Wednesday, May 14, 2014

Krisis Terengganu: Bubar DUN Jalan Terbaik, Jangan Percaya Kepada Pengkhianat


Pada pendapat dan pemikiran saya untuk penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan krisis di Terengganu sekarang adalah pembubaran Dewan Undangan Negeri. 

Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu dibubarkan Dun sedangkan 2 adun yang keluar parti telah menarik balik surat mereka dan kembali ke pangkuan Umno ? Serta Ahmad Said juga telah menyatakan pendiriannya sebagai adun bebas yang menyokong BN ? 

Selagi tiga pengkhianat ini menjadi menjadi penentu kepada kewujudan Kerajaan BN Terengganu, maka selagi itulah mereka boleh 'demand' macam-macam. Sebab mereka merasakan BN perlukan mereka dan tanpa mereka Kerajaan BN Terengganu boleh runtuh. 

Mereka akan menjadi api dalam sekam…

Sikit hari lagi mereka boleh ugut macam-macam. Mereka boleh ancam untuk tidak menghadiri sidang dun jika ada apa-apa undian atau sebagainya yang memerlukan sokongan majoriti adun. Mereka juga boleh menjadi pengacau kepada pentadbiran baru untuk menjalankan tugas. 

Itu belum dikira waktu pilihanraya umum akan datang. Waktu itu mereka boleh 'demand' kerusi pula untuk mereka. Jika tidak diberi mereka akan ugut untuk membuat kacau atau sebagainya. Macam-macam masalah lagilah yang boleh timbul jika kita simpan api dalam sekam atau gunting dalam lipatan. 

Jangan kita hanya memikirkan untuk menyelamatkan keadaan hari ini, kita juga harus fikir bagaimana untuk menyelamatkan keadaan di masa yang bakal mendatang. Inilah yang dinamakan berfikiran jauh. Baik kita undur selangkah ke belakang untuk kita mara 10 langkah ke depan. 

Mungkin ada juga yang bertanya, boleh menangkah BN jika pilihanraya negeri diadakan ? 

Insyallah menang…keputusan yang buruk dalam PRU lepas kerana perpecahan yang teruk di Terengganu yang diwujudkan oleh orang-orang Ahmad Said sehingga menimbulkan kebencian rakyat . Rakyat mengundi Pas untuk mengajar mereka yang asyik bergaduh sesama sendiri. Tambahan pula dengan kehadiran MB baru yang berwajah baru dan tidak mempunyai isu. Insyallah menang…

Orang seperti Ahmad Said ini adalah seorang individu yang otaknya lambat berjalan. Karier politik dan nama yang dibina berpuluh tahun rosak sekelip mata dalam masa sehari kerana perbuatan dan mulut berjalan atau bertindak lebih laju daripada otak. Lain kali biar otak yang lebih laju atau bertindak dulu daripada perbuatan dan mulut. Fikir habis-habis dulu sebelum bertindak. Ambil Isa Samad, Mat Taib, Ali Rustam , Shahidan Kasim dan Thajuden Rahman sebagai pengajaran. 

23 comments:

Anonymous said...

Silakan..bubarkan..buat lar PRU negeri..kalau Najib berani lar kan???

Anonymous said...

Jangan berani2 lah bro nak buat PRU Negeri....tengah kucar kacir macam mana nak pilih calon. Mau jadinya macam PKR, bertumbuk sana bertumbuk sini

Anonymous said...

Sungguh memalukan ... keluar UMNO sebab hal nak kahwinkan anak
Kalau betullah itu alasannya, memang patut ditukar orang mcm ni
Memang tak layak jadi MB

Tapi aku rasa itu cuma alasan aje
Yg sebenarnya Mat Said tak nak lepaskan jawatan MB
Sebab kecewa dia cuba jatuhkan kerajaan BN/UMNO Terengganu
Nasib baik tak cukup pengikut ...cuma 2 ADUN yg berani umum keluar UMNO

Anonymous said...

Alamak RBF,
Aku meluat la dgn kau!

Semalam kau post dalam komen GAP dan cuba nak menegakkan pendapat kau.

Kalau Ahmad Said dah buat majlis nikah anaknya pada 10hb May, dan reception Ahmad Said pada 17 hb May mungkin adalah utk menjemput rakyat.

Zaman sekarang ni, ada keluarga yg buat smpi 3 kali reception. tak jadi masalah pun. Artis pun sama. Jadi soalan aku kepada kau di sini, adakah sebab tarikhnya 17hb May, maka kau buat conclusion Ahmad Said nak sabotage Najib sebab Ahmad Said tahu tarikh dia kena letak jawatan?

Come On la RBF. Ahmad Said adalah MB Terengganu. Dia tak ada skandal rasuah tau apa-apa skandal pun.

Kenapa perlu di tukar MB?

Adakah alasan Terengganu kurang majority, 17 BN - 15 PR?

Habis tu, Najib yg lagi teruk pada Pak Lah kenapa kau tak mintak dia resign?

Terus terang aku cakap, UMNO tk berubah. Tengok apa jadi di Selangor. UMNO utk ELIT sahaja. Melayu mcm aku ni diorang tengok mcm kambing je.

UMNO Selangor masih ingat dia memerintah. Berlagak.

Sekarang ni jadi pulak kat Terengganu. Elit memerintah.

Apa jadi dgn Idris Jusoh? Apa sebab Sultan tak suka dgn dia?

Kenapa Sultan perkenan Ahmad Said pada masa itu?

Sekarang ni, dah pecat Ahmad Said, tergesa-gesa angkat sumpah waktu malam. Nampak sangat la RBF. Kau bagi alasan sebab Terengganu perlukan MB sebeberapa segera yg mungin. Tapi, takkan la malam RBF????????

THE TRUST IS GONE!

Anonymous said...

PRN baru, situasi skrg, aku rasa mcm tipis je harapan.

Anonymous said...

mmg pun 17hb tu untuk rakyat..sbb tu dalam kad tulis majlis kesyukuran..di pantai timur ni..bila jemput orang majlis kesyukuran lain maknanya..tuan rumah mmg buat untuk kesyukuran dan tak akan terima "salam keruk".
kalau dah konfiden sgt punahsihat bahawa kemenangan tipis PRU 13 disbbkan mat said..maka dipersilakan lar punahsihat cadangkan kat Najib buat PRN untuk dapatkan mandat...
dipersilakan yea...

Anonymous said...

UMNO jgn terlalu bongkak prasan punya undi majoriti mcm yg najib dok berhalusinasi skrg neh...dan bro RBF...sblmneh sy mmg kagum dgn artikel bro, tapi bila kes Mat Said neh.terang2 bro trlalu nak mmbela najib n da gang...

wlpon hakikatnyer sgl kekalutan yg timbul di Terengganu sbnrneh ..bole di selesaikn dgn mudah andaikata di pihak atasan umno (mcm kumpulan bangsatwan plak) bole bertolak ansur dan mngurangkan ego , takabur menunjukkn power yg mrkla penguasa dlm umno... per salahnyer mngalah sikit n bertolak ansur dgn ahli serta tunjukknla penghargaan thdp ahli yg tlh lama berkhidmat(?) dgn umno..

Bila ahli tuh byk karenah per salahnyer bwmesyuarat berbincang dgn ahli2 atapon pemimpin semua.. ini tak ..(Tun M dulu pon ada mslh begini tapi sglnyer di bawa berbincang dgn kumpulan pemimpin umno)....asik dengar pendapat tuan punahsihat yg berterbangan mengeliling najib...

Kekecohan di ganu neh mmbuktikan kelemahan di peringkat kepimpinan atasan umno mnyelami hati budi ahli....

usin said...

aku pernah terbaca artikel, tak ingatlah dari rbf atau blog lain pasal kemelut umno trengganu ni. (pandangan rbf nampak selari dgn artikel yg aku baca). artikel tu memihak dan memuji tindakan presiden umno aka ds najib. kononnya tindakan tegas perlu dikenakan kepada ahmad said kerana sudah terlalu banyak mengugut itu ini begitu begini. soalnya ialah kenapa senteng sangat penggunaan otak dalam menyelusuri taktik ahmad said mengelak melepaskan jawatan mb mengikut perjanjian (jika ada la perjanjian tu). jika ahmad said memasang perangkap, kenapa ds najib sanggup masuk perangkap? kemana ku nan sekarang? sebagai sua umno, krisis ini adalah tanggungjawab beliau yang amat lemah dalam menghidu risiko. aku tak boleh blah melihat riak muka gembira ku nan memaklumkan pertukaran jawatan mb trengganu kpd press. macam misi tercapai jer. apa agenda kumpulan2 yang benci ahmad said ni? itu soalnya. kalau soal prestasi kerja, tak payah cakap bab orang lain la. dari presiden sampai ke bawah dalam umno, sehinggalah diperingkat bahagian. mana yang bagus? umno hebat dimana? hebat sebab parti golongan elit, heh? aku sokong ahmad said digantikan dgn orang lain tetapi peringkat atas juga kena ikut sama. rbf boleh nilai sendiri prestasi golongan elit umno ni. siapa bagus dan siapa yang hampas sampai sudah. ikan kalau busuk bermula dari kepala. bila kepala busuk yang lain akan ikut busuk juga. aku kecewa kerana elitis-elitis umno ni fikirannya hanya sejengkal dihadapan hidung masing-masing. tertinggal jauh daripada pesaingnya dap, pkr malah dalam kem sendiri mca dan gerakan. jengkel aku dengan skil berkeras tak kena tempat. dengan ahli sendiri tegas nak mampos, tetapi dengan pihak lawan lembik macam pondan. oh ya, kenapa mb baru angkat sumpah waktu malam rbf, dah tak cukup hari siang?
...pandangan ikhlas ahli umno.

Anonymous said...

insyaallah umno tak akan menang lagi di terengganu lepas ni.

Anonymous said...

Kalau mat said tu ADUN...
PAS : Tercerailah Puan Seri Talak 3
PKR : Kena denda RM5 juta dan kena kosongkan DUN-nya.
DAP : Kena denda hingga RM10 juta dan kosongkan juga DUN-nya.

BN tak perjanjian sebelum PRU kah?

Nota : Molek juga kalau nk kosongkan DUN, bagi Deris handle, macam PRK Trengganu beberapa bulan lepas. Ore Gganu tabik Deris.

Anonymous said...

aku rasa ni fist time aku baca article yang ko amok habis RBF..

calm down bro, Terengganu dah nak cool down tuh ...

Anonymous said...

tak perlu lah bubar DUN,
semua boleh diselesaikan dengan cara baik.
Dato Mad Said tu kita biar dia sejukkan hati dulu
esok-esok balik juga dia kepangkuan UMNO.

kau ada masalah ke dengan mad said ni??
rata2 belog yg aku baca entry ko sorang jer
yg paling lantang kecam Mad Said ni,
even pro Najib pun rasa nak sepak je PM kita tuh

but somehow alasan perkahwinan anak ni mmg berjaya buat najib nampak teruk di mata rakyat Malaysia ...

Anonymous said...

Aku paling benggang bila krisis bola TTeam dgn JDT sampai suruh sumpah dengan Quran. Benda mcm ni pun sampai nak babitkan Quran yg mulia. Apa raa... Yg meliwat dan mengongkek pun tak buat ni kan pulak pemain bola.

Anonymous said...

Klau mb dh letak jwtn kena lh lantik mb baru secepat mungkin. x kira lh mlm ke pagi ke...ade juge org umno ngok mcm ko ni kan

Anonymous said...

rbf.. aku sokong nko..
sebelum ni la..
tp hr ni..
memang nampak sangat nko x banyak beza dengan penasihat2 taik najib.. mcm ku nan n adam gendut tu.. nko sama jerr

jgn pikir pasal kenduri anak kawin
jgn pikir pasal perjanjian
jgn pikir pasal penting diri sendiri
jgn pikir pasat mat said !!!

kalau betul2 sayang parti..
pikir satu dah la..
bn ada 17.. pas ada 15..
jaga yg tu dulu..
kalau nak gugur mat said.. gugur cara elok... jgn sampai dia sabotaj mcm ni..
come on la bro
kita org umno bukan mcm anjing2 pas.. jgn sampai org kata nko anjing kerajaan !!

Anonymous said...

Komen satu pun tak boleh pakai. Tak kena batang hidung sendiri boleh la kata macam2.

Bila dah terkena nanti, Allah swt pun disumpah seranah.

Akai takdak.

He is only human.

mat saga said...

Bro Rbf....

gua rasa isu tentang perletakan jawatan mohd said ini tak perlu dibesar-besarkan lagi... harap segala artikel dan cerita tentang perkara ini dapat dihentikan...

Cerita tentang isu ini di blog-blog hanya memberikan imej yg negetif pada umno.. lihatlah komen yang dihantar oleh pembaca.. bukan disini sahaja malah di smua blog.. komen yang menghentam najib dan umno begitu banyak sekali... seolah-olah telah dibuka satu medan untuk untuk menghentam mereka secara rasmi.. dan kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh musuh Umno mencaci dan mengeji dan menokok nambah cerita ini.

Harap semua pihak dapat bertenang.
ok bro... waiting for your new article...

Anonymous said...

Maaf Tuan RBF, sikap bongkak & aku seorang yang betul yang ditonjolkan Tuan dalam penulisan ini tak ubah pemikiran pemimpin UMNO zaman Pak Lah dan suku sakatnya di zaman Najib. Inilah yang menjatuhkan UMNO. Melayu golongan professional mcm saya dah muak & terlebih meluat dengan perangai begini. Yang dipertikaikan ialah kelemahan Najib menyelesaikan isu ni. Betul Mat Said memang salah. Najib sebagai ketua sepatutnya lebih bijak & berhemah. Nak suruh dia letak jawatan tak perlu macam nak menghalau. Sapa yang malu, UMNO juga. Patutnya ketika PKR bergelut dengan masalah pemilihan parti taraf zaman batu, bagi markah untuk UMNO untuk tampak lebih baik. Dah tahu nyawa BN di hujung tanduk di Terengganu, kenapa "bijak" sangat sampai terserlah kebodohan & kehodohan.

air LOMBONG satu.. ais kasi kurang ye said...

mari kita bersangka baik... lupakan sengketa, bak kata peribahasa... biduk berlalu kiambang bertaut...beri peluang pada mat said untuk buktikan taat setia dia pada parti.

Tapi kalau risau gak, suruh MB baru buat perjanjian dengan Mat said, kalau dia buat perangai lagi seluruh harta benda termasuk anak bini akan dilelong macam crite P. Ramlee dalam Tiga Abdul.... baru terbeliak bijik mata 'pengkhianat' tu nanti...

Anonymous said...

Soalnya, knp perlu sampai keluar dari UMNO? Kau dah berjanji utk resign lepas setahun, resign lah..tak perlu la nak beri alasan macam2..apa pun, semua telah selesai..buang yg keruh, ambil yg jernih.

Anonymous said...

Sorry RBF.....kali ni wa tatak setuju sama lu.....INHUMANE WAY......

Anonymous said...

Sori bro rbf... aku dah bookmark blog hang..
Tp hr ni.. hang dgn anjing2 anwar ibrahim x bnyk beza rupanya... tq sebab menyedarkan aku.. dlm umno pun ada blog bangkai... mcm dlm pas jugak.. jilat bulat2 apa ketua buat..

Anonymous said...

Setuju RBF! Dia ingat org T'ganu bodoh? Dia ingat rakyat nak sokong dia dan bangkit protes k'jaan? Jelas takda protes kpd k'jaan dari rakyat yg ada protes rakyat utk 3 pengkhianat ni. Ingat MB adalah jawatan lantikan PM dibwh perkenan Sultan. Rakyat tak pangkah nama Mat Said...rakyat pangkah wakil rakyat masing2 dan parti!!!!