Tuesday, May 13, 2014

Krisis Terengganu: Beranikah Ahmad Said Bersumpah Dengan Quran Menafikan Beliau Ada Perjanjian Dengan PM ?


Pada PRU tahun 1999 Pas berjaya menawan Terengganu daripada BN yang ketika itu dibawah kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar dengan hanya meninggalkan 4 kerusi sahaja BN. Pas pula menguasai 28 kerusi. 

Idris Jusoh telah dipilih mengetuai BN Terengganu untuk menghadapi PRU 2004. Hasil kerja keras Idris termasuklah melalui program bersirinya yang diberi nama Gelombang Biru, akhirnya keputusan PRU 2004 menyaksikan keputusan yang terbalik. BN pula menang 28 kerusi dan Pas tinggal 4 kerusi sahaja. 

Idris dilantik sebagai MB Terengganu dan juga mengetuai BN negeri berkenaan. PRU 2008 datang dan kita semua menyaksikan bagaimana satu gelombang datang membadai BN hingga menyebabkan empat negeri melayang, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Tetapi Terengganu yang menjadi lubuk Pas sejak azali masih utuh di tangan BN. Pas hanya berjaya menambah 4 kerusi sahaja menjadikan ianya 8 kerusi dan BN 24 kerusi. Satu kemenangan yang masih selesa disaat badai yang teruk melanda BN di seluruh negara. 

Idris Jusoh tidak dipilih semula sebagai MB dan digantikan dengan Ahmad Said dalam keadaan penuh konstrovesi. Idris menerima dengan redha takdir yang menimpa dirinya. Beliau tidak merajuk, meragam atau jauh sama sekali untuk mengumumkan keluar parti. Idris meninggalkan kedudukan kerajaan negeri yang selesa kepada Ahmad Said.

Selepas itu kita dengar macam-macam cerita yang keluar bagaimana kem Ahmad Said 'membunuh' orang-orang Idris Jusoh. Salah seorang orang pro Ahmad Said yang banyak memainkan peranan pergaduhan atau adu domba adalah Ketua Umno Bahagian Dungun, Rosli Mat Hassan atau lebih dikenali sebagai Pok Li Bobok. 

Daripada tahun 2008 hinggalah kepada ke saat-saat DUN Terengganu dibubarkan untuk PRU 2013, pergaduhan antara kem tersebut tak habis-habis. Kemudian apabila masuk pula bab senarai calon-calon yang bertanding, perbalahan memasuki fasa baru pula apabila orang-orang Idris Jusoh kebanyakkannya tidak disenaraikan sebagai calon. Manakala Pok Li Bobok yang tidak dipilih sebagai calon pada tahun 2008 telah disenaraikan semula sebagai calon Parlimen Dungun 2013. Keputusannya menyaksikan dia kalah dan BN kehilangan satu parlimen yang mereka pegang 2008. 

Daripada hari penamaan calon hingga ke hari pengundian BN Terengganu terus berpecah belah dan bertikam sesama sendiri. Perkara ini membuatkan rakyat Terengganu muak dan mual. Akhirnya apabila keluar keputusan PRU 2013 menyaksikan BN hanya menang nyawa-nyawa ikan. Daripada 24 kerusi tinggal 17 kerusi. Tak pasal-pasal Pas berjaya tambah 6 kerusi dan PKR 1 kerusi. Rakyat Terengganu bukannya sukakan Pas, tetapi mereka bosan kerana Ahmad Said sebagai seorang ketua yang mentadbir negeri gagal menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan baik sehingga BN bertikam sesama sendiri. Sebab itulah mereka pilih Pas. 

Sebagai PM , Presiden Umno, dan Pengerusi BN, Datuk Najib harus memandang serius perkara ini. Beliau pun tentu muak kerana peluang demi peluang diberikan kepada Ahmad Said untuk menyelesaikan pergolakkan dalaman Umno Terengganu. Tetapi ianya gagal diselesaikan. Kalau dia tak boleh selesaikan maka Datuk Najib kena selesaikanlah. Jika tidak diselesaikan dan keadaan berterusan begitu maka jawabnya PRU akan datang Terengganu akan hanyut sekali lagi. Jika Datuk Najib tidak bertindak memperbetulkan keadaan orang kata Najib lemah, Najib lembik, Najib gagal dan macam-macam tuduhan lagi. Bila Najib tunjuk taring dan bertindak tegas orang kata pula Najib menghuru harakan keadaan, Najib tidak cekap dan macam-macam lagi. 

Sebagai PM kesabaran Najib pun ada hadnya apabila asyik diugut Ahmad Said. Selepas PRU 2013 pun apabila Najib enggan melantik dia sebagai MB, dia dah ugut untuk keluar parti dan bawa orang-orang dia keluar parti dan seterusnya runtuhlah Kerajaan BN Terengganu. Kemudian capai persetujuan untuk pegang jawatan selama setahun. Apabila sampai masa yang dijanjikan dia berdolak dalik lagi dan ugut mengugut lagi. Kalau saya sebagai PM pun saya akan bertindak tegas jika asyik ugut mengugut sahaja. 

Sekarang kita boleh lihatlah wajah sebenar Ahmad Said. Kita boleh lihatlah bagaimana dia punya gila kuasa. Dia telah gagal menjalankan tugasnya menyatupadukan ahli-ahli Umno di negeri yang dia ketuai walaupun peluang demi peluang diberikan , kemudian nak kekal sebagai MB dan Pengerusi Umno dan BN negeri. Kemudian lagi nak ugut-ugut PM pula. 

Anda lihatlah surat perletakan jawatan beliau semalam. Surat itu pun surat ugutan juga. Surat itu tidak dihantar kepada Umno Pusat. Sebaliknya dihantar kepada Astro Awani. Sampai saat ini pun Umno Pusat masih belum menerimanya. Kemudian tidak dinyatakan pendiriannya sebagai Adun Bebas samada pro Pas atau BN. Itu semua ugutan. Dia mengharap Najib akan ketar lutut dan akan hantar orang memujuknya atau Najib menukar balik keputusan. 

Saya punya pendirian dalam hal ini saya menyokong keputusan Datuk Najib. Satu keputusan yang berani dan tegas. Dan kepada Ahmad Said pula, lembu berpegang kepada tali manusia berpegang kepada janji. Datuk dah janji dengan PM dan dah tandatangan surat perjanjian untuk pegang jawatan MB selama setahun, maka Datuk patutlah pada janji tersebut. Sekarang jangan pula Datuk berdolak dalik atau Datuk cuba nak kata tiada perjanjian. 

Jika pemain-pemain bola pasukan T Team diminta bersumpah dengan Quran untuk membuktikan mereka bercakap benar, sekarang berani atau tidak Datuk pula bersumpah dengan Quran menafikan Datuk ada tandatangan perjanjian dengan PM untuk pegang jawatan MB selama setahun ? 

Janganlah pula jadikan majlis pernikahan anak sebagai alasan. Datuk dah tahu tempoh setahun tersebut bila tamat, kenapa pula Datuk pilih majlis pernikahan anak hampir dengan tarikh Datuk tamat jawatan sebagai MB ? 

34 comments:

Anonymous said...

aku rasa orang yg tgh marah dengan Najib sekarang ni ttg krisis terengganu adalah mereka2 yg malas membaca dan memahami statistik pencapaian ... ikut graf mmg Mad Said gagal teruskan penguasaan BN di Terengganu dari 28-4 kerusi BN hilang banyak kerusi 2013...

apapun kekecohan sekarang ialah tiada notis awal tuk menyediakan rakyat Terengganu tentang peralihan kuasa kepada MB baru. Tindakan nampak tergesa2 apalah rakyat marhaen nak paham tu pasal kecoh. aku just harap xde lagi adun lain lompat katak lps ni. kalau tak nahaslah jadinya...

Pak Kadiaq said...

Mat Said ni dah le tak hensem, perangai pun sama hodoh juga.. kesian Melayu yg mempunyai pemimpin mcm ni.. sampai bila pemimpin Melayu akan gila kuasa, gila pangkat, gila jawatan, gila kedudukan & gila wang? Lebih baik ditendang keluar pemimpin yg sebegini.. menyusahkan kerajaan & rakyat je!

Anonymous said...

Takkan lah UMNO tak boleh suap berjuta juta ringgit pada 3 ekor ini seperti dibuatnya di Perak dengan bantuan Sultan Azalan Shah.

Anonymous said...

Kalau begitu eloklah DUN Terengganu di bubarkan sekarang,terlanjur langkah dah tak menjadi,jangan tertungu-tunggu lagi.Saya pun merasa ada sesuatu yg tak kena dgn kepimpinan Mat Said,bila keputusan DUN Terengganu teruk,sedangkan kita tahu Melayu sudah kembali menyokong Umno dalam piliharaya ke 13 lalu,tapi di Terengganu nampak macam terkecuali trand tersebut.

Sekarang Mat Said dah keluar Umnbo apa lagi,buat piliharaya semula,pilih tokoh yg boleh di terima ramai.Rasanya org Terengganu kali ini lebih cenderung kepada Umno,kerana mereka pun dah rasa hidup di bawah pemerentahan Pas sedangkan kerajaan Pusat di tadbir Umno.Lagi pun mereka juga dah nampak gelagat sebenar Pas,bila bersama PR sekarang.Begitu juga soal Anwar,mungkin lebihy ramai org Terengganu yg sudah tahu kedudukan sebenar mengenai Anwar.Mungkin Umno akan mendapat mejoriti yg lebih besar kalau DUN di bubarkan,yg pasti Adun PKR sorang tu sure bungkus,perangai dia masa jadi MP Indera Mahkota dulu,susah nak mendampingi rakyat,takut kena keluar wang.

Anonymous said...

Kalau diadakan piliharaya DUN Terengganu, confirm PAS & PKR akan sapu habis suma DUN. Kemarahan rakyat Terengganu masih membara akibat cukai pintu yang dinaikkan sehingga 1000%. Rumah saya sendiri (rumah kayu) yang terletak di luar bandar dinaikkan hingga RM 564 setahun berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM44 setahun sahaja. Kalau naik sekali ganda atau tidak lebih RM100 boleh lagi diterima, tapi kalau sampai 12 kali ganda.. rasanya lu pikir la sendiri.

Anonymous said...

saya tak menyokong mana pihak.cuma pada pendapat saya biarlah majlis kenduri selesai dulu.kesian mat said.jatuh maruah dia.buat kenduri di kdiaman mb.tp dah jadi bekas mb.

Anonymous said...

Kalo pon ada perjanjian Mat Said dgn najib itu xbermakna dgn sekali 'tendang' jer mnguis Mat Said dr jawatan... dulu najib amek alih jwtn PM dari Pak Lah pon dgn cara yg berhemah... xde pon tergesa2...xmenjatuhkn maruah sapa2...

Wlapapon kesalahan Mat Said, jgn di nafikan kesetiaan dia selama berpuloh tahun dgn umno... ini yg org ramai xbole trime.. nampak sgt disini najib mnggunakan kuasa presiden utk menyingkir sapa2 yg xdisukai...

Lgpon apa salahnya menunggu lagi 1 minggu hingga tamat majlis bermakna wat keluarga Mat Said...sbg presiden spttnyer tindakn najib umpama menarik rambut kluar dari tepung dgn berhati2... bkn dgn merentap...so di sini rakyat melihat betapa langsong xada prasaan kemanusiaan di hati najib....

Anonymous said...

Dia mintak tangguh beberapa hari je kan, tak kan lah tak boleh bertimbang rasa langsung. Dengan bukan Melayu boleh lak bertoleransi.. RBF saya tau lah awak penyokong tegar Najib, tapi janganlah sampai nampak keburukan Mat Said sahaja.. Sebagai ahli umno saya dah hilang kepercayaan pada Najib.. tiada lagi undi setia dari saya mulai sekarang..

Anonymous said...

Allah maha adil....dia naik jawatan dengan cara kontroversi....dia turun jawatan pun kontroversi juga....dia majukan Kemaman berlebih-lebihan....dia lupakan daerah lain...bangunan indah IMTIAZ Besut dibiarkan kosong bertahun-tahun...Souq Besut dibuat seperti melepaskan batuk ditangga....kami dah lama muak dengan MB begini.......kami perlukan MB yang cerdik...cakap cerdik, perangai cerdik, tindakan cerdik,muka pun biar nampak cerdik !

Anonymous said...

najibpun satu, kalau dengan mca, gerakan malah mic semua tindakan ibarat menarik rambut dalam tepung. kenapa dengan pimpinan umno trengganu tidak begitu? jika sudah alasan mat said akan letak jawatan selepas 17 mei (hari pernikahan anaknya), tunaikan ajelah. jika dulu walaupun heboh kata mat said akan keluar parti dan bawa orangnya sekali jika tidak dilantik jd mb boleh najib bagi kelonggaran, kini kenapa tidak? hanya kerana tegas tidak bertempat habis rosak satu kerajaan negeri. lama sangatkah menunggu sehingga selepas 17 mei? gelojoh, kurang cerdik memandang risiko dan mendengar nasihat yang salah adalah punca kuasa kepada krisis ini. adakah umno trengganu mempunyai majoriti besar dalam dun sehingga tak nampak risiko? bebal macamana sangat sampai bertegas tak kena tempat begini? walaupun admin mempertahankan najib, najib masih boleh dipertikaikan daya pemikirannya dalam membaca risiko yang akan melanda. bertegas apa jadah sehingga umno trengganu kucar kacir dan kucalana? kalau nak bertegas dengan mat said, bukanlah sekarang tetapi sebaik pru13 dahulu. sekarang ni orang kata TAK ADA PASAL CARI PASAL,TAK ADA PENYAKIT CARI PENYAKIT. dah kena mcm ni nak kata apa lagi. bersilat dan berkuntaulah mempertahankan najib. ok ok, mentadbir negara sebesar ini bukan mudah. so, kalau tak mampu berilah pada orang lain yang mampu. ada nak kata apa lagi?

Anonymous said...

ambe rasa sebaliknya dr admin ceritakan. mat said antara mb yg paling lantang bersuara untuk rakyat terengganu bukannya jenis yes bos.

beberapa isu yg ambe tgk dr perspektif org luar yg menyebabkn beliau dikenali.

1) ambe slalu ulang alik klate johor..jambatan yang menyebabkan jem, dia berjaya siapkan dlm waktu singkat di kemaman berbanding slogan melahirka generasi ulmu albab digunakan derih, mat said lebih kepada selesaikan masalah berbangkit. mat said membesarkan jalan kepada dua lane, satu2nya jalan yg selesa berbanding negeri lain yang tiada tol.

2) Time rakyat ganu di timpa bencana banjir, rakyat ganu antara yg paling cepat mendapt bantuan dari kjaan negeri berbanding negeri lain. Pahang paling lambat sampaikan ada isu harga barang melambung. Dengar khabar rakyat ganu dpt tv led 32 inch dan peti ais akibat banjir tersebut sbg sumbangan.

3) mat said secara terang terangan melawan pucuk pimpinan pahang dan najib dalam isu blok minyak di sempadan negeri pahang terengganu, yg mana mat said telah terlebih dahulu mengupah pakar dalam menentukan kedudukan blok minyak tersebut milik kerajaan negeri mana dan ianya terbukti milik terengganu.status terkini xtau apa jadi bila najib turut menyokong kjaan pahang.

4)mat said secara terang mengugut kem belia dan sukan yg diketuai KJ apabila KJ mengubah laluan le tour de langkawi yang boleh mengakibatkan ganu hilang kbanjiran pelancong. mengugut untuk menarik sponsor kerajaan negeri.

5) Segala bangunan yang didirikan pada Zaman derih, roboh pada zaman mat said membuktikan peruntukan pembangunan negeri turut di hilangkan ketika pemerintahan derih. dgn nada bersahaja mat said menjawab zaman orang lain yang bina, saya yang di persalahkan. Beliau menaiktarafkan lapangan terbang sultan mahmud jadi lebih baik.tambak pantai mcm airport luar negara.

6) Secara terang terangan menubuhkan tganu cycling team kerana ingin membela nasib anak ganu dalam bidang sukan basikal.

7) Lantang menyuarakan pendirian dalam pembelaan pasukan bola sepak tganu dalam melawan keputusan FAM. Sesuatu yang patut di hormati kerana tiada MB yang berani bersuara secara lantang.

8) Beliau juga berusaha untuk menaikkan kenyir sbg satu kawasan percutian yang patut di lawati dengan menubuhkan unit khas di sana. Wujudkan zon bebas cukai.

9) Loghat bersahajanya yang menunjukkan beliau seorang 'orang tempatan' memudahkan urusan bersama rakyat tganu tanpan menjadi orang lain.

10) di akui mat said seorang yang lantang dan sebab itu najib n the geng tidak senang duduk terutamanya apabila mat said banyak berjuang dalam mendapatkan jumlah sepatutnya Royalti milik rakyat tganu.

ambe tak nafikan mungkin mat said ada kroni tersendiri, tapi melalui pemerhatian ambe beliau antara pemimpin yang menambah baik infrastrukutur tganu menjadi lebih baik sebelum melangkah ke demensi baru.

apa-apa pun ambe dpt rasakan lepas ni rakyat tganu mungkin tidak merasa lagi duit royalti minyok.

walaupun dia suka tepek gambar di jalan-jalan tapi banyak penambah baikan yang telah beliau lakukan.

Selamat maju jaya tganu. minggu depan ambe lalu lagi ganu. ;-)

Anonymous said...

MB yang akrabkan geng dia sahaja. Org luar gganu dok diam.

Anonymous said...

weyyy gemok..dah2 la kamu menjilat najib.. tak berapa duit kamu dapat utk membela najib.. pencapaian najib pru13 mcm mana? najib yg patut jatuh.. jangan jadi blogger bodoh tak bermaruah..

Anonymous said...

Anonymous May 13, 2014 at 3:21 PM.. Lu memang kaki temberang dan pengfitnah. lu ada fakta dan bukti sahih lagi benar mengatakan UMNO suap duit kes kat Perak..?? Lu melayu bangsat la..kaki temberang kuat.

Ni sekor lagi..
Anonymous May 13, 2014 at 3:41 PM
Lu punya temberang mcm sial... agak2 la cukai pintu sampai 1000% mengalahkan Selangor dan Johor. Nampak sgt temberang sungguh kaki...

Anonymous said...

Anon 4.56pm.

Kau tu yang sial. Kalau tak percaya cukai pintu rumah aku naik dari RM44.40 kepada RM564 setahun, nkau boleh bagi no. hp biar aku whatapps gambar bil tahun lepas dan surat MBKT senarai nilaian yang baru.

NKAU YANG BODOH TAU CERITA NAK MEMANDAI_MANDAI PULAK TUDUH ORANG BUAT CERITA. TANYA LA RAKYAT TERENGGANU BETUL KE IDAK. BODOSSSS!!

Anonymous said...


BAca blog ni pasal cukai pintu MBKT yang baru.

http://selaputtunggul.blogspot.com/2014/05/cukai-pintu-naik-1000-ngo-buat-bantahan.html


http://wargamarhaen.blogspot.com/2014/05/cukai-pintu-naik-sampai-1000-40-ngo.html

Anonymous said...

Setuju 100% RBF nampak sangat bias. Relax bro.

Anonymous said...

Aku setuju .

Anonymous said...

Sebab tu la orang marah mat said. Pasal dia naikkan cukai pintu ikut suka mak bapak dia. Udah udah la menguggut orang mat said. Kau berbudi pada umno dan umno juga ada budi pada kau. Dah jadi MB 5 tahun kira ok le tu. Balas la budi umno pada kau.

Anonymous said...

17hb jer pun...xkan la xbleh tunggu 18hb nk suh die letak jawatan...aduhaiii...ntahla

Anonymous said...

Ni spesis tsk mengenang budi la bro...
ada kuasa kawan..
tak ada kuasa lompat parti...
elok la berambos....
spesis katak lompat ni tak layak berada dlm umno...
lompat la masuk pkr...
sesuai sgt dlm pkr tu...

mat saga said...

Bro rbf...

kalau lu jadi mad said cam mane... lu dah edar kad jemputan pada semua tetamu utk kenduri pada 17hb.. tiba-tiba lu kena keluar dari jawatan dan kediaman lu.... cam mane...?? Najib pun agak-agak laaa... kalau setahun boleh tunggu takkan tambah lagi seminggu lagi tak bole..

Jatuh maruah dia.... mane nak cari tempat kawin dalam masa 4 hari... mesti dia dah prepare segala persiapan utk wedding anak dia... tiba-tiba jadi cam nie... Stress oooo... terganggu fikiran dia... dgn masalah politik dia... dengan masalah kawin anak dia... pasti cerita pemecatan beliau akan menjadi topik hangat pada majlis perkahwinan anak dia nanti.. patut ke jadi begitu..??

Gua penyokong umno yang tegar tapi dalam masa yag sama amat simpati dengan mad said... semoga beliau tabah menghadapi dugaan dan dapat kembali semula menyertai umno... pangkat dan jawatan dalam politik hanyalah tanggungjawab yg berat sahaja tetapi kesetiaan pada umno memastikan kelangsungan umno utk selama-lamanya....

Bro rbf.... beria-ria lu hentam mad said kali... soalan gua pada lu... Salah besarkah kalau tunggu seminggu lagi...

Pendapat gua... apa salah dia pun biarlah dia lepaskan dgn tenang... kalau pak lah boleh lepaskan dengan tenang mestia dia pun boleh lepaskan dengan tenang...

Anonymous said...

address dalam kad kawen tu rumah mad said sendiri lah bukan RUMAH RASMI MB TERENGGANU adesssss yg salahnya dalam kad tu cetak 'rumah MENTERI BESAR, tang title 'jawatan' tulah yg awkward sikit bukan rumah ... ramai yg silap paham ni.

mungkin mad said nak jawatan tu sampai selesai anak nikah tu aku paham dia rajuk Najib tak bagi tp najib ni pun satu, tak luak manapun seminggu tu adesss

tapi ada sapa2 tau background MB baru ni tak? aku clueless LOL

Anonymous said...

RBF

Sepanjang aku follow blog ko ni la entry paling bangang ko post. Walaupun ini pendapat peribadi. Aku memang malu ada PM bangang mcm PM Najib.

Dlm Malaysia bukan lu sorang sokong BN. Aku pun pangkah BN. Tapi PM Najib memg sial la. Perosak & pemusnah UMNO.

PENYOKONG UMNO

Anonymous said...

RBF,

Kalu ikut data statistik yg lu paparkan masa pru 2004, 2008 dan 2013, Mat Said mmg nampak sbg bad boy. Tapi lu lupa nak letak appendix yg isinya mestilah fokus kpd Tun DOL, KJ dan Patrick Lim yg membuatkan Derih Jusoh mcm tunggul. Itu lu jangan lupa.

Tapi sbb lu sudah lupa, maka tulisan lu kali ni terlalu low class.

Anonymous said...

Sy tak setuju RBF pertahankan Najib dn meletskkan kesalahan diatas bahu mat said kerana bbrp perkara.

1. Ramai yg marah Najib sbb cara dia handle isu ni mcm org bangang. sbg pemimpin mmg najib perlu tegas tp dlm kes mat said, apa najib tak boleh guna budi bicara ker? Apa yg dok kalut sgt smpi tak boleh guna akal utk bertolak ansur.

2.Cara Najib amat egoistik. Najib perlu ingat, hr ni dia berkuasa sbb dia PM. Esok belum pasti lg. Hari ni dia malukan mat said, esok lusa najib mungkin akan dimalukan lebih teruk lg. Igt lg kes Khir Toyo mcmana dia jatuhkan maruah kakitgn krjaan negeri dgn bg penyapu. Lps tu dia pulak jatuh dlm keadaan yg menyedihkan. Najib perlu igt, benda ini bukan melibatkan mat said sorang tp byk pihak yg terlibat lebih2 lg perasaan dn maruah keluarga perlu dijaga.

3.Kalau Najib berpendapat mat said gagal mentadbir tganu dgn baik, Najib sebenarnya jauh lebih gagal dr mat said sbb kegagalan mendapatkan kembali majoriti 2/3 wp selepas diberi banyak peluang dn membuat pelbagai keputusan yg mengguris perasaan org melayu semata2 utk mendapatkan undi cina. Kita perlu faham KPI Najib bukan sekadar memajukan negara tetapi prestasi kepimpinan najib menerajui dn menjaga kestabilan parti juga adalah KPI penting. Siapa yg berani mempersoalkan pencapaian KPI Najib dn menyatakan yg najib sebenarnya under perform.

4. Dgn terjadinya isu ini, najib jelas perlu berundur sbg PRESIDEN UMNO dn sbg PM dgn segera kerana amat jelas Najib berada dlm kecelaruan dn tidak mempunyai kebijaksanaan sbg seorg pemimpin UTAMA...

Anonymous said...

Apa pun tindakan keluar parti adalah suatu yang tidak matang dan terlalu egoistik

Anonymous said...

Menteri KPI najib dulu pon org yg kalah.. sbb tu Najib bg KPI kt org lain mcm haram.. hahah

Anonymous said...

Persoalan. Mat said tahu & berjanji setahun saja selepas pru13 sebagai mb, tarikh matangnya SEBELUM 17 may. Kenapa dia buat majlis anaknya di kediaman mb selepas luput tarikh yg d persetujui utk menyerahkan kuasa

Anonymous said...

Org umno jati tak main suap2...
Peliwat tua yg pernah cuba suap org2 bn slps pru12 dgn wang juta2 ringgit tapi gagal...
Di Perak krn cina babi dap dh pijak2 kepala melayu pas dan umno yg buat yb2 tu kluar parti selain ketidakadilan dlm parti....

Anonymous said...

Tu cuma alasan dari pemimpin keras kepala dan tamak kuasa....
Jika sedar kuasa kita tamat pada 12 mei...jangan buat majlis kawen anak 17 mei....agak2 la nak buat majlis bila...
2x5 dgn peliwat tua....nak tagih simpati....JANJI TETAP JANJI....DAH GAGAL...KENA TUKAR LAH....
DULU RAMPAS DARI ORG...ORG LAIN BOLEH REDHA...BILA KENA KAT BTG HIDUNG SENDIRI...MENGAMUK PULA...
UGUT2 PULA....KENA MUHASABAH DIRI DULU...

Unknown said...

Alahai RBF, lu punya agenda si jusoh & najib tu lu punya hal la; wa plak x lak nak sokong mat said, tapi kalau najib tu beradab apa salahnya tunggu sampai abih kahwin anaknya. Apa rugi ke tunggu beberapa hari je?
Nampak sangat si najib tu dangkal x boleh pikir dlm hal strategi tambah plak sijusoh yg gila kuasa tu....
Kalau umno ada maruah bubarkan jelah dun trengganu tu....atau lebih baik buat krajaan perpaduan pas umno yang ni paling molek!
Buat apa gaduh2? Yang untung cina gak le....

Dan lu RBF apa yg lu dapat dari najib & dan si jusoh tu?

Anonymous said...

Cuma orang ganu je paham mentaliti samseng ganu. Cakap pelawok ( menipu), mencarut, dengki, busuk hati, berdendam dan gong (takbur), itu adalah sebahagian ciri2 samseng ganu yang tegar ( hardcore). Kebaikan yang ditonjolkan bukan ikhlas dari hati, cuma satu lakonan untuk tujuan jahat.Satu watak yang tidak boleh dipercayai dan merupakan satu bom jangka yang boleh meletop bila2 masa, sesuka hati mak dia je.

Anonymous said...

nampak sgt ramai penyokong tegar idris jusoh kat sini...korang xtau macamana perangai 'beliau' masa jadi wakil rakyat DUN AIR PUTIH satu masa dulu