dan wang rakyat sahaja.
Ada kah perbuatan beliau perbuatan seorang pemimpin yang berakhlak tinggi? Ada kah orang macam ini yang kita nak terus pilih menerajui jawatan yang amat penting di peringkat negeri atau negara.
Kenapa kita terus bagi muka kepada ahli politik yang bersikap kadang-kadang macam gangster, kadang-kadang macam budak kecil ni?
Kita ni tak ada langsung ke pemimpin tulin yang berhemat yang tidak meletakkan diri nya atau kaum keluarga nya terdahulu dari tanggung jawab untuk berkhidmat kepada rakyat.
Tak ada ke orang yang nak jadi pemimpin semata mata untuk berbakti kepada ugama, negara dan rakyat dan bukan untuk kedudukan, keistimewaan, harta dan wang ringgit?